Tuesday 23 September 2014

Perjumpaan Sulung Keluarga Haji Satari : 19 September 2014



Dah lama sebenarnya kami berhasrat nak adakan perjumpaan keluarga Haji Satari. Kami ada 7 orang adik beradik. Hanya cik z yang belum berkahwin. Dan keseluruhannya ada 26 cucu Haji Satari. Bermakna jumlah terkini ahli keluarga kami ialah 40 orang. Wahhhh ramaikan. Alkisahnya, tersangatlah susah untuk kami bersua muka serentak begini. Almaklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.

Secara kebetulan, hari lahir abah yang ke-72 tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 19 September. Macam semua orang tahu, tahun ni Johor bercuti pada hari Jumaat dan kebetulan juga tarikh tersebut masih dalam cuti sekolah. Makanya kami adik beradik telah membuat satu misi rahsia, iaitu satu surprised event khas untuk sambutan hari lahir abah. Elemen surprisednya ialah, kami semua akan balik serentak pada malam kejadian. Wahh wahh wahhh dengar jer perkataan surprised semua jadi excited he he he.

The D-Day. Hari kejadian. Dalam wasap group, semua dah start meroyan ha ha.... almaklumlah tak pernah buat kan. Untuk mengelakkan rancangan kami dihidu oleh abah, makanya setiap keluarga diwajibkan membawa makanan sendiri dan juga hadiah. Kiranya ala-ala potluck la ni. Jadual harian abah sama ajer tiap-tiap hari. Biasanya abah akan ke masjid dari maghrib ke Isya. 

Petang tu lepas Asar, cik z, kak Long dan kak Uda dah mula buat hidangan kami, he he. Macam mana kami punya alasan? Senang ajer, kami cakap lauk dah habis so nak kena masak lagi ni ha ha ha ha. Cik z plak kebetulan buat kek batik. Alasannya, senang ajer. Teringin nak makan, hehe. Bila abah pergi jer ke masjid, maka apa lagi bermulalah persiapan sambutan surprised event kami ni. Agak kelam kelibut juga nak setup meja, keluarkan pinggan mangkuk cawan sudu buat air potong buah bagai. Ambil kek lagi. Tu belum masuk persiapan peribadi pi salin baju cantik he he he. Memang super busy la kami semua. Nasib juga kak Sitam sampai sudah menjelang Maghrib.

Sebahagian hidangan malam tu: Kek, kek batik, buah, lontong, laksam, mee goreng, macaroni goreng, bubur putih bubur merah, dan tose. Pergggh macam kedai dah... Terima kasih semua yang telah bertungkus lumus masak.

Menjelang Isya, cik z dah start risau sebab 3 orang lagi belum sampai. Sementara nak menunggu tu sempatlah cik z ajar anak-anak buah yang dah ada ni untuk nyanyi lagu selamat hari lahir untuk atuk. Dan seperti yang dijangkakan, surprised event tak berapa nak menjadi surprisednya. Bebudak tu pulak tetiba malu ya amat nak menyanyi bila atuk balik. Dan 3 orang lagi adik beradik cik z plak belum sampai masa tu.

Abah cik z baru balik masjid ni. Ohh terkejut gak la kot tetiba ada mjlis makan-makan kat rumah kan.

  
Sementara nak menunggu semuanya sampai, cik z ambik kesempatan ambik-ambik gambar dulu. Eh bukan senang nak dapat peluang ni tau. Sebab biasanya kalau ada kenduri atau hari raya cik z sibuk di dapur. Hari ni cik z macam jadi tuan rumah pulak, mengalu-alukan setiap orang yang sampai merangkap pengelola majlis, mc dan jurugambar majlis. 
  
Akhirnya sekitar jam 9, semua pun sampai. Alhamdulillah. Kami mulakan perjumpaan kami ni dengan bacaan tahlil untuk arwah mak dan doa selamat untuk abah dan semuanya. Yang kelakarnya, habis je baca doa tetiba jer cik z kena buat ucapan plak bagi pihak tuan rumah dan urusetia. Aduh terkejut cik z, habis tergagap-gagap. 

Dah habis berucap, cik z berkejar plak ambik kek ni untuk dipotong oleh abah. Aduh semput...busy busy. Sambil-sambil tu tangan tak lupa juga kena ambik gambar okay. Kali ni semua anak menantu cucu-cucu bersemangat menyanyi "Allah selamatkan kamu" dan "Selamat hari lahir". Tengok bebudak tu dah tak sabar nak ngap kek tu. Tamat je nnyanyi, cik z terus kena ambik alih potong kek tu untuk bebudak yang dah menunggu kat tepi tu semua. Kelakar juga bila ingat2kan suasana masa ni macam anak burung semuanya hulur pinggan he heh...

Makan time. Macam-macam ada.


Tugas cik z belum selesai lagi. Sementara semua orang makan, cik z kena bersiap sedia untuk acara bergambar beramai-ramai pula. Sebelum tu cik z cuma sempat jamah sikit laksam. Wah sedap sangat. Terbaik dari air tangan Sitam. Oleh kerana ini kali pertama kami nak ambik gambar keluarga, jadi memang agak kelam kelibut. Khas untuk majlis ni, cik z bawa balik tripod. Bayangkan betapa sukarnya nak atur 38 orang pelbagai umur untuk gambar ni. Oh ya lupa nak citer, 2 orang ahli keluarga tak dapat hadir kali ni iaitu menantu ketida dan cucu pertama.

Akhirnya selepas puas cik z terjerit-jerit dapatlah snap beberapa gambar.  Yang ni kengkononnya untuk candid picture.

Ini ialah gambar adik beradik cik z. Dari belakang: Mak usu (31), Sitam (37), Uteh (41), Uda (43), Long (47), cik z (33). Depan: Ngah (45), Abah (72).

Girls in our family. 

Seterusnya, photo time. Layan ajerla yer, Sesekali berjumpa ramai-ramai ni memang excited semuanya nak bergambar.


Kesimpulannya, perjumpaan sulung keluarga kami ni telah berjaya diadakan dengan selamatnya. InsyaAllah kami akan adakannya secara berkala selepas ini. Semoga semua ahli keluarga kami sihat selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Amin. 

 

Tuesday 16 September 2014

PHd Tips: Perlanjutan Cuti Belajar

Salam semua. Selamat Hari Malaysia. Alhamdulillah, semalam cik z dah pun dapat surat rasmi dari unit cuti belajar berkaitan kelulusan perlanjutan cuti belajar selama 3 bulan lagi. Jadinya hari ini cik z terfikir ada baiknya kalau cik z kongsikan apa yang patut dibuat jika kita nak mohon perlanjutan cuti belajar (extension of study leave). Bukannya apa, teringat pula lebih kurang 3 bulan lepas masa cik z nak buat permohonan tu, macam blur juga nak 
mulakannya. Jom kita lihat apa yang perlu dibuat.

1. Rancang bila nak buat permohonan. Sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulan terakhir. Selewat-lewatnya 3 bulan terakhir sebelum tempoh cuti  belajar tamat. Kenapa kena mohon awal? Ini bagi memastikan kita boleh dapat kelulusannya sebelum tarikh tamat belajar berakhir. Dalam kes cik z, sebenarnya dah agak terlambat (kurang 3 bulan). Mujur kelulusan rasmi cik z dapat betul-betul pada tarikh tamat belajar berakhir. Walaubagaimanapun, tak pasti lagi bila elaun dari kpt boleh masuk. Jika kita mohon awal dah pastinya semuanya akan selesai awal dan semuanya berjalan lancar nanti.

2. Jangan teragak-agak nak mohon perlanjutan. Setiap staf ada hak untuk mohon kelayakan ini, asalkan memang ada sebab yang kukuh. Oh ya, janganlah pula rasa stress atau down bila kena buat perlanjutan. Be positive. Cepat atau lambat habis pHd bukanlah segalanya, yang penting apa yang kita dapat belajar sepanjang tempoh tersebut. 

3. Bila dah pasti nak buat perlanjutan dan dah pun berbincang dengan supervisor, barulah telefon ketua jabatan untuk pemakluman awal. Yang ni memang penting supaya ketua jabatan aware/sedar dengan status terkini kita. Bukannya apa, biasanya ketua jabatan ni dia nak buat jadual mengajar dah untuk semester akan datang. Jadi kalau kita tak beritahu dia ataupun beritahu lambat sangat, tak ke menyusahkan semua orang. Yang ni memang kena kat batang hidung cik z sendiri sebenarnya. Tapi nak buat macammana kan, sebab dalam kes cik z memang very unexpected. Maaf bos...

4. Langkah seterusnya ialah hubungi/telefon/email unit cuti belajar dan dapatkan maklumat terkini tentang apa yang perlu di buat untuk permohonan perlanjutan. 

5. Hantar dokumen berikut ke ketua jabatan/fakulti untuk perakuan/kelulusan diperingkat fakulti. Oh ya lain universiti mungkin ada sedikit kelainan dokumen yang diminta. 

i) Surat permohonan dari staf. Nyatakan sebab nak buat perlanjutan dan juga tempoh perlanjutan yang diingini. (surat justifikasi)
ii) Surat sokongan dari penyelia/supervisor.
iii) Perancangan pengajian terdahulu.
iv) Perancangan pengajian yang terbaru (termasuk tempoh perlanjutan ynag dimohon)
v) Progress report yang dihantar ke uni dan kpt bagi setiap semester terdahulu.
vi) Borang rasmi permohoinan yang diberi oleh pihak cuti belajar.
vii) Senarai tugas/kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh perlanjutan yang dimohon.
viii) Brief Research Report yang terkini. (Literature reviews dan draf thesis jika ada). 

Sebelum hantar jangan lupa buat salinan photocopy dan scan setiap dokumen tersebut. Dalam kes cik z, cik z email ajer semua dokumen ni ke ketua jabatan. Untuk brief report tu pula, cik z bagi candidature defend report ajer.

6. Buka laman web sistem penajaan kpt iaitu esp.mohe.gov.my. Isi maklumat yang diminta pada bahagian permohonan perlanjutan dan muat naik dokumen-dokumen berikut:

i) Surat justifikasi pemohon.
ii) Surat sokongan supervisor.
iii) Surat pengesahan calon pHd.
iv) Pelan pengajian terkini (perlu ada pengesahan supervisor).

Setiap dokumen yang diminta kat atas ni ada limitation size filenya. Jadi pandai-pandailah cari cara nak kecilkan size file tersebut.

7. Selepas pihak fakulti bermesyuarat dan membuat perakuan kelulusan peringkat fakulti, barulah dokumen-dokumen yang kita hantar tadi dibawa ke peringkat universiti untuk tindakan selanjutnya. Rerajinla tanya pihak fakulti dan unit cuti belajar samada dah lulus ke belum.

Okay selesai sudah. Harapnya perkongsian maklumat yang tak seberapa ni dapat membantu rakan-rakan diluar sana ya. Selamat berjaya semuanya.

Wassalam.

Monday 15 September 2014

Sheila on 7 vs Nell

Salam semua. Moga sihat-sihat selalu. Pembaca setia blog ni mesti dah perasan yang cik z ni peminat Kmusic terutamanya ost song dan balad song. Lagu-lagu bingit memnag tak boleh masuk di telinga he he he.  Alkisahnya, sekitar April lalu, secara tak sengaja cik z telah menemui satu rock band korean yang mengingatkan cik z ke zaman universiti dulu sekitar 1999-2000. 

Sekitar 1999-2000, masa tu cik z masih junior di uni, dan masa tu lah mulanya kemasukan band-band rock dari Indonesia. Favorite cik z ialah Sheila on 7 a.k.a so7. Ada sesaper yang tak kenal? Sesaper yang membesar sezaman dgn cik z mesti kenal punya la kan. Ada banyak lagu2 so7 yang cik z masih ingat sehingga ke hari ini. Antaranya, sahabat sejati, kisah klasik untuk masa depan, berhenti berharap, dan, sephia, mudah saja, melompat lebih tinggi,....banyak lagi lah. Zaman tu kaset dan walkman ialah teman sejati. Berulang2 kali dengar satu album sampai habis bateri. He he he, sweet memory.


Antara sebab kenapa cik z suka sangat dengan so7 ni ialah lagunya yang simple dan lirik yang puitis. Sarat dengan mesej. Bila dengar terasa begitu dekat di hati. Dalam banyak2 tu cik paling suka dengan lagu kisah klasik untuk masa depan dan berhenti berharap. Jom dengar kejap kat bawah ni.



Balik semula ke tahun 2014. Wah serius dah berzaman kan. 14 tahun dah berlalu. Dan rock band dari korea iaitu Nell mengingatkan semula cik z kepada so7. Rupa-rupanya Nell ni dah lama bertapak di Korea iaitu sejak 1999 lagi. Kiranya sezaman la dengan so7 kan. Dan yang menariknya aliran music kedua-dua band ni agak serupa. Cik z pernah kongsikan salah satu lagu Nell di sini.  


Seperti so7, Nell juga popular dengan lagu-lagu berlirik puitis dan penuh mesej. Selain Time Walking Through Memory, salah satu lagu favorite cik z ialah Holding Into Gravity. Jom dengar kejap kat bawah ni.


Entri ni sememangnya entri syok sendiri ha ha ha, jadinya yang dah terbaca harap tak menyampahla ye ... Jika so7 membuatkan cik z tersenyum pada tahun 2000, Nell pula mengisi ruang dalam hati cik z pada tahun 2014. Nak buat camner kan dah memang habit cik z buat kerja mesti kena dengar music. 

Wassalam.

Thursday 11 September 2014

3 tahun = 36 bulan = 1096 hari

Salam buat semua. Hari ini genap sudah 3 tahun cik Z memulakan pengajian pHd. 3 tahun bunyinya macam lama kan? Secara relatifnya, jika anda berkahwin 3 tahun lalu, anda mungkin dah punya sekurang-kurangnya seorang anak berusia 2 tahun sekarang ni. Tapi realitinya bagi cik Z, serius macam tak terasa langsung ianya berlalu. Seolah-olah jam masa cik Z terhenti begitu saja. Macam tak percaya yang cik Z dah pun lalui 3 tahun penuh cabaran ini dengan penuh warna warni.


Kisah perjalanan pHd cik Z sebenarnya dah pun bermula 4 tahun dahulu iaitu sejak kali pertama cik Z mulakan langkah mencari supervisor. Tapi untuk entri ini cik Z hanya ingin fokus dan berkongsi apa yang dah berlaku selepas 3 tahun sejak kali pertama cik Z jejakkan kaki di UM, tanggal 12 September 2011. Hari ini bila cik Z selongkar buku catatan, file-file research, dan gambar-gambar sepanjang 3 tahun yang lalu...barulah terasa, wahhhhhh memang lama sebenarnya 3 tahun ni. 

 

Bermula dengan hanya satu file pada 2011, kini cik Z dah pun ada hampir 20 file. Rekod catatan bulanan research work yang mulanya hanya 1 helai, kini dah pun 36 helai. Bila tengok gambar-gambar peribadi 2011-2014, jelas sekali banyak perubahan yang dah berlaku. Terbukti masa tak terhenti langsung. People change, and I probably did change too. Biasalakan, kita ni selalu nampak apa yang berlaku pada orang lain, tapi jarang sekali perasan perubahan diri sendiri.

  

Sempena genapnya 3 tahun ni, cik Z pun nak bermuhasabah diri. Apa agaknya yang dah cik Z dapat, timba dan pelajari sepanjang 3 tahun ini ya? Atau dengan kata lain, apa maknanya 3 tahun itu bagi cik Z. Dalaman atau luaran?

1. Dari segi luaran, memang ketara sangat cik Z dah berubah. Dulu-dulu pakai glasses, sekarang dah tak pakai. Tapi yang tak bestnya dulu-dulu kurus tapi sekarang macam bam bam sikit. Oh ada juga yang kata cik Z makin cun.. he he kalau betul terima kasihla yer.. ha ha masuk bakul la pulak kan.

2. Hari demi hari cik Z semakin berfikiran positif. Yang ni salah satu perkara yang paling cik Z perasan. Bila-bila pun, dalam apa keadaan pun, nampaknya cik z sentiasa berfikiran positif. Sampaikan ada yang tegur betapa simple mindednya cik z sekarang ni. Tanpa cik z sedari, cik z selalu ucapkan pada diri sendiri ayat ni. "Its okay, everything will be fine, everything happen has reason, and you can do it." Dan sekarang ni tanpa cik z sedari, cik z selalu juga sebutkan ayat yang sama dengan ramai orang. 

Tapi rasanya ini bukanlah sesuatu yang boleh berlaku secara tiba-tiba. Bila difikir-fikirkan semula, ini mungkin salah satu cara cik z motivasikan diri sendiri (self motivate) selepas melalui macam-macam masalah dan dugaan dalam macam-macam perkara terutamanya sebelum mula belajar dulu.  Kesan positifnya, bila cik z selalu jer berfikiran simple dan positif secara tak langsung kuranglah tahap stress. Dan akhirnya semua kerja yang dirancang lancar ajer. Dan life pun rasa makin seronok, fun and easy. Harap-harapnya bertahanlah sifat ini dalam diri cik z selepas ini.


3. Selain sibuk dengan pHd research, salah satu pencapaian terbaik cik Z sepanjang 3 tahun ini ialah berjaya menjejakkan kaki ke beberapa negara di dunia. Secara tetiba cik Z dah pun bergelar travel blogger dan mempunyai banyak pengalaman travel yang tak ternilai harganya. Sepanjang tahun 2012-2013, cik Z dah pun jejakkan kaki ke Jeju Island & Seoul South Korea, Doha Qatar, Sri Lanka, Siem Reap & Phnom Penh Cambodia, Ho Chi Minh Vietnam, Istanbul Turkey, London, Paris, Milan, Venice, Rome, Athens, Hong Kong, dan Macau. Opps kalau nak tahu antara hobi cik Z melihat peta dunia. Jadinya bolehlah dikatakan macam dreams do come true jugalah bila dapat pergi kesemua tempat-tempat ni.

Ada banyak kesan positif yang cik Z dapat dari hobi travel ni. Selain dapat melihat dunia dari sisi berbeza, salah satunya ialah kemahiran penting yang dapat cik Z timba ialah kemahiran membuat keputusan dalam masa kritikal dan juga good time planner. Dan nampaknya cik Z juga semakin konfiden dan berani menyuarakan pendapat. Kemahiran berkomunikasi dengan strangers pun dapat ditingkatkan. Semuanya ini sangat-sangat membantu cik Z dalam menyiapkan pHd. Malah jangan tak tahu, pergi jalan-jalan melancong ni juga selalu buatkan cik Z rasa lebih fresh dan bersemangat bila balik ke Malaysia, dan kesannya research progress pun semakin baik dan lancar.


4. Berhijrah itu sememangnya sesuatu yang sangat bagus. Sepanjang 3 tahun ini, cik Z dapat kenal ramai kenalan baru dan belajar menghargai diri sendiri. Kenalan-kenalan baru ini termasuklah pakar-pakar statistik/mathematic/lain2 dari dalam dan luar negara yang dah pun banyak pengalaman. Terasa sangat kerdil bila berada disamping mereka. Namun satu nilai yang paling cik Z kagumi ialah sifat rendah diri dan baik hati mereka yang rata2 tidak lokek ilmu dan friendly.

Di sini juga cik Z bertemu ramai rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengerah keringat dan memerah otak nak siapkan master dan pHd. Setiap orang ada cerita tersendiri. Bukan semuanya bernasib baik. Ada ketikanya, cik Z selalu rasa sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya cik Z lebih bernasib baik berbanding sesetengah orang.  Disini, kami juga saling bantu membantu dalam banyak perkara. Pengalaman yang tak kan pernah dilupakan. Sekadar mendengar juga satu bentuk bantuan yang tak ternilai harganya. Terima kasih semua.

5. Pencapaian peribadi terbaik cik Z dalam tempoh 3 tahun ini ialah berjaya menghabiskan research dan menyiapkan first draf thesis dalam tempoh 2 tahun 8 bulan. Syukur Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah juga. Walaupun tidak berjaya bergraduasi on time, namun cik Z tak sedikit pun rasa terkilan kerana cik Z dah buat sebaik mungkin. Keputusan untuk membuat perlanjutan tempoh cuti belajar juga sangat tepat kerana sehingga hari ini ada banyak lagi perkara/kerja yang belum diselesaikan. Thesis pun belum boleh hantar lagi. 

Akhir-akhir ini, cik Z juga kerap diminta membantu rakan-rakan lain dalam research group kami. Sejujurnya cik Z rasa sangat gembira setiap kali dapat menolong. Walaupun pertolongan yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun melihat orang lain gembira cukup untuk buat hari cik Z ceria sepanjang hari. Serius tak tipu. Somehow i found happiness in other's smile. 


Sebenarnya mungkin banyak lagi perubahan/lesson learn yang tak dapat cik Z tuliskan disini. Macam biasalah bila nak ditulis semuanya lupa. Walau apapun, cik Z sangat-sangat bersyukur atas setiap apa yang Allah takdirkan untuk cik Z selama ini. Ya lah mungkin cik Z tidak dikurniakan rezeki jodoh yang cepat tapi sekurang-kurangnya Allah bantu cik Z dari sisi yang lain pula. Untuk rakan-rakan pembaca diluar sana, terutama yang sedang menuntut ilmu, good luck dan all the best. Gunakanlah tempoh minimum 3 tahun cuti belajar yang dihadiahkan itu dengan sebaik mungkin. Ingatlah setiap sen yang kita dapat tu bukan hak milik kita seorang. InsyaAllah adalah keberkatannya dimana-mana nanti jika kita gunakan setiap saat dengan bermanfaat.

 
2011, 2012, 2013, 2014,...hope my dream come true,...upcoming photo should be in Convocation Day October 2015. InsyaAllah.

"The more I read
The more I learn
The more things I dont know
The more curious I am
The more I wanted to search
What I have lost
A mystery that only Allah knows
A path that I chose
To explore and thankful
For the rest of my life"
31 July 2012, KL.


p/s: Moga-moga konvo tahun depan tak la keseorangan lagi. Bunyi macam sedih ajer kan. Mohon sudilah kiranya doa-doakan cik Z ya. Thanks in advance. 

Wassalam.



Wednesday 3 September 2014

Teluk Cempedak, Kuantan


Salam semua. Wahh lama betul cik z tak kongsikan apa-apa cerita berkaitan travel. Almaklumlah dah setahun lamanya cik z tak jalan kemana-mana. Terperap di KL, rumah dan uni. Kisah travel kali ni walaupun singkat tapi memang membuatkan cik z super excited.


Alkisahnya, seperti yg semua tahu cik z telah ke Kuantan 11-14 Ogos yang lalu sempena ISM2. Dan bila sebut ajer Kuantan dah pastilah Teluk Cempedak yang terbayang di mata. Wah memang tak sabar nak sampai ke Kuantan. Untuk cik z yang sangat sukakan nature/alam semulajadi ni, kesempatan kembali semula ke Kuantan selepas 3 tahun memang sangat mengujakan. Selama 3 tahun ini, cik z tak pernah berkesempatan nak tengok pantai dan laut di Malaysia. Rindu sangat nak cium bau laut dan pijak pasir pantai.

Teluk Cempedak memang sentiasa dekat di hati cik z. Sepanjang 6 tahun berkelana di Kuantan, rasanya dah lebih 50 kali jejakkan kaki ke sini. Pagi pernah, petang petang, malam pun pernah. Dari rumah cik z nak ke Teluk Cempedak alahai dekat sangat tak sampai 45 minit dah sampai. Jadinya bila-bila masa pun boleh pergi. Dan biasanya kalau hati ada sikit stress atau down memang kat sinilah tempatnya cik z melayan perasaan. The best thing is, kalau nak melepak kat sini sorang-sorang pun tak de masalah. Tu yang cik z selalu sangat pergi tu. Wah nostalgia betul kalau diingat-ingatkan balik.


Dipendekkan cerita, untuk lawatan kali ni cik z kembali ke Teluk Cempedak sebagai tour guide ha ha ha. Dan yang kelakarnya dalam masa kurang 24 jam cik z jejakkan kaki disini sebanyak 3 kali. Bak kata sv cik z, ni dah macam balas dendam plak ya 3 tahun tak pergi, bila pergi terus 3 kali dalam sehari. Kalau ikut bahasa jawa, ini memang betul2 marem.

Jadi rakan-rakan pembaca semua, jomlah enjoy gambar-gambar yang sempat cik z snap di Teluk Cempedak ya. Untuk rakan-rakan yang sedang menyambung pelajaran, bolehlah sama-sama lepaskan rindu dan melayan perasaan sesambil tengok gambar-gambar ni ya. Trust me, nothing change. Teluk Cempedak masih cantik dan ombaknya masih kuat seperti dulu.





  

  
  


 


 
sunset and sunrise

sunrise


 



merenung masa depan.....


wassalam.