Monday 24 June 2013

18 Days Trip to Europe: Full Itenary and Budget


Seperti yang dijanjikan, cik Z kongsikan disini Full Itenary and Budget Series untuk trip kami ke Eropah selama 18 hari iaitu dari 1 Jun - 18 Jun 2013. Lama kan. Sebenarnya hanya 14 hari penuh je pun yang betul2 boleh dianggap sebagai trip kerana kebanyakan masa di Istanbul dihabiskan untuk menghadiri conference.  Route kami ialah KL-Istanbul-London-Paris-Milan-Rome-Athens-Istanbul-KL. Walaupun trip kali ini dirancang dengan agak tergesa2, tapi Alhamdulillah bolehlah dikatakan segalanya berjalan lancar dan mengikut perancangan dan memberi kepuasan serta pengalaman yang banyak buat kami. Tolak ketepi pengalaman hilang duit dan passport di Paris, rasa macam tak percaya kami dah pun berjaya menghabiskan perjalanan 18 hari merentas 5 negara yang sesungguhnya sangat memenatkan dan menguji kesabaran. 

Yang kelakarnya masa travel selalu je teringatkan makanan Malaysia yang sedap2 tapi bila dah balik hilang plak rasa teringin tu. Almaklumlah masa kat sana makanan yang paling kerap kami jumpa ialah kebab, roti, pizza, pasta dan chips. Kebanyakannya kering dan tak de sos. Nasib juga ada bawa paket2 kecil sos dari Malaysia. Kami gunakannya sejimat yang mungkin. Walaupun kami ada juga bawa Maggi dan 3in1 drinks dari Malaysia, tapi tak semua hostel yang kami tinggal ada menyediakan air panas/kettle. 

Antara cabaran bercuti di Eropah semasa awal musim Summer/panas ialah keadan cuacanya yang tak menentu. Mujurlah kami dah bersedia dengan cardigan dan jaket sederhana tebal. Di Istanbul cuaca agak sejuk (ada 1 hari yang suhunya turun bawah 20 degree) dan hujan serta panas silih berganti. Di London, suhunya lebih rendah berbanding Istanbul, memang sejuk menggigil mujur juga hujan tak turun. Di Paris, hari pertama sampai matahari panas memancar terasa bagaikan berada di Malaysia. Tak semena-mena malam hari yang sama hujan turun lebat berpanjangan hingga hari esoknya menyebabkan suhu turun mendadak malah lebih sejuk berbanding London. Sejuk terasa hingga ke tulang.  Di Italy dan Athens pula, cuaca sangat panas sampaikan nak ambik gambar pun muka berkeriut2 dan bila balik Malaysia muka sunburn.

Banyak perkara baru yang cik Z belajar sepanjang perjalanan ini. Antaranya:

1. Semua negara di bawah kesatuan Eropah dianggap satu negara. Jadinya passport kita hanya akan dicop di negara pertama yang kita sampai dan juga di negara terakhir yang kita keluar.

2. Kalau kita beli barang yang dibolehkan mendapat VAT refund, kita hanya boleh dapatkan refund tersebut di negara eropah terakhir yang kita singgah. Prosesnya ialah masa sebelum check in pergi ke kaunter customs untuk ambil cop lepastu singgahlah kat mana2 kaunter refund points yang disediakan seperti Global Blue. Nanti dia akan bagi kita cash refund. Kalau tak de, cari peti surat warna kuning dan masukkan borang yang telah dicop kedalam peti surat. Lagi satu refund yang kita akan dapat sebenarnya tidaklah sebayak % yang dinyatakan.

3. Selama ni cik Z tak pernah perasan yang kalau kita duduk dalam flight yang kerusinya disebelah emergency exit rupa2nya kita tak dibenarkan letak apa2 barang/beg kat bawah kaki. Dan bila kita naik Easy Jet diorang akan cek sebelum boarding sesiapa yang duduk kat seat bahagian tersebut akan diminta letak semua barang dalam 1 beg sahaja lepastu wajib letak kat atas rak.

4. Kalau hilang passport, perkara pertama kena buat ialah laporan polis dahulu barulah ke embassy. Lepas ni kalau nak keluar negara adalah lebih baik kalau kita bersedia dengan photocopy passport serta alamat embassy.

5. Air yang dijual di vending machine adalah berkali2 lebih murah berbanding di kedai. Contohnya air mineral di vending machine harganya 0.4 Euro tapi kat kedai 1.8 Euro.

6. Kalau travel ke Eropah lebih baiklah bawa beg yang ringan je ataupun back pack bagi memudahkan kita bergerak di stesen2 keretapi/metro yang kebayakannya tak de lift atau eskalator.

7. Nak cari toilet? Cari WC tapi jangan lupa bawa botol kosong sekali sebab semua toilet tak de paip.

8. Pakailah kasut yang sesuai seperti sport shoes atau sneakers. Sandle ok juga tapi bukanlah kat tempat2 yang banyak tangga atau kena jalan sepanjang hari seperti Venice kalau tak mahu tapak kaki meletup macam cik Z. Hilang mood nak berjalan. 

9. Sistem pengangkutan di Italy sangat efisian. Kalau nak travel within cities lebih baik gunakan ItaliaRail berbanding kapalterbang. Tempat duduknya lebih luas serta selesa dan kita boleh buka laptop sepanjang perjalanan. Tapi jangan lupa bawa makanan ya nanti lapar.

10. Kalau nak ke Venice janganlah duduk di Mestre untuk jimatkan kos, tak de apa pun kat situ. Nak cari makan pun susah.


Rasa2nya ada lagi pengalaman baru yang lain tapi biasalakan kalau nak tulis tu tetiba semuanya lupa. Seterusnya bolehlah tengok kat bawah ni itenary kami sepanjang 18 hari. Semua hostel yang kami tinggal (kecuali Mestre, Venice) dekat dengan main attraction dan punya kemudahan yang ok dan berpatutan dengan bayaran yang dikenakan. Untuk budget pula cik Z dah summarizekannya dan letakkan budget minimum yang diperlukan jika kita memilih untuk tinggal di private room for 2 person di setiap hostel. Budget minimum ini juga tidak mengambil kira jika anda teringin nak shopping bags atau lain2 barangan berjenama mbuatan Eropah.


DETAILED ITENARIES

Saturday 1 Jun 2013: KL-Istanbul

0730: Depart from KL Sentral to KLIA by ERL
0830: Check In at KLIA
1020: Depart from KLIA to Doha by Qatar Airways (7hr 30m)
1250: Transit at Doha (1hr 10m)
1400: Depart from Doha to Istanbul Atarturk Airport by Qatar Airways (4hr 30m)
1830: Arrive at Istanbul Atarturk Airport
2000: Depart from Istanbul Atarturk Airport to Grand Anka Hotel by Taxi/Metro
2030: Hotel Check In
2200: Dinner at Ali Baba Restaurant

Tram/Metro cost: TL3 for 1 token
Taxi cost Hotel-Airport : TL35
Taxi cost Hotel-YTU: Tl15
               
Sunday 2 Jun 2013: Istanbul

0900: Depart from Hotel to Sultanahmet Area by Tram (Sultanahmet, 8 station from Findikzade), walk to Blue Mosque (in and outside) and Hagia Sophia (outside area only)
1230: Bosphorus Boat Tour from Sultanahmet
1500: Lunch at Sultanahmet
1600: Solat at Hotel
1630: Depart to Yildiz Teknik Universiti by Taxi
1700: Register for ICAAMM2013, Attend Cocktail Dinner
1930: Depart to Hotel by Shuttle Bus
2030: Dinner at Ali Baba Restaurant

Monday 3 Jun 2013: Istanbul

0830: Depart to YTU by Shuttle bus, Attend ICAAMM2013
1200: Depart to Sultanahmet by Metro and Tram
1300: Topkapi Palace and Harem
1700: Souvenirs shopping at Sultanahmet
1800: Dinner at Ali Baba Restaurant

Tuesday 4 Jun 2013: Istanbul

ICAAMM2013, presentation day

Wednesday 5 Jun 2013: Istanbul

0900: Depart from Hotel to Sultanahmet Area by Tram
Walk to Hagia Sophia, Istanbul Archeology Museum, Gulhane Park, Istanbul Museum of Science and Technlogy in Islam, Eminonu Area, Spies Bazaar, Grand Bazaar,
1730: Late Lunch at Benyazit
1830: Take Tram from Benyazit to Hotel

Thursday 6 Jun 2013: Istanbul-London

0600: Depart to Istanbul Atarturk Airport by taxi/tram
0630: Arrive at Istanbul Atarturk Airport
0850: Depart to London Heathrow Airport by British Airways (4hr 10m)
1100: Arrive at London Heathrow Airport
Take Tube from Heathrow Airport Term 5 to Hammersmith Underground Station (buy Oyster Card 2 DAY: GBP15)
1300: Check In at Abercorn House Hostel, 28 Bute Gardens, Hammersmith, London. Rest, Simple Lunch and laundry     
2000: Walk around Hammersmith Area, Buy groceries and dinner.

Friday 7 Jun 2013: London

0900: Take Tube to Victoria Station, then walk to Buckingham Palace, Westminster Abbey, House of Parliament, Big Ben, Trafalgar Square, National Gallery, National Portrait Gallery
1300: Lunch at Charing Cross Area
1400: Walk to Covent Garden (shopping for souvenirs)
1500: Take Tube to Tower Hills Station, then walk to Tower of London
1600: Take tube to Hostel

Saturday 8 Jun 2013: London-Paris

0800: Hostel Check Out and walk to Hammersmith Tube station
0830: Depart to London St Pancras International by subway
0900: Arrive at London St Pancras International (stop at King’s Cross St Pancras)
1125: Depart from London St Pancras International to Paris Gare Du Nord by EuroStar (2hr 15mnt)
1447: Arrive at Paris Gare Du Nord
1600: Check In at Perfect Hostel, 39 rue Rodier. (900m from Paris Gare Du Nord)
1700: Late Lunch at   (20m from Perfect Hostel)
1730: Sightseeing at Montmartre Area by walk (900m), shopping for souvenirs
2100: Rest

Sunday 9 Jun 2013: Paris (Paris Hop-On Hop Off Bus Euro31)

The Green Route (Paris): from 9:30am till 8:30pm (6:30pm Nov-Mar.)
The Yellow Route (Montmartre): from 9:30am till 7:45pm (6:15pm Nov-Mar)
The Orange Route (Montparnasse- Saint Germain): from 9:30am till 7:00pm (6:30pm Nov-Mar)
The Blue Route (Bastille- Bercy): from 9:15am till 7:15pm
Buses operate every 10 minutes April to October and every 30 minutes from November to March.
Meeting point: You may board the bus at any one of the stops around the city. The voucher can be presented directly to the driver.
Ending point: You may alight the bus at any one of the stops around the city
The Green Route (Paris): This route takes about two hours and the highlights of this route are: Madeleine, The Louvre, Notre Dame, Place de la Concorde, Champs-Elysées, Arc de Triomphe, Trocadéro, Eiffel Tower and Invalides.
To find the location of the stops please refer to the map.
The bus will stop at the following places:
1. Auber ("La Boutique", Printemps Haussmann, Grands Magasins)
2. Opera (Place Vendome, Cafe de la Paix)
3. Palais Royal (Jardins du Palais Royal)
4. Musee du Louvre (Jardin des Tuileries)
5. Pont-Neuf (Conciergerie, Square du Vert Galant)
6. Notre-Dame (Cathedrale, Saint-Louis, Marche aux fleurs)
7. Saint-Michel (Place Saint-Michel, Sainte-Chapelle)
8. Musee d'Orsay (Quais de Seine, Pont des Arts)
9. Concorde (Obelisque de la Concorde, Musee de l'Orangerie)
10. Champs-Elysees Clemenceau (Grand-Palais, Petit Palais, Marche aux Timbres
11. La Boetie - Champs-Elysees (Avenue Montaigne)
12. George V (Arc de Triomphe)
13. Charles de Gaulle-Etoile (Arc de Triomphe)
14. Trocadero (Musee dArt Moderne, Musee de la Marine, Musee Guimet)
15. Tour Eiffel (Champs de Mars)
16. Vauban-Hôtel des Invalides (Tombeau de Napoleon, Ecole Militaire)
17. Esplanade des Invalides (Musee Rodin, Musee de l'Armee)
18. Concorde-Royale (Boutiques de la rue Saint-Honore et de la rue Royale, Maxim's)
19. Madeleine (Eglise de la Madeleine)


The Yellow Route (Montmartre -Grands Boulevards): This route takes about 60 minutes and the highlights of this route are: Notre Dame Cathedral, The Bastille, Parc de Bercy and Gare d'Austerlitz.
The bus will stop at the following places:
1. Auber ("La Boutique", Printemps Haussmann, Grands Magasins, Galeries Lafayette)
2. Trinite (Gare Saint-Lazare)
3. Blanche (Pigalle, Moulin Rouge)
4. Montmartre-Anvers (Funiculaire, Basilique du Sacre-Coeur, Place du Tertre)
5. Gare du Nord - Eurostar Terminal (Saint-Vincent de Paul, Terminaux Eurostar et Thalys)
(The bus stop is in the street directly outside the station forecourt. Look for the L'Open tour sign on the bus stop sign.)
6. Gare de l'Est (Musée du Cristal)
7. Republique (boulevard Saint-Martin, Canal Saint-Martin)
8. Bonne-Nouvelle (Theatre du Gymnase, Grand Rex)
9. Grands Boulevards (Musee Grevin, Theatre des Varieties)
10. Italiens (Grands Magasins, Opera Garnier)
11. Capucines-Scribe (Place Vendome, Cafe de la Paix, Opera Garnier)
12. Madeleine (Eglise de la Madeleine)


The Orange Route (Montparnasse- Saint Germain): This route takes about 60 minutes and the highlights of this route are: Funiculaire de Montmartre, Gare du Nord, Gare de l'Est and Grands Boulevards.
The bus will stop at the following places:
1. Petit Pont (Quartier Latin, Eglise Saint-Severin)
2. Luxembourg (Palais et Jardin du Luxembourg, Pantheon, Sorbonne)
3. Observatoire (Val-de-Grace, Jardins de l'Observatoire, Musee Zadkine)
4. Place Denfert-Rochereau (Catacombes, rue Daguerre)
5. Raspail - Cimetiere du Montparnasse (Fondation Cartier, Ateliers d'Artistes)
6. Montparnasse - Place du 18 juin 1940 (Tour Montparnasse, Musee Bourdelle)
7. Esplanade des Invalides (Musee Rodin, Musee de L'Armee)
8. Rue du Bac (Hotel Matignon, Maison de l'Amerique Latine, Musee Maillol)
9. Saint-Germain-des-Pres (Eglise SaInt-Germain-des-Pres, le quartier et ses terasses)
10. Cluny-Quartier Latin (Musee national du Moyen-age, Thermes et Hotel de Cluny)
11. Tours de Notre-Dame (Squares Viviani et Jean XXIII, Memorial de la Deportation)


The Blue Route (Bastille- Bercy): This route takes 60 minutes and the highlights of this route are: Jardin du Luxembourg, Observatoire, Catacombes, Invalides and Saint-Germain-des-Prés.
The bus will stop at the following places:
1. Notre-Dame (Cathedrale Notre-Dame de Paris, Marche aux Fleurs, Ile Saint-Louis)
2. Petit-Pont (Quartier Latin, Eglise Saint-Severin, Musee de Cluny)
3. Maubert-Mutualite (Musee de la Prefecture de Police, Pantheon, Sorbonne)
4. Pont de Sully - Ile Saint-Louis (Institut du Monde Arabe, Jardin desPlantes)
5. Bastille-Opera (Opera Bastille, Port de plaisance de l'Arsenal)
6. Gare de Lyon (Viaduc des Arts et Coulee Verte)
7. Gare d'Austerlitz - Jardin des Plantes (Museum National d'Histoire Naturelle)
8. Bibliotheque Nationale de France (devant l'entree Est)
9. Parc de Bercy (Palais Omnisports de Paris Bercy et Jardins, Cour Saint-Emilion)
10. Bastille - Rue Saint-Antoine (Colonne de la Bastille, Port de plaisance de l'Arsenal)
11. Le Marais - Place des Vosges (Musee Carnavalet, Musee Picasso, Hotel de Sully)
12. Hotel de Ville (Centre Georges Pompidou (Beaubourg), Les Halles)


Tuesday 11 Jun 2013: Milan

0545: Depart to Paris Charles de Gaulle
0600: Arrive at Paris Charles de Gaulle (Terminal 2D)
1030: Depart to Milan by Easyjet (1hr 30mnt)
1200: Arrive at Milan Malpensa (Terminal 2). Take Shuttle Bus Malpensa Express (Euro10/1hr rides) from Malpensa Airport to Milan Central Station and Taxi from Milan Central Station to America Hotel (Euro12/10 mnt rides/4km)
1330: Check In at America Hotel, Corso XXII marzo n 32, 4 floor, Milan Italy
1600: Trip around Milan (walk and taxi) – Plaza Duomo and Shopping

Wednesday 12 Jun 2013: Milan-Venice

1100: Depart from America Hotel to Milano Centrale railway station by taxi (Euro9)
1305: Depart to VENEZIA Santa Lucia (2hr 35mnt) by ItaliaRail
1530: Arrive at VENEZIA Mestre Station. Walk 750m to Hotel & Hostel Colombo For Backpackers, Viale Antonio Paolucci, Venice Mestre
1730: Dinner and Rest

Thursday 13 Jun 3013: Venice-Rome

0800: Take train to VENEZIA Santa Lucia from Venezia Mestre Station (1 stop/Euro1.2)
0900: Trip around Venice, By walk from Venezia Mestre Station to Piazza Sun Marco (40-50mnt). Gondola Trip (Euro80)
1600: Going back to Hotel, Train to Venezia Mestre Station (1 stop/Euro1.2)
1800: Take shuttle bus no15 from Hotel to Venecia Marco Polo Airport (Euro6/30mnt)
2130: Depart from Venecia Marco Polo Airport to Roma Fiumicino Airport by Easyjet (1hr 5mnt)
2235: Arrive at Roma Fiumicino Airport. Take shuttle bus to Termini Station (Euro5/45mnt) and walk to Freedom Traveler
0030: Check In at Freedom Traveler, Via Gaeta, 23, Rome

Friday 14 Jun 3013: Rome

Trip around Rome 
Colosseum, Roman Forum, Palatino (Metro station Termini to Colloseo) Euro12
Vatican City, St Peter’s Basilica (Metro station Republica to Ottaviano-San Pietro)
The Spanish Steps, Trevi Fountain, Barcacia (Metro station Ottaviano-San Pietro  to Spagna)
Shopping

 Saturday 15 Jun 2013: Rome-Athens

1100: Take shuttle bus to Roma Fiumicino Airport (Euro4/45mnt)
1555: Depart from Roma Fiumicino Airport to Atenas (Eleftherios Venizelos) by Easyjet (2hr). Take shuttle bus no X95 from airport to Soho hotel (Euro5/45mnt)
1900: Check In at Soho, Menandrou 25, Athens

Sunday 16 Jun 2013: Athens

Trip around Athens by walk from Soho hotel.  Flea Market at Monastiraki, Library, Acropolis.

Monday 17 Jun 2013: Athens

Trip around Athens by walk from Soho hotel.  , Ancient Agora, Roman Agora, Theatre of dionysos, Theatre of Herodes Aticus, Plaka and Monastiraki Area

Tuesday 18 Jun 2013: Athens-Istanbul-Doha-KL

0430: Take taxi from Soho hotel to airport (Euro40/45mnt)
0700: Depart from Atenas (Eleftherios Venizelos) to Istanbul Atarturk Airport by Turkish airline   (1hr 20mnt)
0820: Arrive at Istanbul Atarturk Airport. Transit at Istanbul
1920: Depart to Doha by Qatar Airways (4hr 10m)
2340: Transit at Doha Airport (2hr 30m)

Wednesday 19 Jun 2013: Doha-KL

0120: Depart from Doha to KLIA by Qatar Airways (7hr 50m)
1410: Arrive at KLIA


FLIGHT/TRAIN TICKETS DESTINATION DATE RM
Qatar Airways  KL-IST-KL  1-18 JUNE 2678
British Airways Istanbul-London 6-Jun-13 597.74
EuroStar London-Paris 8-Jun-13 424.46
Easy Jet Paris-Milan 10-Jun-13 230.15
Italiarail Milan-Venice 12-Jun-13 85.99
Easy Jet Venice-Rome 13-Jun-13 225.15
Easy Jet Rome-Athens 15-Jun-13 496.75
TurkishAirlines Athens-Istanbul 18-Jun-13 528.3
TOTAL 5266.54

ACCOMODATION DESTINATION DATE 10% (RM) EURO POUND
Grand Anka Hotel Istanbul 1-6 Jun 2013 493.33
Abercon House Hostel London 6-7 Jun 2013 63.64 106
Perfect Hostel Paris 8-9 Jun 2013 70.33 140.4
America Hotel Milan 10-11 Jun 2013 58.81 115
Hotel & Hostel Colombo For Backpackers Venice 12-Jun-13 29.93 56.4
Freedom Traveller Hostel Rome 13-14 Jun 2013 70.17 148
Soho Hotel Athens 15-17 Jun 2013 36.84 69.8
TOTAL (2) 329.72 1022.93 106
TOTAL (1) 164.86 511.465 53


DESTINATION TRANSPORTATION LIRA EURO POUND
Istanbul Taxi to Airport Return TL70 35
Tram/Metro return TL6*5=TL30 per pax 30
London Oyster Card 2 Days 15
Paris Hop On Hop Off Day Tour 31
Taxi/subway 20
Milan Shuttle Bus from Airport to Milan Central 10
Taxi from Milan Central to America Hotel = 12 6
Taxi from America Hotel  to Milan Central = 9 5
Taxi to Doemo Area (Return) = 20 10
Venice Train from Mestre Station Venezia Santa Lucia =1.2  2.4
Shuttle bus to Marco polo airport 6
Rome Shuttle bus from Airport to termini station= 5*2 10
One day Metro Card 6
Athens Shuttle bus from Airport to Syntagma Square  5
Taxi from  Syntagma Square to Soho hotel = 5 2.5
Taxi from Soho  Hotel to Airport = 40 20
TOTAL (1 pax) 65 133.9 15
expected cost in Euro 30 133.9 20

ENTRANCE FEES
DESTINATION ATTRACTION LIRA EURO
Istanbul 3 days Museum Pass 72
Bosphorus Boat Cruise 24
London All sightseeing
Paris All sightseeing
Milan All sightseeing
Venice Gondola Trip (Euro80) 40
Rome All sightseeing
Athens 4 days pass to 7 ancient cities 12
TOTAL (1 pax) 96 52
expected cost in Euro 42 52


MINIMUM EXPENSES                RM EURO
Flight/Train and 10% accomodation                              5500
Accomodation 600
Eating (max up to 20 euro per day) 360
Daily transportation   200
entrance fees  100
emergency cost 300
souviners 200
TOTAL                5500 1760


TOTAL MINIMUM COST NEEDED FOR 18 DAYS: RM 13000


Ini saja untuk kali ini. Selamat mencuba. Sebelum berakhir enjoy dulu beberapa keping gambar yang sempat kami snap. Wassalam dan jumpa lagi.

Hagia Sofia, Istanbul.

Trafalgar Square, London.

Eifel Tower, Paris.

Duomo, Milan.
  

Venice.



Colloseum, Rome.

Acropolis, Athens.


Saturday 22 June 2013

Kerana 19 Euro, kami merasa makan nasi lemak di Paris

Trip kami ke Europe baru saja berakhir. Penat belumpun hilang. Jet lag pun masih terasa. Banyak catatan pengalaman dan peristiwa menarik, suka serta duka yang berjaya kami kutip sepanjang perjalanan ini.   Selalunya cik Z akan mulakan entry pertama selepas balik bercuti dengan Full Itenary dan Budget. Tapi kali ini Cik Z akan mulakan dengan satu entry khas yang lain dulu kerana apa yang ingin cik Z ceritakan ini benar2 menduga hati kami dan mengubah perancangan kami. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang. Apa yang terjadi akan terpahat dalam lipatan kenangan kami selamanya.

Special entry ini cik Z tulis sikit demi sikit mengisi ruang2 waktu yang ada sebelum pulang ke Malaysia.  Apa yang tercatat pada entry ini adalah kisah benar yang menimpa kami sepanjang hari Isnin, 10 Jun 2013 di Paris. Catatan pengalaman sepanjang hari itu sangatlah berharga dan tak terbayar nilainya. Hari itu, semua perancangan kami bertukar 180 degree dan apa yang mampu kami buat ialah berserah saja kepada Allah dan cuba berfikiran positif sepanjang masa.  Kami yakin yang dugaan Allah tu sememangnya hanya ditimpakan ke atas hambanya  yang mampu menghadapinya. Insyaallah.

Kisahnya, seawal jam 5 pagi kami dah pun bersiap untuk check out dan berjalan kaki ke Gare Du Nord.  Dalam schedule hari ini kami mesti sampai di Charles De Gaulle (CDG) Airport sebelum 7 pagi untuk check In kerana flight kami akan berlepas ke Milan pada jam 8.50 pagi. Hari masih gelap dan jalan yang masih lengang memudahkan kami menarik beg yang boleh tahan beratnya. It almost 20kg. 15 minit berjalan, kami tiba di Gare Du Nord dan terus mencari arah ke train airport line. Boleh tahan jauhnya, rupanya kami perlu turun 3 tingkat ke bawah. Malangnya tak de escalator yang berfungsi so tak de pilihan maka terkedek2 la kami angkut beg turun tangga. Baru turun 2 tingkat baru kami perasan yang ticket booth belum buka so kami kena beli ticket guna mesin.

Suasana di Gare Du Nord, waktu tengahari 8 Jun 2013.


Tak de pilihan lain, so kami pun berhenti kat satu mesin dan cuba beli tiket. Di sinilah detik bermulanya pengalaman pertama kali di bumi asing yang tak terjangkau di fikiran. Harga tiket ke CDG airport untuk 2 orang ialah 19Euro, malangnya kalau guna mesin ni kami hanya boleh bayar guna duit syiling. Masa tu jam dah hampir 6 pagi. Seriously kami kalut giler. Risau juga kalau tertinggal kapal terbang. Lagipun kami belum Check In lagi. Kami tak de syiling, toleh kiri kanan nampaklah ada 2 orang Chinese pun tengah bermasalah nak beli tiket.  Sekali tu bila toleh je ke arah beg2 kami, alih2 satu beg tarik kecil kepunyaan Fizz dah tak ada. Hilang la tu.  Ya Allah berderau darah kami.  The worst thing is, dalam beg tu ada passport Fizz. Maksudnya kalau passport tu hilang kami tak boleh terbang ke mana2.

Mulanya kami fikir mungkin Fizz ada tercicir dimana-mana walaupun sebenarnya tak logik langsung nak tertinggal sebab beg tarik tu walaupun kecil tapi boleh tahan beratnya. Sepanjang di Paris juga kami sangat berhati-hati sebab banyak kali diingatkan oleh kawan2 yang pernah ke Paris tentang profesional pick pocket yang kerap berlaku di kota Paris. Aneh, memang aneh dengan keadaan station yang masih lengang kami langsung tak nampak bila, dimana dan siapa yang dah ambil beg tu. Bunyi derap kaki pun tak ada. Memang sekelip mata je dah tak ada. Sebab seingatnya beg tu masih ada masa kami nak beli tiket dan Fizz turunkan dari bahu sebab tak tahan berat.

Kesian sangat Fizz. Someone has to be strong. Dalam kalut2 tu kami cuba berfikiran postif dan berharap akan terjumpalah beg tu dicampak di mana-mana dalam Gare Du Nord. Sebabnya dalam beg tu tak de duit pun cuma passport, laptop, handphone dan camera charger, roti, kalkulator, sedikit baju, serta semua itenary hotel dan flight kami.  Apa yang kami buat ialah cuba cari di sekeliling Gare Du Nord. Habis satu station yang besar tu kami jelajah.  Tapi nampaknya memang tak de rezeki.

Next plan, kami try cari alamat ke kedutaan Malaysia di Paris. Sekali buka2 laptop bateri plak habis. So kami cuba plak ke kaunter information dengan  harapan dapat cari alamat tu di sini Tapi yg ni pun masih tutup juga. Sudahnya kami pun duduk la depan kaunter tu bersila. Tengah duduk termenung, tetiba ada sekeluarga orang Malaysia lalu dan diorang duk tanya kami macammana nak naik Eurostar ke London.  Apa lagi kami pun cerita la kisah kami. Nasib baiklah diorang dapat carikan alamat yg kami nak. Terima kasih tak terhinggalah.

Lepas tu kami cuba cari alamat tu kat peta yg kami ada tapi tak de plak. Lepas cari2 tak dapat, kami cuba cari polis di police station yg terdapat di Gare Du Nord. Tapi malang lagi sebab masih awal pagi so belum bukak dan bila tekan intercomnya polis yang jawab cakap French semedang .  Satu patah pun tak faham. Puaslah kami cuba cakap dgn dia, tapi tak dilayan…gila sedih kan. So kami cubalah tanya kat kaunter beli tiket train (masa ni dah buka plak) dan nampaknya kedutaan Malaysia ni bukanlah dalam kawasan Central Paris. Oleh sebab kami bawa beg tarik yg berat ditambah lagi dengan trauma nak naik train so kami pun ambiklah taxi ke Kedutaan.  Blur2 jugaklah nak tanya taxi tu almaklumlah kan diorang ni tak cakap English. Harga taxi dari Gare Du Nord ke Kedutaan Malaysia ialah 23Euro. Perjalanan lebih kurang 20 minit.

Di hadapan Malaysian Embassy di alamat 2 bis rue Bénouville, 75116 Paris. Sejuk menggigil waktu ni walaupun dah pakai baju 4 lapis.


Sampai ke kedutaan, jam baru nak masuk pukul 8 pagi. Pintu pun tak bukak lagi. Tengok2 kat pintu tu tulis pukul 9.30 baru office bukak. Nak lagi haru masa ni sejuk sangat sampai ke tulang wal hal kami dah pakai baju lapis2 dengan jaket lagi. Siap menggigil2 lagi. Dah la lapar. Tak de pilihan maka duduklah kami dengan beg berat tak lepas dari tangan betul2 kat depan pintu kedutaan. Orang lalu lalang tu tengok kami dengan muka pelik je. Memang kesian giler. Dah dekat 8.30 barulah ada sorang staf embassy datang tapi dia kata dia tak boleh bagi masuk sebab belum office hour dan dia bukan person in charge.  Selang beberapa minit lepas tu barulah sorang demi sorang staf embassy yang lain datang. Setiap kali ada staf datang setiap kali tu lah kami ulang cerita apa yang berlaku kat kami. Bila sebut Gare Du Nord je memang diorang senyum sebab rupa2nya tempat ni memang tempat panas berkumpulnya pencuri2 profesional. Akhirnya hampir pukul 9 barulah kami dipanggil masuk dalam bangunan embassy dan duduk diruangan menunggu.

Bila dah masuk tu barulah kami tahu yang kami sebenarnya kena buat report polis dulu baru ke embassy.  Pening jugak ni tak kan nak pergi ke Gare Du Nord semula. Nama person in charge untuk urusan passport emergency ialah Kak Gayah. Kak Gayah suggestkan kami naik metro pergi ke Champs-Elysées untuk buat report. Sorang lagi staf embassy iaitu En Hafiz pun siap tolong print outkan google map tempat yang kami kena pergi dan bagi route untuk kami ikut. Dia ni antara staf terawal yang jumpa kami tersadai depan embassy. Nasib juga metro station ada dekat je dengan embassy dan kawasan Champs-Elysées ni kami dah pergi semalamnya masa naik Hop On Hop Off Bus. Maka naiklah kami Metro ke Champs-Elysées setelah bersusah payah membeli tiket di mesin autometik berbahasa French dengan bertanya kepada staf di kaunter information. Macam biasa cakap macam ayam dan itik.

Sampai kat Champs-Elysées, masalah lain pulak datang sebab rupanya kami dah silap turun station yang jauh dari balai polis. Serius jauh sebab kami kena jalan dekat 20 minit baru sampai. Lebih 3 kali juga tanya orang sana sini baru jumpa balai polisnya. Akhirnya report polis pun berjaya dibuat. Polis kat balai ni ok sikit boleh cakap English mungkin sebab kawasan ni kawasan shopping street yang memang jadi tumpuan tourist.  Sebelum balik semula ke embassy, kami singgah kat mesin ambik gambar automatic yang sedia ada kat semua stesen metro. Tujuannya untuk ambik gambar passport. Masa nak buat ni pun kelakar juga sebab kami main cuba jaya je guna mesin tu sebab tak de bahasa English he he. Nasiblah berjaya gak keluar gambarnya.

Seterusnya kami berkejar semula ke embassy sebab kena buat passport emergency tu sebelum pukul 12.30 tghr. Kalau tak kena tunggu pukul 2.30 ptg plak. Sampai semula di embassy dah pukul 11, lepas tu Fizz terus kena isi beberapa form yang diperlukan.  Banyak juga maklumat ynag diperlukan termasuk kita punya itenary seterusnya. Hampir jam 12, siaplah passport emergency/ emergency certificate. Alhamdulillah. Sambil2 Fizz uruskan passport, cik Z pula sibuk memikir plan B apa yang patut kami buat selepas ni dan mencari tiket baru ke Milan. Tiket termurah yang ada adalah jam 6.50 pagi esoknya. Bermaksud kami dah pun kerugian tiket ke Milan pada hari ini dan juga bilik hotel untuk hari ini di Milan. Untuk elakkan lebih kerugian so kami kena beli tiket yang paling murah iaitu awal pagi dan decide untuk stay di airport untuk 1 malam.

Seterusnya kami pun teruslah email ke pihak hotel untuk inform yang kami tetap akan datang esok sebab risau diorang cancle booking kami. Oh ya untuk pengetahuan semua kalau kita booking hotel/hostel melalui hostel world, harga bilik untuk malam pertama tetap dipotong /dikira walaupun kita tak jadi datang jika gagal batalkan booking 3 hari sebelum.  Lepas tu kami terpaksa pula print out balik semua maklumat hotel booking dan itenary flight.

Tengah sibuk2 buat semua tu alih2 datanglah En Hafiz tadi tu tanya kami punya plan hari ni dan seterusnya.  Bila kami cakap nak tidur airport tetiba dia kata tunggu kejap dia nak buat call dan jangan pi mana2 dulu. Selang beberapa minit lepas tu dia datang balik dan suruh kitorang tidur rumah dia aje malam ni dan esok pagi2 wife dia akan hantarkan kami ke airport. Wah terkejut kami, tak sangka okay. Rupa2nya rumah dia dekat dengan airport. Mula2 tu kami tolak juga ya lah segan jugak kan dah la tak kenal. Kira totally strangers. Baru first time jumpa plak tu. Tapi bila dia bersungguh2 benar, kami pun jadi tak sampai hati nak tolak. So selesai masalah kami untuk malam ni. Cumanya dia kata kenalah tunggu habis office hour jam 5 baru boleh balik dan kami kena naik metro sama2 dengan dia.  Tak jadi masalah, ni pun dah cukup bersyukur. Tapi ada satu perkara yang buat kami keliru bila En Hafiz kata yang kami akan singgah dinner kat rumah mak mentua dia dulu. Eh biar betul kan? Mak mentua rumahnya di Paris? Tapi bila kami tanya dia kata tunggu dan lihat.

Mulanya sementara nak tunggu pukul 5 tu kami plan nak pi cari makanan dulu kat mana2 pastu datang balik ke embassy. Sekali tetiba plak En Shahrir seorang PTD yang berjawatan Kaunselor Bahagian Akademik nak jumpa kami. Kesimpulannya memang satu embassylah tahu kisah kami pagi ni. Rupanya dia nak ajak kami pi lunch. Yang tak sangkanya dia tanya kami nak makan apa? So kami katalah kalau diberi pilihan mestilah nak makan nasi kan.  Terus je dia bawak PA dia dan kami naik kereta dia ke Paris Fried Chicken. Agak jauh gak tempat ni dalam 20 minit drive. Maka merasalah kami naik kereta pusing2 Paris. Kat kedai ni ada jual nasi beriani dan nasi berlauk kari ayam selain ayam goreng. Wah sungguh tak sangka yang hari ni kami dapat makan hidangan nasi yang proper selepas 10 hari. Kami nak bayar sendiri je tapi En Shahrir dengan baik hatinya pula kata nak belanja. Terima kasih tak terhingga. Masa lunch tu barulah tahu yang En Shahrir ni pun rupa2nya ada seorang adik yang pernah belajar di UMP dan sekarang dah pun menjadi fellowsihip UMP dan menuntut di US. Kecilnya dunia kan. 

Balik semula ke embassy, kami tumpang solat dan sempat juga melelapkan mata kat ruang menunggu sambil2 tunggu pukul 5. Diorang suruh rest kat tingkat atas tapi kami segan so kami tunggu kat bawah je la. Pukul 4.45, En Hafiz turun dan terus ajak kami balik awal sebab bos dia dah bagi keizinan keluar awal memandangkan kami kena naik train pada waktu puncak orang balik kerja. Rumah En Hafiz ni letaknya dekat dengan airport so untuk jimat kos dia kena naik metro. Dan bila guna metro biasanya dia akan guna laluan shortcut iaitu tukar2 line. Kalau buat macam ni dia akan jumatkan masa perjalanan yg sepatutnya 1 jam kepada 30-40 minit. Tapi oleh kerana harini dia bawa kami so dia kena ikut laluan jauh iaitu laluan yang paling kurang tukar line.  Sebab utamanya ialah kerana kat Paris ni (sebenarnya London dan Italy pun sama, dan mungkin juga 1 Europe), hampir semua stesen metronya tak de lift.  Bayangkan macammana kami angkut beg berat tu turun naik tangga dan bersesak-sesak dengan ramai orang yang balik kerja berebut nak naik train. Kurang2 pun 3 kali gak lah kami tukar line.  Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli.

Hanya pada line yang terakhir kami dapat menarik nafas lega kerana kali ni kami telah pun menaiki train biasa menggunakan airport line yang mana arahnya keluar dari pusat Bandar Paris dan penumpang pun tak lah seramai train2 yang lain. Masa ni lah baru kami sempat borak2 dengan En Hafiz. Rupa2nya En Hafiz ni asalnya orang Pekan dan bertemu jodoh  di Paris dengan orang Melayu Cham yang dah pun berhijrah ke Paris. O okay terjawab sudah kekeliruan kami tadi. En Hafiz dah pun menetap dan berhijrah ke Paris sejak tahun 2009 dan yang mengkagumkan kami ialah kefasihannya berbahasa French. Malah boleh membaca juga. Kata dia, kena masuk kelas intensif sekurang2nya 150 jam untuk fasih dan lancar. Yang bagusnya satu family mertua dia semuanya cakap French kat rumah so memang sangat membantu lah. Lagi satu dia juga dah jadi local staff kat embassy.

Sekitar jam 6, kami pun tiba kat stesen terhampir dengan kawasan kejiranan En Hafiz. Kami perhatikan kat kawasan ni ramai gak muslim yang bertudung. Yang uniknya, kami berpeluang melihat sendiri polis berkuda menahan sebuah kereta kerana melanggar undang2 jalan raya dan menyaman mereka.

Polis berkuda


Tak lama lepas tu, wife En Hafiz pun sampai dengan kereta. Maka berkenalanlah kami dengan Faridah yang seriously sangat cute dan peramah. Diorang berdua ni memang speak French memanjang. Personally kami rasa bahasa French ni sangat unik sebab dia ada lenggok suara yang sedap didengar.  Kami dibawa menuju ke rumah mertua En Hafiz yang tak lah jauh sangat dari stesen keretapi. Macam mimpi, tak sangka kami dapat melihat sendiri suasana kehidupan kejiranan di Paris yang sangat damai dan dipenuhi dengan macam2 jenis tumbuhan menghijau.  Sistem keselamatan parking area kat sini pun berbeza sebab semuanya berpagar automatik. Tiba je, kami berkenalan dengan Mak Mertua En Hafiz yang juga peramah serta 2 orang anak lelaki mereka berusia 3 tahun dan 7 bulan yang keletah dan tak takut orang. Muka diorang ni yang peliknya tak de rupa melayu pun. Petang tu kami disajikan dengan macaroon dan makanan tradisional melayu cham. Siapa sangka kami dapat makan masakan melayu cham di Paris.

Anak bungsu keluarga En Hafiz, 7 bulan. Comel sangat.

  
Bersama Faridah, Mak Faridah dan anak sulong mereka. Aduh.. beza sangat kulit kita dengan kulit diorang.

Ini dia apa yang kami makan. Yang macam lempeng tu ala2 macam crepe dibuat menggunakan tepung beras dan santan (rasanya macam roti jala pun ada). Isi dalam lempeng tu ialah daging hancur yang dimasak bersama kerisik dan taugeh yang rangup. Yang kat dulang belakang tu ialah ulam-ulamannya. Antaranya ialah daun salad, daun pudina dan daun kesum. Tak sangka daun kesum pun ada kat sini, sangat segar dan gemuk daunnya berbanding yang kita jumpa di Malaysia.

Cara nak makan, ambil satu helai daun salad, koyakkan lempeng crepe tadi bersama isinya letak atas daun slad, lepastu letaklah seberapa banyak ulam2an lain kat atasnya sesuka hati.

Seterusnya bungkus daun salad macam kat atas ni dan cicah dengan sos cuka+cili. Rasanya, seriusly sangat sedap. Seolah2 macam kita makan daging bakar bersalut salad kat Seoul Garden Restaurant.

Lepas makan kami pun bertolak ke rumah En Hafiz yang letaknya hanyalah 5 minit dari rumah mertua dia. Diorang suami isteri berulang kali cakap jangan terkejut datang rumah diorang sebab diorang baru je pindah dan rumah masih berserabut katanya. Rumah diorang ni letaknya di tingkat 2 sebuah apartment yang kalau kita masuk tu designnya memang moden dan menarik. Yang kelakarnya, nasib malang kami berterusan sebab tetiba plak lift kat apartment diorang ni rosak. Maka terpaksalah kami usung beg 20 kg tu naik tangga.

Sampai kat sini dah pun pukul 8. Tapi hari masih terang benderang. Serius mengantuk tunggu Maghrib pukul 9. Faridah dengan baik hatinya suruh kami tidur kat bilik anak dia, siap pinjamkan tuala dan selimut untuk kami. Satu kata2 dia yang buat kami terharu ialah, " My house is your house too". Manalah tak terharu, kan ke kami ni totally strangers. Tak sangkanya kami ditemukan dengan keluarga yang sangat baik hati ni. 

Lepas je solat Maghrib dan jamak Isyak kami terus tidur. Bangun2 pagi nak bersiap, kami dah pun dengar bunyi orang kat dapur. Rupa2nya Faridah masakkan nasi lemak untuk kami. Wah seriously super terharu. Nak nangis pun ada. he he. Makan nasi lemak di Paris? Satu keajaiban buat kami. Selain nasi lemak, Faridah turut bekalkan kami roti dan coklat. Lepas tu siap hantarkan kami ke CDG Airport. 

Roti dan coklat, ole2 dari Paris.


Ya Allah kami sangat terhutang budi. Tak tahulah bagaimana nak balas budi baik diorang sekeluarga. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Doa kami agar En Hafiz sekeluarga sentiasa dipermudahkan jalan rezeki dan kehidupan. 

Sebenarnya banyak hikmah tersembunyi disebalik peristiwa ini. Beberapa hari sebelum tu, Fizz beberapa kali menyebut tentang betapa beratnya beg sandang berisi laptop tu, anehnya Allah ringankannya dengan sekelip mata. Hilang tanpa kesan. Selepas peristiwa ni, memang langkah Fizz nampak lebih laju tak perlu lagi risau nak heret 2 beg yang berat. Selain tu kami juga asyik menyebut tentang rindunya nak makan nasi. Alih2 kami dapat makan nasi, dua kali lagi, percuma plak tu. Cik Z pulak, bila sampai kat Paris sangat suka denagn keindahan Paris sampai duk kata kalau dapat spend 1 hari lagi di Paris alangkah seronoknya. Sungguh bagai di kata, kami ditakdirkan Allah tak boleh keluar dari Paris selama sehari. Lagi 1, ramai yang tahu Peugeot adalah kereta idaman cik Z. Masa kat Paris, memang selalu sangat nampak Peugeot sampaikan kereta polis dan taxi pun ada yang Peugeot. Ada juga terdetik dihati, wah kalau dapat naik kan best. Sekali tu memang betul kami dapat naik Peugeot masa nak ke rumah En Hafiz.

Oh ya, masa nak berlepas ke Milan plak flight kami terpaksa delay 2 jam disebabkan strike oleh pekerja kawalan udara. Gitulah punya susahnya kami nak keluar dari Paris. Masa kat Milan plak, tunggu punya tunggu sampai kesudah luggage cik Z tak keluar2. Sekali kami pun cubalah jenguk2 ke luar kawasan laluan beg tu. Rupa2nya beg cik Z dah tercampak keluar dari kawasan. Yang kelakarnya, boleh pulak pekerja airport tu tak percaya bila cik Z cakap kat dia sebab kata dia tak mungkin berlaku dan tak pernah berlaku. Bila dia tengok barulah dia percaya. Macam2 kan.

Okaylah sampai disini saja untuk kali ni. Banyak lagi cerita menarik yang akan Cik Z kongsikan nanti. Tunggu.... Jumpa lagi, wassalam.

Pergunungan Alps dilihat dari EasyJet laluan Paris-Milan. Subhanallah, kecantikkannya tak tergambar denagn kata-kata. Ternganga kami melihatnya.