Thursday 12 September 2013

2 tahun yang mencabar

Hari ni genap 2 tahun cik Z berkelana di KL demi satu impian bergelar Dr. PhD. Permulaan yang payah, namun siapa sangka kini hanya tinggal kurang 1 tahun lagi, Insyaallah impian cik Z akan menjadi kenyataan. Wah tengah bersemangat ni. Semoga kesabaran cik Z selama ini terbayar dengan senyuman. Buat masa ini ada 3 lagi simulation study yang perlu cik Z bereskan. Jika tak de masalah paling cepat pun April 2014 nanti baru siap running semua simulation studynya. Perjalanan masih panjang. Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Ini juga merupakan semester ke-5 cik Z disini. Bermaksud sebelum masuk semester ke-6 nanti cik Z akan menempuh candidature defend pula. Uihh bagaikan baru semalam membuat presentation dalam proposal defend alih2 dah kena buat candidature defend plak. Sampaikan terfikir di kepala, betulke sekarang ni masa berputar 24 jam sehari? Aneh kan?

Setiap orang punya jalan cerita tersendiri. Sebelum memulakan cuti belajar 2 tahun yang lalu, sebenarnya cik Z terpaksa menunggu selama 6 tahun sebelum giliran tiba.  6 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Dalam tempoh ini giliran sambung belajar acap kali berubah. Ada banyak sebab, tapi sebagai pensyarah tugas utama semestinya mengajar. Atau mungkin juga sudah ketetapan Allah dan mungkin juga cik Z bukanlah orang yang suka menentang arus. Maka, ikut sajalah kata ketua jabatan kan. Dalam tempoh itu juga, ramai kenalan yang sama2 mendaftar kerja pada tahun yang sama dengan cik Z dah pun melanjutkan pelajaran. Malah ada sebahagian tu dah pun balik dan bergelar Dr. 

Bergelar pensyarah biasa tanpa gelaran Dr. sememangnya mencabar. Adakalanya, walaupun pendapat atau kerja kita lebih bagus tapi pada akhirnya sesetengah orang tetap menyebut yang kita ni pensyarah biasa aje. Justeru cik Z selalu saja mengingatkan diri sendiri, seandainya satu hari nanti cik Z berjaya bergelar Dr., janganlah sesekali cik Z membangga diri dan memandang orang lain sebelah mata. Memanglah nak genggam ijazah pHd tu bukannya mudah kan tapi itu bukanlah tiket untuk kita mendabik dada mengatakan kitalah yang terbaik dan betul segala. Biarlah dapat lambat pun yang penting macammana ianya dilalui dan diingati. Wah sorry terlebih emosional hari ni he he.

Walau terpaksa menunggu lama, tapi cik Z fikir ada banyak hikmah dan ilmu yang cik Z timba sebelum memulakan PhD yang rupa2nya sangat berguna dan membantu memudahkan perjalanan PhD cik Z sekarang ini. Seolah2nya 6 tahun itu merupakan satu tempoh latihan praktikal paling berguna. Pengalaman sememangnya menjadikan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan, Antaranya,

1. Percaya tak kalau cik Z katakan yang sebelum memulakan Phd sebenarnya cik Z langsung tak tahu apa2 tentang research area yang bakal cik Z buat iaitu circular statistics. Memang buat keputusan berani mati ni. Kiranya cik Z memang bermula dari kosong. Memang merangkak2 lah masa nak mula tu. Satu2nya perkara yang cik Z dapat cari di perpustakaan uni masa tu ialah statistic dictionary yang memaparkan satu baris maksud circular statistics. Bayangkan macamana nak buat research proposal dengan hanya berbekalkan sedikit hint topic yang diberikan oleh bakal sv. Kalau diingat2kan semula macam tak percaya pulak dah pun nak masuk tahun ketiga bergelar pelajar. 

Masa nilah, pengalaman membuat nota pengajaran untuk 7 subjek sepanjang 6 tahun mengajar tersangatlah membantu. Daripada 7 subjek ni bukan semuanya main area cik Z ya. Walaupun kemahiran utama cik Z ialah Applied Statistics, dulu2 cik Z selalu je diamanahkan mengajar subjek lain yang ramai pensyarah tak nak ajar seperti Basic Mathematics dan kalkulus sebabnya remeh dan leceh lebih2 lagi bila yang diajar tu tak pernah ambil subjek add math di sekolah dulu. Cik Z juga pernah diamanahkan mengajar subjek Discrete Structure and Application hanya kerana cik Z pernah mengambil subjek computer programming semasa di peringkat degree serta berpengalaman mengajar pelajar dari fakulti komputer.  

Sebenarnya ada bagusnya juga bila kita mulakan research dengan zero knowledge. Oleh sebab kita tak tahu apa2 jadinya secara automatik kita akan lebih rajin dan serius. Apa yang cik Z buat ialah cuba bayangkan yang ini ialah subjek baru yang bakal kita ajar kepada orang lain. Dan bila namanya nak mengajar orang sudah pastilah kita kena tahu banyak perkara dan pastilah kita tak kan buat sambil lewa kan. Jadi semua perkara walau sekecil manapun menjadi penting untuk dibaca dan dicatat. 

Oh ya bercerita tentang computer programming, sepanjang 2 tahun ini sebenarnya hampir 60% masa yang ada digunakan untuk menulis programming code dan membuat simulation study. Jadi ada 2 perkara yang selalu bermain di fikiran cik Z. Pertamanya, cik Z rasa sangat terhutang budi dan berterimakasih dengan Prof Shah yang pernah mengajar cik Z dan rakan2 subjek programming C dan C++ semasa undergraduate dulu. Kalau bukan kerana ketegasan dan kehebatan beliau belum tentu cik Z masih boleh mengingat dan menulis code programming sehingga ke hari ini. Bayangkanlah setiap minggu kami dibekalkan dengan satu tugasan programming yang berbentuk mathematical selama 10 minggu berturut2. tapi kalau nak tahu markahnya hanyalah 1% bagi setiap tugasan. Kenangan tak tidur malam menulis code masih terbayang2. Keduanya, secara kebetulan dalam subjek Discrete Structure and Application, pelajar akan diajar bagaimana memahami code programming baris demi baris serta bagaimana menukarkan masalah kepada code. Jadinya cik Z rasa memang telah ditakdirkan Allah bila cik Z mengajar subjek ini secara automatiknya masa buat PhD ni cik Z selalu aplikasikan apa yang pernah cik Z ajar kepada student sebelum ni. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

2. Pengalaman membuat dan merangka subject planning pula sangat membantu ketika cik Z membuat thesis outline dan research planning. Dulu2 masa mengajar, subject planning ni memang perkara asas paling penting yang mesti diikut atau sekurang2nya kena disesuaikan dengan objective pengajaran, perjalanan kelas dan semester. Mungkin juga dah jadi habit, jadi bila buat research planning pun secara automatik cik Z akan selalu je update dan refer. Jadinya Alhamdulillah sehingga kini cik Z masih lagi berada di landasan yang betul. Ya sememangnya ada pertukaran serba sedikit thesis outline dari masa ke semasa tapi sekurang2nya kita sentiasa beringat yang kita mesti siapkannya dalam satu tempoh tertentu. 

Dua tahun dulu semasa pertama kali berjumpa sv selepas mendaftar, kedua2 sv cik Z mengingatkan yang kita kena aim yang research ini mesti disiapkan dalam tempoh 2 tahun. Jadinya seboleh mungkin, research planning yang dibuat adalah dalam range 2 tahun. Kini selepas 2 tahun berlalu barulah cik Z faham apa yang cuba sv cik Z sampaikan. Kenapa kita kena aim masa yang singkat. Sebabnya bila kita buat research ada banyak variable yang kita tak nampak dan tak pasti yang akhirnya nanti akan melambatkan atau menyebabkan banyak masa kita terbuang. Jadinya seboleh mungkin untuk topik2 awal yang lebih mudah tu cuba siapkan lebih cepat berbanding masa yang kita peruntukkan. Kalau nak thau untuk topik yang cik Z tengah buat sekarang ni dah setahun dah cik Z spend time untuk dia berbanding ikut perancangan awal 6 bulan aje. Nasib baiklah kita ada extra 1 year kan dari masa asal yang kita rancang 2 tahun dulu tu.

3. Pengalaman menulis modul pengajaran dan buku pula membantu bila cik Z nak menulis thesis dan memilih tajuk/topik yang perlu ditulis/dimasukkan dalam setiap bab. Mungkin sebab dah selalu sangat menaip equation masa dulu2 jadinya sekarang ni bila nak taip equation tu macam laju lah sikit. Cuma macam biasalah yang jadi lambat tu bila nak pikir ayat/perkataan apa paling sesuai untuk ditulis nak bagi examiner faham ni.

4. Pengalaman membuat power point slide untuk 7 modul pengajaran pun membantu juga. Jadinya bila sesekali kena buat slide presentation, cik Z tahu dah apa yang perlu dihightlightkan dan tak der la terkial2 sangat nak membuatnya.


Selain tu kalau ada yang bertanya mana lebih stress? Kerja ke belajar? Jawapannya sama je kot. Bezanya masa sambung belajar ni kalau nak hilangkan stress sekurang2nya kita boleh cuti bila2 masa yang kita suka. Ataupun masa weekdays tu pergi je lah window shopping kat mana2 yang berkenan. Itu je lah kot. Tak de sape pun nak marah. Yang penting kerja mesti jalan ya. Bila masa nak buat tu ikut suka la. Janji buat.

Dalam entri ini juga cik Z nak kongsikan beberapa tips untuk rakan2 semua. Mana2 yang rasa bersesuaian tu bolehlah diikut.

1. Komitmen itu penting. Cari masa dan tempat paling selesa untuk kita buat kerja2 research. Bila sesekali rasa malas, cik Z selalu mengingatkan diri yang cik Z ni sambung belajar menggunakan wang orang lain. Ya wang biasiswa yang diperuntukkan oleh KPT yang diambil hasil titik peluh orang lain. Jadi ada satu rasa tanggungjawab kat situ. Lagipun bukan senang nak dapat hadiah cuti belajar ni, so bila dah dapat baiklah digunakan sebaik2nya semoga tak menyesal nanti. 

My workplace.

2. Sentiasalah berfikiran positif. Jangan cepat putus asa. Dah nama pun research sudah tentulah kena ulang2 selalu kan. Ungkapan "You can do it" kalau kita cakap hari2 kat dalam hati Insyaallah akan meningkatkan lagi motivasi diri.  Kaedah try and error memang sangat2 membantu. Idea akan datang kalau kita tak henti2 mencuba dan berani berfikir di luar kotak. Contoh terbaru dalam kes cik Z, hanya selepas 3 minggu mencuba tanpa henti barulah cik Z dapat cari kaedah untuk dapatkan expected length yang comparable dengan method sedia ada. Ya memang stress tapi kena kuat semangat la ye. Lagipun cik Z bukan genius, so kalau tak rajin berusaha manalah nak berjaya kan.

3. Jangan terlalu ambitious atau berharap kita akan dapat result yang best atau hasil kajian yang bagus2 je. Always expect the worst case scenario dan bersedia dengan pelan idea yang lain sekiranya apa yang kita rancang/buat tak berjaya. 

4. Cepat2 tulis apa saja perkara/idea yang terlintas difikiran. Kadang2 satu masalah yang besar boleh diselesaikan dengan hanya menukar satu nilai tertentu pada satu parameter. Tiada istilah idea cikai atau bodoh. Selagi boleh cuba, cuba je lah. 

5. Walau sesibuk manapun kita, kalau ada rakan2 yang minta tolong berkenaan research, luangkan sedikit masa untuk membantu atau sekurang2nya mendengar. Mudah2an sedikit masa yang kita luangkan dan ilmu yang kita kongsikan itu Allah pulangkan dengan pertolongan yang memudahkan perjalanan PhD kita pula.

6. Kalau ada masalah berkenaan research, jangan simpan. Kongsikan dengan orang lain seperti rakan2 sebilk di uni dan juga jangan lupa jumpa sv cepat2. Kalau simpan nanti lama2 jadi makin besar pula masalahnya. Nanti makin stress pula jadinya. Kadang2 bila kita tengah bercerita dengan orang lain tu lah idea baru datang. Seolah2nya kita tengah buat brainstorming.

7. Pastikan sentiasa cuba dulu model/approach/method yang kita bangunkan/propose dengan beberapa real data set sebelum kita uji/test menggunakan simulation study. Kalau kita buat macam ni kita akan dapat idea atau tanggapan awal apa yang bakal kita dapat dalam simulation result nanti. Jadinya tak de la kita terkejut kalau2 resultnya tak memberansangkan. Lagipun dalam peringkat ini kita masih boleh cuba tukar apa2 yang patut. Tapi kan adakalanya dah buat macam ni pun masih juga kena ulang semula simulation study. Contohnya dalam kes cik Z sendiri, Ada satu topik ni masa mula2 buat setahun yang dulu memang dapat result yang agak memberansangkan dan comparable dengan method sedia ada. Selepas setahun semasa topik yang baru sedang dalam proses penambahbaikan, cik Z jumpa satu lagi nilai parameter yang lebih bagus untuk model tersebut dan dengan curiousnya cik Z pun cubalah kaedah yang baru ni kat topik yang dah siap tu. Bila test je, wah terkejutnya cik Z bila tengok result yang baru dapat ni rupa2nya lebih bagus daripada yang dapat sebelum ni. So terpaksalah kita run semula simulation study yang dah siap tu. dah la masa buat dulu 3 bulan baru siap. Hu hu bertabah je la ye. 

8. Lagi satu, kena juga rajin2 tanya orang lain berapa lama tempoh masa yang diambil untuk siapkan sesuatu topik ataupun untuk capai objektif tertentu dalam research kita. Bermaksud kita kena juga ambil tahu apa yang orang lain sekitar kita dah buat dan cuba sesuaikan dengan apa yang kita tengah buat. Contohnya, seorang kawan cik Z membangunkan satu model A dan membuat simulation study tertentu yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Model B yang ingin dibangunkan oleh cik Z pula lebih kompleks berbanding model A, jadi secara logik akalnya masa yang diperlukan untuk cik Z siapkan simulation studynya nanti sudah tentulah lebih lama kan? Itu belum lagi kita ambil kira tempoh kecederaan ataupun tempoh membangunkan model dan sifat2nya kan. Bila kita ada idea tentang tempoh masa ini, makanya kita boleh buat perancangan masa yang lebih baik dan cuba sesuaikan dengna thesis planning kita. 

9. Multitasking. Sementara nak tunggu simulation study, luangkan sedikit masa tulis atau draft kan theoritical part of that topic dalam bentuk thesis. Kaedah ini sangat membantu kita mengenalpasti ruang2 kosong yang masih belum disentuh atau terlepas pandang sebelum ini. Secara tak langsung, kita dapat menambahbaik research kita. Tapi kan kalau masa nak tulis code programming ataupun membuat testingnya janganla pulak kita terlebih rajin pi baca journal ke apa masa menunggu tu, boleh pecah kepala dibuatnya nanti.  

10. Think like examiner. Maksudnya kat sini cuba bayangkan kalau kitalah yang jadi penilai thesis kita apa agaknya yang kita harap atau apa yang kita nak tengok. Sebagai contoh, adakah objektif kita telah tercapai? Kalau tercapai, bagaimana kita buktikan yang ianya dah tercapai? Kalau kita buat model/method baru, adakah model yang kita bangunkan itu benar2 bagus atau setara dengan yang sedia ada. Atau apa justifikasi yang kita gunakan untuk mengatakan yang result kita ni sangat bagus dan efision. Ya memang kita tak kan tahu apa yang akan bermain difikiran examiner kita nanti tapi sekurang2nya kita telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Tak rugi kan.

11. Sediakan back up file sekerap yang mungkin. 

12. Senarai semak kerja. Update selalu.


13. Berhenti mencari alasan. Yang nak dapatkan PhD ni ialah diri kita sendiri bukan orang lain.  90% daripadanya datang dari usaha dan kekuatan diri kita sendiri. Kalau kita tak tunjukkan usaha, tak de siapa yang nak tolong atau nampak usaha kita.


Wahh panjang berjela plak karangan cik Z hari ni. Kalaulah nak menulis thesis pun macam ni punya banyak ideanya kan bagus kan he he. Tapi apapun, selamat berjuang buat semua rakan2 yang sedang mencari ilmu. InsyaAllah jumpa lagi di ruang yang lain pula. Wassalam.




Tuesday 10 September 2013

Mencari makanan halal di Hong Kong

Pulang saja dari Hong Kong, ramai yang bertanya makan apa kat sana? Mesti susah kan? Ha ha jangan risau okay. Mencari makanan halal rupa2nya bukan satu masalah besar di Hong Kong. Ke mana saja anda pergi, di mana saja anda duduk, Insyaallah pasti akan ada sekurang2nya satu restaurant makanan halal kat situ. Tak percaya? Siapa sangka kan? Mungkin kita harus berterima kasih dengan ribuan immigrant dari Indonesia, India, Bangladesh, dll yang membanjiri Hong Kong. Kerna disebabkan mereka, restaurant halal tumbuh bagai cendawan di Hong Kong. Sedikit fakta yang cik Z dapat dari lonely planet, 

If Hong Kong were 100 people, 93 would be chinese, 2 would be Indonesian, 2 would be Filipino, and 3 would be others.

Dalam entri sebelum ini, cik Z telah pun kongsikan website ini yang menyenaraikan senarai kedai makanan halal di Hong Kong. Wow sangat best okay. Siapa sangka hanya berbekalkan senarai tersebut, percutian kami tiba2 berubah menjadi ala2 jalan2 cari makan a.k.a rasa halal antarabangsa. Rasa seronok pulak cuba pelbagai makanan he he. Satu perkara yang boleh dipuji dan wajar dicontohi oleh banyak negara ialah bagaimana pihak berkuasa Hong Kong meletakkan papan2 tanda penunjuk arah jalan yang sangat tepat dan banyak di sekeliling Hong Kong. Malah siap dengan penunjuk arah nombor bangunan pun ada. Jadinya dengan hanya berjalan kaki dan berbekalkan sekeping peta, kita boleh saja cari kedai2 yang tersenarai tu berpandukan alamatnya. Seronok okay macam cari treasure hunt.

Tapi macam biasala, walaupun banyak kedai bukan semuanya menepati citarasa ataupun menawarkan harga yang berpatutan. Secara puratanya, anda memerlukan sekurang2nya HK50-90 untuk satu hidangan di Hong Kong. Mahalkan? Itu belum termasuk harga air ya. Air mineral di HK harganya sekitar HK8-10. Air berkabonat seperti coke/pepsi pula sekitar HK9-15. Agar sukar mencari kedai menjual air sejuk/air buah2an di HK. Kami berjaya menemuinya di Temple Street Market dan Ladies Mrrket. Harganya agak mahal sekitar HK20-30, tapi kami berpuas hati dengan rasa buahnya yang ump.

Sejujurnya, cik Z masih lagi trauma dengan Istanbul Kebab. Ha ha yang ni memang tak sempat lagi nak cerita kisahnya. Ringkasnya sebab dah selalu sangat terpaksa telan Istanbul Kebab sepanjang 3 minggu di Europe hari tu, sampai tengok nama pun macam dah tak boleh dah. [spoiler: Ianya bukan seperti kebab yang anda makan di Malaysia ataupun Korea ya]. So secara automatiknya, kami memang tak singgah mana2 Istanbul Kebab di HK.

Restaurant pertama yang kami singgah ialah Al-Maidah restaurant yang terletak di No 13, G/F, Tsim Sha Tsui Mansion, 83-97 Nathan Road, Tsim Sha Tsui yang terletak kurang 100 meter dari Chung King Mansion. Walaupun dekat tapi kami terpusing2 juga cari sebab ada lebih satu pintu masuk ke Tsim Sha Tsui Mansion. Lagipun masa tu kami tak perasan lagi cara susun atur bangunan kat sini yang ikut nombor genap/ganjil. Bila dah sampai, kami pun pesanlah Nasi beriani daging dan air coke macam dalam gambar kat bawah ni.  


Dari segi portion wah memang banyak dan rasanya okaylah boleh diterima tekak. Cuma masalahnya kedai ni agak kecil dan sempit, selain pilihan makanan yang agak terhad. Paling tak best ialah harganya yang agak mahal. Bayangkan untuk nasi dan air ni saja kami habis dalam HK107 seorang. Wah tak boleh jadi ni. Over budget la kan.

Sebelah malam, hari yang sama kami cuba pula ke Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, di alamat Shop 1C, G/F, Astoria Building, 24-38 Ashley Road, Tsim Sha Tsui. Hanya 10 minit berjalan kaki dari Chungking Mansion, kami temui restaurant ini betul2 dihujung Ashley Road yang dipenuhi dengan pelbagai jenis restaurant dari serata dunia. Agak lama juga kami pikir nak makan apa sebab pilihan makanan kat sini memang banyak dan variety dari kebab, nasi putih berlauk kari atau boleh juga pilih nasi berlaukan masakan indian style, nasi beriani pun ada, malah pizza pun ada. Akhirnya menu yang menjadi pilihan kami kali ini ialah kari ikan dan kari ayam bersama nasi putih. Sedap okay. Antara kari tersedap yang pernah kami makan. 


Harganya HK48. Reasonable price. Nampaknya kami tak salah memilih kedai. Dipendekkan cerita, akhirnya restaurant ni menjadi restaurant favorite kami sepanjang di Hong Kong. Tiap2 hari kami berkunjung ke sini he he. Setiap kali pergi restaurant ni pasti penuh sampai orang terpaksa tunggu kat luar. Rasa2nya ini adalah antara restaurant termurah di Hong Kong. Rupa2nya juga kalau kita pergi makan kat sini antara pukul 11-6ptg harga makanannya lagi murah. Kalau tak silap satu set nasi putih+kari+coke hanya HK40. Gambar2 kat bawah ni antara menu yang pernah kami cuba di sini. Ada lagi sebenarnya tapi belum sempat ambil gambar kami dah ngap dulu. Perut dah lapar he he. 






Pendek kata memang best la makan kat sini. Semuanya sedap dan berpatutan. Favorite kami ialah nasi putih+kari ikan. Padahalnya kalau kat Malaysia kami tak pandang pun kari. Seriously sangat sedap dan paling penting termurah yang kami jumpa di Hong Kong. 

Makanan Indonesia juga boleh didapati di Hong Kong. Kat mana nak cari? Tempatnya ialah di Causeway Bay area. Ada beberapa restaurant halal yang boleh anda temui di sini. Dalam banyak2 tu kami sempat singgah di Warung Malang yang beralamat di Flat B-2, 2/F, 9-11 Pennington Street, Causeway Bay. Yang kelakarnya masa kami pergi tu kami nampak ramai orang beratur nak naik tangga, so kami pun ikut je la. Rupa2nya diorang ni semua beratur nak masuk satu kedai makanan cina yang lain. Ha ha malu tau. Nasib baik ada sorang akak Indonesian ni yang baik hati tanya kami buat apa kat situ.

Beberapa hari tak dapat makanan Malaysia, tiba2 duk tengok senarai menu yang banyak dan nampak best belaka sampai kami tak tahu nak pilih apa. rasa macam nak cuba semua je ni. Harganya juga bolehlah dianggap murah kalau ikut standard orang Hong Kong la ye. Mula2 kami order nasi ayam penyet beserta air cendol macam kat bawah ni. 




Belum siap makan rasa macam nak makan rojak buah so kami order la satu. Lepas je habis makan nasi dan rojak tetiba teringin plak nak rasa bakso. Ha ha betul2 macam jalan2 cari makan ni. Semua yang di pesan habis kami licinkan. Sedap okay.  Macam tak percaya kan. Malah pakcik yang tukang kira harga pun siap tanya betulker kami pesan semua benda tu. Betul la pakcik. Oleh sebab dia tak percaya juga akhirnya dia bagi diskaun bayar HK200 je semua sekali he he. Malu la pulak...


Sebenarnya ada lagi satu tempat makan yang kami tak sempat nak singgah iaitu Islamic Centre Canteen di Masjid Ammar, Wan Chai. Khabarnya kalau gi sini boleh cuba masakan chinese food yang halal. Kesimpulannya, percutian kami di Hong Kong jadi lebih best sebab kami tak sempat nak berlapar. Cumanya kenalah redha je dengan harganya yang agak mahal tu ya. So kalau nak pi Hong Kong sila sediakan duit lebih untuk makan ya. Ini pun kami kira jimat dari segi sarapan sebab kami bawa roti dan tuna dari Malaysia. 

Untuk pembaca dan kawan2 semua, selamat mencuba. Jumpa lagi wassalam.


Monday 9 September 2013

kereta oh kereta part 2

Oh kelisaku... nampaknya mintak perhatian tuannya lagi. Kali ni dua masalah datang serentak. Ala-ala pakej 2 in 1 pulak dia. Masalah pertama datang betul2 sebelum Ramadhan. Tiba2 aje lampu depan buat hal. Bila jalan je, kejap hidup kejap mati. Tapi bila tak jalan dia ok plak. Mujurlah tak de keperluan nak keluar waktu malam sepanjang Ramadhan. Lebih2 lagi mata pun belum okay kan. So cik Z simpan dulu masalah ni sampai ada masa nanti. Balik raya mintak tolong abg ipar tengok2kan. Ada masalah relay rosak, tapi nak tukar, barangnya plak tak dapat cari. Susah juga pakai kereta klasik ni kan. Bila rosak sparepart payah nak cari dah. Belum sempat masalah pertama selesai, masalah kedua plak datang. Kali ni getah cermin tingkap sebelah driver plak tetiba putus. Tak pernah terfikir yang getah kat tingkap ni boleh putus. Nampak sangat kelisa ni dah menua kan. Masa tengah sibuk ni lah macam2 masalah nak datang. 

Tangguh punya tangguh, akhirnya barulah minggu lepas berkesempatan nak pi bengkel. Itupun sebab getah yang putus dah tak boleh nak dinaik2kan lagi. So kira terpaksalah ni. Cik Z bernasib baik sebab kebetulan juga kedai aksesori yang cik Z pernah pergi sebelum  ni boleh betulkan sekali masalah lampu yang on off tu. Memang betul ada masalah relay dan kena tukar sekali dengan kotak2nya. Mujur juga duduk kat area KL kan so sparepart rosak masih boleh dicari. Puas juga bos kedai ni duk call sana sini cari spare part. 

Alhamdulillah. Kembali normal semuanya. Mungkin sebab dah pernah ada masalah dengan kereta ni haritu yang rasanya lebih mencabar, so kali ni cik Z boleh hadapinya dengan lebih relax. Harap2 kelisa cik Z pun dapatlah bersabar dan bertahan macam tuannya juga.. ha ha. 



Friday 6 September 2013

6 Days 5 Nights Trip to Hong Kong & Macau: Full Itenary & Budget

Salam semua. 25-30 Ogos 2013 yang lalu cik Z dan Siti telah terbang sekali lagi ke luar negara. Destinasi kami kali ini ialah Hong Kong dan Macau. Persiapan percutian kali ini walaubagaimanapun tak se"detail" dan selengkap seperti percutian2 yang lain sebelum ni. Segala2nya terpaksa kami uruskan dengan tergesa2 dan last minute walaupun tiket penerbangan ke Hong Kong ni dah pun kami beli sejak tahun lepas lagi. Maklumlah syawal baru saja berlalu, ditambah lagi dengan kesibukan dan keserabutan kepala dengan kerja2 research yang tak berkesudahan. Bayangkan, malam sebelum pergi pun masih lagi di depan laptop mengerah idea menaip program untuk simulation study yang resultnya bermasalah hu hu. Mujur juga ada supervisor yang memahami.

Kali ni kami menggunakan khidmat agoda.com untuk menempah hotel. As expected tak de hostel/GH yang murah di Hong Kong. Lagipun kami sebenarnya dah pun lewat membuat tempahan iaitu kurang sebulan dari tarikh percutian. Lokasi yang kami pilih ialah Tsim Sha Tsui atau tepatnya di Chung King Mansion, Nathan Road. Hostel pilihan kami ialah Budget Hostel Hong Kong yang terletak di tingkat 10 blok D Chung King Mansion tapi bila sampai je kat sini rupa2nya kami kena duduk kat Germany Hostel yang letaknya kat tingkat 6. Pelik kan. Rupa2nya kat sini beberapa hostel dimiliki oleh owner yang sama. Cuma letak nama lain2 dan lokasinya kat tingkat2 yang berbeza. Very clever kan.  


Walaupun harga hostel kami antara yang termurah di Hong Kong (RM938 twin bed room with toilet for 5 Days), tapi jangan terkejut ya ruangnya sangatlah sempit sehinggakan kami terpaksa solat di atas katil. Bilik mandi + tandas pun tersangatlah kecil sampai calar balar tangan kami asyik la nak terlanggar pintu. Tu pun mujur ada pintu kan. What a great experience ... he he. Mujurlah lokasi Chung King Mansion ni sangatlah strategik. Banyak attraction yang boleh kita pergi dengan berjalan kaki saja, malah sangat hampir dengan Exit C1 MRT station Tsim Sha Tsui. Nak cari makanan halal pun senang juga kat sini. Kebetulannya sebelum pergi tu kami terjumpa website ini yang menyenaraikan senarai kedai makanan halal yang ada di Hong Kong. Cuma harganya paham2 je la ye. Nanti cik Z kongsikan di entry yang lain.

Cumanya untuk rakan2 yang berminat duduk di sini, kena pandai2lah cari waktu yang sesuai untuk turun lift sebab lift yang disediakan hanyalah 2 untuk setiap blok. 1 untuk aras genap 1 untuk aras yang ganjil. So bayangkanlah macam mana sesaknya ya. Apapun dari segi keselamatan, Chung King Mansion  ni memang terlebih selamat. Sebabnya ada banyak CCTV diletakkan bersepah kat dalam lif, kat depan pintu bilk pun ada. Seumur hidup inilah pertama kali nampak banyak sangat CCTV. Sampai nak bergerak pun rasa seperti diperhatikan he he. Siap ada TV yang tayangkan apa yang sedang berlaku dalam lif kat depan pintu lif di aras bawah. Lagi satu jangan terkejut pulak kalau nampak ramai sangat warga Bangladesh/Pakistan/India kat bawah tu. Buat tak layan je sebab diorang ni kerjanya ialah mencari pelancong yang masih tak de bilik. 

Sepintas lalu, Hong Kong sangatlah sesak dan padat. Kat mana2 pun kita pergi mestinya ada ramai orang. Dah pukul 12 malam pun masih ramai orang lagi. Pelik betul sampai kami duk pikir, eh diorang ni tak kerja ke? Tambah2 pulak masa kami pergi ni cuaca sangat la panas tak de angin. Makanya badan pun rasa melekit2 pula. Dari segi pengangkutan, memang senang cumanya kita masih juga kena jalan agak jauh untuk ke mana2 attraction selepas turun dari MTR ataupun Star Ferry. Semuanya kita boleh bayar guna Octopus Card yang boleh dibeli dimana2 stesen MTR dengan deposit HK50. Hong Kong dan Branded Item juga memang tak dapat dipisahkan. Branded Item/ Designer's Shop boleh dilihat ditepi2 jalan, di shopping2 kompleks, dimana2 sahaja. Sebut saja apa jenama pun semua adalah. 

Biasanya orang Malaysia kalau pi Hong Kong mestilah pi ke Disneyland atau Ocean Park kan. Tapi kami berbeza. Oleh sebab kami tak minat nak pergi ke mana2 theme park so kami dah jimat kos dan masa untuk 2 tempat ni. Jadinya kami fikir alang2 dah sampai ke Hong Kong apa salahnya kalau kami melencong sekejap ke Macau. Lagipun dekat je sejam perjalanan menggunakan ferry.  Tapi nampaknya pengalaman ke Macau tidaklah seindah yang kami bayangkan. Kota penuh dosa ini sememangnya bukan untuk kami. Tapi kalau tak cuba tak tahu kan. Walaubagaimanapun, banyak pengalaman kelakar yang kami lalui disini yang pastinya akan cik Z kongsikan dilain entry nanti.

Berikut itenary ringkas yang sempat kami penuhi sepanjang di Hong Kong dan Macau. Tak banyak tempat yang sempat kami singgah memandangkan cuaca yang terlampau panas dan kaki pun dah tak larat nak berjalan jadinya banyak jugaklah masa kami spend duk kat bilik je. Lagipun masa siang agak pendek, jadi kami lebih suka solat Zuhor dulu sebelum gi mana2. 

Sunday 25/8/2013
1730: Depart from LCCT. 
2130: Arrive at Hong Kong International Airport
2300: Take Citybus no A21(HK33), get off at bus stop no. 14. Walk less than 50m to Chung King Mansion.
2400: Hotel Check In

Monday 26/8/2013
1300-2100: Lunch at Al-Maidah Restaurant, Nathan Road, TST. Then, take MTR from Tsim Sha Tsui to Central Station. Chose Exit J2 and walk 20 minutes to The Peak Tram Station. Take Tram to the Peak. Attraction: The Peak, Peak Tower and Madame Tussaud. Spend 2-3 hours and take the tram again going down the Peak. Then walk to Star Ferry Pier 7. Take the Star Ferry to Tsim Sha Tsui. Then walk from the Harbor City to Chungking Mansion. Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. 

View from the Peak

Sunset view from Star Ferry

Tuesday 27/8/2013
0730: Walk 15-20 minutes to Hong Kong China Ferry Terminal at Canton Road, TST. Take ferry to Macau. Buy return ticket. At Macau Ferry Terminal, take shuttle bus to Venetian. Spend 1-2 hours, then take the shuttle bus back to the Ferry Terminal. Take another shuttle bus to Grand Lisboa. Then walk 30 minutes to Senado square and Ruin of St. Paul area. Spend 2-3 hours, then take the shuttle bus back to the Ferry Terminal and take ferry back to Hong Kong. 
Night: Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. Take MTR to Yau Ma Tei Station. Walk to Temple Street Night Market. Temple Street Market ended bear Jordan Station. Then, just walk along Nathan Road to Chung King Mansion. 

Ruin of St. Paul 

Wednesday 28/8/2013
Morning: Take MTR to Tung Chung Station (40 minutes). Then take Exit B to Tung Chung Cable Car Terminal. Ride the cable car to Ngong Ping Village. Spend 2-3 hours here. Lunch at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ngong Ping Village.  Other attraction is CityGate Outlets at Tung Chung Station.
Night: Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. Take MTR to Mongkok Station. Walk to Ladies Market.

Ngong Ping Village

Thursday 29/8/2013
Take MTR to Causeway Bay. Lunch at Warung Malang, Pennington Street, Causeway Bay and. Other attraction: Victoria Park. Then take MTR to Wan Chai. Walk 30 minutes to Hong Kong Convention and Exhibition Centre. Spend 1 hour here. Then walk 5 minutes to Wan Chai Star Ferry Terminal. Take Star Ferry to Tsim Sha Tsui. Then walk to Tsim Sha Tsui East Promenede. Attraction: Avenue of Star, A symphony of Lights (8pm every night). Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. 

Tsim Sha Tsui view from Wan Chai

Night view from Avenue of Star

Friday 30/8/2013
Hotel Check Out. Lunch at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. Last Shopping around Nathan Road and Canton Road, TST. Take Citybus no. A21 to airport. 

EXPENSES
Air Asia Flight Ticket + luggage + meal                RM 519
Accomodation                                                    RM 469
Eat                                                                    HK 770
Airport Bus A21                                                  HK 66
Octopus Card                                                     HK 200
Ferry to Macau (return)                                       HK 436
Gondola ride at Venetian                                     HK 118
Cable Car return                                                 HK 194
Others                                                               HK 200-300

Minimum expenses = RM1000 + HK 2000

Kesimpulannya, RM2000 pun sebenarnya dah kira terlebih cukup untuk trip ke Hong Kong. Ini saja untuk kali ini. Insyallah jumpa lagi dalam entry selanjutnya. Wassalam.