Bertemu kembali. Kali ni cik Z nak kongsikan pengalaman pertama kali menghadiri international conference dan present paper di luar negara. Nama conference yang berlangsung di Qatar University Doha dari 19-22 December 2012 yang lalu ini ialah The 12th Islamic Countries Conference on Statistical Sciences 2012 (ICCS-12).
Sekitar Qatar University
Lebih 80% peserta conference ini adalah mereka yang telah lama berpengalaman dalam bidang statistics dari serata dunia dan bolehla dikatakan yang kami ni antara peserta termuda dalam conference ini. Kenapa? sebab ada pesertanya telah pun berumur 70 malah 80 tahun. Memang terasa begitu kerdil berada disamping orang-orang hebat ni. Walaupun mereka-mereka ni hebat dan besar (prof2 belaka) tapi sangatla peramah dan tak lokek ilmu. Yang seronoknya statistician semua ni kalau berborak mestilah nak buat joke statistics, macam-macam word statistics keluar, kena plak tu dengan topik perbualan. Mula-mula tu blurla juga tapi lama-lama kami pun join sama ha ha.
Kami semua dari malaysia. Barisan belakang: Dr Asma, Prof Habshah, wife Prof Shahjahan (Australia) , Prof Nor Akma. Barisan depan: Bong, cik Z, Siti. Masa ni tengah tunggu opening ceremony.
Perjalanan conference di luar negara sememangnya berbeza dengan Malaysia. Dari segi pengurusan dan perjalanan majlis, conference committee di Malaysia mungkin lebih bagus dan bersedia dengan kelengkapan dan bilik conference. Di sini hampir tiada pengumuman dibuat dari masa ke semasa membuatkan ramai peserta terpinga-pinga. Jika ada sebarang perubahan, hanya notis ditampal di pintu dewan utama. Bilik untuk paralel session pun tidak begitu tersusun dan peserta wanita terpaksa solat di bilik paralel session ini juga. Walaubagaimanapun, setiap peserta sangat bersemangat dan setiap sessi tak kiralah parallel session mahupun keynote session (ada 8) pasti ada soalan yang ditanya malah kekadang tu terpaksa dihentikan kerana tak cukup masa. Pendek kata sangat meriahlah. Tapi ni la yang buatkan cik Z makin kecut dan takut nak present. Nasib baiklah second day.
Coffee break di Doha. Biscuits dan cake yang sama dihidangkan pagi dan petang selama 4 hari. Serious rindu dengan mee goreng, nasi lemak dan kuih muih kat Malaysia.
Akhirnya hari kedua conference pun sampai. Serious berdebar nak tunggu masa present. Kebetulan masa sessi cik Z, ada 6 orang (asalnya 7) yang perlu present dalam masa 1 jam 30 minit. Secara purata seorang hanya ada masa 15 minit termasuk Q&A. Cik Z orang ke 3 dan sebab dah terlepas 15 minit present jadinya pengerusi tak benarkan sebarang soalan. Hanya seorang je peserta dalam sessi ni yang boleh ditanya soalan. Rasa ralat jugalah sebab kalau ada soalan sebenarnya lebih baik kan.
Bergambar bersama peserta dari Pakistan. Masa ni kami semua dah lepas present jadinya muka semua happy jer.
Gambar hari ketiga. Bergambar bersama Prof Ali (pengerusi ISSOS) dan Prof Sharawi. Dua orang Prof ni la orang pertama yang tegur kami di ICCS12. Sangat berterima kasih dengan mereka berdua sebab layan kami macam anak sendiri dan selalu sangat tanya kabar kami okay atau tak. Harap dapat jumpa lagi di lain masa. Prof Ali sangat suka bercerita tentang teori geografinya (boleh ke dia kata KL is in Jakarta, so cik Z kata Korea in Japan) dan sentiasa happy kerna katanya Happy is your choice. Prof Sharawi pula dah pun 70 tahun tapi selalu kata masih muda dan suka sangat buat joke tentang statistik.
Parking lot di Qatar University semuanya ada khemah.
Posing depan masjid di Qatar University
Yang ni kat depan library. Uniknya bangunan kat Qatar ni semuanya warna cream kecoklatan dan berbentuk kotak.
Lebih 70% peserta adalah lelaki, cuba tengok kat gambar tu.
Malam dinner di sebuah restoren di Doha.
Kesimpulannya memang menyeronokkan dapat berkenalan dengan ramai statistician yang hebat dan bersemangat. Harapnya satu hari nanti cik Z pun akan berjaya macam mereka juga Insyaallah. Lain-lain cerita tentang Qatar akan cik Z sambung di ruangan yang lain pula. Jumpa lagi.
wow.. seronoknya cik z.. cerita pasal stat ni saya nak tanya satu soalan lah,
ReplyDelete"If
p(x,t): population distribution of particles
then
p(x,t)dx: the number of particles having lengths between x and x+dx per volume."
This statement doesn't make sense to me. Boleh tak cik Z terangkan?
Not sure kalau yg akk faham ni betul atau tidak tapi rasanya lah, If
Deletep(x,t): population distribution of particles [yg ni mungkin ialah a probability density function (pdf) aka probability distribution of a particles, cumanya not sure kenapa dia guna multivariate function maybe ada 2 variable]
then
p(x,t)dx: the number of particles having lengths between x and x+dx per volume [katalah x mewakili variable particle, then ada 2 kemungkinan disini]
1) JIka kita integrate p(x,t)with respect to x from a to b, then kita akan dapat probability of population distribution of particles from a to b OR means that katalah dari jarak a ke b ada n particles dan jumlah keseluruhan particles dalam population tersebut ada N(volume dalam ayat diatas) so probabilitynya ialah n/N.
2) JIka kita differentiate p(x,t)then equal it with zero kita boleh dapat satu persamaan baru untuk x dan t
Rasanya yg no 1 tu lebih tepat. kalau boleh lukis2 lagi best.
Harap dapat membantu. Dan mungkin juga pembaca lain pun boleh tolong fahamkan.
p/s: dari mana dapat statement ni?
thanks for your reply kak. saya dah dpt satu jawapan dari member kt sini. cubalah ngk, mana tau akak blh kupas lg ke.. lebih detail, lbh bagus utk saya.
Delete-------------------------------------------
The distribution function p(x,t) gives the number of particles of length x in an unit volume. So the number of particles having lengths between x and x+dx should be
\int_x^{x+dx} p(x,t) dx
which could be evaluated by p(x,t) (x+dx - x) = p(x,t) dx.
-------------------------------------------
p/s: dapat dari jurnal biotechnology n bioengineering.
yang ni \int_x^{x+dx} p(x,t) dx memang macam akak faham gak la
DeleteSalam,
ReplyDeleteZana, best nyer dah present paper.....Taniah...
Thanks Yanti. Dah lepas memang best tapi kerja yang menanti pun...bertimbun ni he he
DeleteInformasi yang sangat bermanfaat, 4 Film Motivasi Suskses buat yang para pembisnis pemula yang membutuhkan inspirasi
ReplyDelete