Salam semua. 25-30 Ogos 2013 yang lalu cik Z dan Siti telah terbang sekali lagi ke luar negara. Destinasi kami kali ini ialah Hong Kong dan Macau. Persiapan percutian kali ini walaubagaimanapun tak se"detail" dan selengkap seperti percutian2 yang lain sebelum ni. Segala2nya terpaksa kami uruskan dengan tergesa2 dan last minute walaupun tiket penerbangan ke Hong Kong ni dah pun kami beli sejak tahun lepas lagi. Maklumlah syawal baru saja berlalu, ditambah lagi dengan kesibukan dan keserabutan kepala dengan kerja2 research yang tak berkesudahan. Bayangkan, malam sebelum pergi pun masih lagi di depan laptop mengerah idea menaip program untuk simulation study yang resultnya bermasalah hu hu. Mujur juga ada supervisor yang memahami.
Kali ni kami menggunakan khidmat agoda.com untuk menempah hotel. As expected tak de hostel/GH yang murah di Hong Kong. Lagipun kami sebenarnya dah pun lewat membuat tempahan iaitu kurang sebulan dari tarikh percutian. Lokasi yang kami pilih ialah Tsim Sha Tsui atau tepatnya di Chung King Mansion, Nathan Road. Hostel pilihan kami ialah Budget Hostel Hong Kong yang terletak di tingkat 10 blok D Chung King Mansion tapi bila sampai je kat sini rupa2nya kami kena duduk kat Germany Hostel yang letaknya kat tingkat 6. Pelik kan. Rupa2nya kat sini beberapa hostel dimiliki oleh owner yang sama. Cuma letak nama lain2 dan lokasinya kat tingkat2 yang berbeza. Very clever kan.
Walaupun harga hostel kami antara yang termurah di Hong Kong (RM938 twin bed room with toilet for 5 Days), tapi jangan terkejut ya ruangnya sangatlah sempit sehinggakan kami terpaksa solat di atas katil. Bilik mandi + tandas pun tersangatlah kecil sampai calar balar tangan kami asyik la nak terlanggar pintu. Tu pun mujur ada pintu kan. What a great experience ... he he. Mujurlah lokasi Chung King Mansion ni sangatlah strategik. Banyak attraction yang boleh kita pergi dengan berjalan kaki saja, malah sangat hampir dengan Exit C1 MRT station Tsim Sha Tsui. Nak cari makanan halal pun senang juga kat sini. Kebetulannya sebelum pergi tu kami terjumpa website ini yang menyenaraikan senarai kedai makanan halal yang ada di Hong Kong. Cuma harganya paham2 je la ye. Nanti cik Z kongsikan di entry yang lain.
Cumanya untuk rakan2 yang berminat duduk di sini, kena pandai2lah cari waktu yang sesuai untuk turun lift sebab lift yang disediakan hanyalah 2 untuk setiap blok. 1 untuk aras genap 1 untuk aras yang ganjil. So bayangkanlah macam mana sesaknya ya. Apapun dari segi keselamatan, Chung King Mansion ni memang terlebih selamat. Sebabnya ada banyak CCTV diletakkan bersepah kat dalam lif, kat depan pintu bilk pun ada. Seumur hidup inilah pertama kali nampak banyak sangat CCTV. Sampai nak bergerak pun rasa seperti diperhatikan he he. Siap ada TV yang tayangkan apa yang sedang berlaku dalam lif kat depan pintu lif di aras bawah. Lagi satu jangan terkejut pulak kalau nampak ramai sangat warga Bangladesh/Pakistan/India kat bawah tu. Buat tak layan je sebab diorang ni kerjanya ialah mencari pelancong yang masih tak de bilik.
Sepintas lalu, Hong Kong sangatlah sesak dan padat. Kat mana2 pun kita pergi mestinya ada ramai orang. Dah pukul 12 malam pun masih ramai orang lagi. Pelik betul sampai kami duk pikir, eh diorang ni tak kerja ke? Tambah2 pulak masa kami pergi ni cuaca sangat la panas tak de angin. Makanya badan pun rasa melekit2 pula. Dari segi pengangkutan, memang senang cumanya kita masih juga kena jalan agak jauh untuk ke mana2 attraction selepas turun dari MTR ataupun Star Ferry. Semuanya kita boleh bayar guna Octopus Card yang boleh dibeli dimana2 stesen MTR dengan deposit HK50. Hong Kong dan Branded Item juga memang tak dapat dipisahkan. Branded Item/ Designer's Shop boleh dilihat ditepi2 jalan, di shopping2 kompleks, dimana2 sahaja. Sebut saja apa jenama pun semua adalah.
Biasanya orang Malaysia kalau pi Hong Kong mestilah pi ke Disneyland atau Ocean Park kan. Tapi kami berbeza. Oleh sebab kami tak minat nak pergi ke mana2 theme park so kami dah jimat kos dan masa untuk 2 tempat ni. Jadinya kami fikir alang2 dah sampai ke Hong Kong apa salahnya kalau kami melencong sekejap ke Macau. Lagipun dekat je sejam perjalanan menggunakan ferry. Tapi nampaknya pengalaman ke Macau tidaklah seindah yang kami bayangkan. Kota penuh dosa ini sememangnya bukan untuk kami. Tapi kalau tak cuba tak tahu kan. Walaubagaimanapun, banyak pengalaman kelakar yang kami lalui disini yang pastinya akan cik Z kongsikan dilain entry nanti.
Berikut itenary ringkas yang sempat kami penuhi sepanjang di Hong Kong dan Macau. Tak banyak tempat yang sempat kami singgah memandangkan cuaca yang terlampau panas dan kaki pun dah tak larat nak berjalan jadinya banyak jugaklah masa kami spend duk kat bilik je. Lagipun masa siang agak pendek, jadi kami lebih suka solat Zuhor dulu sebelum gi mana2.
Sunday 25/8/2013
1730: Depart from LCCT.
2130: Arrive at Hong Kong International Airport
2300: Take Citybus no A21(HK33), get off at bus stop no. 14. Walk less than 50m to Chung King Mansion.
2400: Hotel Check In
Monday 26/8/2013
1300-2100: Lunch at Al-Maidah Restaurant, Nathan Road, TST. Then, take MTR from Tsim Sha Tsui to Central Station. Chose Exit J2 and walk 20 minutes to The Peak Tram Station. Take Tram to the Peak. Attraction: The Peak, Peak Tower and Madame Tussaud. Spend 2-3 hours and take the tram again going down the Peak. Then walk to Star Ferry Pier 7. Take the Star Ferry to Tsim Sha Tsui. Then walk from the Harbor City to Chungking Mansion. Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST.
View from the Peak
Sunset view from Star Ferry
Tuesday 27/8/2013
0730: Walk 15-20 minutes to Hong Kong China Ferry Terminal at Canton Road, TST. Take ferry to Macau. Buy return ticket. At Macau Ferry Terminal, take shuttle bus to Venetian. Spend 1-2 hours, then take the shuttle bus back to the Ferry Terminal. Take another shuttle bus to Grand Lisboa. Then walk 30 minutes to Senado square and Ruin of St. Paul area. Spend 2-3 hours, then take the shuttle bus back to the Ferry Terminal and take ferry back to Hong Kong.
Night: Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. Take MTR to Yau Ma Tei Station. Walk to Temple Street Night Market. Temple Street Market ended bear Jordan Station. Then, just walk along Nathan Road to Chung King Mansion.
Ruin of St. Paul
Wednesday 28/8/2013
Morning: Take MTR to Tung Chung Station (40 minutes). Then take Exit B to Tung Chung Cable Car Terminal. Ride the cable car to Ngong Ping Village. Spend 2-3 hours here. Lunch at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ngong Ping Village. Other attraction is CityGate Outlets at Tung Chung Station.
Night: Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. Take MTR to Mongkok Station. Walk to Ladies Market.
Ngong Ping Village
Thursday 29/8/2013
Take MTR to Causeway Bay. Lunch at Warung Malang, Pennington Street, Causeway Bay and. Other attraction: Victoria Park. Then take MTR to Wan Chai. Walk 30 minutes to Hong Kong Convention and Exhibition Centre. Spend 1 hour here. Then walk 5 minutes to Wan Chai Star Ferry Terminal. Take Star Ferry to Tsim Sha Tsui. Then walk to Tsim Sha Tsui East Promenede. Attraction: Avenue of Star, A symphony of Lights (8pm every night). Dinner at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST.
Tsim Sha Tsui view from Wan Chai
Night view from Avenue of Star
Friday 30/8/2013
Hotel Check Out. Lunch at Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, Ashley Road, TST. Last Shopping around Nathan Road and Canton Road, TST. Take Citybus no. A21 to airport.
EXPENSES
Air Asia Flight Ticket + luggage + meal RM 519
Accomodation RM 469
Eat HK 770
Airport Bus A21 HK 66
Octopus Card HK 200
Ferry to Macau (return) HK 436
Gondola ride at Venetian HK 118
Cable Car return HK 194
Others HK 200-300
Minimum expenses = RM1000 + HK 2000
Kesimpulannya, RM2000 pun sebenarnya dah kira terlebih cukup untuk trip ke Hong Kong. Ini saja untuk kali ini. Insyallah jumpa lagi dalam entry selanjutnya. Wassalam.
Wahhh best.. sy nak pergi hk bulan awal bln 9.. ikutkan musim luruh.. rasanya sejuk tak?
ReplyDeletesejuk sikit rasanya. bestla tak berpanas nanti.
DeleteBoleh saya tahu currency di Macau berbanding Malaysia? Adakah lagi murah atau mahal.
ReplyDeleteTq!
Kami tak tukar RM-Macau Dolar tapi RM-HKD. Rate masa tu lebih kurang RM1=HKD 2 ++ rasanya. Kat Macau kita bayar pakai HKD duit balik dapat duit Macau.
DeleteThanks sebab share post yang penuh dengan maklumat ni. Kalau ada rasa nak pergi ke Macau dan HK ni semula, feel free untuk hubungi kami melalui link ni -> http://www.pakej-percutian.com.my/negara/pakej-percutian-ke-macau/
ReplyDelete