Special Entry is back. Cik Z baru saja kembali ke Malaysia dua hari lalu dari
Cambodia dan Vietnam. Kali ni cik Z nak kongsikan full itenary backpaker trip ke Cambodia dan Vietnam selama 8 hari 7 malam yang meliputi KL-Siem Reap- Phnom Penh - Ho Chi Minh dari 2-9 March 2013 berdasarkan pengalaman peribadi cik Z sendiri beserta bonus khas: budget dan shopping tips di Cambodia. Ini ialah pengalaman kali pertama cik Z merentasi 2 negara jiran menggunakan bas, dan dah semestinya tak de percutian yang berlalu tanpa masalah. Tapi semuanya jadi kelakar dan manis untuk dikenang bila dah kembali ke Malaysia. Cerita suka duka perjalanan selama 8 hari ni akan cik Z kongsikan dalam entry2 akan datang. Secara puratanya, hampir 90% itenary asal yang dirancang berjaya dilaksanakan dan perancangan awal yang lebih detail berbanding beberapa percutian yang lalu sangat2 membantu kami. Oh ya untuk percutian kali ni, cik Z pergi berdua saja dengan Siti.
Untuk percutian yang lebih lancar, salah seorang dari kami memainkan peranan sebagai bendahari yang memegang semua duit yang akan digunakan bersama (joint expenses) dan individual expenses yang sama nilainya bagi setiap orang. Secara peribadi, cik Z sangat suka berada di Siem Reap yang aman damai dan menenangkan berbanding Phnom Penh dan Ho Chi Minh yang agak sibuk. Jika anda peminat tegar barang2 dari Vietnam dan suka shopping di Vietnam, apa kata cuba plak melencong ke Cambodia. Pasti anda akan tergamam melihat perbandingan harga barang2 yang terjual di Cambodia dan Vietnam. Jika anda rasa shopping di Vietnam murah dan berbaloi, dah pastinya anda akan terduduk melihat harga barangan di Cambodia. Sebagai contoh Neck Tie Cambodian Silk dijual dengan harga USD 2.5 di Central Market Phnom Penh, dijual dengan harga USD 8 di Ben Thanh Night Market Ho Chi Minh.
Selain shopping, kami juga berpeluang melihat kesan-kesan peperangan di kedua2 negara. Pengalaman yang menginsafkan, lebih2 lagi pada masa kami pergi ni tragedi di Lahad Datu baru saja bermula. Walaupun kami berada jauh namun hati kami tetap di Malaysia. Pantang ada masa terluang pastinya kami duk cari update news. Sepanjang perjalanan kami juga bertemu beberapa pelancong dan back packers dari Malaysia. Ada yang muda, ada yang warga emas. Ramai yang friendly dan sudahnya kami dapat macam2 business kad dibawa balik ke Malaysia. Ada juga yang kami jumpa beberapa kali sepanjang perjalanan kerana secara kebetulan merancang route trip yang sama dengan kami.
Dari pemerhatian cik Z, tak ramai orang Malaysia yang rajin/berani pergi travel secara back packers seperti kami. Majoriti backpackers yang kami temui adalah orang puteh (tak pastilah warga negara mana kan sebab muka macam sama je). Korean dan Japanese. Peniaga di Cambodia dan Vietnam juga mengkagumkan kerana boleh bercakap pelbagai bahasa termasuk english, french, german, malay, korean, dan japanese.
DAY 1: 2 MaC 2013 Saturday [kl-siem riep]
06:50 Depart
from LCCT (2 hours)
07:50 Arrive
at Siem Reap International Airport (8:50 m’sia time)
09:00 Arrive
at Siem Reap Holiday Garden (free pick up), (ask for bus ticket to PP)
10:00 Day
Trip by Tuk tuk (USD12 including the evening trip)
- Artisan Silk Farm
(USD1)
- War museum (USD5
+ USD1 for tips)
12:30 Lunch
at D’Wau Cafe
13:30 Solat
zuhor and rest
15:00 Chong Khneas Floating Village & Sunset
at Tonle Sap
(USD18+ USD1 for tips) by Tuk Tuk
18:30 Dinner and rest at GH
DAY 2: 3 MaC 2013 SUNday [siem riep]
05:10 Solat
Subuh
05:20 Depart
to Angkor Wat to watch sunrise (approximate time 06:20) by Tuk Tuk
06:00 Arrive
at Angkor Wat (USD20 for 1day entry)
- Mini Tour & Grand Tour = USD23 per tuk tuk + sunrise (USD3)
- Angkor Wat, South
Gate, Bayon, Terrace of Elephants,Terrace of Leper Kings, Preah Khan, Neak
Pean, Ta Som, Pre Rup, Banteay Kdei and Ta Prohm.
15:00 Completing Mini Tour & Grand Tour, Depart
to GH from Angkor Wat
15:30 Lunch at Cambodian Muslim Family Restaurant
(30m from GH)
16:30 Rest
20:00 Angkor Night Market, Pub
Street Area, Old Market by walk
Foot Massage (USD2
for 30 mnt)
23:00 Rest
DAY 3: 4 MaC 2013 monday [siem riep]
09:00 Shoping
at Old Market by walk
12:00 Depart
to GH by Tuk tuk (USD3)
12:30 Lunch
at Restaurant Haji Musa (100m from GH)
13:30 Day
trip by Tuk Tuk to Cultural Village (USD 12), entrance fees USD15
17:45 Depart
to GH
19:00 Dinner
at Restaurant Haji Musa
20:00 Angkor Night Market &
Old Market by walk
23:00 Rest
DAY 4: 5 MaC 2013 tuesday [siem riep-pnom penh]
06:30 Depart
from GH to bus station (free pick up)
07:30 Depart
from Siem Reap by bus (Sokha Komar Tep Express Limousine bus, USD15)
14:00 Arrive
at Pnom Penh
Check in at Velkommen Guesthouse
(ask for bus ticket to HCM)
Solat
and rest
16:00 Late
Lunch at Malaya Café
17:00 Walk
around River Side Area, Taking pictures at Wat
Phnom, and Royal Palace
19:00 Body
Massage (USD8 per hour + USD1 tips)
20:30 Rest
DAY 5: 6 MaC 2013 wednesday [pnom penh]
09:00 Day
trip by Tuk Tuk (USD15)
- S21 (Genocide Museum) (USD2)
- Russian Market
- Central Market
13:00 Lunch at Baba Nyonya Restaurant and going back to GH for solat
and rest
15:45 Central Market by walk
17:30 Depart from Central Market by Tuk Tuk (USD3)
17:45 Dinner at Café Malaya
19:00 Foot Massage (USD7 per hour + USD1 tips)
20:30 Rest
day 6: 7 MaC 2013 thursday [pnom penh-ho chi minh]
08:00 Depart
from GH to bus station (free pick up)
08:45 Depart
from Pnom Penh by bus (Sorya 168 Bus, USD12)
13:00 Arrive
at Vietnam Border
16:00 Arrive
at Ho Chi Minh
Check
in at An Tam Hotel, solat and rest
Late Lunch at Basiroh
19:00 Window Shopping at Ben Thanh Night Market
DAY 7: 8 MaC 2013 friday [ho chi minh]
07:50 Half Day Tour to Cu Chi Turnel (USD12
including entrance fees)
15:00 Arrive at GH + Lunch at Basiroh
20:00 Shopping at Ben Thanh Night Market
day 8: 9 MaC 2013 Saturday [ho chi minh-kl]
10:00 Last
shopping at Ben Thanh + Lunch at Basiroh
13:00 check
out and depart to airport
16:10 Depart
from Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh (2 hours)
19:00 Arrive
at LCCT
BUDGET (exclude ShopPing cost)
A: joint expenses (for 2 persons)
Siem Reap Holiday Garden for 3 nights USD
36
Velkommen Guesthouse for 2 nights USD
32
Tuk tuk SR DAY 1 to Artisan Silk Farm,
War museum,
Chong Khneas Floating Village
& tonle sap USD
6
Tuk tuk SR DAY 2 to Mini Tour & Grand Tour +
sunrise USD 26
Tuk
tuk SR DAY 3 & Cultural Village USD
15
Tuk
tuk PP DAY 1 to Velkommen Guesthouse USD 3
Tuk
tuk PP DAY 2 (S21, Russian Market,
Central Market) + Central Markert USD
16
Makan2 at Cambodia for 5 days USD
82
Total
in Cambodia = USD 216
An
Tam Hotel HCM for 2 nights USD
60
Taxi
to Hotel DONG
20k
Makan2
at HCM for 3 days DONG
515k
Taxi
to Airport DONG
150k
Total
in HCM = USD 60 + DONG 685k
GRAND TOTAL
FOR A PERSON : (USD 276 + DONG 685k)/2 = RM 482
B: INDIVIDUAL EXPENSES
Air Asia Ticket KL-Siem Reap + 25/2 kg luggage RM 174
Air Asia Ticket HCM-KL + 35 kg luggage USD 92
Artisan Silk Farm tips USD 1
War museum + tips USD 6
Bot to Tonle Sap + tips USD 19
1
day pass Temple USD 20
Cultural Village USD 15
S21 Genocide Museum USD 2
S21 Genocide Museum USD 2
Bus ticket SR-PP USD15
Bus ticket PP-HCM USD12
Cu Chi Turnel Tour USD12
TOTAL = USD 194+RM 174 = RM 775
COST PER PERSON (without
shoping) : RM 685 + RM 775 = RM 1460
Shoping
TIPS in Cambodia (USD1=4000Riels)
Fridge Magnet USD 0.5-2 per pieces
Foot Massage USD 4-7 per hour
Full Body Massage USD 7-10 per hour
Fruit juice USD 1
Mineral water small 1000Riels
Mineral water small 2000Riels
Fruits (Manggo, corn,
watermelon) 1000-4000Riels
Kerepek2 (pisang,
keledek dll) USD
1-3
Drinking water (any
type) & fruits at Angkor Watt USD
1 each
T-shirt (S-L) USD
2
Men Shirt USD
5
Pants/skirt/blouse USD
4-5
Pouch USD
1-3
Neck Tie USD
2.5-4
Cambodian Silk (for
baju kurung) USD
12-20
Pashmina/shawl USD
2.5-8
Bag pack 45+15 L deuter USD
11
Hand luggage kipling USD
6
Bag pack kipling USD
6
Menarik tak? Sebagai bonus extra kita lihat dulu beberapa gambar menarik yang sempat kami ambil sepanjang perjalanan. Jumpa lagi di entry yang lain. Wassalam.
Sunrise at Angkor Wat
Sunset at Tonle Sap
River Side Area at Pnomh Penh
Sunset at River Side Area, Phnom Penh
Wah seronoknye kak zana,jauh makan angin,byk ilmu baru diperolehi,membuka minda untuk lebih byk positif dan bersyukur.hope dpt turut serta akn datang
ReplyDeleteMemang betul kata orang, jauh berjalan luas pandangan luas pengalaman luas pengajaran bertambah ilmu rasa lebih mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan kepada kita di Malaysia.
Deletep/s err siapa ni ya?
kak, bagus ada itinerary, next time sy pakai akak punya jer...senang sket hihihi :d
ReplyDeletebila lagi pegi backpacking trip? nak join boleh? hehe.. sms @ add me at fesbook : zarirah sulaiman . tq2! :)
ReplyDeleteJun ni insyaallah akan ke Istanbul untuk conference dan melencong ke Europe.
DeleteBpe angaran budget ke istanbul??interesting..
ReplyDeleteIstanbul tak gi lagi. Tapi kami dapat beli return tiket by Qatar Airways dgn harga RM2678.
ReplyDeletesalam cik Z : shopping yg best di kemboja tu kat Siem Reap ka?? kalau ada baby 1 year old advisable tak backpack mcm ni??
ReplyDeleteharga kain pasang, tdg dll lebih murah di phnom penh. sourvinirs sama je harganya. tapi suasana di siem reap lebih best. kalau bawa baby better jgn naik bas sebab perjalannanya serius jauh dan memenatkan. dari pnhom penh ke ho chi minh lebih baik naik flight. kalau dari siem reap ke phnom penh tu cari bus yg lebih selesa seperti giant ibis pun ok jugak.
DeleteSalam...saya akan backpacking solo ke vietnam isnin depan selama seminggu (saigon-muine-saigon-phnom penh-kl). saya nak tanya pasal bas sorya 160 tu, jika di saigon kat mana saya boleh beli tiketnya? velkomen GH tu ok ke tak? terima kasih..
ReplyDeletesalam, selamat berbackpacking. Most hotel boleh tolong belikan tiket bas, tapi macam biasalah diorang akan mark up harga. Kalau nak beli sendiri pun boleh pi jalan kat riverside area cari kedai jual tiket ataupun tour. velkomen GH ok je cuma bising sikit area tu sebab kat belah bawah ada pasar. tapi lokasinya sangat dekat dengan riverside dan kedai makanan halal (cafe malaya). Bhgn bawah GH ada bar so jangan terkejut bila balik malam ada ramai tgh duduk2 kat bawah tu, tapi diorang buat tak tau je. Good lucks.
Deletesalam..hai cik z..banyak nk tnyer ni..ade fb?nk add
Deletesorry tak active, tak pe tanya je kat sini boleh share dgn org lain.
Deleteassalamualaikum...
ReplyDeletesaye nak tanye la..saya akan ke seam reap lgi 2 minggu ni..juz nak tau perlu ke saya tukar matawang kemboja tu? klu kene tukar bape banyak agak2 duit kite?
tukar sikit je masa sampai kat airport dalam 20 usd utk beli2 air/makanan. kalau kita pi beli brg2 pun nanti ada sesetengah kedai akan pulangkan duit riels jugak. so tak payah tukar banyak2 sebab duit tu nanti tak laku pun kat tempat lain.
Deleteowhh...okey..thanks for the info... :)
ReplyDeletekat russian market & central market PP ada ke jual kurung/jubah siap macam kat HCMC?
ReplyDeleteada kat a few shop tapi tak la sebanyak di HCMC
Deletesalam;
ReplyDeletenak tanya utk beli tiket bus dari siem reap ke phnom penh seterusnya dari phnom penh ke ho chi minh ...
takde masalah ke?........tq
tak de masalah, senang jer nak beli, Boleh beli dari hostel/hotel penginapan. Kalau nak beli sendiri pun boleh gak, yg pasti kalau beli sendiri mmg lebih murah. Kalau nak beli sendiri kat siem reap ada jual kat area night market. Kalau kat pnom penhh pun ada banyak kaunter utk beli sendiri kat area river side ataupun are yg banyak backpackers duduk. Kalau nak mudah beli je kat hostel/hotel.
Deletedetail macammana nak beli tiket ni ada juga saya share kat entry2 seterusnya bawah topik cambodia/travel
DeleteAugust ni saya ke siem reap, tp belum beli lagi tiket flight balik. Rancangnya nak balik dari phnom penh ke KL. So, just nak mintak pendapat rasanya ok x kalau stay di Seam Reap 3hari 2 malam, dan di Phnom Penh 2hari 1mlm. Terkejar2 tak nanti?
ReplyDeletetak rush kalau tak de niat nak cover angkor watt mini tour+grand tour macam kami sebab kalau buat macam ni memang habis sehari kat angkor watt jer. Bila balik hotel memang penat giler dah dan cuma rasa nak rehat jer or nak cari massage.
Deletelagi satu kena ambil kira almost half day juga masa habis utk travelling time dari siem reap ke phnom penh
cambodia mmg terbaik... tak puas shopping! =D
ReplyDeleteassalam cik z ,rina pon nk try backpaking PP-SR-HCM-KL 3/12/14-9/12/14 nti..blh cik z share ttg prosedur kt sempadan nti ada cop pasport x?pastu bus nak naik kat mana yer klo nk g HCM nti.klo dr SR-HCM or PP-HCM?klo xkeberatan blh share info kt emel rina balkish83@yahoo.com or wasup 0193815065
ReplyDeletewaalaikumsalam rina, prosedur kat sempadan macam bisa ada cop passport, scan bag semua tu. Details semua ni cik Z ada ceritakannya dalam semua entri berkaitan cambodia dan HCM. cara nak beli tiket bas dan kat mana nak naik pun boleh refer kat setiap entri yg berkaitan beserta beberapa tips penting. Selamat merancang perjalanan, dan insyaallah boleh ikut semua itenari yg dah kami cuba ini.
Deletenasibla ada blok cik z dptla bnyk knowledge..actualy dh pernah ke PP n HCM tp blum try by bus nih..SR jer blm sempat nk jejak..kali ni trip backpacking la plk..tq cik z blog yg sgt membantu rina
ReplyDeleteKalau naik bas ni memang adventure la. Truely feels like backpackers gitu. Siem Reap memang sangat best. Even better dari PP dan HCM.
DeleteInfo yg sgt berguna .. bulan 10 2014 sy akan jejak kan kaki KL → SR → PP → KL , moga dgn info ni dpt +- itinery . Boleh lawat blog sy .
ReplyDeletemamatselekeh.blogspot.com
Alhamdulillah jika benar2 membantu. Selamat berbackpack ke sr dan pp. good luck
DeleteSalam.
ReplyDeleteLengkap betul info yg diberi. Terima kasih sebab sudi share info. Sy nak ke sana tapi lambat lg, may thn depan inshaallah tp dah mula gather info sebab sy jenis gelabah orgnye.
Cuma nak tanya, kat sana memang pakai currency USD ke?
Sy ambik flight sampai BKK pastu petang lak tu sebab konon nk ronda bkk je tapi bila suami ckp nak pi 2mgu, terus angguk setuju.
Sorry late respon. Ya di Cambodia memang pakai USD. Cuma perlu tukar sikit jer kat sana nanti utk beli2 air or makanan ringan.
DeleteNak pi bulan 5 memang lambat lagi tu.. Tak pa jangan risau, Insyaallah tak de masalah sangat pi sana. Siem Reap memang best sangat.
Mcmana nak telefon, blh guna sim card biasa atau kena beli sim card lain. untuk charge camera, hp kena international charger tak? Saya nak pergi hujung bulan ni.
ReplyDeleteKami tak beli simcard pun kat sana. Hotel ada wireless connection. International adapter memang kami bawa.
Delete# selamat melancong.
a very detailing cost...looking for tempat2 yg menarek di phnom penh thnks 4 sharing yar :)
ReplyDeleteThanks for the good information. Bayaran di restoren dan cenderamata di pasar cuma in USD sahaja ke? Mereka terima tak kalau bayar dalam Riels? Mana lagi mahal? bayar dalam USD atau Riels?
ReplyDeletenak bayar dalam riels pun ok ajer, cumanya kalau tak habis nanti payah nak tukarkan semula. Lagipun mmg semua kedai prefer kita bayar guna usd. diorang mmg letak harga siap2 dalam usd. kalau riels nanti diorg convertkan.
Deletesaya nk pg backpacker sorang2 seam reap..raya nanti..ok tak agak2?thanks for the info sis
ReplyDeletesis nk tnya..utk hotel sis ambk pakej ker smpi sana baru cari?
ReplyDeleteRasanya kalau nak ke siem reap ada baiknya bawa teman, bukan apa sebab most tourist attractionnya jauh2 belaka, jadi kalau berteman lebih baik dan selamat.
DeleteUntuk hotel, kami book dari malaysia. Tapi untuk pakej lawatan dengan tuktuk kami ambil masa dah sampai hotel. Tapi makesure kita dah ada idea ke mana nak pergi.
salam nk tanya.... ok sy akn smpai kat airport SR pg then brcdg trus nk ke PP ... kat mana patut sy dptkan ticket van ke PP sbb x check in SP so xle lah nk minta hotel belikan? tqsm k :)
ReplyDeleteErrrr... Cuba cek website airport SR. X perasan plak ada kaunter bas tiket ke x kat airport hr tu.
DeleteInfo terbaik...
Deleteklu pi sorang aje dr pp ke hcm dlm ms 3hr ok tak
3 hari ok juga tapi agak padat la.
DeleteInfo terbaik ...hujung mei pi pp dan hcm....4hr....bljr trvl solo...
ReplyDeleteselamat ber"bag packing". PP is great. Insyaallah no problem.
DeleteAssalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteHai... De x contact no sesapa yg bleh guide kt PP nnti. Tq
Good Day...
ReplyDeleteIm planning same trip (KL - Siem Reap - Phnom Penh - Ho Chi Minh - KL) in Sept 2016..
Please advice me where will bus drop in Ho Chi Minh becoz I wanna book hotel some where near to bus station & airport in Ho Chi Minh..
Thank you