Sunday, 25 January 2015

Jom picnic di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing Kuantan


Air sungai yang jernih. Penuh batuan kecil. Langit yang membiru. Kat mana nak jumpa semua ciri-ciri ni kat Kuantan? Jom ramai-ramai kita ke kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing Kuantan. Tengok gambar pengenalan kat atas tu, wahh rasa teruja tak? Cik z percaya ramai orang Kuantan sendiri yang tak tahu pun kewujudan kawasan perkelahan ni sebenarnya. Kot-kot orang yang duduk kat Sungai Lembing tu pun mungkin ada yang tak tahu juga. Hi hi hi..

 

Kali pertama cik z datang kesini ialah pada tahun 2010.  December 2014 yang lalu, kali ketiga cik z jejakkan kaki lagi kesini. Alhamdulillah keadaannya masih sama. Airnya masih jernih cuma agak cetek mungkin juga sebab masa tu musim panas terik. Cuma yang kelakarnya 3 kali pergi pun 3 kali juga sesat barat. Bukan apa, sebenar-benarnya kalau dari jalan besar memang tak ada pun penanda arah nak pergi ke kawasan perkelahan ni. 

Secara dasarnya, tempat ni terletak kat tepi jalan sungai lembing di kawasan Sungai Kenau. Jika kita datang dari arah Kuantan, kawasan ni terletak di bahagian kanan. Tapi setakat ni cik z tak pernah lagi berjaya jumpa jalan masuk ke tempat ni dari arah Kuantan, ha ha bukannya apa, sebab tak de penanda arah tu yang terlepas ajer. Alih-alih drive dah sampai pun ke pintu gerbang pekan Sungai Lembing. Nak lagi haru dulu-dulu jalan masuk nak ke tempat ni ialah jambatan kayu, tapi baru-baru ni dah tak de jambatan kayu tu sebab dah upgrade jambatan batu. Bravo.

 
Jom mandi manda

Maaf sangat sebab untuk entri ni cik z tak dapat tunjukkan gambar jalan masuk kesini. Almaklumlah kita jadi driver so kena fokus gitu. InshaAllah lain kali kalau pergi lagi pasti cik z akan berikan gambaran yang lagi tepat nanti. Apapun untuk yg terasa-rasa nak datang kesini cara paling mudah ialah seperti berikut:

Dari arah Sungai Lembing : Cari jambatan gantung pertama selepas pintu gerbang. Area Sungai Kenau. Akan nampak satu jambatan batu menyeberangi sungai yang kecil. Lalu je jambatan tu dan terus masuk ke kawasan perkampungan dihadapan tu. Jalannya memang kecil dan muat satu kereta je sekali lalu. Jalan terus sampai nampak kawasan perkuburan. Kat depan kubur tu kita akan nampak satu papan tanda bertulis "Kawasan Perkelahan Pasir Kubur". Ok jalan ke depan sikit. Sampai sudah.

Kiranya, nama tempat ni sebenarnya datang dari nama kubur yang terletak bebetul kat tepi sungai ni. Dan juga seluruh kawasan perkelahan ni dipenuhi batuan kerikil kecil. Cumanya, tak de tandas kat sini untuk salin pakaian atau melepaskan hajat. Kalau bebudak tak pela kan boleh salin dalam kereta. Kalau yang tua-tua macam kita ni, duduk je la kat situ sampai baju kering hi hi hi. 

 
Perhatikan tahap kejernihan air sungai ni. Perghhh 

 
Dah puas main air, kita makan-makan plak ye.

Cik z perhatikan ramai yang datang sini memang untuk berkelah/picnic. Ada yang siap pasang kemah buat api dan ber barbecue. Ada juga yang memancing dan masak-masak kat sini. Perghh memang syok la kalau pergi dengan family atau rakan-rakan.

  

So apa lagi kawan-kawan? Kalau masih terpikir-pikir kat mana nak lepak dihujung minggu, apa kata cari tempat ni ya. Pergi sekali pasti nak pergi lagi. 

Panas panas... jom balik...hi hi.

Wassalam.

5 comments:

  1. Jernihnya air??...blum tercemar lagi la tu kan?...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Da cuba lihat google maps tp x dpt cari kawasn sbnr.. Maaf sesangat

      Delete
    2. lokasinya cuma 2km sebelum sampai ke muzium sungai lembing.. sediakan khemah sbb panas, kawasannya lapang dan penuh dgn batu sungai. walaupun airnya cetek tapi dah ada tragedi budak lemas.. hati2 lah ye...

      Delete