Assalam semua. Wahhh ini memang betul2 bersawang blog cik z. Too busy lately. Plus.. no idea to write anything. Macam-macam reason la. Alang-alang mengantuk ni teringat la pulak satu insiden yang menimpa cik z baru-baru ni.
Oh ya, kisah ni kena bagi latar belakang sikit. Alkisahnya, semester ni memang banyak cabaran yg cik z hadapi terutama berkaitan pengajaran. Selepas 3 tahun setengah tidak mengajar, cik z dapati banyak sangat perubahan dalam uni. Paling ketara, kini terdapat ramai international students kat uni cik z ni yang ambil degree level. Serius ramai sangat, sampai kekadang tu confuse... eh aku ni kat Malaysia ke kat mana? Sebabnya.. nak tak nak terpaksalah bercakap hampir 100% english dalam kelas. Contoh dalam kelas cik z, hampir 10% adalah international students. Most from Middle East Countries.
Ok, ini ialah kisah cik z dengan salah seorang pelajar dari Middle East. Cik z ni orangnya memang cukuplah pantang kalau ada pelajar yang malas bawa buku catatan ataupun langsung tak nak cuba buat soalan yang diberikan dalam kelas. Nama pun statistik kan.. mestilah kena kira-kira dengan jalan kerja berderet-deret tu.
Seorang pelajar ni memang sangat menguji kesabaran cik z sejak hari pertama kelas lagi. Habit dia ialah tengok je cik z mengajar pastu bila suruh buat latihan dia akan mula discuss/bercakap dengan kawan sebelah dia (juga dari middle east). Masalahnya diorang kalau bercakap sangatlah kuat (guna bahasa dia). Habis terganggu semua orang. Kadang-kadang tu tengah-tengah kita ngajar dia da start discuss dgn kawan dia, pastu bila kita dah move ke next topic die tanya balik apa yg kita da ajar tadi semasa topic lain diajar.
Sebenarnya cik z faham, masalah utama diorang ni ialah bahasa. Jadi memang ambil masa untuk diorang hadam apa yg sedang diajar. Tapi yang buat cik z makin hangin ialah bila di refuse untuk cuba buat latihan yang cik z suruh dengan alasan belum faham apa yg diajar. Ok fine. But, can you at least try it first? No effort at all. Tak cuba macam mana nak tahu faham ke tak kan?
Makin lama makin menjadi-jadi plak perangainya. Dalam seminggu mesti ada sekali tak datang kelas. Jadi bila tak datang dah tentu-tentulah dah tertinggal ilmu yang sebelumnya. Oh ya satu lagi perangai diorang ni ialah suka tanya soalan yang bukan-bukan masa kita bagi quiz or test. Sometime sampai ke tahap mempertikaikan soalan kita. Which is funny actually, becoz they are the one who cannot understand the question.
Kemuncak kesabaran cik z ialah selepas test 1 berlalu. Sehari selepas test 1, pelajar ni mula complain dalam kelas yang masa menjawab yg diperuntukkan tak cukup langsung. Sedangkan dalam masa yang sama, hampir 70% pelajar tempatan keluar awal. Dan kebetulannya, satu hari ni.. dia buat hal lagi dalam kelas semasa cik z bagi latihan. Jadinya sebab cik z dah mula menanda test diorang so cik z tahu la yang diorang ni tak boleh buat/perform. Maka masa di tak nak buat latihan tu cik z pun cakaplah, " becoz of this attitude, u can't perform in test, can u plz change or at least try?"
Cik z ingatkan ianya habis disitu saja. Tapi tidak ya. After class, (kelas cik z adalah kelas terakhir habis pkl 6) tetiba dia ni pi datang jumpa cik z kat depan. Maka berlakulah perbualan berikut:
Student (S): Miss, why u hate me???
Cik Z (Z): What? When did i hate u?
S: Yes u are. You never scold local student. But u scold us, international student. Too much.
Z: I think u have misunderstood me. I treat everyone equally. U dont know i scold them becoz im not speak in english when i did that. (Biasanya cik z tak tegur depan kelas, tapi cik z akan tegur individually bila round class tengok diorang buat latihan)
S: Miss, for ur information, i am very clever. I got A for all math subjects. Then how come u said i cant performed in test 1? I know i can do all questions. I'm sure i can get A in this subject too.
Z: Let me ask u. Did u try tutorial questions?
S: I didnt try everything but i know i can do it.
Z: For ur info, statistics is very different from other math subjects. U cant predict the questions. Becoz the nature is so so different. Its not just equation or formula. When u got a question, u need to extract the info first. U cant do this without exercise. Also u cant treat it like history subject. Just read it and memories. Its very wrong way.
S: But u give us too short time to study and test time. Not enough time to do evrything.
Z: We have announced the test date since the first day of class. Then when u start study?
S: ... But miss, u really treat us too differently from others. I will show u that what u thinking about us is so so wrong.
Z: Let me tell u this, If i dont care about u, i will never scold u. I will just let u do anything u want. But i know u come here from so far away. So i wish u do well.
S: Ok miss, I will show u, what can i do. Im going to change ur mind about us.
Z: Ok show me u will change.
S: Ok thanks miss.
Gitulah, lebih kurangnya apa yg terjadi. Sebenarnya macam panjang lagi tapi dah a few weeks kan jadi dah agak lupa. Hasil dari risikan ke beberapa pensyarah math yang lain, memang benar pelajar ni dapat A dalam 2 subjects math sebelum ni. Dan memang agak berlagak sikit budaknya sebab memang pandai kan kononnya. Dan juga memang rajin ponteng. Jadi mungkin dia fikir sebelum ni ponteng pun boleh dapat A so kali ni pun mesti ok punya.
Dipendekkan cerita, minggu seterusnya tu, Alhamdulillah ada lah sedikit perubahan. Dia dah mula mencatat nota dan cuba buat latihan. Syukur. Semoga berterusanlah sehingga ke akhir semester. Cuma agak kecian sebab memang agak mustahil dia nak dapat a dalam subjek ni sebab tak berapa perform dalam test 1. Apapun, cik z harap insiden ni beri dia sedikit pengajaran untuk masa akan datang.
Yang lawaknya, ada satu hari tu kawan dia yang lain cuba argue dengan cik z tentang jawapan quiz. Sekali tu dia kata gini, "she is right, u dont need to argue". Ha ha .. whatever la kan.
Ada banyak lagi insiden atau kisah menarik sepanjang mengajar semester ni. InsyaAllah kalau ada masa cik z kongsikan nanti-nanti ya. Wassalam.
Bagusnya at least dia cakap kat ko apa yg dia rasa. Then ko berpeluang nak jelaskan kenapa ko marah dia dan dia pon tau yg dia salah faham rupanya. Kalau dia tak cakap kat ko directly maybe sampai sudah dia salah faham ngan ko. yg aku prasan banyak jugak student dia ingat bila dia score subjek math lain dia ingatkan dengan senang dia blh score subjek stat. Dia tak tau nature subjek stat tu tak sama ngan subjek math lain. maybe satu hari nanti dia akan lebih menghargai ko lebih daripada lecturer lain sebab mengajar dia satu nilai kehidupan walaupon dia tak score A
ReplyDeleteYa la ada rasa lega juga lps berckp dgn budak tu. but seriusly byk sungguh cabaran ngajar bebudak zaman skrg ni.
DeleteOk....sgt betul. Sy agak blh tahan dlm buz math dan math lain tp tidak statistik. Dpt B- tau...sib baik tak fail
ReplyDeleteHi hi ok la tu. actually stats agak sukar sebenarnya kalau x faham
DeleteKonsep sample n population.