Tuesday, 26 February 2013

Abah & umrah

Baru-baru ni hari Khamis, 21 Februari 2013, abah cik Z telahpun berangkat mengerjakan umrah dari KLIA menggunakan penerbangan MAS Chartered MH8002 KUL-JED jam 11.15 pagi.  Abah dijangka pulang dari Madinah pada 4 Mac 2013 (MH8001 1550-0540) Ini kali kedua abah ke Makkah selepas menunaikan haji 10 tahun yang lalu. Kali ni abah pergi beramai-ramai dengan 15 orang peneroka Felda kami beserta Pengurus Felda sekeluarga menggunakan Felda Travel sebagai agen. Dari pemerhatian cik Z, agen yang bertanggungjawab sangatlah efisien, peramah dan penyabar orangnya membantu dan  melayan karenah jemaah2 yang kebanyakannya warga tua. Banyak pahala diorang ni.  4 daripada 7 adik beradik cik Z berkesempatan menghantar abah ke KLIA dan menunggu sehingga penerbangan berlepas.  










Seronok sangat tengok bakal2 tetamu Allah ni, rasa macam nak joint sama tapi itulah kita hanya merancang Allah yang menentukan. Rasanya lagi seronok kalau dapat pergi ramai2 sekeluarga.  Cik Z juga ada merancang untuk mengerjakan umrah April ini tapi terpaksa dibatalkan kerana syarat baru bermula pertengahan Januari 2013 Arab Saudi yang tidak lagi membenarkan wanita bawah 45 tahun mengerjakan umrah tanpa mahram (means tak de lagi istilah mahram tumpang). Sedih juga tapi kenalah redhakan pasti ada hikmahnya nanti.  

Oh ya untuk rakan2 pembaca yang belum lagi mendaftar dengan tabung haji untuk menunaikan haji, baiklah cepat2 mendaftar sebabnya masa menunggu untuk menunaikan hai makin lama makin panjang. Syarat minimum kena ada RM1300 dalam akaun Tabung Haji.  Kalau yang ada anak2 tu daftarkan ajelah jika berpeluang.  Bayangkan cik Z punya giliran ialah pada tahun 2058. Ya Allah entah ada lagi ke tak pada masa tu. Harap2nya cik Z berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, jika tidak haji, umrah pun jadilah.  InsyaAllah.  

Anak saudara yang ke 24, Muhammad Syazwan.


2 comments:

  1. mak ooiii...lama lagi 2058 tu. Ko register bwh negeri Johor punya kuota kot....Aku register bwh negeri pahang dpt 2025. Tp takpe, org kat tabung haji kata kalau dah cukup simpanan boleh buat rayuan utk gi awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a betul la tu kuota negeri johor sbb aku pi daftar dgn kak long aku. tak tau pulak dia groupkan by negeri.

      Delete