Sabtu, 23 Jun 2012. Hari ketiga di Seoul, destinasi kami ialah Everland Theme Park yang terletak di Yongin, Gyeonggi-do. Seumur hidup, inilah kali pertama cik Z menjejakkan kaki ke Taman Tema. Pernah berkunjung ke Genting tapi langsung tak pernah cuba main apa2 permainan di sana. Almaklumlah pergi pun dengan rakan2 sekerja kerana kursus dan workshop. Fizz sangat bersemangat, cik Z pun ikut excited. Dari Hyehwa, kami bertolak seawal 7.15 pagi menaiki subway terus ke Sadang Station tanpa perlu menukar line. Di Sadang Station kami keluar di Exit 3 dan mencari Jwaseok Bus no 1500-2. Kami bernasib baik kerana bas dah pun sedia menunggu penumpang. Kalau lambat 5 minit je memang dah kena tinggal. Masa naik bas ni ada sikit miscomunication dengan pakcik driver yang meyebabkan cik Z tersilap sentuh 2 kali T-Money pada machine bayaran. Sudahnya rugi terbayar utk 2 orang. Dah lah Fizz pun dah tersentuh T-Money dia. Memang jadi Lesson Learn nampak sangat amatur kan.
Perjalanan ke Everland memakan masa kira2 1 jam. Masa sampai kat sana ingatkan boleh terus masuk entrance gate rupanya kena naik shuttle bus dulu selama 5 minit barulah sampai kat entrance gate dia. Lama gak kami beratur nak naik shuttle bus walaupun bas yang disediakan panjang dan banyak sebabnya ramai sangat pengunjung yang datang serentak. Masa tu baru pukul 9 pagi. Kami ingat dah datang awal dah. Lepas 10 minit beratur akhirnya tibalah giliran kami naik bas. Sampai je kat entrance gate, wah terkejut kami ramainya orang. Ada lebih 20 entrance gate tapi semuanya penuh orang beratur panjang. Majoriti datang bersama keluarga dan rombongan sekolah atau kawan2 segerombolan. Pelancong dari luar negara pun ramai juga terutama dari Jepun dan China. Rupa2nya hari kami pergi ni ialah hari pertama secara rasminya pesta Summer bermula di Everland. Patutlah ramai semacam kan. Dah lah panas. Most memang pakai topi sepanjang kat sini.
Wah panjang plak intronya kan. Harga tiket masuk ke Everland untuk pelancong asing ialah 32000 won (RM100) sahaja jauh lebih murah daripada apa yang kami bayangkan. Setiap pengunjung dibekalkan map. Secara ringkasnya Everland dibahagikan kepada 5 sections bertema iaitu American Adventure, Magic Land, European Adventure, Zoo Topia, dan Roller Coaster. Dalam Zootopia tu ada beberapa section berbeza termasuk Safari World. Juga terdapat Global Fair section yang menempatkan bazar yang diadaptasi daripda binaan istana dari beberapa negara luar. Tarikan lain ialah Four Season Garden yang menempatkan bunga-bunga pelbagai saiz, jenis dan warna mengikut musim. Kami pergi masa Summer so yang ada cuma bunga2 ros je. Tak dapat nak tengok tulip, lilies dan chrysanthemum.
A bazaar at Global Fair section.
Global Fair section.
KizCovery khas untuk kanak2 juga dalam kawasan Global Fair section.
Rumah Pororo dalam kawasan Global Fair section.
Four Season Garden.
Water Fountain di Four Season Garden.
Antara tarikan lain yang menyebabkan ramai sangat pengunjung datang masa Summer ialah adanya pertunjukan air dan Parade dengan kereta berhiasnya. Pertunjukan Parade ni bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pertama kali tengok pertunjukan ni memang jakun la jugak. Sepanjang jalan parade2 ni akan sembur air kat pengunjung.
Kat European Adventure, ada banyak restaurant dengan European Style. Kami sempat menaiki train mengelilingi Flower Garden. Tarikan utama disini ialah T Express iaitu sebuah rolller coaster yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya, dan juga rumah hantu Mystery Mansion. Yang menariknya kat Mystery Mansion ada tersedia sebuah prayer room untuk pengunjung muslim. Ada juga cable car yang menghubungkan European Adventure dan American Adventure. Dua kali kami naik cable car turun bukit dan naik bukit sebab malas nak jalan ha ha.
Flower Garden
T Express. Jeritan orang2 yang naik roller coaster ni boleh didengar satu Everland.
Four Seasons Garden.
View dari train mengelilingi Flower Garden.
Water Fountain.
Kemuncak pertunjukan Parade. Habis basah satu tempat tu. Pengunjung yang tengok dari dekat semua dibekalkan rain coat.
Main air selepas pertunjukan Parade berakhir.
Seram tengok ride ni.
Cable Car.
Pintu masuk Mystery Mansion, tapi kami tak berani nak masuk he he...
Prayer room kat sebelah pintu masuk Mystery Mansion.
Lepas solat kami pun bergerak ke Zoo Topia. Oh ya kami bawa bekal roti ke sini untuk lunch. Zoo Topia ni memang best dan besar sangat. Berkali2 lebih best dari mana2 zoo di Malaysia. Macam cik Z kata tadi ada banyak section kat dalam ni mengikut jenis haiwan. Kami masuk semua section kecuali Safari World sebab tak sanggup nak tunggu beratur yang panjang sesangat lagipun dah pukul 3 ptg masa sampai kat area tu. Antara kenangan paling tak boleh lupa ialah pengalaman menyaksikan Animal Wonder Stage selama 30 minit . Wow kagum sangat tengok haiwan2 yang dilatih khas seperti burung, monyet, tikus, tupai dll buat persembahan teater siap ada yang main peralatan music. Walla rindu plak rasa macam nak tengok lagi.
Boleh beri makan dan pegang burung2 kat sini.
Landak.
Kawasan ni untuk haiwan ternakan seperti ayam, itik dan lembu.
Amazon express, yang ni pun tak dapat masuk.
Mari menonton Animal Wonder Stage.
Animal Wonder Stage.
Penguin
Harbor Seal.
Dalam pukul 3 kami pun bergerak keluar dari Zoo Topia. Kalau duduk sini sampai malam boleh tengok pertunjukan bunga api. Rasa macam nak patah kaki jalan satu Everland tengah panas terik. Rasanya kalau nak try semua game/ride satu hari pun tak habis. Walaupun tak berkesempatan cuba semua game/ride tapi kami tetap berpuas hati dan rasa berbaloi setiap won yang dibayar. Bak kata Fizz lebih murah dari USS tapi lebih besar dan lebih banyak game/ride. Kalau bawak family ke sini memang syok giler lah.
Masa balik baru berpeluang untuk bergambar kat Entrance Gate ni.
Sepanjang perjalanan balik ke Sadang Station kami tidur tak ingat dunia ha ha cover balik sebab dah bangun super awal pagi tadi. Dari Sadang Station kami terus je balik ke GH di Hyehwa sebabnya perut dah lapar nasi. Kami sampai semula kat GH hampir pukul 5.30 ptg. Sebelah malamnya, kami ke Dongdaemun untuk shoping time. Dongdaemun ni letaknya cuba 1 station dari Hyehwa. Kami keluar agak lewat jadi masa shoping pun terbatas, tapi sempat lagi duduk2 kejap kat Cheonggyecheon Stream (bhgn sebelah Dongdaemun Station) main2 air sambil makan jagung rebus.
Doota
Migliore
Sedikit tips, kedai jual Sourviner di Migliore lebih murah harganya berbanding di Namdaemun, tapi kalau nak cari T-shirt kat Namdaemun lebih murah. Sangat syok shoping bags kat Migliore, rambang mata. Okaylah ini saja untuk kali ni. Jumpa lagi dalam next entry. Anyeong Wassalam.
Suka baca blog Cik Z..byk info berguna..thanks ya....Everland mmg best..banyak mainan pula tu...Cik Z Ada ke Folk Village?..juga satu tempat menarik di Korea...
ReplyDeleteThanks sudi baca. Niat dihati mmg utk kongsi info utk semua hi hi.
DeleteFolk village ada gak pergi tp yg kat jeju