Thursday 29 May 2014

Tetiba tak tahu nak buat apa

Tetiba tak tahu nak buat apa? Biar betul kan? Betul percayalah tak tipu. Dua tiga hari ni otak cik Z ligat pikir memikir apa yg patut dibuat. What should I do next? Fikir fikir dan fikir lagi last-last blur. Bila citer kat kawan2 terdekat semua pakat pelik. Diorang kata best la tak der kerja nak buat, so bolehlah enjoy. Memangla betul juga tu. Tapi apa yg nak dienjoykan tu la buat cik Z pening kepala memikirkannya.

Err sekejap, lupa plak nak bagi intro penyebab kenapa tetibanya cik Z rasa bosan giler ni. Ceritanya macam ni. Alhamdulillah 12 May lalu cik Z dah pun berjaya siapkan first full draft thesis dan serahkannya ke sv untuk semakan pertama. Sejak tarikh itulah tetiba cik Z rasa lost, hilang arah, blur, tak tahu nak buat apa. 

Bayangkan sejak mula kerja 20 September 2005, sampailah 12 May 2014 tu, rutin harian/mingguan cik Z dipenuhi dengan pelbagai/deretan jenis kerja yg sentiasa berterusan dan bertambah. Ada saja perkara yg perlu dibuat. Pendek kata cik Z ni memang workerholic la orgnya. Sekali tetiba satu hari tu bangun tidur, macam tak der apa nak dibuat/diselesaikan. Tu yg jadi macam lost sekejap.

Minggu pertama dan kedua lepas hantar draft tu cik Z macam tak terasa sangat sebab masih lagi menyibukkan diri siapkan/menaip perkara remeh temeh berkaitan thesis seperti appendix & list of symbols/abbreviations, dll. Tapi bila masuk minggu ketiga atau lebih tepatnya minggu ni makin bingung dibuatnya. Ini baru hantar first draf, nanti kalau dah hantar thesis utk tunggu examiner check macam mana pula ye? Sampai satu tahap cik Z siap terfikir, err nanti kalau dah pencen macam mana pula rasanya? Serius sudah tahap kritikalnya rasa bosan cik Z. 

Berbalik soal enjoy, ada beberapa kekangan yg buat cik Z rasa makin pening. Antaranya:

1. Nak travel tapi tak der kawan plak. Kawan A dah masuk mengajar semula dan tak boleh nak ambik cuti. Kawan B dah kahwin so tak boleh nak kacau dah. Kawan C sibuk siapkan thesis dan tak berapa nak ada ongkos. Kawan D juga sibuk siapkan thesis dan selalu kena balik kampung plak (kg dekat la katakan). 

2. Nak travel juga dan beli tiket flight murah tapi tak tahu juga bila sv nak pulangkan draft thesis yg disemak. Pastu nanti ada kena buat beberapa semakan lagi. Err semuanya uncertainty. 

3. Kawan C dan D kata mungkin boleh temankan travel tapi yg dekat2 ajer. Tapi masalahnya kami semua pakai keter kecil. Aishh tak lepas nak naik bukit Cameron atau Bukit Tinggi. Aduh macam2.

4. Katalah nak travel juga yg jauh sikit2. Err tapi sorang2 plak. Memang tak pergilah jawabnya.

5. Nak balik kampung selalu. Memang tak sanggup juga. Jauh beb nak drive 4 jam setengah. 

6. Katalah balik kampung pastu stay lama sikit kat kampung. Err bosan juga lama-lama nanti. Masak/kemas rumah/tidur ajerlah jawabnya nanti. 

7. Nak tengok Kdrama banyak2. Dah tak terlarat dah rasanya sampai tak tahu nak tengok citer apa lagi. 

8. Nak tengok TV pun bosan juga padahal dah guna ASTRO chanel dah.

9. Nak pi shopping. Dah tak der benda yg nak dibeli plak. Baju raya pun dah siap.

10. Nak sort dan pilih gambar-gambar travel sebelum ni untuk dicuci. Ohh banyak giler. Bagus gak idea ni.

11. Nak praktis buat biskut/kek/roti tapi tak der oven plak. Macam kena pi beli jer.

12. Nak buat persiapan balik Kuantan lagi pulak tak tahu boleh balik ke tak bulan 9 nanti. Nak bagi tahu tuan rumah skrg ni pun tak tahu nak bagitahu ke tak.

Itulah dia kawan-kawan, antara perkara yg dipikir-pikirkan cik Z sekarang ni. Susah juga jadi orang bujang ni tau. Jangan ingat orang bujang ni senang nak enjoy ok. Pening-pening. Ada sesiapa ada idea bernas tak? Kalau ada mohon share okay. Thanks in advance. Wassalam.




16 comments:

  1. Cik Z almostv9 years jgk tu ek sibuk dgn aktiviti mcm2 tiba2 free mmg mati kutu lah klau Jm d tempat cik Z pun akan rasa perkara yg sama. Tak minat menjahit ke? Cer pegi kelas menjahit nanti boleh sibuk kan diri menjahit lak. Klau nk travel perlu cari partner yg serasi klau x mkn hati je like Jm tempoh hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak menjahit tak pandai guna mesin jahit. lebih tepat lagi takut sebenarnya bila guna rasa macam nak jahit jari sendiri plak, tu yg terus hlg minat. Eh hari tu pi japan makan hati ker rupanya, tgk macam happy jer. JM tak der plan nak pi mana2 ker? selalu pi travel mmg kawan2 sendiri ker kawan2 baru kenal jugak?

      Delete
    2. Ahahaha kelakar lah cik Z nih. Ahaaa mmg mkn hati tp nampak cam hepi je kan sebenarnya Jm di sisihkan oleh mrs A coz dia asyik berkepit je dgn 2 org lagi tu dorang jln ke depan bertiga jm tggal d belakang pastu jm cuba nk borak ngan dia tp dia lebih suka borak ngan 2 org lg tu. Kekadang sampai minta kebenaran nk bergambar dgn dia. Dlm tren pun dia xkan duduk sblh jm mesti nk berkepit je nfan dorang. Sblm ni klau ke mana2 pun mmg dgn dia so lepas kejadian tu jm ada mention dlm entri terus dia terasa hati then skrg kami dh x contact each other huhu maybe sbb dia non muslim kot then reaksi nye lain sikit. Jm rasa nyesal lak mention jm di sisihkan oleh mrs A dlm entri sblum ni then entri2 seterusnya x pernah kongsi apa yg dia buat pada Jm so pendam je dlm hati

      Delete
    3. alahai macm tu ke kisahnya. patutlah entri yg kemudian2 ni tone macam dah lari sikit he he, jgn main2 cik Z observer orgnya ha ha. Kiranya skrg macam tetiba hilang 1 kawan la kan. Kelakar jugak borak dgn JM macam kawan lama plak padahal jumpa pun tak pernah.

      Delete
  2. Bestnya dia....tak tau nak wat apa ek? Meh tlg kita wat report...hahahaha

    Plan mana thn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Report apa tu? Kalau dekat nak gak tolong. Serius bosan gila ni. Habis semua K-variety show cik Z tgk dah. Tahun ni tak der plan ke mana2 atas sebab2 yg dinyatakan kat atas tu.Tapi sebenarnya kalau ada geng mmg langkah dah panjang dah. Lagipun asal2nya kawan2 semua macam janji nak pi jalan lepas habis tulis thesis. Tapi tetiba cik Z pulak siap dulu berbanding org lain dan yg lain2 pulak ada hal2 lain yg tak dapat dielakkan. Itulah kisahnya. Bulan 9 nanti kalau dah masuk kerja balik mmg confirm tak boleh cuti dah. Paham2 jer lah org bujang ni susah sikit nak apply cuti. Tak ada alasan kukuh.

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah Cik Z dah siap first draft. best sangat tu. Hari tu baru saya tertengok video ni: "You don't have free time!" by Ustaz Nouman Ali Khan. Kalaulah saya yang berada di tempat cik Z, In sya Allah saya akan gunakan masa untuk hafal al-Quran. We don't have much time left. Saya akan cari video teknik2 hafal Quran dan review pengalaman orang yang dah berjaya. Kalau difikir belajar sampai PhD, baca banyak buku dan journals xde maknanya kalau al-Quran takde dalam hati. At least saya akan cuba hafal surah-surah penting, contohnya Yasin, Waqiah, Al-Mulk dan Kahfi. Actually, saya sgt jeles dengan seorang member yg tengah buat PhD dan dalam masa yang sama sedang menghafal quran. Dia perempuan dan masih single. Sekrg dah hafal 3 juz. Hidupnya lebih tenang dan bahagia walaupun sorang2 di perantauan. Atau pun saya akan belajar bahasa Arab di Bayyinah.tv. Such an eyes opening. Tu saja cadangan saya. hihi.. see u at the top!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya cadangan awak ni Nora. Tetiba tercelik mata sekejap. Thanks alot

      Delete
  4. Cik z....harap bertabah sbb tak tau nak buat apa...syieda pulak tak tau nak start buat kerja dr mana. Hihihuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. INi mesti kes banyak sanagt kerja kena buat dalam satu mas kan. Pening gak tu. tapi seriusly lebih baik ada kerja dari tak der kerja.

      Delete
  5. Pernah juga rasa mcm ni... mmg lost tak tau nk wakpe. Org kata serba tak kena... kdg2 gi bwk kereta pusing2 tanpa tujuan.. cheer up miss z..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul sangat la tu memang serba tak kena. Good idea juga pi pusing2 bawak kereta. Nak buat gak la.

      Delete
  6. tulis la blog...citer pasal tips ka apa masa p oversea....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah2 travel semua dah habis tulis dah. Tapi insyaAllah tgh pikir2kan juga apa topik2 menarik yg lain nak dikongsikan di blog.

      Delete
  7. Lol akak update blog aje lah untuk hilangkan bosan ^_^ Tak pun buat senaman ringan sepanjang hari :DD Hah ataupun akak tengok balik k-drama2 yg lama yang dah tak ditayangkan lagi macam High Kick 3. Cerita dia pun panjang. Ada dalam 100++ episode. CONFIRM tak bosan sebab setiap episode lawak gila !

    ReplyDelete
    Replies
    1. high kick 3 tak pernah tgk lagi. nanti nak try 1 ep la

      Delete