Wednesday 11 June 2014

Nostalgia 1998

Cik Z baru saja kembali ke KL dari kampung di Johor. Sempena cuti sekolah, kami sekeluarga sepakat mengadakan kenduri tahlil untuk arwah emak. Alfatihah untuk arwah mak. Hampir 10 tahun sudah arwah mak kembali ke rahmatullah. Bila dan bagaimana? Insyaallah akan cik Z kongsikan satu hari nanti. 

Untuk entri ini cik Z ingin kongsikan satu kisah menarik yg berlaku di kampung. Antara rutin wajib yg biasa cik Z lakukan bila balik kampung ialah menjenguk/memantau anak-anak buah buat kerja sekolah terutamanya untuk subjek matematik. Kalau nak tahu cik Z ni ada ramai anak-anak buah. 25 orang kesemuanya. Dari sekecil 6 bulan hinggalah ke 18 tahun umurnya. Ramaikan. Sampai nama pun tersasul2 nak panggil. Nama penuh dan tarikh lahir mintak maaflah memang langsung tak boleh nak ingat.

Alkisahnya, salah seorang anak buah cik Z baru saja naik ke tingkatan 4 tahun ini dan ambil subjek add math. Reaksi biasa setiap org yg belajar add math dah tentunya akan kata yg subjek ini sukar sekali. Cik Z juga tak terkecuali. Jangan tak tahu masa mula2 ambik add math dulu pun cik Z siap fail masa ujian penggal pertama. Dapat 19/100 markah jer masa tu. Punyalah macam tak percaya. Biar betul kan? Kata suka math. Masa tu kan rasa stress sungguh dan macam nak give up jer. Dah ler masa tu baru jer pindah ke sekolah baru dan cikgu pun tak kenal kita lagi.

Tapi Alhamdulillah sebab cik Z ni ada satu sifat tak mudah putus asa gitu2 ajer. Bagus juga kan gagal awal jadinya cik Z rasa macam dapat satu wake up call. Tak boleh jadi ni. Kena beri perhatian lebih dan banyakkan buat latihan. Bila tak faham, jer terus angkat tangan tanya. Dan hasilnya sungguh mengejutkan. Untuk ujian penggal seterusnya, cik Z berjaya mencatatkan sejarah peribadi tersendiri. Dapat A okay kali ni dengan markah hampir 90% dan yg paling best dah semestinya pemegang markah tertinggi seluruh tingkatan 4 (masa tu ada 3 kelas yg ambil add math). Bukan cik Z ajer yg terkejut, kira semua org terkejut la terutamanya cikgu add math cik Z.

Sejak itu cik Z tak menoleh ke belakang lagi. Alhamdulillah, setiap kali ada ujian setiap kali itulah cik Z berjaya mendapat markah yg tertinggi dalam subjek add math. Tahun 1998 menjelang SPM, cikgu add math kesayangan cik Z iaitu Ustazah Salwa Ramli membuat satu cabaran untuk cik Z. Kata Ustazah Salwa, "Dalam sejarah sekolah kita ni belum pernah lagi ada pelajar yg dapat A1 dalam add math, malah kalau kita tengok rekod perbandingan semua sekolah2 SMKA seluruh negeri Johor pun belum ada lagi yg dapat A1. Jadinya saya berharap sangat tahun ini akan ada sekurang2nya seorang pelajar kita yg dapat pecahkan rekod ini". Mungkin ada pembaca yg pelik kan. Tapi inilah realiti bagi sekolah asrama biasa macam kami. Kami tiada soalan ramalan atau cikgu penggubal soalan. Yang ada hanya impian dan semangat ingin mendapat yg terbaik.

SPM pun berlalu. Tahun 1999, masa nak ambil result. Cik Z masih ingat lagi masa tu kami kena ambil result kat pejabat sekolah. Paling tak boleh lupa, masa masuk jer kat ruang pejabat tu terus jer Ustazah Salwa pergi ke arah cik Z dan ucapkan tahniah sambil peluk cik Z. Oh macam mimpi okay. Rupa2nya mimpi kami jadi kenyataan. Alhamdulilah akhirnya ada yg dapat A1 dalam add math dan orangnya ialah cik Z he he. Lagi mengejutkan hanya cik Z yg berjaya dapat A1. 

Tapikan sebenarnya cik Z ni tak der la pandai mana pun sebabnya dalam 10 subjek yg diambil hanya math dan add math jer dapat A1. Kelakar jugala kalau tengok balik result SPM tu. Walaubagaimanapun, cik Z sangat bersyukur sebab atas nasihat Ustazah Salwa cik Z telah memilih kursus yg betul untuk masuk ke Universiti. Alhamdulillah tahun 1999 cik Z dapat masuk ke UTM skudai dan ambil Ijazah Matematik Industri. 

Masa mula-mula masuk UTM tu memang rasa sangat kerdil sebab hampir kesemua yg ada dalam kursus tu dapat SPM dengan aggregate bawah 10. Dan kalau tak silap cik Z lah yg dapat A1 paling sikit sekali. Tapi Alhamduliillah cik Z berjaya survive dan siapa sangka dapat jadi lecturer math pula sekarang ni.  

Oh ya balik semula kisah anak buah cik Z di kampung. Masa tolong tunjukkan jalan kerja add math kat anak buah tu, tetiba cik Z teringatkan 2 buah file add math cik Z yg masih tersimpan kemas dalam rak buku di kampung. Satu2nya file yg terlalu sayang untuk dibuang. Nostalgia beb. Ada banyak kenangan pahit manis disitu. 

16 tahun dah fail ni umurnya

Cantik lagi kan. Macam tak percaya ajer

  

16 tahun berlalu, sungguh tak sangka file kesayangan cik Z ini masih kelihatan baru. Yang jadi kelakarnya bila anak buah cik Z tengok tahun yg tertulis kat file tu. Bila dia tengok ajer tahun 1998, terlopong dia. Mana taknya masa tu dia pun belum lahir lagi. Siap tanya cik Z berulang kali betulker file ni dah 16 tahun usianya. Aisshh tak percaya ker dah sah-sah makcik dia ni dah tua he he mentang2lah macam awet muda  ha ha.

Apapun, nostalgia 1998 masih segar diingatan. Dan file2 itulah antara saksi langkah pertama cik Z untuk berjaya pada hari ini. Syukur juga masa tu belajar sepenuhnya dalam bahasa melayu jadinya memang mudah nak faham dan Alhamdulillah ilmu yg diperolehi masih ingat lagi sampai ke hari ini. Antara pelajaran penting yg cik Z dapat kutip ialah:

1. Jangan mudah putus asa.
2. Selalulah berfikiran positif. 
3. Tak pandai tak apa, yg penting rajin.
4. Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Kejayaan yg sekali bukan bererti berjaya untuk selama-lamanya.
5. Pilihlah kursus yg betul untuk ke universiti.
6. Jangan suka membandingkan kelemahan kita berbanding orang lain.
7. Beranilah melangkah ke hadapan dan membuat perubahan.

Moga kisah yg tak seberapa ini boleh menjadi inspirasi kepada sesiapa saja diluar sana. Wassalam.


4 comments:

  1. 1999...saya pun masuk u tahun tu. Masa sekolah add math mmg hancus. Spm lulus je rasanya. Kalo belek buku lama2 mmg blh jumpa buku rumus. Dedulu mana ada rumus kan..semua nk kena hafal....haduiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sezaman la kita ya. Betul sanagt la pasal buku rumus tu. Lagi satu saintific calculator. Bebudak sekarang 1/0 pun nak tekan calculator. Form 1 dah pakai saintific calculator.

      Delete
  2. Oh....ai lebih sikit umur dari u all...hahahaha
    Add math ai ambik gak....tau dpt brp? F9 hahahahaha
    Wpun ai ni kelas sains tp tak ambik biologi, pi ambik prinsip akaun...dan skrg jadilah pekerja setia yg kena wat yr end closing....bosannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. o ye la kan mmg ada kelas sains yg tak ambik bio tapi diaorg tukar ke akaun. Honestly tak suka subject kena hafal macam bio tapi akaun lagi la pening, so nak tak nak ambiklah bio jugak dan hasilnya dapatlah lulus cukup2 makan ajer.
      Dulu2 selalu kagum dengan org yg ambik akaun ni sebb sanggup duduk 3 jam dalam exam SPM hehe. Sekali masuk uni semua subjek final exam 3 jam ha ha serupa ajer rupanya.
      Kiranya liza ni kerja jabatan bendahari la kan.

      Delete