Assalamualaikum. Cik Z nak bernostalgia lagi. Memang betulla kata org2 tua dulu kala, semakin kita meniti usia semakin banyak kenangan yg ingin di ulang cerita dan di recall semula. Nampaknya kalau ada yg tertunggu kisah travel dari blog cik Z, terpaksalah banyak2 bersabar ya dengan harapan adalah tetiba cik Z pi travel memana dalam masa terdekat ni okay (tapi macam tak nampak bebayang pun ni he he).
Ini kisah cik Z, kopi dan teh O. Amacam catchy tak tajuk kali ni ha ha. Perasan betul kan. Sikit jer pun kisahnya tapi tak kiralah nak cerita juga. Alkisahnya, musim-musim panas melekit ni antara topik yg sentiasa menjadi perbualan debat makan tghr kami di Uni ialah "air apa yg paling sedap diminum". Makanya macam-macam jenis air lah yg disebut. Dan tetiba topik air kami bertukar menjadi "air apa yg paling suka diminum". Hasilnya, kopi dan teh O mendapat tempat teratas dalam carta favorite kami.
Persoalan seterusnya, "kenapa suka minum kopi dan teh O?". Eh dah macam buat research plak kan. Dari 1 soalan keluar soalan lain, he he. Macam gini la kalau calon2 pHd duduk satu meja. Adui pening agaknya kalau org terdengar kami borak. Dah macam research meeting jadinya.
Secara umumnya, cik Z suka minum kopi dan teh O sebab kedua2 jenis air ni akan buat cik Z rasa bersemangat dan bertenaga bila lepas minum. Secara purata, cik Z memang akan minum secawan kopi/teh O setiap hari. Biasanya cik Z akan minum nescafe 3 in 1, tapi bila keluar jalan2 pi mana2 memang sangat suka minum ice coffee blended ataupun latte. Kopi O panas pun suka juga. Untuk teh pula memang cik Z lebih suka minum teh O panas berbanding teh susu.
Soalan lain pula, "sejak bila cik Z suka minum kopi dan teh O? Personally, cik Z ni memang dibesarkan dalam keluarga yg sangat suka minum teh O panas. Tradisi keluarga kami ialah, mesti kena buat seteko air teh O panas setiap pagi dan petang. Jadi secara automatiknya semualah ahli keluarga cik Z jadi suka minum teh O. Jadi tradisi ini terbawa2lah pula sampai kemana2. Sampailah sekarang ni, walaupun duduk seorang cik Z tetap juga buat seteko air teh O bila rasa nak minum. Dan secara automatiknya bila minum teh O ajer mesti cik Z akan teringatkan keluarga di kampung. Very nostalgic gitu.
Kisah cik Z dan kopi pula agak unik. Kalau nak tahu, boleh dikatakan hampir semua adik beradik perempuan cik Z tak suka minum kopi. Tapi pelik kan, kenapa cik Z sangat suka pula? Kisahnya bermula lama dulu, tak ingat bila mulanya tapi masa tu cik Z masih dibangku sekolah rendah lagi. Alkisahnya, arwah mak cik Z memang sangat suka munum kopi O. Oleh sebab tak der sesiapa yg suka minum kopi, jadinya arwah mak akan buat secawan ajer biasanya kalau tetiba nak minum. Masa zaman sekolah rendah dulu cik Z memang selalu suka mintak minum air kopi yg arwah mak buat.
Bila naik ke sekolah menengah hinggalah ke zaman universiti, cik Z ada satu habit iaitu suka buat latihan sehingga waktu lewat malam bila balik ke kampung. Sebab biasanya waktu siang tu cik Z sibuk tolong apa2 yg patut kan. Dan arwah mak cik Z ni biasanya tersangatlah prihatin iaitu dia akan tunggu cik Z buat kerja walaupun sebenarnya dia dah ngantuk pun. Jadinya untuk hilangkan rasa ngantuk dia tu, arwah mak masih kekal dengan kegemarannya iaitu secawan kopi O panas. Lama2 cik Z pun makin suka dengan kopi O. Dan akhirnya cik Z dapat secawan juga he he, tak perlu la mintak2 lagi kan.
Tapi kan disebalik kisah secawan kopi panas yg arwah mak cik Z suka tu, ada satu rahsia yg lebih nostalgic dan memberi kesan ke atas cik Z sehingga hari ini. Rahsianya ialah (well sebenarnya bukan la rahsia dikalangan keluarga dan jiran2 kami), arwah mak cik Z sebenarnya tidak pernah bersekolah dan buta huruf. Bermakna walaupun selalu temankan cik Z buat latihan tapi arwah mak tak faham apa2 pun, tapi tetap cuba membantu dengan doa dan secawan kopi. Kadang2 sampai tersengguk-sengguk dia tunggu sebelah cik Z. Hebat kan. Cik Z tak pasti ada tak ibu2 diluar sana yg sanggup buat seperti apa yg dibuat oleh arwah mak cik Z.
Jadi secara peribadinya cik Z rasa sangat terharu dan setiap kali buat latihan dan minum air kopi buatan arwah mak tu seolah-olah ada satu semangat luar biasa yg meresap dalam hati. Dan setiap kali itulah cik Z selalu berjanji dengan diri sendiri untuk sentiasa ingat pengorbanan mak sampai bila2. Tetiba mode sedih plak ni. Berkat doa arwah mak, Alhamdulillah cik Z menjadi seperti cik Z hari ini.
Untuk pengetahuan pembaca blog ini, arwah mak cik Z meninggal dunia pada hari Ahad 6 Februari 2005. Hanya 3 bulan selepas cik Z menamatkan master degree dan belum pun dapat kerja lagi masa tu. Sehingga hari ini, jauh disudut hati masih ada rasa sedih dan terkilan. Tak sempat langsung cik Z nak membalas setiap pengorbanan arwah mak berjaga malam demi cik Z dulu2. Setiap kali minum kopi setiap kali itulah ingatan cik Z akan terbang kembali ke 10, 20 tahun yg dahulu. Saat gembira bersama arwah mak. Secara tak langsung, minum kopi akan buat cik Z rasa bersemangat semula.
Itulah dia secebis kisah nostalgia cik Z, kopi dan teh O. Anda pula bagaimana? Suka kopi ke teh O? Wassalam.
Bila baca first part mmg menarik sbb JM pun suka Kopi dan Teh O panas..pagi mesti sarapan dengan Kopi O panas bancuh sendiri tak puas minum di kedai :-) then malamnya pulak..lepas makan malam mesti ada teh O panas....
ReplyDeleteSedih dan terharu bila baca pengorbanan mak cik Z...semoga roh beliau aman di sana dan tergolong bersama orang2 beriman...mmg besar pengorbanan seorang Ibu...JM sedekah kan Al-Fatihah kepada Arwah..Al-Fatihah.....Amin
Thanks JM. Sememangnya pengorbanan ibu tiada tolok banding dengan apa sekalipun.
DeleteNampaknya kita pun berkongsi kegemaran yg sama. Sedapnya minum Teh O cicah biskut kering.
Selamat berpuasa. Terima kasih sudi singgah disini.
ReplyDelete