Assalamualaikum. Ketika ini cik z telah pun berada di Kuantan. Selamat tinggal KL, UM, Kota Damansara,... dan segala kenangan yang terpahat selama 3 tahun 3 bulan. Tempoh cuti belajar 12 September 2011-11 Disember 2014 berakhir sudah. Anehnya masa kat KL cik Z rindukan Kuantan, tapi bila dah sampai disini, cik z rindukan KL pula. 3 tahun 3 bulan bukanlah tempoh waktu yang singkat dan tersangat banyak memori yang tercipta. Seolah-olahnya ada sesuatu yang tertinggal disana.
Cik z rindu u all.. (Last Day in UM 5 Dec 2014)
Sepanjang minggu ini hujan turun tak berhenti di bumi Kuantan, seakannya memahami apa yang ada dalam hati cik z. Ha ha. Tapi kan yang bestnya, setelah sekian lama tak nampak pelangi, senja hari ni tetiba pelangi muncul kat depan rumah cik z. Seolah-olahnya memberi isyarat untuk cik z mulakan hari baru esok dengan lebih bersemangat dan positif. Ya la tak dinafikan memang ada sedikit rasa risau nak mulakan semula momentum kerja yang dah berkarat ni.
Pelangi senja 20/12/14, Kuantan Pahang.
Untuk entry ni, cik z nak kongsikan ceritera macam mana susah payahnya cik z nak menghantar thesis dengan tempoh cuti belajar yang semakin hampir ke penghujungnya haritu. Macam biasala, cik z ni kalau tak de drama memang tak sah kan he he.. Masih ingat lagi tak dalam entri sebelum2 ni cik z ada ceritakan tentang drama pencarian external examiner? Alhamdulillah, pada awal Nov, 2 orang external examiner telah pun diluluskan. The next step, cik z kena buat pembentangan pula di peringkat universiti. Namanya ialah Research Finding Seminar.
Alkisahnya, tunggu punya tunggu dah pun sampai ke minggu terakhir Nov, tapi tak pun dapat lagi tarikh nak present. Oh masa ni cik z dah tak senang duduk. Sebabnya, kat UM ni nak hantar thesis untuk examiner pun kita kena buat "soft binding" yang mana cara membuatnya sama ajer dengan hard cover. Tambah-tambah pula nak kena print out 5 copies of thesis. Nak tambah lagi worst, kalau buat dekat dalam UM ataupun mana-mana kedai sekitar UM kena ambil masa 3 hari untuk dapatkannya semula...Oh pening-pening. Lagi-lagi pula selagi tak present dan dapat green light boleh bind thesis, selagi tu tak boleh nak buat apa-apa.
But, Alhamdulillah. Miracle do exist. Hasil bantuan sv, kami dapat tahu ada cara rupanya untuk dapatkan exemption daripada final presentation tu. As soon as kami dapat info ni, terus ajer cik z buat surat permohonan ke dekan dengan menyertakan senarai bukti journal paper dan persidangan yang pernah dihadiri selama tempoh pengajian. Dan akhirnya pada petang Jumaat 28 Nov 2014, kami dapat good news. Permohonan diluluskan. Coincidently, its my birthday hu hu.
Bermulalah minggu paling sibuk dalam tempoh 3 tahun 3 bulan. Selama 2 hari (Isnin dan Selasa) cik z gunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja printing. O ho sesaper yang ada pengalaman ni mestilah tahu betapa menguji kesabarannyalah nak buat kerja-kerja remeh ni. Tambah-tambah pulak total page cik z 200++. Perghh.
Memandangkan cik z kena selesaikan semua perkara berkaitan thesis minggu itu juga, jadinya memang kena juga cari tempat lain untuk bind thesis. Hasil pi tanya sana-sini, semua orang nasihatkan pi bind kat area UPM Serdang. Boleh dapat dalam hari yg sama katanya. Hari Rabu 3 Dec 2014, cik z pun pergilah ke Serdang dengan Adia. Yang kelakarnya, Adia ni pulak tetiba tak ingat kat mana area kedai-kedai bind yang banyak kat Serdang ni ha. Makanya terpusing-pusing la kami kat situ cari cari dan cari. Nak tambah lagi worst, Adia ni plak dia boleh plak tertinggalkan handphonenya kat UM. Cik z pula dah sah-sah x tau langsung mana nak tuju.
Miracle do exist, lagi. Pusing punya pusing tetiba cik z ternampak satu kilang coklat. Eh tetiba teringat... cik z ada kawan lama yang baru-baru ni recontact dan dia mention kerja kilang coklat kat Serdang. Maka dengan desperatenya, cik z pun try la call dia. Ya Allah syukur sangat, memang betul pun dia kerja kat situ. Dan dipendekkan cerita, kawan cik z iaitu Bar yang serius lama sangat tak jumpa (5 tahun kot), tetiba muncul membantu di saat-saat terakhir. Tak sangka kan, macam ni rupanya cara kami nak reunion. Tahun ini 2014 genap 20 tahun kami kenal.
Thanks to Bar, dapat pun jumpa kedai-kedai bind thesis yang berlambak kat area UPM Serdang ni.
Alhamdulillah, ini hasilnya. Semoga Allah lembutkan hati semua examiner yang terlibat.
Akhirnya, setelah melalui macam-macam cerita dan drama, dapat juga cik z hantarkan thesis ni untuk penilaian examiner pula. Bolehla tarik nafas lega sikit buat masa ini. Sementara nak menanti viva voice.. erghh seram juga sebenarnya. Apapun sebelah kaki dah pun terlepas. Hoping for a good day to come. InshaAllah.
Tahniah cik z... bila semua dh settle tu rasa lega sesangat kan...
ReplyDeleteThanks alot. Ha a mmg lega sesangat.
Deleteoh.. kat area UPM serdang tu mmg banyak.. harge pun murah.. kiteorang yang dari shah alam ni pon g bind kat sane utk thesis... anyway... congrats ye cik z.. dah selamat dah sume... all the best untuk future! =)
ReplyDeleteMemula dpt tahu kn pi ke serdang mcm pelik sbb x kan la x de kat area um. Rupanya mmg most student kat kl ni pi bind kat sana.
DeleteTp cik z blm selesai sepenuhnya pun luna, kn tunggu viva voice pula.
naper tak contact ai? Ai pun area serdang gak...hahahahah selalu la jugak gi lepak2 kat situ...org panggil flat ikan
ReplyDeleteanyway tahniah cik z....dah ada kenduri2 jgn lupa kitorang...hiks
Haritu mmg blur juga dah. X sempat nak berkenalan dgn akk kalau x blhla call. Byk btl2 kedai2 bind kat situ ye.
DeleteP\s inshaAllah sentiasa igt pmbaca setia blog ni hi hi. Thnks alot semua