Tuesday 2 December 2014

Mengidam nak makan korean food kat Dubu Dubu @ Mid Valey

Assalam semua. Tajuk Entry tak menahan kan? He he he... Alkisahnya, menjelang hari-hari terakhir di KL ni, cik z ada satu misi iaitu nak pergi makan kat beberapa tempat favorite sepanjang 3 tahun 3 bulan kat sini. Ini namanya memang misi mengada-ngada sebab kengkononnya tak de makanan yg sama macam tu kat Kuantan nanti he hehe. Selain tempat2 yg dah biasa pergi, ada satu tempat yg belum pernah pergi lagi iaitu Dubu Dubu kat Mid Valey. Walaupun agak kerap ke Mid Valey tapi memang tak pernah lagi menyinggah ke Dubu Dubu hi hi setakat jeling-jeling ajer sebelum ni. Sebab utamanya ialah tak de geng nak makan hu hu.. sedihkan. Geng-geng yg terdekat ni tak makan korean food la pulak.


Minggu lepas, keinginan tekak cik z untuk makan korean food tak dapat ditahan-tahan lagi gara-gara blogwalking kat blog ramai blogger yg terjah ke Korea sempena Autumn. Terbayang-bayang kenangan makan kat sana masa Summer 2012 dulu. Aishh tak boleh jadi ni. Maka dengan berkobar-kobarnya cik z dah pun buat survey secara intensif iaitu pi tanya semua kawan-kawan yg ada kat sini (ehe he padahal 5 org je pun yg ditanya) ada tak sesaper yg sudi nak temankan cik z pi Dubu Dubu. Giler desperate kan.

Dan hasilnya...tada bukan sekali cik z pergi tapi dua kali dalam masa seminggu ha ha ha... Thanks a lot Kak Maizan and Fizz. Jasamu ku kenang gitu. Okay jom tengok apa yg kami makan. Dua kali pergi dah semestinya tak makan makanan yg sama. 


 
 Ini rupa menu yang disediakan.. Tengok senarai makanan dan gambar, err mmg macam nak rasa semuanya. Sesaper yg hardcore kdrama dan kvariety macam cik z dah tentu-tentu memang tahu apa jenis makanan dan namanya. 


Ini bil masa pergi kali pertama. Tengok tu macam-macam kami order. Tamak betul. Last2nya tak habis makan dan kami tapau bawa balik. 

Pajeon (korean pancake) RM11.50. Sedap sangat. Lebih-lebih lagi sos pencicah dia tu.

Cheese Toppoki RM15.90. Sedap juga. Cuma Rice cake nya agak liat. 

Set Dol Sot Bibimbab Beef RM19.90. Yang ni my favorite. 

Banchan (side dish) of the day. Yang ni sekali satu set dengan bibimbap. Sup tofu+seewed dia sedap sangat. Tapi kimchi tu not my taste la pulak. Rasa macam terlebih sangat rasa halianya.

Set Honey Bulgogy Beef RM 13.90. Dapat satu set dengan nasi dan banchan juga. Yang ni tak sentuh langsung so kami tapau. Tapi yg set2 lain tu memang licin kami kerjakan.

Dubu Bingsu (Korean Ice shave) RM 8.90. Sangat sedap. Macam makan aiskrim kacang merah.

Set Bulgogi yang ditapau tadi tu selamat menjadi nasi goreng Bulgogi. He he.

Ini pula bil masa pergi kali kedua. Lesson learn masa pergi yg kali pertama dulu tak habis makan kan, so kali ni tak tamak lagi dah.

Set SoonDubu Beef RM 17.90. Side dish yg diberikan memang berbeza dengan yg hari tu. Dalam kuah merah tu ada tofu, daging dan telur. Rasa dia agak pedas. Nak kata sedap sangat tu tak juga, tapi masih boleh ditelan dan diratah sehingga licin. he he.

Barley Tea Col RM 3.50. Tak de rasa manis. Tapi still sedap ditekak cik z yg memang tak berapa suka air manis. Lawan plak dengan soondubu yg pedas tu. Memang licinla gelasnya.

Set Cheese Roboki RM11.90. Ada rice cake, fish cake, ramen, dan telur rebus. Pedas + manis rasanya. Sedap cuma tak mengeyangkan sangat.

Amacam? Menarik tak? Entah bila lagi cik z akan ada kesempatan untuk makan kat sini lagi. Apapun mission accomplish. 



8 comments:

  1. Hye cik z.lisa pn suke g dubu2!lisa prefer stew...yummyyy

    ReplyDelete
  2. tak penah try lagik honey bulgogi tu... nampaknye kene terjah lagik nih.. nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila... tapi Azra duk Kl kat bila2 je boleh gi ye tak

      Delete
  3. alamak.. nape telur kat binbimbap tu camtu?? potong selere.. kikiki... insyaAllah kalau ke KL boleh try sini pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha biasalatu kat menu bergambar bukan main cantik lg kan

      Delete
  4. Cik Z...memang halal ya?..selalu gi Mid Valley pun xpernah mkn situ...klu sushi2 mknan jepun suami lak xsuka....ni gambar2 mcm seeedap je...ermmm..bleh cuba lain kali ni... :-)

    ReplyDelete