Friday, 16 November 2012

Maal Hijrah 1434H

Cuti umum, duduk rumah,  tak buat apa. Buka laptop, masuk google…. tetiba terclick blogger.com.  Maka bermulalah 1 Muharam 1434 dengan azam baru, iltizam baru, cita-cita baru… ahaks nak jadi blogger. Hu hu macam kelakarkan? 

3 hari lepas genaplah 14 bulan Cik Z bergelar pelajar  pHd. Sepanjang tempoh tu, Allah sajalah yang tahu betapa sukar dan betapa banyak cabaran serta dugaan yang Cik Z hadapi.  Tapi Cik Z  akui banyak juga perkara baru yang Cik Z pelajari.  Jadi sempena maal hijrah ni Cik Z mengharapkan kehidupan yang lebih tenang, damai dan dipermudahkan setiap urusan.  Kepada semua kawan-kawan yang juga sedang berjuang  tak kiralah walau dimana pun cik Z ucapkan selamat berjuang. I really miss you all.

                “Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.

                Kejayaan yang sekali, juga tidak bererti berjaya untuk selama-lamanya.

                Oleh itu, lebih baik gagal sekali.

                Daripada tak pernah gagal walau sekali.

                Kerna hanya mereka yang pernah gagal,

                Memahami apa itu kegagalan, dan belajar menghargai kejayaan.”

No comments:

Post a Comment