Saturday, 24 November 2012

Teddy Bear Museum, Yeomiji Botanical Garden, Cheonjeyeon Waterfall, dan Jusangjeoli Cliff Daepo

Bertemu kembali. Lepas lunch destinasi kami seterusnya ialah Teddy Bear Museum, Yeomiji Botanical Garden, Cheonjeyon Waterfall, dan Jusangjeoli Cliff Daepo.  Keempat-empat attractions ini terletak di dalam kawasan Jungmun Resort iaitu dibahagian barat Seogwipo Jeju. Untuk kawan-kawan yang merancang ke Jeju Island eloklah cari map Jeju dan plan your trip nicely. Kalau rasa-rasa ada banyak masa dan juga budget yang lebih sekurang-kurangnya peruntukkan 3 hari penuh di Jeju sahaja. Bukan apa Jeju ni sebenarnya luas (1,849 km2 ) dan ada lebih 100 attractions yang boleh dilawati termasuk 7 yang tersenarai dalam UNESCO world heritage sites. Kalau nak cover semua mungkin perlu 5-7 hari di sini.
Oklah balik semula kepada tajuk asal posting ni,Jungmun Resort terletak kira-kira 30 minit dari Sanbangsan dan attraction pertama yang kami tuju ialah Teddy Bear Museum. Entrance Fees yang dikenakan ialah 8000w. 
Bahagian hadapan Teddy Bear Museum
Secara peribadi, cik Z bukanlah peminat tegar teddy bear. Tapi bila dah masuk kat dalam tu kagumla juga dengan creativity pemilik museum ni menyusun atur pelbagai jenis teddy bear pelbagai tema, saiz dan rupa bentuk. Souvenirs pun ada dijual juga. Cumanya, pada pendapat cik Z fees yang dikenakan agak mahal dan tidak berpatutan dengan keluasan museum. So untuk kawan-kawan yang ada tight budget tu, tak pergi ke sini pun tak pe ye. Kat bawah ni cik Z letakkan beberapa keping gambar teddy bears yang di pamerkan di dalam museum.
Tema apa ni ye? Sorry lupalah
Yang ni temanya Disneyland


Yang sebelah kiri tu tema pengantin baru di raja, yang kanan.... ahh lupa lagi 

Yang ni Teddy Bear dari seluruh dunia

Yang ni Family Panda. Saiznya sangat besar. Lebih besar dari cik Z.

Keluar je dari museum, kami terus naik taxi menuju pula ke Yeomiji Botanical Garden. Tak sampai 10 minit dah sampai.  Entrance feesnya 8000w.  Tempat ni sangat luas, ada bahagian indoor dan outdoor garden dari seluruh dunia. Dianggarkan kira-kira 2,000 tropical and subtropical plants ditanam di kawasan ini. Bayangkanlah betapa besarnya tu. 4 garden dari Korea, Jepun, Italy, dan Perancis terletak di bahagian luar. Sebuah menara observatory juga terdapat didalam bangunan indoor berdinding kaca.
Bangunan yang menempatkan Indoor Garden dilihat dari bahagian luar

Japanese Garden

Korean Garden

Sekitar Korean Garden

Italian and French Garden

 
Kolam Tropika (yang ni macam kat Malaysia)
Lautan kaktus
  
Pemandangan dari menara observatory

Cik Z spend lebih 1 jam dalam botanical garden ni sebabnya kami jalan kaki je relax-relax. Ada satu part tu kami siap baring-baring lagi atas rumput yang lembut bawah pokok sambil menikmati pemandangan awan. Romantik gitu ha ha. Oh ya kalau kawan-kawan tak nak jalan kaki macam kami, boleh je naik train yang disediakan.  Tapi tak dapatlah nak ambil gambar banyak-banyak macam kami.  Rasa berbaloi-baloi jugalah masuk dalam ni dengan bayaran yang dikenakan. So cik Z fully recommend tempat ni ye.
Next attraction, Cheonjeyeon Waterfall. Tempat ni terletak bersebelahan dengan botanical garden. Keluar dari botanical garden, belok kiri jalan kira-kira 5 minit sampailah kat entrance gatenya. Bayaran yang dikenakan 2500w. Untuk sampai ke waterfall, pengunjung perlu melalui satu bridge yang jaraknya kira-kira 100m (ni anggaran cik Z je). Pemandangan dari atas bridge ni memang menakjubkan. Boleh nampak lautan yang membiru, gunung Halla yang tertinggi di Jeju, dan batu-batuan sepanjang laluan waterfall. Tapi ketinggian bridge ni pun boleh tahan juga. Kalau sesiapa yang takut tinggi memang tak lepas lah dari bridge ni.

Bridge menuju ke Cheonjeyeon Waterfall dilihat dari botanical garden. Panjang dan tinggi.

 
Atas bridge. Masa ni agak ramai pelancong kat sini. Tapi tak semua berani melepasi bridge yang panjang ni sampai kehujungnya.


Mula-mula naik bridge ni cik Z berdua dengan Fizz, tapi bila dah sampai 1/3 Fizz terus surrender. Jadinya cik Z pun jadilah pelancong sorang-sorang kat atas tu.

Salah satu view dari atas bridge boleh nampak sebahagian waterfall

Habis je laluan bridge, ada satu garden dan selepas garden ni akan ada tunjuk arah ke waterfall bagi sesiapa yang ingin melihat waterfall dari jarak dekat. Jaraknya 30m untuk first waterfall dan 270m untuk second waterfall. Bunyinya macam dekat kan? So dengan berkobar-kobarnya cik Z pun lalu lah jugak. Tapi cik Z hanya berjaya sampai ke first waterfall. Kenapa? Sebab laluan yang ada semakin kecil dan sunyi, dah sampai separuh cik Z patah balik sebab seram ha ha. Sorang-sorang kan. Jadinya kalau kawan-kawan yang pergi ramai-ramai tu jangan lupa singgah kat sini ye. Experience jalan atas bridge tu memang boleh ingat sampai bila-bila.

Ni lah rupa laluan nak ke waterfall. Tangga berbatu yang agak licin.

 First waterfall

Last destination kami untuk hari pertama di Jeju ialah Jusangjeoli Cliff Daepo. Jarak dari Cheonjeyeon Waterfall kira-kira 10 minit drive. Attraction ini tersenarai dalam salah satu daripada 7 UNESCO world heritage sites di Jeju. Entrance fees 2000w. Memang ramai pelancong disini melihat keajaiban alam semulajadi. "The Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jejudo Island. The Jusangjeolli was formed when the lava from Mt.Hallasan erupted into the sea of Jungmun."

Batu-batuan ini kelihatannya seperti dibuat oleh mesin

Full view dari observation deck


Satu observation deck disediakan disini, tapi nak ambil gambar kena beratur ye sebab ramai sangat  

Pemandangan sekitar kawasan  ni sememangnya menakjubkan juga. Rupa-rupanya beginilah rupa bentuk lava gunung berapi bila terkena air laut. Terasa kebesaran Allah. Untuk kawan-kawan yang nak ke Jeju, makesure anda masukkan attraction ni dalam itenary ye, sure berbaloi.  Berakhirlah trip hari pertama kami di Jeju. Penat tak terkata dengan tak mandi selama 2 hari dan tidur yang tak cukup. Jadinya malam pertama kat hotel memang cik Z tidur sepuas-puasnya. Charge battery ha ha. Okaylah jumpa di posting seterusnya. Anyeong.




3 comments:

  1. Salam, nak follow blog. Bestnya pegi Jeju

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. thanks sudi baca blog yg tak seberapa ni.

      Delete
  2. menarik cerita awk psl jeju ni...besh sgt2

    ReplyDelete