Friday, 30 November 2012

November yang memenatkan

November terasa cepat sangat berlalu. Esok dah pun Disember. Sepanjang bulan ni cik Z dilanda kesibukan. Penat sangat rasanya.
 
Pertamanya sebab bulan ni cik Z baru saja memulakan research topic yang baru, Functional Relationship Model for Circular Data. Sebenarnya cik Z dah pun start baca-baca topik ni bulan May yang lalu, tapi terstop kejap sebab topik yang sebelumnya perlu penambahbaikan lagi. Jadinya faham-faham jelah, semua yang dah dibaca sebelum ni memorinya entah hilang kemana. Sudahnya puaslah cik Z memerah otak memahamkan semula topik ni. Untuk topik yang baru ni cik Z perlu mahir membuat derivation (2nd partial derivative). Masalahnya semua equation yang terlibat ialah trigonometri. Bukan setakat sin and cos, tan inverse pun ada. Hu hu nak menangis rasanya. Rasa kagum sangatlah dengan statistician terdahulu. Gila hebat diorang ni kan? Ialah sedangkan statistics pun dah susah ni tambah pulak calculus.  Kiranya bulan ni cik Z rasa macam pelajar pHD yang sebenar pulak ha ha sebab tiap-tiap hari duk pegang formula dan kertas. 
 
Kedua, cik Z juga sibuk menguruskan hal-hal berkaitan Conference di Doha dan percutian last minute ke Sri Lanka. Dah macam kerani aka PA rasanya. Untuk conference cik Z akan pergi bertiga dan ke Sri Lanka berdua je.  Asalnya kami tak bercadang pun nak bercuti ke Sri Lanka. Tak tahu pun apa yang ada kat situ. Malah tak pernah terfikir pun nak pergi ke situ. Awal October kami start searching for the cheapest flight ticket to Doha, dan hasilnya ialah we need to use Sri Lankan Air. So plan asal beli tiket 17/12 dan balik 22/12. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya tiket 22/12-25/12 sangat mahal (>RM2300 return) disebabkan Christmas Holiday. Start 26/12 barulah harganya back to normal (RM1889). Jadinya teruslah tukar plan transit di Sri Lanka for 3 days.
 
Masa ni kami tak tahu lagi nak pergi mana dan sebagainya. Last two weeks barulah cik Z start baca-baca dan buat research trough internet untuk plan itenary, rupa-rupanya Sri Lanka ni bestla jugak dan banyaklah sebenarnya places to go. Siap ada World Heritage Sites lagi. Kalau sesiapa perasan cik Z memang suka tempat-tempat bersejarah ni. Kalau nak round 1 Sri Lanka kena ada 15 hari sekurang-kurangnya. Tiba-tiba rasa sangat rugi kalau tak gunakan kesempatan ni sebaik mungkin. Ialah kan bukan senang nak sampai sana. Lepas pikir panjang so kami decide tambah lagi 2 hari dan cuba contact Sri Lanka Air by email. Alhamdulillah lepas berbalas-balas email yang banyak juga selama 2 hari akhirnya kami berjaya tukar tiket ke 28/12 dengan charge tax 20USD per person.
 
Selain flight tiket, kami juga kena book hotel di Qatar dan Sri Lanka. Bulan lepas lagi sebenarnya kami dah book hotel di Doha dan Sri Lanka (1 day in Galle and 1 day in Colombo).  Tapinya last two weeks juga barulah kami dapat tahu yang hotel kami di Doha nanti agak jauh (lebih kurang 2km) dari official conference hotel. Official conference hotel ni bukanlah tempat conference bakal berlangsung tapi free bus akan disediakan setiap hari jam 8 pagi dari hotel ini ke Qatar University. Jadinya terpaksalah kami cancle out hotel yang dah di book dan cari hotel lain. Masalah utama kat Doha ni, hotel memanglah banyak tapi harganya pun... boleh tahan juga. Paling murah pun RM210 for double room. Itupun 2 star hotel je. Sebab tulah kami tak mampu nak duduk kat conference hotel (RM370 per night), gila mahal kan. Alhamdulillah dapatlah cari 1 hotel harga RM210 semalam yang jaraknya 700 m by walk ke conference hotel. Menapaklah kami nanti pagi-pagi nak kejar bas.
 
Untuk trip ke Sri Lanka pulak nanti kami akan ke Galle, Colombo, Kandy, dan Sigiriya. So kenalah booking hotel untuk 3 tempat ni tak termasuk Sigiriya. Nak tambah lagi kerja, kami juga perlu apply visa untuk ke Sri Lanka. Nasiblah boleh buat trough internet. Harganya 20 USD per person. Oh ya untuk ke Qatar, visa pun diperlukan juga, tapi yang ni pihak conference dah tolong uruskan. Alhamdulillah kurang satu kerja, cumanya kena send a copy of passport ke sana. Yang ni dah settle dan dah dapat pun visanya, tapi 90% dalam bahasa arab so memang tak fahamlah. Yang fahamnya ada tulis nama, tarikh lahir dan tarikh akhir passport he he.
 
Persiapan untuk conference di Qatar pun satu hal juga.  Slide presentation memang tak kan sempat buat di Malaysia. Nasiblah dapat second day presentation, so sempatlah nak buat kat sana nanti. Cerita pasal Qatar, kelakar juga ni sebab cik Z terpaksa beli jubah untuk dipakai di sana nanti. Bukan apa takut pulak bila kat sana nanti jadi perhatian orang. Hasil research, orang-orang kat sana selalunya memakai jubah berwarna hitam. Puas jugaklah cik Z mencari yang termampu di bayar. Rupa-rupanya jubah ni harganya mahal. Paling murah pun RM60-80 yang plain je colornya. So cik Z dah beli 3 helai + pinjam jubah Uda 1 helai. Cukup sangatla tu kan untuk 4 hari kat sana.
 
Wah panjang lebar celoteh cik Z kali ni he he. Dalam pada sibuk-sibuk dengan pelbagai urusan kat atas tu sempat jugak cik Z grab cheapet ticket ke Cambodia dan Vietnam bulan March nanti. Kisahnya, tetiba pula Air Asia buat promotion untuk penerbangan Feb-April.  Nak dijadikan cerita, baru je 2 ke 3 hari sebelum tu duk berangan nak pi Cambodia dengan siti bila-bila ada promotion ticket. Elok sangatlah kan. Sebelum beli tu kami buat research dulu sebab takut jadi macam Sri Lanka kan. Masa nilah baru tahu boleh pi ke Ho Chin Min dari Phnom Penh boleh guna express bus (200++ km je jaraknya). So kami pun belilah tiket KL-Siem Reap dan balik Ho Chin Min-KL. Total harga tiket RM317.40. Murahkan? Puaslah travel tahun depan nampaknya.
 
Setakat ni total budget untuk ke Qatar dan Sri Lanka belum finalise lagi sebab belum habis research lagi pasal transportation kat Sri Lanka nanti. Nampaknya hujung minggu ni memang kena finalisekan itenary sebab minggu depan nak kena balik kampung pulak.  Gila lama tak balik sampai Long pun dah msg suruh balik. Pulasan, rambutan, durian semua dah masak katanya. Wah ni yang tak sabar nak balik ni. Jangan sakit tekak sudahlah nanti. Tapi yang ni pun masalah gak sebab tak tahu lagi hari apa boleh balik sebab kena jumpa SV dulu. Nak balik pulak 2 hari tak cukup, kurang-kurang kena 4 hari. Aduh macam-macamkan masalahnya.
 
Gitulah kisahnya. Hope this coming disember lebih tenang dan dipermudahkan. Ameen.
 
 
 

No comments:

Post a Comment