Sunday, 28 April 2013

2 hari di Phnom Penh

Selasa, 5 Mac 2013. Sekitar jam 6.30 pagi, kami dah pun check out dan menanti free pickup oleh pengusaha bas yang akan membawa kami ke stesen bas utama bagi menaiki bas terus ke Phnom Penh.  Macam VIP kan. Beli je tiket, nanti ada orang ambik kat GH. Best betul tak payah susah payah pi cari transport lain. Kami dapat merasakan yang industri pelancongan di Cambodia sememangnya berada pada kelasnya yang tersendiri. Segalanya mudah dan dipermudahkan. Lebih kurang 15 minit menunggu, sebuah van mengambil kami. Dalam van tu dah pun ada 5 orang pelancong lain yang juga akan menaiki bas ke Phnom Penh. 

Tiba di stesen bas, kami menaiki Sokha Komar Tep Limousine bas yang sedia menunggu. Secara peribadi, kondisi bas yang kami naiki ini memanglah tidak sepadan dengan harga tiket yang kami bayar iaitu USD15. Bas ekspress ini agak buruk dengan keadaan kerusi yang sedikit usang dan toilet yang sekadarnya. Agak jealous tengok kondisi bas-bas yang lain terutamanya milik Giant Ibis yang berkali2 lebih cantik berbanding bas yang kami naik. Ada kemungkinan berlaku mark up harga oleh agent orang tengah memandangkan kami beli dari GH. Tapi apapun kami redha je lah.

Bas kami bertolak dari Siem reap pada pukul 7.30 pagi. Keadaan jalan sepanjang perjalanan tak de masalah pun cuma majoriti pemandangan yang dapat kami lihat ialah tanah landai yang kering dan cuaca yang panas. Sekitar 3 jam perjalanan, bas kami berhenti rehat di tepi jalan tak pasti la kat mana. Semua penumpang diminta turun, dan apa yang kami lihat ialah deretan penjaja jalanan ynag menjual makanan ringan dan buah-buahan serta sebuah restaurant besar. 30 minit bas berhenti, serius tak tau nak buat apa last2 kami duk bersidai tepi bas. 

bunga teratai

Belalang, ulat, Serangga yang digoreng...eii seram kan.

Buah mangga dan asam.

Akhirnya selepas 6 jam berlalu, kami pun tiba di Phnom Penh. Suasana berbeza dapat kami lihat disini, yang mana bandar ini lebih padat, sesak, dan panas berbanding Siem Reap. Bas berhenti di hadapan kedai pengusaha bas yang kami naiki. Dari sini, kami menaiki tuk tuk dengan harga USD3 ke Velkommen GuestHouse yang rupa-rupanya hanya terletak tak sampai 10 minit dari kedai tadi. Velkommen GuestHouse terletak betul-betul kat sebelah sebuar pasar, jadinya kawasan ni memang sibuk dan dipenuhi orang. Malang bagi kami kerana mendapat bilik di tingkat paling atas (tak pasti 4 atau 5). Walaubagaimanapun kami berpuas hati dengan keadaan bilik. Bilik ini mempunyai bilik air yang besar tapi kat sini tak de cerek disediakan.

Selepas solat dan meluruskan badan, kami bersiap untuk keluar mencari makanan. perut dah berkeroncong sebab kami belum makan tengahari lagi. Alhamdulillah, kami diberitahu ada sebuah restaurant makanan halal yang letaknya hanya 2 blok dari GH kami. Nama restaurant ni ialah Cafe Malaya. Agak lama juga kami duk makan sambil borak dengan owner restaurant ni pakcik Mohd Noor sedar-sedar dah pun 5 petang. 

Seterusnya, kami decide untuk jalan-jalan di sekitar River Side Area. Ini ialah kawasan rekreasi dengan kemudahan laluan pejalan kaki yang agak besar (boleh gak main bola, berjoging dan berbasikal) serta tempat-tempat duduk tersedia disepanjang jalan serta menghadap sungai. Ada pertemuan dua sungai kat sini iaitu Tonle Bassac dan Tonle Mekong. Tak pasti berapa jauh kami berjalan tapi yang pasti kami berada disini sehinggalah matahari terbenam dan hanya berjalan pulang ke GH sekitar jam 7 petang.

River Side Area.

Kanak-kanak Phnom Penh.

Menjelang senja, kenderaan memenuhi jalanraya dari segenap arah.

Dalam pada kami sibuk2 snap gambar tetiba ada 5 orang kanak2 melintas jalan dengan selambanya sambil berkaki ayam (lihat gambar ni sebelah kanan). Uniknya, salah seorang dari kanak2 ni tidak memakai seurat benang pun. 


Sunset di Phnom Penh. 5 orang kanak2 tadi ada kat dalam gambar ni juga. Cuba tengok jalan ni, besar kan. Memang hebat budak2 ni melintas.


Duduk-duduk tengok map kat tepi sungai. Kat sini juga kami bertemu dengan seorang pensyarah dari UTM yang sedang ber'conference' di Phnom Penh. Kami sempat bertukar2 tips antara Siem Reap dan Phnom Penh. Atas nasihat beliau, kami batalkan hasrat untuk ke Killing Field pada hari esoknya.


Rabu, 6 Mac 2013. Hari kedua di Phnom Penh. Destinasi kami hari ialah S21(genocide Museum), Rusian Market, dan Central Market. Untuk keseluruhan perjalanan ini kami perlu membayar sebanyak USD15 kepada driver tuk-tuk. Agak mahal dan bila kami ajak dia ke Royal Palace pun tak mahu pergi dan kalau nak juga kena tambah harga. Pukul 9 pagi kami dah pun bergerak ke S21(genocide Museum). Rupanya tempat tak lah jauh sangat dari GH kami sebab tak sampai 30 minit dah pun sampai. Kami juga merupakan antara pengunjung terawal disini hari ini. Entrance fees yang dikenakan ialah USD2 seorang.

Sedikit trivia, S21(genocide Museum) ini asalnya ialah sebuah sekolah tinggi yang bertukar menjadi sebuah penjara semasa era pemerintahan Khmer Rouge dibawah ketuanya Pol Pot dari tahun 1975 ke 1979. Dikatakan sehingga 20000 orang awam yang terpenjara disini mati dibunuh. Tempat ini menjadi saksi kekejaman Pol Pot. Keadaan bilik penyeksaan, kelas-kelas yang diubahsuai menjadi penjara, dan pelbagai lagi peralatan yang digunakan sebagai alat penyeksaan menambah rasa sayu dan seram keadaan disini ditambah lagi denag kehadiran pohon kemboja yang memayungi beberapa buah kubur banduan terakhir yang ditemui mati diseksa disini. Ratusan gambar mangsa2 peperangan ini juga dipamerkan beserta juga dengan timbunan pakaian juga tulang2 yang ditemui di KIlling Field sekitar Phnom Penh. Benar kata pensyarah UTM yang kami temui semalam, ada baiknya kami tak pergi ke sana sedangkan kat sini je pun dah rasa lain macam.







Kami tak berlama disini. Selepas tu kami bergegas ke Rusian Market pula untuk shopping time. Salah satu tarikan utama kat sini selain banyak menjual sourvenir dan kain2, ialah kedai2 yang menjual beg berjenama asli atau immitation. Harganya memang berbaloi. 

Destinasi seterusnya ialah Central Market. Jika anda pergi ke Phnom Penh jangan lupa singgah disini untuk beli sourvenir, kain, atau begpack sebab harga barang kat sini lebih murah berbanding di Rusian Market serta lebih banyak pilihan. Kalau nak beli batu permata pun banyak juga. Kami berjaya menemui sebuah Restaurant halal di sini iaitu D'Nyonya Penang selepas bertanya kat seorang penjual begpack yang rupa-rupanya orang Malaysia.

Kami beli kain dan tudung disini.

Oh ya, Central market ni hanya buka sehingga jam 5 petang. Tapi kan kalau pi sini pastikan anda ingat kat mana anda masuk sebab tempat ni serius sangat besar dan menjual pelbagai barangan dari makanan hinggalah bunga-bungaan.

Itu sajalah cerita kami di Phnom Penh. Sebelah malam kat sini kami tak buat apa pun kecuali berehat dan tidur sebab tak de apa yang menarik pun kat sini berbanding di Siem Reap.  Apapun kami enjoy 5 hari percutian di Cambodia. Kat sini kami memang banyak berjalan sampai sakit2 semua satu badan. Pulak tu selalu je terjatuh dan terseliuh sampai lebam2 kaki. Mujurlah ada banyak perkhidmatan massage yang boleh dipilih dengan harga yang murah.

Jumpa lagi untuk next entry di Vietnam. Wassalam.


2 comments:

  1. Assalamualaikum akak,

    nak tanya kat central market tu ada tak hotel berhampiran dengan restoren halal?

    saya bercadang nak bawa keluarga pi Cambodia bulan 12 ni tapi tak tau mcm mana.

    emel saya kak kat teacher_nor@hotmail.com

    terimaksih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak je hotel sekitar central market n restaurant D'nyonya yg halal tu. Paling dekat rasanya Asia Hotel Yg ni kalau baca review kat mana2 forum/blog mmg ramai org malaysia duk situ cumanya harganya tak lah semurah velkomen GH yg kami duduk. Boleh book guna booking.com / hostel.com / agoda.com

      Delete