Sunday, 28 April 2013

Siem Reap DAY 2: Temple Tour (Mini and Grand Tour) & Night Market


Ahad, 3 Mac 2013.  Hari kedua di Siem Reap. Seawal 3 pagi kami dah pun bangun dan bersiap-siap.  Alhamdulillah elektrik dah pun ada. Destinasi kami awal pagi ini ialah Angkor Wat dengan harapan dapat melihat sunrise dan seterusnya melawat Temple2 yang terletak dalam kawasan Mini Tour dan Grand Tour Angkor Archaeological Park. Sementara menunggu subuh (5.09 pagi) kami sempat menggosok semua baju untuk 3 hari (persediaan awal takut2 tak der elektrik lagi hu hu) dan bersarapan maggi. Sekitar 4.30 pagi sebenarnya driver tuk tuk kami dah pun setia menanti di lobi GH, sedangkan kami janji dengan dia pukul 5.15 pagi.  

Selepas solat, kami pun bergerak ke Angkor Watt. Dijangkakan sunrise akan muncul sekitar 6.19 pagi. Walau masih awal pagi, jalan raya nampaknya dah pun dipenuhi dengan tuk-tuk dan bas pelancong, semuanya menuju ke Angkor Watt. Masa ni tetiba je hujan mula turun rintik-rintik. Tapi kami tetap bersemangat, tak kan nak patah balik kan. Kira-kira 20 minit perjalanan kami pun tiba di kaunter tiket.   

Kaunter tiket di Angkor Watt. 

Menariknya disini, kaunter tiket yang disediakan sangatlah banyak termasuklah staf bertugas yang ramai. Masa beli tiket tu tetiba diorang suruh tengok kamera. Rupa-rupanya tiket masuk ke Temple adalah made on the spot. Maksudnya kat tiket kita tu ada gambar kita bagi mengelakkan penipuan. Wah unik kan. Patutlah banyak sangat kaunternye. Proses beli tiket ni tak la lama sangat pun kira-kira 5 minit je. Untuk 1 Day Pass kami membayar USD20. Harga untuk 3 Day pass ialah USD40. 

Sedikit trivia, Angkor Archaeological Park ini juga merupakan salah satu daripada kawasan bersejarah yang diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site dan menjadi kebanggaan rakyat Cambodia sehinggakan lambang Angkor Watt boleh dilihat dimana2 sekitar Siem Reap. Kawasan ini kaya dengan tinggalan kuil-kuil serta pusat pentadbiran Empayar Kmher ratusan tahun terdahulu iaitu sekitar abad ke-9 hingga ke-15. Sehingga kini ia masih lagi menarik perhatian pengkaji sejarah serata dunia yang mengkagumi teknologi binaan dan juga rahsia keunggulan kerajaan ini. Malah cik Z juga pernah terbaca tentang pengkaji sejarah dari Malaysia yang mengaitkan  hubungan kerajaan ini dengan susur galur Melayu kerana terdapat banyak persamaan budaya yang dapat dilihat dari lukisan2 di dinding Angkor dengan masyarakat Melayu. Wallahualam. 

Angkor Archaeological Park map, credit to google.

Okay sambung balik cerita hari ni. Mini Tour dan Grand Tour sekitar Angkor Archaeological Park ini meliputi Angkor Watt, Angkor Thom (Bayon, Terrace of Elephants, Terrace of Leper Kings), Preah Kenh, Neak Pean, Ta Som, Pre Rup, Banteay Kdei, dan Ta Promh. Jangkaan masa yang diperlukan untuk pergi ke semua tempat ni katanya 12 jam. Wah lama tu. Untuk semua perjalanan ni kami bayar USD23 untuk tuk tuk driver. 

Lepas beli tiket, kami naik tuk tuk semula kira-kira 15 minit terus ke Angkor Watt.  Mengkagumkan, tersangatlah ramai pelancong ada kat sini walaupun masih gelap lagi. Semuanya dengan tujuan yang sama, nak tengok sunrise. Satu kesilapan kami ialah tak teringat langsung nak bawa lampu picit. Seriously tak de satu lampu limpah pun yang dipasang kat sini, mungkin sebab nak jaga historical site. Seram okay tengok kiri kanan semua macam bangunan tinggal. Sudahnya kami pun dengan selamba duk ikut belakang satu group pelancong yang ada ketua he he. 

Berlatar belakangkan Angkor Watt, menunggu sunrise.

Komplek Angkor Watt ini agak besar kawasannya dengan satu bangunan besar kat tengah2 dan beberapa bangunan kecil yang lain juga bangunan yang didirikan mengelilingi kawasan ini. Dalam gerimis, kami menanti sunrise. Kami tak de payung, so berserah je lah. Nak tunggu bawah pokok pun semua pokok dah penuh orang. Salah satu tarikan utama kat sini masa sun rise ialah pantulan Angkor Watt yang akan dapat dilihat dari tasik yang dipenuhi oleh bunga teratai. Tapi harapan kami hanya tinggal harapan. Hujan gerimis yang kadang kala berhenti dan langit yang mendung menyebabkan matahari pun malu nak tonjolkan diri.

Gerimis mengundang di Angkor Watt. Hampa tak dapat tengok sunrise.

Jam dah pun menghampiri 7 pagi. Cuaca mendung menyebabkan gambar2 yang kami ambil kat sini semua gelap2 je. Tak dapat pun nak ambik gambar kat dalam bangunan utama sebab gelap sangat kawasannya. Tengah syok2 posing ambik gambar sana sini tetiba hujan yang tadinya cuma rintik2 kecil berubah lebat sekelip mata. Masa tu kami betul2 kat tengah2 laluan utama di Angkor Watt. Apalagi kami pun berlarilah sekuat hati ke bangunan berdekatan. Dah macam dalam movie pun ada. Semua pelancong berlari cari tempat berteduh. Habis basah lokos baju kami. Hampir 15 minit tunggu, hujan masih juga lebat tak de tanda2 nak berhenti. Sampat tertidur2 kami tunggu kat dalam bangunan yang gelap sambil duduk kat tepi tingkap. Tetiba adalah seorang remaja perempuan ni jual baju hujan plastik. Alhamdulillah, harganya USD1.   

Hujan lebat di Angkor Watt. 

Baju hujan plastik kami. Sebelum tu kami duduk kat dalam bangunan yang kat bekakang tu.

Lepas beli baju hujan, kami pun terus je la keluar ke parking area. Dalam hujan2 tu kami bersusah payah terpusing2 cari tuk tuk kami lebih 15 minit sebabnya bila hujan semua tuk tuk akan buka plastik berzipnya. Jadinya semua tuk tuk nampak serupa. Kami pulak sebenarnya dah janji nak jumpa driver pukul 8 tapi sebab hujan kami keluar awal. Seterusnya kami pun naik tuk tuk ke South Gate iaitu jalan masuk ke Komplek Angkor Thom yang menempatkan Bayon, Terrace of Elephants, dan Terrace of Leper Kings. 

South Gate.

Driver tuk tuk turunkan kami di Bayon dan menunggu kami di kawasan rehat selepas Terrace of Leper Kings. Yang kelakornya kami siap tersesat kat Bayon sebab kami tak tahu arah mana nak keluar. Uniknya Bayon ni., ia berbentuk segi empat sama yang binaannya penuh dengan wajah manusia. Masalahnya ialah kami tak tahu yang kami sebenarnya boleh turun dari mana2 arah pun sebab lepastu akan lalu jalan lain untuk ke Terrace of Elephants. Apa yang kami buat ialah bila dah naik sampai atas kami turun balik lalu laluan yang sama lepastu pelik la sebab tak de pulak orang yang turun. Takut silap kami pun naik balik dan cari laluan lain. Sekali tu bila dah turun tanya kat staf bertugas, alih2 kami lalu semula pulak bahagian yang kami mula2 naik tadi. Memang ratu sesat la kami ni.

Bayon yang dipenuhi binaan berwajah manusia yang anehnya kelihatan serupa kat mana2 penjuru pun.

Antara lukisan di Bayon.

Lagi lukisan di Bayon.

Salah satu bangunan di Angkor Thom. 


Terrace of Elephants

Kami habiskan masa hampir 2 jam berjalan kaki dari Bayon hinggalah ke kawasan rehat yang menempatkan kawasan parking dan deretan kedai2 makan serta souvenir.  Kat sini kami sempat singgah minum air kelapa dan beli air mineral sera coke. Pengalaman di Sri Lanka banyak membantu.. Kali ni kami cuma beli sebiji je dan kongsi. Harga air kat sini semuanya USD1, agak mahal tapi faham2 je la kan kawasan pelancongan. Yang bestnya air kelapa kat sini rasanya sejuk giler sebab diorang simpan kelapa tu dalam tong ais.

Lepas rehat2 sat, kami menuju pula ke Preah Kan. Temple ini terletak dalam laluan Grand Tour. Saiznya agak besar dengan jalan masuk dan keluar yang berbeza. Masa ni kaki kami dah start lenguh2 dan dah mulalah kami duk tengok2 jam. Mulalah kami duk rasa menyesal plak pilih pakej mini dan grand tour he he. Serious penat tau.  

Bersama pelancong dari China di Preah Kan.



Preah Kan.


Selepas Preah Kan, kami singgah ke Neak Pean, Ta Som, Pre Rup, Banteay Kdei, dan Ta Promh. Yang mana satu dulu kami singgah pun tak pasti sebabnya dalam kepala kami sebenarnya dah tak sabar nak habiskan semua tempat sampai sudahnya bila tengok gambar semula dah tak tahu gambar tu ambik kat mana. Tapi yang pasti lawatan kami berakhir di Banteay Kdei dan tasik yang terletak kat depannya iaitu Sras Srang. 



Ta Phrom.

Makan buah mangga dan tembikai yang harganya USD1 juga setiap biji.

Kanak-kanak ni tak nak bergerak dari tuk tuk kami selagi kami tak beli souviners yang dia jual. Tapi kami tak beli pun. Macam-macam bahasa dia pandai cakap.  Driver kami  tolong kami translate macam2 soalan kami duk tanya kat dia.



Makcik2 muslim ni jual isi buah kelapa laut. Kami beli satu plastik ada 4 ketul harganya 2000Riels. Kusyuk kami duk tengok diorang kupas buah kelapa tu. Almaklumlah tak pernah nampak kat Malaysia. Rasa isi kelapa tu boleh tahan gak sedapnya.


Kanak-kanak ni langsung tak pakai baju. Tak taulah anak siapa.

Mini dan Grand Tour kami akhirnya berakhir jam 3.30 petang. Cuaca hari ni agak ekstrim kerana sebelah paginya kami menempuh hujan lebat tapi lepas tu cuaca bertukar menjadi panas terik. Berulang kali kami teringatkan pengalaman kami di Sigiriya. Pada kami, perjalanan kat Angkor Archaeological Park ini lebih mencabar sebab bukan saja kami menempuh hujan dan panas, malah kena mendaki anak2 tangga di sesetengah Temple serta berjalan kaki melalui jalan2 kecil sebelum sampai ke sesetengah temple yang lain. Dari segi prasarana, kemudahan yang ada kat sini juga sangat bagus dengan staf bertugas yang ramai (kalau tersesat tanya je free of charge), toilet yang free dan kedai2 jual makanan/minuman/buah2an pun banyak. 

Sebelum balik ke GH kami sempat singgah makan late lunch di Muslim Cambodian Restaurant yang dekat je dengan GH kami. Sebelah malamnya sekali lagi elektrik terputus. Tapi kali ni kami ke Night Market, Central Market, dan Pub Street, berjalan kaki dari GH je kira2 10 minit. Area ni semua tak terputus bekalan elektrik pun. Kami tak beli apa2 pun malam ni cuma survey2 harga dan buat foot massage. Balik semula ke GH, masih juga tak de elektrik, akhirnya kami tidur je lah rehat2kan badan selepas seharian berjalan.

Okaylah berakhir sudah kisah hari kedua kami di Siem Reap. Insyaallah akan bersambung lagi dalam entry yang seterusnya. Wassalam


No comments:

Post a Comment