Kalau orang tanya siapa teman rapat cik Z mungkin ada yang terkejut kalau jawapannya ialah Kelisa comel cik Z. Ya betul. Sejak 2005, Kelisa ni setia menemani cik Z kemana saja tak kira hujan atau panas tak kira saat gembira mahupun duka. Kelisa ni juga lah yang menjadi saksi jatuh bangun dan kenangan pahit manis cik Z sejak mula bekerja hinggalah ke hari ini. Cik Z beli kereta ni sehari sebelum cik Z mendaftar kerja yang mana cik Z masih ingat hari tu cik Z naik bas je ke Gambang dengan 3 buah beg pakaian.
Sejak duduk di KL, Kelisa cik Z memang sangat kecian. Almaklumlah duduk pun kat flet je so parking berbumbungkan langit je la jawabnya. Kalau sebelum ni Kelisa cik Z sentiasa nampak baru dan berkilat (dulu selalu basuh sendiri at least 2 kali sebulan pastu duk bawah bumbung rumah) tapi sejak duduk kat Kl ni ... nak basuh pun tak de masa nak ke kedai cuci kereta. Lama2 kereta pun nampak kusam tak bermaya.
Nak tambah kecian lagi, hampir setiap hari plak kat KL ni cuacanya kalau pagi panas terik dan bila petang je hujan ribut. Masuk bulan ke-6, cik Z perasan Kelisa ni dah start bocor-bocor. Mula2 setitik, pastu dua tiga titik lepas tu terus macam hujan dalam kereta. Ada sekali tu bila balik kamgpung cik Z adalah mintak tolong abg ipar tampalkan. Ingatkan dah ok, rupanya sekejap je pun kesannya. Tak sampai seminggu jadi balik.
Hampir setahun, tahap kebocoran makin serius terutamanya disebelah kiri kereta sampai kena letak besen dan kain buruk dalam kereta. Pernah juga beberapa kali air hujan bertakung sampai kena cedok guna gayung. Seriuos tenat. Bila hujan lebat je, hati cik Z dah tak tentu arah. Kalau duk rumah asyiklah duk terjengah2 ke kereta kat bawah dengan harapan air yang turun masuk kat dalam besen. Kalau tengah drive lagi haru. Air turun mcam berhujan dalam kereta. Siap kena alih2kan besen supaya air masuk dalam besen. Kalau tengah tunggu traffic light tu memang perasan la orang tengok semacam je.
Bila baca apa yang cik Z cerita ni mesti ada yang pelik kan? Ye la kalau dah macam tu punya teruk kenapa tak pi workshop. Sebenarnya bukan tak mahu pergi. Tapi ada sebabnya. Pertamanya tak de masa yang sesuai, pastu cik Z tak de kawan yang duduk dekat2 sini so kalau nak pi hantar ke workshop nanti cik Z nak bergerak macam mana kan? Macam cik Z kata tadi Kelisa ni teman rapat dan ibarat nyawalah. Kalau tak de dia tak bergerak la cik Z. Di tambah pula dengan jadual harian yang seriously penuh tak pernahnya tak de kerja.
Masa balik kampung bulan Feb haritu abg ipar cadangkan kalau ada masa supaya tukar semua getah keliling atas kereta sebab kata dia getah tu dah nak tertanggal sebab tu air masuk dalam. Ya memang betul inilah dia kesannya kereta duk berpanas berhujan hari2. Tapi sampaila ke akhir March masih tak berkesempatan mencari workshop sudahnya sebelum balik kampung minggu lepas cik Z pun mintaklah tolong abg ipar buat appointment dengan sorang mekanik kat kampung.
Hasilnya cik Z pun spend RM200 untuk tukar getah2 tu kecuali bhgn cermin depan sebab kebetulannya cermin yang depan tu ada retak kesan terkena batu dalam 4 tahun lepas, jadinya kalau buka confirm pecah cermin tu kata mekanikla. Dan dia suruh pi tukar cermin tu. Oleh sebab cik Z tak de masa yang panjang untuk cuti sebab perlu balik segera ke KL nak selesaikan beberapa urusan berkaitan conference jadinya cik Z pikir tak pe lah bila balik kampung sekali lagi nanti baru buat next appointment lagipun kami pikir tentulah dah tak bocor lagi sebabnya yang kat depan tu dah ada pernah tampal lagipun bhgn tepi plak dah tukar getah baru.
Petang hari Khamis yang lepas, hujan agak lebat kat KL. Tiba2 cik Z perasan yang bahagian yang bocor tetiba dah berubah ke bahagian kanan iaitu ke bahagian driver tapi tak dela kritikal sangat, means kadang2 je airnya menitik masuk dalam kereta. So cik Z pikir tak pe kot, maybe sempatlah dia bertahan sampai bulan 5 nanti.
Petang hari Jumaat pulak hujan lagi awal dan lebat dari hari sebelumnya. Dah pukul 4 hujan belum reda jadinya cik Z decide balik je lah ke rumah sebab takut jam teruk pulak nanti. Alih2 tu bila masuk je kereta tengok2 ... banjir dah bahagian driver kereta cik Z. Habis betakung air sampai habis basah kasut dan stokin. Wah masa tu Tuhan je la yang tahu macam mana perasaannya. Tapi tak pe cool lagi dalam hati duk pikir tak pe2 sabar dugaan je ni nanti balik boleh pikirkan macam mana nak buat.
Dengan basah2 tu la cik Z drive je kereta tu. Sampai pertengahan jalan plak hujan dah mula reda tinggal gerimis sikit2 so macam biasalah offkan wiper. Sekali tu...wiper pulak tak boleh nak off. Ya Allah rupa2nya wiper pulak dah tak berfungsi dengan betul sebab mungkin wayarnya dah basah kena hujan tadi (memang semua bhgn deskboard basah pun masa masuk kereta tadi). 3 tahun dulu cik Z pernah ada pengalaman wiper tak boleh off juga tapi masa tu sebab fiusnya rosak. So cik Z pikir ada kemungkinan juga fiusnya rosak juga kali ni.
Dah macam jatuh ditimpa tangga, masa ni rasanya otak cik Z tetiba jammed tak mampu dah berfikir. Dah la sepanjang jalan kaki basah pastu wiper plak buat hal. Nak nangis pun ada, tapi mungkin sebab dah selalu sangat terkena dugaan yang bertimpa-timpa lagipun tak de sesiapa pun yang cik Z pikir boleh tolong cik Z masa tu jadinya secara automatik otak otak pun ligat berputar balik secara rasional apa nak buat ni. Masa tu apa yang terlintas difikiran ialah, "Nobody can help you, you need to wake up and help your own self". Sedih2 ketepi dulu.
Nasib jugalah cik Z ni jenisnya memang suka beli barang dapur dan rumah kat kedai2 area syeksen cik Z. Jadinya dalam duk kalut2 tu cik Z teringat ada satu kedai aksesori kereta kat area tu. Jujurnya cik Z memang tak tahu boleh ke tak tanya pasal wiper kat kedai ni. So dengan menebalkan muka, cik Z pun singgahlah ke kedai tu . As expected, owner kedai kata wayar basah sebabtu wiper buat hal. Tak boleh pun nak betulkan apa2 sebab kena tunggu wayar tu kering sendiri nanti baru boleh test balik ada tak fius yang rosak. Wah gitu pulak kan.
Owner tu agaknya perasan yang kereta cik Z bocor teruk, pastu dia kata you dah pernah tampal ni tapi masih bocor dan dia pun cakap benda yang sama macam mekanik sebelum ni pasal cermin depan yang dah retak tu. Mungkin kecian dengan cik Z, owner tu pun tolong tanggalkan satu wayar kat bahagian enjin kereta. so bila tanggalkan wayar ni automatik wiper berhenti berfungsi. Dia suruh pasang balik bila kereta dah kering nanti. Pastu dia pun suggestkan satu workshop ni kat area tu jugak yang boleh buat cermin.
Hari dah petang pastu hujan pun dah start nak lebat balik, so cik Z decide pergi hari Isnin je lah. Sabtu dan Ahad pun nampaknya hujan turun lebat juga tak tahulah apa jadi kat kereta tu. Hari Isnin, pagi2 pukul 9 cik Z dah keluar ke workshop yang dikatakan. Sampai2 kat situ sorang perempuan pun tak de. Blur jugalah. Nasiblah semua orang kat situ baik2 belaka dan nak dipendekkan cerita cik Z boleh tukar cermin hari tu juga siap pukul 4.30 petang harga RM400. Diorang jugak siap tolong hantar balik rumah dan jemput semula bila dah siap. Wah macam VIP kan. Alhamdulillah dalam kesukaran ada yang dipermudahkan.
Hari ni Selasa, cik Z try nak buat claim insurance tapi nya tak boleh claim sebab tak de report polis. Satu hal plak kan nak kena pi balai polis plak. Dah tu kalau report nak cakap apa plak nanti. Macam sia2 plak ambil insurance cermin tapi tak boleh nak claim. Huh macam2 kan hal nya. Dengan berat hati cik Z pun decide tak pe lah tak yah claim, tapi rasanya lepas ni mungkin dah tak ambik la insurance cermin tu.
Selama ni drive kereta bertinted cerminnya, sekali bila tukar baru terasa lainnya. Rasa terang benderang silau segala. Masa pergi okay lagi, masa balik tu dah tak boleh tahan dah. So cik Z pun singgah la lagi ke kedai aksesori yang hari tu dan Alhamdulillah boleh buat tinted hari ni juga. Siap 2 jam. Nasiblah ada kerusi dan meja kat situ. Tercongoklah cik Z sorang2 kat situ, pelik je customer keluar masuk kedai dah la mostly lelaki je. Alang2 buat tinted, cik Z tukar semua tinted sebelum ni sebab kebetulannya memang dah menggelembung2 pun. RM350 pulak melayang. Wah macam air duit keluar. Untuk kereta yang bocor ni je dah dekat 1000 habis.
Tadi pun ada hujan jugak sikit dan nampaknya tak de bocor lagi. Tapi cik Z tak nak gembira sangat. KIta bagi seminggu tempoh percubaan pertama. Tapi harapnya semuanya kembali okay. Sesungguhnya jauh disudut hati rasa sangat kecian dengan diri sendiri yang tak habis-habis ditimpa dugaan demi dugaan. Walaubagaimanapun, cik Z pikir hari demi hari cik Z semakin menjadi seorang yang lebih kuat, tabah dan bersemangat dan cik Z perasan yang kemahiran membuat keputusan dalam masa tertekan dan singkat cik Z pun semakin bagus. Mungkin inilah sebahagian hikmahnya segala ujian yang datang.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar; (iaitu) orang yang dtimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata,"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"". Al-Baqarah ayat 156.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu." Al-Baqarah ayat 216.
" Rather than be hurt, I chose to be alone. Solitude is not necessarily bad. Loneliness taught me a precious lesson. That no one else told me" - The Flight, Im Jae Bum.
Ya Allah ya Tuhanku, moga hambamu ini terus diberi kekuatan untuk menghadapi apa jua dugaan dan cubaan yang mendatang. Ameen.
Wassalam.
cik z, kesiannye... *hug. Allah sayang cik z, sbb tu Dia beri ujian bertimpa-timpa. terharu baca part surah baqarah tu. saya pun macam nk nangis baca post ni. cik z, be strong ok! semoga sentiasa dlm rahmat Allah.. sayang cik z
ReplyDeletelepas tukar cermin depan tu ok x?
ReplyDeletesye pn kelisa jgak .. masalahnya kelisa sye bocornye smpai ke belakang.. tempat letak kai belakang dan tayar spare...
ReplyDeletecik ct tlg jwb..
ReplyDeletealahai keciannya. skrg kelisa cik z dah ok tak der bocor2 lagi. lepas tukar cermin terus tak der masalah. pernah pi tanya pomen keter dia kata bocor tu sebb getah keliling yg atas tu dah terbuka2. so mungkin kelisa awk pun kene tukar semua getah keliling tu.
DeleteEh panggil cik ct ni, bunyi macam pelik jer? kita kenal ker ya?
x.. mngkin awk je yg dh trknal kot... ape2 pn thnx dgn jwbnye.. satu2nye jwpn yg akn mmngknkn sye utk kkedai crmin.. thnxalot...
DeleteBaik pi cepat2 skrg musim hujan ni.sajer jer tanya sebab tetiba panggil cik ct seolah2 tahu nama sebenar cik Z itu yg pelik tu sebab rasanya tak pernah lagi ada pembaca yg panggil guna cik ct.
Delete