Sunday, 16 December 2012

Final Preparation to Qatar and Sri Lanka

Salam semua. Agak lama juga cik Z tak update blog ni dengan entry baru. Last week balik kampung 4 hari dan puaslah makan segala macam buah-buahan yang ada. Rezeki balik kampung kali ni, cik Z dapat makan durian, pulasan, rambutan, nangka dan pisang free of charge. Tapinya, balik je KL cik Z terus demam, batuk dan selsema 2 hari. Siapa suruh makan banyak sangat kan? Disebabkan demam banyak jugalah kerja-kerja yang tergendala.
 
Kebah je demam, terus masuk gear 5 tak de nak panas-panaskan enjin get ready to Qatar and Sri Lanka. Lepas finalise budget, cik Z pun pergilah ke Mid Valey untuk tukar duit, tapi nampaknya Qatar Riyal hanya ada 500QAR yang paling kecil, manakala LKR tidak ada langsung. So terpaksalah tukar duit ke USD sahaja. Nasib baiklah kadar tukaran RM-USD agak murah buat masa ni iaitu RM3.07 untuk 1USD pada hari rabu yang lepas. 
 
Cerita pasal conference, setakat hari ni slide presentation masih belum siap sepenuhnya lagi. Paling tension asyik kena betulkan slide especially yang ada equation bila tukar pc ke laptop. Laptop ke laptop pun boleh berubah juga sebab saiz screen tak sama. Macam ni bila nak siap kan? Lastly cik Z decide buat je lah terus kat laptop kecil lenovo tu cumanya memang agak payah dan leceh sebab segala-galanya kecil kan. Tapi bersabar je lah. Biar lambat asal selamat gitu.
 
Hari ni memang full jadual cik Z. Oleh kerana semalam gi kenduri kahwin Norly kat Jeram so hari ni lah baru ada masa nak kemas rumah dan basuh baju lagi. Banyak gak basuhnya padahal hari Jumaat pagi dah basuh gak. Paling malas nak buat ialah kemas beg. Nasib baiklah semua barang kecil-kecil yang nak dibawa cik Z dah ketepikan siap2 sepanjang minggu ni. So hari ni tinggal susun dalam beg. Tapi seriously memang banyak sangat kena bawa sampai tak muat 1 beg. Tu pun dah bawa baju cukup-cukup je untuk 11 hari. Siap ada yang recycle lagi. Dengan kasut leisure sport, jacket, neck pillow, makanan kering dll.
 
Bags are ready, but the presentation slide...coming soon
 
Esok, flight cik Z akan berlepas ke Sri Lanka jam 2.55pm dari KLIA. Penerbangan selama 3 jam 25 minit dan akan transit di Colombo untuk 3 jam dan sambung lagi flight lain selama 5 jam untuk sampai ke Doha. Semoga selamat sampai dan bersedia untuk conference. Okaylah ini saja untuk kali ni. Jumpa lagi.
 
 
 

3 comments:

  1. cik z, sy cadangkan slide presentation tu lain kali guna "Beamer". Senang sbb output dlm bentuk pdf file

    ReplyDelete
  2. Giler merata ko gi zana. Bestnyer jalan2

    ReplyDelete
  3. Thanks nora, memang betul tu cuma dalam laptop kecil ni tak de softwarenya. Tapi nasib baiklah dah save adobe acrobat reader so nanti bolehlah send as pdf file.

    Lyn: tak rasa best lagi pun sebab presentation belum lepas. 2 hari lagi baru boleh merdeka. Sekarang tengah pulun buat slide, tapi rasa nak update blog dulu, he he banyak citer ni.

    ReplyDelete