Monday, 31 December 2012

Sorotan 2012 Harapan 2013

Salam semua, cik Z telah pun kembali ke Malaysia 28/12 yang lalu. Seriously rindu dengan makanan dan lifestyle di Malaysia. Terbayang-bayang sedapnya asam pedas, nasi lemak waima ikan kembung goreng, dan tak sabar nak baring di katil sendiri ha ha. Itulah kata orang tempat jatuh lagikan dikenang kan. Mungkin sebab perubahan cuaca dan kepenatan, 2 hari jugala cik Z demam, batuk, selsema, dan sakit satu badan. Alhamdulillah hari ni 31/12 dah pun sihat semula.  Kerja-kerja yang ditinggalkan sebelum ni pun nampaknya dah melambai-lambai. Tapi moodnya tak sampai-sampai lagi ha ha. Harapnya esok dapat mula semula dengan azam dan semangat baru sempena tahun baru 2013.
 
Cerita tentang tahun baru tak kan lengkap dengan azam baru. Tiada azam baru yang cik Z terfikir setakat ni. Cumanya berharap dapat buat lebih baik tahun ni dalam pengajian pHd yang dah pun masuk 15 bulan. Juga berharap sekurang-kurangnya 1 paper dapat masuk ke mana-mana ISI journal dan menghadiri 1 lagi international conference di luar negara (Europe hope so).
 
Sepanjang 2012, banyak juga pengalaman baru yang cik Z timba. Paling menarik cik Z dapat pergi ke Korea, Qatar dan Sri Lanka. Walau berbeza tujuan, namun semuanya menuntut kesabaran dan memberikan pengalaman yang tak ternilai harganya. Tahun ini juga cik Z telahpun melalui pengalaman Proposal Defend yang mendebarkan serta menghadiri 2 International Conference di Johor dan Doha. Ini juga dua pengalaman berbeza yang berharga.
 
Menjadi pelajar semula selepas 6 tahun bekerja juga banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi bila duk sorang-sorang je kat KL ni. Paling mencabar apabila terpaksa berurusan dengan berbagai pihak yang adakalanya menguji kesabaran dan menaikkan darah. Mujur tak kena darah tinggi. Ditambah pula dengan masalah-masalah sampingan lain seperti rumah, kereta, internet, telepon dan lain-lain yang tak sudah-sudah datangnya. Bayangkan bila telefon bimbit je 2 kali rosak dalam tahun ni, tmnet tak sudah-sudah bermasalah,  pindah rumah lagi, kereta plak asyik bocor sampai kena letak besen dalam kereta, dan macam-macam lagilah. Sampai satu tahap dah tak rasa apa-apa bila masalah timbul. Namun begitu, tetap bersyukur sekurang-kurangnya cik Z sering kali juga dipermudahkan dalam urusan pHd. Ye la bukan semuanya mudah kan.
 
2013 mungkin juga akan jadi tahun jalan-jalan lagi untuk cik Z. Jalan jalan juga tapi kerja tetap kena jalan ye. Jadi mulai esok kena kerja lebih keras okay. Untuk kawan-kawan yang sedang berjuang, selamat berjaya dan semoga kita dapat bertemu lagi dengan senyuman dan kejayaan. Untuk anak-anak saudara yang akan memulakan sessi persekolahan semula esok, belajarlah rajin-rajin ye. Tiada kejayaan tanpa usaha yang berterusan.
 
Wassalam.
 
 
 
  

No comments:

Post a Comment