Wednesday, 5 December 2012

Seongsan Ilchubong Peak, Jeju Folk Village, dan Jongbang Waterfalls

Bertemu lagi di siri Korea Trip cik Z. Kali ni cik Z nak bawa kawan-kawan semua ke Seongsan Ilchubong Peak, Jeju Folk Village, dan Jongbang Waterfall.  Untuk pengetahuan, ini adalah entry terakhir cik Z berkaitan di Jeju Island.  Destinasi pertama selepas makan tengahari ialah Seongsan Ilchubong Peak yang terletak di bahagian paling timur Jeju Island.  Menurut ceritanya, selepas berlakunya letusan gunung berapi  lebih 5000 tahun yang dahulu, Seongsan Ilchubong Peak telah timbul ke permukaan bumi daripada dasar lautan. Di atas puncak setinggi 182m ini terdapat sebuah kawah gunung berapi seluas 600m dalam diameter yang dikelilingi oleh 99 batuan tajam . Dari jauh puncak ini kelihatan seperti sebuah  mahkota yang besar. Waktu paling menarik untuk melawat destinasi ini adalah sewaktu matahari naik (sunrise).  Entrance Fees yang dikenakan ialah sebanyak 2000w sahaja. Destinasi ini turut tersenarai dalam UNESCO World Heritage Sites.
Inilah dia Seongsan Ilchubong Peak. View ni diambil dari entrance booth. Laluan pejalan kaki disediakan sehinggalah ke puncak. Sebelah kiri luar gambar ni ialah lautan dan padang yang sebelah kanan tu tempat berkuda. Lupa pulak nak snap gambar kuda-kuda tu. 
Kami sampai disini lebih kurang pukul 1.30. Dari kawasan parking pengunjung perlu berjalan kira-kira 50 m untuk sampai ke entrance booth.  Masa ni panas sangat, almaklumlah summer kan matahari memang atas kepala lah. So terpaksalah cik Z beli satu lagi topi sebab topi yang beli semalam tertinggal kat hotel.  Cik Z beli topi yang paling murah harganya 12000w. Walaupun panas pelancong sangat ramai disini. Most pelancong yang cik Z jumpa adalah dari Jepun dan China. Warga Korea sendiri pun sangat ramai. Ada yang datang dengan family, kawan-kawan dan couple. Yang couple ni memang pelik la sebab yang perempuannya bolehla pula pakai hills nak panjat tangga-tangga ke puncak Songsan Ilchubong ni. Kagum betul. Cik Z yang pakai sport shoe pun semput. Nasihat cik Z untuk sesiapa yang berminat untuk mendaki hingga ke puncak pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai serta membawa bekalan air secukupnya. Ada 1 kedai jual air kat tengah-tengah laluan sebelum sampai kepuncak tapi mahal sikit lah. Walaupun nampak macam tak tinggi tapi kita perlukan sekurang-kurangnya 1/2 jam untuk sampai ke puncaknya. Kalau beginner macam cik Z ni memang sure lebih lah. Lebih 10 kali berhenti he heh.
Monumen ni terletak di hadapan entrance booth. Tercatat disitu masa melihat sunrise setiap hari sepanjang tahun. Jadinya sesiapa nak tengok sunrise kena  makesure datang waktu yang sesuai ye.
Lepas je bayar entrance fees, kami disambut oleh nyanyian tradisional yang mendayu-dayu dari sebelah kiri Seongsan Ilchubong Peak. Jalan sikit kira-kira 50 m ke arah lautan dan lihat kebawah rupa-rupanya kat sini ada haenyeo (“sea women”) ataupun female divers yang sedang bersiap sedia untuk menyelam tanpa memakai sebarang alat bantuan pernafasan. Lebih kurang 10 minit juga kami terpegun tengok keberanian diorang ni. Pelancong juga boleh turun kebawah sana melihat dengan lebih dekat dan membeli hasil lautan yang dikutip dengan tangan oleh penyelam-penyelam ni. Kami tengok dari atas je. 
 Bersiap sedia untuk hiking. View ini diambil disekitar padang. Kelihatan dibawah sana tempat letak kereta yang besar tu. Di belakang tu boleh nampak pantai dan langit yang membiru serta gunung ganang. Sangat cantik kan.
Berhenti rehat dicelah-celah rimbunan pepohonan hijau.
Berhenti lagi
Tengok ni cik Z kepenatan tapi belum sampai lagi ye.
Dah hampir sampai di atas puncak
Alhamdulillah sampai pun kat atas puncak. Inilah dia view dari atas Seongsan Ilchubong Peak. Sangat menakjubkan.
Ini ialah kawah gunung berapi. Tangga-tangga kayu disediakan untuk melihat sunrise. 
Lagi view dari atas puncak
Bukti selamat sampai pada ketinggian 180m.

Pengalaman mendaki hingga ke puncak Seongsan Ilchubong sememangnya sukar dilupakan. Sepanjang laluan kami seringkali menjadi perhatian pelancong lain kerana kami satu-satunya pelancong dari Malaysia yang ada disitu pada hari itu. Pelancong warga korea kebanyakan ramah mengucapkan "selamat datang" dan "apa khabar" kepada kami. Rasa sangat dialu-alukan. Bila turun kebawah tak sampai 20 minit dah sampai, masa naik tu punyalah lama kan. Jika berpeluang sampai disini lagi cik Z rasa nak melihat sunrise pula. InsyaAllah.

Pokok bunga ni ada merata-rata sekitar Jeju. Pelbagai warna putih, pink, purple, merah, kuning pun ada.

Next destination, Jeju Folk Village yang terletak kira-kira 30 minit dari Seongsan Ilchubong Peak. Jeju Folk Vilage Museum mengumpulkan 117 buah rumah dan facility tradisional korea. Setiap rumah dikategorikan kepada beberapa perkampungan antaranya Mountain Village, Hill-Country Village, Fishing Village and Shamanism Village. Kawasan seluas lebih 40 ekar ini juga sangat popular dikalangan pelancong yang ingin mengenali cara kehidupan masyarakat korea pada masa dahulu. Entrance fees yang dikenakan ialah 8000w. Jika anda peminat drama saeguk (historical kdrama) seperti “Jewel in the Palace” dan ”The Moon that Embrace the Sun” jangan lupa datang kesini ye sebab perkampungan ini memang antara lokasi penggambaran saeguk drama yang terkenal.

Pintu masuk ke Jeju Folk Village. 


Antara rumah tradisional yang terdapat disini. Budak baju merah tu tengah bermain satu permainan tradisional korea.

Lagi traditional house.

Patung dalam traditional house.

Pokok sayur-sayuran dan buah-buahan seperti cili, sawi, salad dan jagung ditanam disini untuk menghidupkan suasana kampung yang sebenar. Ayam, itik, lembu dan kambing pun ada juga.

Salah satu hobi orang korea ialah menyusun atau membentuk apa saja menjadi simbol love.

Bekas tembikar tempat menyimpan kimchi, chili paste dll.

Baju-baju tradisional yang boleh dilihat dalam drama saeguk.

Salah satu upacara tradisi yang dilakukan semasa majlis perkahwinan.

Zaman dahulu, puteri raja ataupun wanita dari keluarga kenamaan akan menaiki kenderaan ini yang diangkat oleh empat orang lelaki untuk pergi kemana-mana.

Poster drama "The Moon that Embrace the Sun" diletakkan di beberapa kawasan yang dikatakan tempat penggambaran drama tersebut. Sebenarnya banyak lagi poster drama-drama lain tapi cik Z tak tahu sangat yang lain tu.

Boleh minum air ni sejuk sangat.

Ini dia poster paling besar yang ada disini. Jewel in the Palace. Lama sangat dah kan cerita ni tapi cik Z masih ingat sebab ini adalah drama saeguk pertama yang cik Z tonton. Paling best sebab cerita ni menceritakan tentang kisah benar bagaimana heroinnya menjadi seorang tukang masak dan tabib istana. 


Kami spend lebih sejam disini sebab kawasannya yang luas. Penat jugalah jalan. Satu pengalaman menarik disini ialah bila mana cik Z ditegur oleh seorang datuk dalam bahasa korea yang mudah dan cik Z berjaya berkomunikasi semula dengan datuk tersebut juga dalam bahasa korea sampai terkejut datuk tu.

Destinasi terakhir cik Z di Jeju ialah Jeongbang Waterfalls yang terletak di Seogwipo. Lebih kurang 3km dari Feliz Telcon Hotel dan ½ jam dari Jeju Folk Village. Jeongbang Waterfalls adalah satu-satunya air terjun di Asia yang menghadap terus ke lautan. Pertama kali cik Z tahu berkenaan Jeongbang Falls adalah ketika menonton variety show 2D1N di KBSW.  Masa tu terus berazam nak ke Jeju Island.  Entrance fees yang dikenakan ialah sebanyak 2000w.  Selepas entrance gate pengunjung perlu jalan menuruni tangga  dan melalui timbunan batu-batu lebih kurang 5 minit.


Inilah dia Jeongbang Waterfalls.

View dari dekat. Beratur nak ambil gambar ni sebab ramai sangat orang.

Air yang jatuh dari Jeongbang Waterfalls terus mengalir ke lautan sana. Nak mandi pun boleh kat sini, airnya memang jernih.

Lagi view dari dekat.

View ni diambil dari tangga menghala keluar dari kawasan Jeongbang Waterfalls.

Kami tak dapat berlama disini sebab masa taxi tour dah pun terlebih 1 jam. Masa kami tinggalkan tempat ni jam dah pun pukul 5.30 petang. Berakhirlah trip 2 hari cik Z di Jeju Island. Untuk siri Korea Trip selepas ini cik Z akan kongsikan pula pengalaman di sekitar Seoul. Tunggu ye.

Iklan jap. Signature GD dan TOP dari BigBang. BigBang ialah duta Jeju Air, jadinya penuhlah gambar-gambar dan tandangan BigBang ada kat dalam Jeju Air. Pesawat belakang kami pun ada gambar anggota Bigbang yang dicat diatas badan pesawat, gila cool kan. So sesiapa peminat BigBang bolehlah cuba naik Jeju Air ya.


Jumpa lagi. Anyeong.




2 comments:

  1. love your blog cik z. bila baca all your entries, rasa mcm dekat je ngn akak. rasa mcm office kita bersebelahan mcm waktu dulu2. hehe.. keep it up! miss u

    ReplyDelete
  2. milion thanks for ur comment. Miss u too. Hope balik pahang nanti kita dapat duk sebelah menyebelah lagi. Rindu zaman tu kan, lepas kelas je mesti ada cerita yg nak disembangkan.

    ReplyDelete