- Sangat sukar nak jumpa tong sampah, tapi tak de pun sampah bersepah-sepah.
- Toilet sangat bersih. Setitik air pun tak de atas lantai.
- Warga Seoul sangat peramah dengan pelancong walaupun tak tahu cakap English (terutama yang usianya 40 tahun ke atas)
- Majoriti kereta yang ada atas jalan berwarna putih.
- Di Seoul ada lorong khas untuk bas sahaja, sebab tu kalau naik bas pun ada jadual waktunya. Tepat pulak tu.
- Coffee adalah minuman kegemaran orang korea. Jadinya caffe pun ada di mana-mana. Dalam satu lorong biasanya ada lebih daripada 2 caffe.
- Cosmetic product lebih murah daripada makanan. Contohnya 1 facial mask Nature Republic berharga 1000w, tapi 1 cawan caffe latte 2500w. Lip balm pun boleh dapat dengan harga 2500w.
- Taxi di Seoul dilengkapi dengan English translator machine dan GPS. Nak senang bagi je address sampailah tempat yang dituju.
- Ruang dalam subway lebih besar daripada LRT di Malaysia. Nak bawa basikal pun boleh.
- Warga korea sangat obsess dengan gajet elektronik/i-phone. 9 daripada 10 orang dalam subway pastinya khusyuk dengan gajet masing-masing walaupun berdiri. Ada yang tengok video or tv, chit chat, online game, baca buku, tengok game bola sepak or baseball, dengar lagu dan macam-macam lagi.
- Wanita di Korea tak segan silu bersolek di dalam subway. Selamba je keluar semua alatan solekan depan orang ramai.
- Lelaki di korea pun suka bersolek. Lip balm dibawa kemana-mana aje.
- Jealous dengan kaki orang korea. Cantik-cantik belaka.
- Kulit orang korea tak kira perempuan ke lelaki sangat cantik dan licin.
- Turun naik tangga di Seoul adalah perkara biasa, tapi yang peliknya perempuan kat Korea boleh pulak pakai high hill kesana kemari. Siap berlari lagi tu. Hebatkan?
- Map ada dimana-mana jadi kalau sesat jangan risau cari je map.
- Kat sana sini nampak couple jalan sesama. Kesiannya kalau jadi orang single kat korea.
Saturday, 30 March 2013
EXTRA: Fakta Menarik di Korea
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi Cik Z. best baca blog awak. Saya baru jer balik dr Korea 2 minggu yg lepas (solo traveller). Memang betul semua fakta diatas. Jeles tengok dorang yang slim, nak cari baju pun susah sebab sy nie chubby sket. Saya yg hantu kopi nie terpaksa tahan nafsu minum kopi sebab harga mahal n sy nie pn backpacker juga. kalau free jenguk2 la le blog sy. http://jungundberuehmt.blogspot.com/ tq. sy sedang plan trip ke europe.yeayy leh la ask ur advice kan..:)
ReplyDeleteInsyaAllah dah add dalam list.. Pi sorang2 jer? wah daebak. nak pi europe sorang2 jugak ke nanti?
Deletetq.p korea sorang2 jer, mmbr cancel last minute. p eropah idoklah, lagi2 dgr ramai scammer kt paris..huhu..
Delete