Thursday, 14 March 2013

18 bulan

11 Mac 2013 yang lalu genap 18 bulan cik Z bergelar pelajar PhD. Ramai nampaknya dah start risik2 samada cik Z boleh tak graduate on time. Ha ha kelakar kan? Padahal baru pertengahan jalan ni he he.  Kalau boleh memang lah nak graduate on time kan? Tapi ye lah dengan bertambahnya macam2 syarat nak hantar thesis tak tahulah nak predict apa nasib cik Z nanti. 

Setakat ni syarat yang dikenakan universiti ialah kena ada 2 accepted paper ISI journal baru boleh hantar thesis. Nak masuk scopus pun payah lagikan pulak ISI kan? Masalah utamanya ialah masa menunggu untuk review paper tu yang memakan masa dan ramai juga yang kena reject pastu kena cari plak journal lain yang bersesuaian.  Cik Z pula belum lagi ada pengalaman paper kena reject (minta dijauhkan la), tapinya dah dua paper dihantar dan masih belum dapat apa2 feedback. Letih menunggu dan berdebar. 

Dari segi kerja2 research, Alhamdulillah rasanya hampir 60% kerja dah berjaya diselesaikan. Tapi peratusan ni pun tak boleh percaya sangat sebab belum tentu yang 40% lagi tu boleh siap mengikut plan. Antara masalah yang mengganggu ialah time consuming untuk simulation study dan running time untuk setiap condition yang makin lama makin bertambah dengan bertambahnya parameter yang digunakan. Ada lagi 3 simulation study yang perlu dibuat, bertabah je la.

Sepanjang 18 bulan, hampir 50% masa tu digunakan hanya untuk proses simulation study, maksudnya dari stage buat programnya, testing, running simulation guna random data, collect results, compile the result sehinggalah analisisnya.  Pendek kata personal pc dan pc kat lab tu kerjanya duk running je sampai raya ke, cuti ke, pi travel ke tetap bekerja. Kesian juga tapi selalu berdoa agar dia tak merajuk dan buat masalah. Bila running simulation pun selalu sangatlah ada human error seperti ter'run' condition yang sama padahal dah buat dah, pc ter'off' sendiri, pc 'hang' tetiba, dan ada juga kes somebody tetiba kacau pc yang tgh running dan close program yang tgh running.  Wah macam2 kan tapi sabar je lah.

Ada juga yang pelik, macammana dan bilanya cik Z buat kerja sebab selalu je dengar/nampak cik Z pi travel.  Honestly, masa pi travel pun cik Z buat kerja. Even masa drive pergi dan balik ke uni pun masih pikir tentang kerja.  Pendek kata masa buat PhD ni tak de satu hari pun yang cik Z tak pikir tentang kerja. Cumanya tak de la 24 jam buat kerja research kan.  Biasanya malam sebelum tidur cik Z dah draft dulu dalam kepala apa nak buat esok hari. Masa on the way drive to uni cik Z manfaatkan masa ni yang selalunya almost everyday jamed dengan finalisekan apa yang perlu dibuat pada hari tu. Maknanya bila sampai je kat lab cik Z dah tahu apa nak buat dan biasanya akan pastikan ianya dapat dilaksanakan sebelum balik. Kalau tak siap, bawak balik rumah la pulak. Tapi jarang sangat pun kalau dah bawak balik tu dapat buat or rajin benor nak buat balik. Tapi at least tengoklah sikit2 sambil pikir2 next step apa nak buat.  Bila on the way balik pun, cik Z biasa buat benda yang sama iaitu plan apa nak buat bila sampai kat rumah nanti. Normally cik Z spend 30-45 mnt untuk perjalanan sehala pergi/balik dari uni. Kekadang tu lebih satu jam pun ada.

Cerita tentang travel ni, ada yang kata cik Z bujang lagi bolehla pi jalan-jalan.  Ada juga yang kata, senanglah cik Z nak siapkan PhD tak de sapa nak kacau.  Ada juga yang kata mesti ada banyak masa terluang. Ah sempitnya pemikiran orang yang kata tu.  Phd live ni sebenarnya really stressfull. Janganlah sangka yang orang bujang macam cik Z ni tak de masalah dan happy selalu. Bayangkan bila semua perkara dari sekecil2 perkara seperti bayar bil, beli gas, beli barang dapur, masak, basuh, kemas rumah dll sehinggalah penyelenggaraan kereta, paip tersumbat, lampu rosak, kereta rosak dan banyak lagi semuanya kena buat sendiri. Tak de siapa pun nak tolong melainkan kuderat sendiri. Dah penat2 buat semua tu masih lagi kena pikir kerja2 research yang menunggu.  

Pernah dengar tak, bila tengah buat PhD  ni kita kena cari satu hobi yang boleh buatkan kita hilang/kurangkan stress.  Cara cik Z ialah menonton kdrama at least 1 episode per day, tulis blog dan merancang trip2 travel. Proses travel planning ni sebenarnya remeh dan takes time, tapi sangat menyeronokkan sebab kita tahu apa yang kita rancang tu kita akan buat. Kira macam award lah kat diri sendiri atas kerja2 keras yang dilakukan. Officially, travel ni dah jadi 'main' hobi cik Z dan harapnya dapat bertemu dengan seseorang yang juga berkongsi hobi yang sama.  Bolehlah travel sesama bila dah tua nanti. Serious cemburu tgk warga2 emas pi cuti sama2, romantiknya la mereka ni.
   
Dalam entry ini juga cik Z nak kongsikan sedikit research tips untuk rakan2 semua, harap dapat/boleh membantu mana2 yang berkenaan.

A: Thesis Outline
Thesis Outline sangat membantu kita sebagai guideline utama dalam research proses/progress.  Cara nak draft kan thesis outline ialah dari research proposal dan research objective. Contohnya macam kat bawah ni:

CHAPTER 1: Research Framework
 Research Overview, Research Objective, Scope of Research, Research Methodology, research Planning: work schedule and flowchart, Expected Finding, thesis organization

CHAPTER2:  Literature Review
(senaraikan semua review topik yang berkaitan dengan research)

CHAPTER3: objective 1 
(senaraikan semua topik/perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai objective 1, contohnya kalau objectivenya ialah propose new model, so dalam chapter ni mestilah kena ada model, parameter estimation, statistical inference yang berkaitan, simulation study, illustrative example, result n discussion. Details dalam setiap chapter ni boleh berubah dan biasanya kita tahu apa yang nak dibuat kat sini berdasarkan pembacaan drpd paper2 org lain. 

CHAPTER4: objective 2  (biasanya 1 objective 1 chapter)

CHAPTER8: Summary and Conclusion



Sentiasa refer dan update thesis outline supaya kita tak tersasar dari objective research.  Details dalam thesis online ni memang kena pandai2 buat sendiri dan mintaklah pendapat sv dari masa ke semasa.  Kalau sv tak nak tgk pun tak pe at least kita ada guideline kita sendiri dah sampai tahap mana kerja yang kita dah buat.


B. Research Planning
Dari thesis outline kita boleh rancang research planning. Ada beberapa jenis research planning yang cik Z buat seperti:

1. work schedule/ gantt chart - yang ni ada senarai objective dan anggaran tempoh masa yang diperlukan bagi setiap objective. 

2. Detailed work Schedule by chapter and topic - yang ni dibuat berdasarkan thesis outline.  Contoh macam kat bawah ni;


3.  Monthly research planning - Yang ni letak detailed semua perkara yang nak kena buat dalam 1 bulan termasuklah research work yang berkaitan ( ambil dari detailed work schedule), meeting with sv, registration, seminar, due date hantar apa2, cuti. Bila habis je bulan tu tambah satu column untuk catatan/ komen untuk setiap point yang disenaraikan dan senaraikan juga pencapaian/kegagalan dalam bulan tersebut. Update hari2. Benda sangat membantu kita muhasabah diri.

   
4.  List of contribution topics beserta target conference or journal paper bagi setiap topics. 


C. Thesis Writing 
Sentiasa tulis semua kerja yang kita dibuat dalam bentuk thesis supaya tak lupa. Step ni juga membantu bila kita nak tulis paper nanti, means bila siap je satu chapter tu dah boleh tulis paper jika chapter tu ada contribution topic. 

D. Reference List
Update selalu, nak senang kalau jumpa 1 paper terus je updatekan kat reference list.

E. Pilih Journal dan Paper Writing
Pilih dulu journal yang bersesuaian baru tulis paper, sebabnya kita kena ikut writing style paper2 yang dah diterbitkan dalam journal tersebut.

F. Book Notes
Catat semua details setiap apa yang dibincangkan dengan sv beserta tarikh dan tindakan yang telah dibuat. Kalau ada apa2 idea baru pun catat semua.

G. adobe acrobar reader / Nitro reader
Gunakan salah satu dari dua software diatas untuk mengisi borang2 yang menggunakan pdf files seperti KPT form. Cara ni akan menjimatkan masa kita mengisi borang sebab 70% maklumat yang diminta adalah sama setiap semester, jadinya kita boleh update mana2 yang berkenaan saja. Cepat dan mudah.


Ini saja yang dapat cik Z kongsikan kali ni. Tak semestinya apa yang cik Z kongsikan ni bagus, tapi bolehlah cuba2 guna kalau rasa berkenan. Jumpa lagi dilain masa. Selamat merancang kerja2 research anda.  Wassalam.




11 comments:

  1. nice sharing cik z. sedikit sebanyak dpt boost up my semangat nk buat research. Kalau cik z dan 18 bulan, saya baru 5 bulan buat research sbb 2 tahun pertama sibuk ngn coursework shj. so, masih merangkak-rangkak, try and error here and there. keep sharing those experience and tips ye cik z :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing the tips Cik Z...helpful sgt...Yup, as Nora Jamil said...keep sharing!!!!

    ReplyDelete
  3. Saya doakan perjalanan akak2 semua sentiasa dibawah pimpinan Allah s.w.t, bakal mengikut jejak langkah kelak. I need that booster too

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa ye ni? apapun good luck to you too.

      Delete
  4. Assalamualaikum..

    Cik Z ni fulltime PhD student ye? boleh saya tau mcm mana jadual harian cik z? selalu ke kena pegi seminar/kelas/conference dlm setiap semester tu? Atau cuma sekali sekala je. Saya bercadang nak smbung PhD juga dlm masa terdekat ni tapi nk tahu juga jadual macam mana..Nak plan sama ada possible ke tak buat phd sambil kerja or kena berhenti kerja juga akhirnya..

    Terima kasih ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a fulltime student. Masa buat PhD ni sebenarnya kita kena buat research sepanjang masa. Masa sem 1/2 mungkin kena attend a few class (yg ni depends on keperluan research kita). Tapi kalau kelas methodology tu mmg wajib attend dan nanti ada proposal defend nya. Seminar dalam uni yg dianjurkan oleh unit postdraduate/fakulti mmg byk dan kita boleh pilih mana yg kita nak attend dan boleh membantu kita buat research. Contohnya cara nak tulis paper ataupun penggunaan software tertentu. Conference pula at least kenalah present paper setahun sekali dan kalau boleh pilih yg international. Journal paper pulak kena keep on writing sampai boelh dapat masuk journal.

      Jadual harian nak kata sibuk sanagt tu tak jugak. Sebenarnya buat PhD ni kena ada displin je. Maksudnya kalau boleh setiap hari kena tgk2kan kerja PhD walaupun sekejap. Bukan apa, kita ni kan mudah lupa. Nak buat kat mana2 pun boleh tak semestinya kena duduk kat uni dan datang tiap2 hari. Jadinya kalau Ida nak buat part time boleh juga asalkan tahu manage time atau buat jadual. Cumanya kalau kena datang uni nak jumpa SV atau nak kena attend apa2 kelas/seminar/conference kena pulak ambil cuti tahunan nanti kan.

      Apapun goodluck.




      Delete
  5. kelas yg wajib attend masa sem 1/2 tu seminggu berapa kali ye? Dan utk satu subjek (contohnya utk research methodology) je ke atau ada byk subjek?

    Bab cuti tahunan tu insyaAllah saya memang dh prepare awal2..dh simpan cuti tahunan byk2 supaya blh ambil cuti kalau keadaan memerlukan contohnya utk attend conference. Saya study law..so takde kena pegi lab ke apa, research saya lebih kepada baca journal, buku etc utk research saya nnti. Cuma saya risau pasal kelas yg wajib attend tu..tak tahu berapa byk kelas kena attend. Macam cik z, kelas tu weekdays or masa weekend? and kalau weekdays, waktu office hour atau lepas office hour? Mcm di UiTM, kelas utk postgrad students (fulltime & parttime students)dibuat lepas office hour on weekdays. Saya saja tnya nak tau dari pengalaman org lain.

    Sorry ye banyak tanya. hehe..tgh nk buat perancangan bila dh start phd nnti..Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe pun at least dapat juga b'kongsi pglmn. Tentang kelas tu tak sama sebenarnya setiap org. Ada yg kena attend 1 ada 2 ada 3. Sebab ianya depends kpd keperluan research kita. Biasanya kelas yg kita kena attend ialah kelas student master by course. Macam kat UM pun kelas tu mostly lepas office hour or hjg minggu. Tapi kalau methodology class tu dia akan buat seminggu straight. seminar dalam uni pulak biasanya hari rabu atau jumaat. Lebih kurang macam tu la.

      cepat2lah sambung makin lama nanti makin malas.

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Nice sharing.. suka dengan penulisan ni.. keep in touch.. :)

    ReplyDelete