Saturday, 30 March 2013

Seoul DAY 5: Hyehwa - Ihwadong - Naksan Park - Seoul Fortress


Isnin 25 Jun 2012, hari ke-5 di Seoul. Ini adalah hari terakhir untuk kami menjelajah Seoul memandangkan flight kami untuk berlepas pulang ke KL adalah seawal jam 9.35 pagi 26 Jun 2012.  Itenary kami hari ini tidak terlalu padat dan destinasi yang kami tuju hanya perlu berjalan kaki dari GH. Jimat kos pengangkutan dan makan. Tujuan utama kami hari ini ialah mencari lokasi penggambaran 2D1N dan Rooftop Prince yang kebetulannya terletak di Ihwadong terutamanya flower stairs, serta menyusuri Seoul Fortress dari Naksan Park.  Kenapa cik Z kata kebetulan, sebabnya kami book GH dulu dan baru search macammana nak pergi ke tempat2 menarik yang nak dilawati. Dua tempat ni memang ada dalam itenary asal dan tak sangka pulak dekat je dengan GH kami. Semua laluan yang kami gunakan hari ini adalah 100% berpandukan map dan instinct sendiri berbekalkan ingatan dari variety show 2D1N (Jongno Special) dan KDrama Rooftop Prince ep 15.  Gila gigih kan he he.
 
Hari ni kami keluar agak lambat iaitu kira2 pukul 10 pagi ialah konon2 macam dekat je kan. Sekali bila keluar GH je dah pun panas terik. Dah 5 hari kami di sini tapi belum lagi berkesempatan ambil2 gambar di sekitar GH dan SungKyunKwan University yang letaknya tak sampai 5 minit dari GH kami. Jadinya perkara pertama yang kami buat hari ni ialah pergi ke Entrance Gate SungKyunKwan University dan apa lagi klik klik la.. Tapi tak lama pun kami kat situ sebab rasa segan dengan orang lalu lalang he he.

Entrance Gate SungKyunKwan University.

SungKyunKwan Road, jalan yang kami lalu hari-hari di Hyehwa, Seoul. Sepanjang jalan ni ada banyak kedai-kedai kecil jual snack seperti rice cake, spicy rice cake dan fish cake.



Seterusnya bermulalah perjalanan free style kami. Ihwadong dan Naksan Park yang kami tuju ni sebenarnya termasuk dalam kawasan Daehangno yang diwartakan sebagai Culture Street dsejak tahun 1985. Kawasan ni sangat popular di kalangan penggiat seni dan terdapat hampir 100 buah theater, museum seni dan pelbagai fasiliti yang mengangkat kesenian dan kebudayaan di sini. Untuk ke Daehangno boleh turun di Hyehwa Station dan keluar di Exit 1 atau 2. Memandangkan kami dari arah SungKyunkwan jadinya kami perlu melintas jalan besar dari Exit 3 untuk ke Daehangno.
Tempat pertama yang kami jumpa selepas melintas jalan.


Salah sebuah Art theater/facility di Daehangno

Antara hasil seni yang ingin kami cari ialah tangga-tangga yang dilukis bunga berwarna-warni (flower stairs), arca couple besi yang berpegangan tangan serta lukisan tingkap dan jam pada dinding sebuah rumah. Sejujurnya kami memang tak tahu kat mana pun semua benda-benda ni tapi macam cik Z kata tadi kami jalan je ikut instinct. Percubaan pertama kami ialah cari jalan menuju ke Naksan Park. Ada beberapa laluan yang boleh dilalui dan penunjuk arah dengan map pun ada dimana2. So nak senang kami pun ikut jelah penunjuk arah yang ada tu.  Sepanjang jalan ni kami jumpa macam2 bangunan dengan dekorasi dan senibina yang menarik.  Sangat kreatif orang2 kat sini, sesuailah dengan nama tempat ni kan.
 
Sebuah Caffe di Daehangno.


Yang ni kat dinding rumah orang je pun tapi kreatif kan.


Yang ni pintu rumah.


Tembok tepi jalan pun penuh dengan hasil seni.


Macam cik Z kata tadi ada banyak laluan/jalan2 kecil menuju ke Naksan Park. Kami ambil laluan paling kiri, dan hasilnya selepas puas menapak dan mendaki (agak curam tapi nasib baik ada banyak benda menarik yang nak di tengok sepanjang laluan tu) kami berjaya jumpa salah arca2 besi berwarna warni yang letaknya betul2 kat jalan besar sebelum sampai ke Naksan Park. Sepanjang jalan ni ada pagar dan arca2 ni diletakkan sepanjang jalan.  Dari sini pemandangan seluruh Daehangno juga dapat dilihat termasuk juga Namsan Tower yang sayup2 di atas puncak bukit Namsan.





Namsan Tower sayup-sayup kelihatan.


Kami dapat apa yang kami cari he he...


Hari semakin panas. Jadinya kami fikir ada baiknya kalau petang nanti kami datang semula ke sini untuk ke Naksan Park dan Seoul Fortress pula. Kat penghujung jalan yang sama sebelum turun ke bawah bukit (ada banyak laluan samada jalan kecil ataupun tangga2) kami berjaya menemui satu lagi treasure yang kami cari iaitu lukisan jam dan tingkap didinding rumah.

rumah ni ada penghuninya




kesiannya anjing ni tak dapat keluar dari rumah terperangkap dalam gambar.


Perjalanan turun. Sangat suka view ni. Kagum tengok rumah2 orang kat sini. Pemandangan yang selalu kita tengok dalam mana2 KDrama. Lalu kat sini rasa macam tengah buat penggambaran drama plak.


Endless stairs.

Masa jalan turun tu kami tercari2 jugak flower stairs yang popular tu tapi tak jumpa sampai ke sudah. Yang kami jumpa ialah deretan lukisan mural yang sangat cantik macam kat bawah  ni.









Sebelah petangnya dalam pukul 4 kami keluar lagi. Kali ni kami plan nak cari jugak flower stairs dan baru pi ke Seoul Fortress. Sebelum pergi kami sempat search nama lorong yang ada flower stairs tu sebab hasil pemerhatian kami pagi tadi semua lorong termasuk tangga ada namanya. Nasib baik jumpa.  Nama lorong yang kami kena cari ialah Chungsin 4-na gil.  Kali ni kami cuba pula lalu jalan2 kecil yang kami tak lalu lagi pagi tadi. Akhirnya kami jumpa tanda arah ke Chungsin. Masalahnya Chungsin 4-na gil tu pulak. Puas le kami melilau cari. Siap lalu belakang rumah orang lagi tu. Ada gak nenek2 tua yang menegur pelik gaknye diorang tengok kami ni. 


Tinggi dah kami menapak ni tapi tak jumpa lagi.




Hampir2 je kami nak putus asa. Tiba-tiba tada...


Chungsin 4-na gil

Akhirnya jumpa gak flower stairs ni. Cantik kan. Ramai gak pelancong yang datang ambik gambar kat sini siap take turn lagi nak ambik gambar. Kiri kanan tangga ni pun penuh dengan lukisan mural sampai la ke atas sana. Tangga yang tinggi dan curam ni penghujungnya ialah jalan ke Naksan Park iaitu jalan yang kami jumpa pagi tadi (yang ada arca besi tu). Rupa2nya pagi tadi kami cuma tersilap pilih tangga turun je. Kalau tak mesti dah jumpa dengan flower stairs ni.

View dari flower stairs

Antara mural kat sini



Lepas tu kami pun mendakilah tangga2 tu ke atas. Agak tinggi tangga ni sampai kami berhenti beberapa kali. Dah nak sampai ke atas tu tetiba kami terserempak dengan sekumpulan krew penggambaran sedang angkut barang2 ke satu buah rumah kat area tangga ni. Ada gak la pelakonnya tapi tak kenalla pulak. Kagum la tengok diorang ni duk angkut barang turun naik tangga ni dah la berat2 belaka barangnya. Sampai kat atas tu baru kami nampak ada van SBS so kami assume ni mesti KDrama SBS.  Sampai kat atas je kami jadi excited balik sebab dah nampak pun Seoul Fortress yang kami cari.



Dari Naksan Park, kita boleh berjalan menyusuri Seoul Fortress menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan. Ada dua laluannya. Kalau kita ke sebelah kanan, kita boleh berjalan sampailah ke Dongdaemun. Kalau kita pilih sebelah kiri kita boleh sampai ke Hyehwadong. Pilihan kami ialah sebelah kiri. Jarak perjalanannya kalau tak silap lebih kurang 1.1 km.  Waktu petang2 macam ni ramai la juga warga2 tua yang berjoging kat laluan ni. Ramai juga yang rajin duk tegur2 kami. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dan menarik. Hilang segala rasa penat. Lagipun perjalannnya turun bukit kan. 


View dari Seoul Fortress














Kami sampai semula di Hyehwadong pukul 7 petang.  Sempat la tengok suasana sunset. Keseluruhannya kami berpuas hati dengan apa yang kami jumpa dan lihat hari ini. Satu pengalaman baru yang menyeronokkan.  Jika berpeluang ke Korea lagi, cik Z pasti akan pergi ke tempat ni lagi. Untuk rakan2 yang bercadang nak ke Korea jangan lupa masukkan tempat ni dalam list anda okay, pasti tak menyesal. 


Akhirnya berjaya juga cik Z habiskan travelog korea ni. Hampir setahun dah pun. Tapi Alhamdulillah semuanya masih segar diingatan.  Selepas ni cik Z akan bercerita tentang Cambodia dan Vietnam pula Insyaallah.  Jumpa lagi. Wassalam.




No comments:

Post a Comment