Thursday, 21 March 2013

Seoul DAY 4: Yeouido Park - KBS Station - Han River - Itaewon - Myeongdong - Namdaemun



Entry kali ni sebenarnya dah pun terperap lebih sebulan lamanya dalam draft bersama 1 lagi entry yang lain, tapi baru hari ni lah ada masa nak tengok2 balik. Kedua2 entry ini adalah entry terakhir berkaitan Siri Korea Trip yang nampaknya mendapat sambutan hangat dari pembaca semua he he... Lepas ni InsyaAllah cik Z akan ceritakan pula kisah pengembaraan ke dua buah negara berjiran iaitu Cambodia dan Vietnam. Sebenarnya, gambar2 yang diambil dikedua2 negara ni tak sempat pun nak tengok lagi, punyalah sibuk dan dihambat waktu.  Tapi jangan risau akan cik Z usahakan sikit demi sikit nanti.

Ahad, 24 Jun 2012. Hari ke-empat di Seoul. Hari ni kami merancang nak ke Yeouido menjenguk bangunan KBS (Korean Broadcasting System) dan Han River pastu jalan2 cari makan di Itaewon. Mesti ada yang pelik kenapalah kami datang jauh2 ke Korea tapi duk cari TV station. Kalau anda peminat/penonton setia KBSW dan 2D1N season 1 pasti tahu sebabnya.  Salah satu sebabnya mestilah sebab nak bergambar kat tangga main building KBS yang selalu diorang buat opening 2D1N tu sambil2 berharap adalah terserempak dengan mana2 artis he he.

Macam biasa kami keluar seawal 8 pagi. Untuk ke bangunan KBS kami naik subway line 5 dan turun di Yeouido Station. Dari Yeouido Station keluar exit 3 dan jalan je terus ikut signboard sampaila ke Yeouido Park (10-15 minit).  Mungkin sebab masih awal pagi lagipun hari Ahad jadinya tak ramai sangat orang kat Yeouido Park yang besar ni. Yang ramainya ialah orang2 yang berjoging dilaluan track yang disediakan. Most warga emas ataupun family.

Bergambar di Yeouido Park entrance


View sebelah kanan. Luas kan tempat ni. Deretan basikal ni boleh disewa. Bola pun ada disediakan.


View sebelah kiri. Seronoknya kalau dapat main bola kat sini.

Dari Yeouido Park, cari exit ke jalan besar pastu belok kiri. Jalan je terus dalam 10-15 minit lagi InsyaAllah jumpalah nanti KBS building yang besar tu.  Gayanya macam senang kan tapi sebenarnya kami dah sesat ke laut masa nak cari bangunan ni he he. Sebabnya banyak sangat bangunan yang ada sign KBS tapi rupanya bukan main building yang kami cari. Almaklumlah kawasan ni boleh tahan gak besarnya.  Ada juga beberapa pelancong yang datang ambik2 gambar macam kami. Pak Guard kat situ tak cakap apa pun mungkin dah biasa kot. Kami tak masuk pun kat dalam bangunan ni sebab banyak lagi tempat nak pergi hari ni. Hari masih awal pagi jadi tak de apa2 event pun kat sini.


Antara bangunan yang ada dalam kawasan KBS


Akhirnya jumpalah main building ni.


OK ini dia bukti bergambar.


Deretan bangunan pencakar langit di Yeouido di lihat dari KBS


Mini konti.

Tengok ni, van KBS pun nak ambik kan he he..


Lepas puas posing2 ambik gambar kami pun berjalan semula menuju ke Yeouido Park untuk ke Han River. Han River ni letaknya kat sebelah kanan Yeouido Park.  Dari Yeouido Park kami jalan kira 10-15 minit lagi barulah sampai kat Han River. Han River sangat terkenal. Kalau Korean Drama mesti ada at least satu babak yang diorang rakam kat Han River ni. Yang bagusnya ada banyak jambatan dan kawasan rekreasi di sepanjang Han River. Nak naik bot pun boleh. Kami ada juga plan nak tengok moonlight rainbow fountain kat Banpo Bridge tapi tak berkesempatan.

Kena lalu terowong ni baru sampai ke Han River.

Sampai je kat kawasan rekreasi Han River yang disediakan, wah tergamam kami rupa2nya ada ramai sangat orang kat sini. Most datang bersama family dan rakan2. Macam2 aktiviti yang diorang buat kat sini sempena Summer seperti camping, joging, cycling, main air dan macam2 lagi.


Summer dan main air memang tak dapat dipisahkan.

Ini dia Han River.


Boleh nampak banguna tertinggi di Seoul iaitu 63 Building yang warna emas tu dari sini.



Budak2 semua seronok main air.


Tengok ni bawah jambatan pun penuh khemah. Diorang siap tidur, masak, makan, baca buku, borak dan bersantai kat dalam khemah ni. Menarik kan.


Parking sites yang penuh kereta.

Dari Han River, kami berjalan kaki lagi kali ni terus ke Youinaru Station Subway line 5. Nak cari station ni senang je, jalan je ke sebelah kanan menyusuri Han River mesti jumpa nanti.  Penat berjalan perut pun dah lapar. So kami decide terus je la pi ke Itaewon. Dari Youinaru Station kami perlu naik subway line 5 dan turun di Gongdeok Station untuk tukar ke line 6. Kebetulannya sampai je kat Gongdeok Station kami nampak ada train baru sampai so apa lagi dengan condfidentnya terus je lah kami naik train tu. Untuk ke Itaewon kami sepatutnya akan melalui 4 station baru boleh turun ke Itaewon. Tapi yang peliknya dah lebih 5 tapi tak sampai lagi. Ya Allah rupanya kami dah tersilap arah. Tak pasal2 kami buat lawatan sambil berdiri kat subway line 6. Siap lalu World Cup Stadium Station lagi.  Cantik station ni penuh gambar pemain bola sepak. Lepas je tersedar terus kami turun kat salah satu station dan tukar arah.   

Akhirnya sampailah kami di Itaewon. Itaewon ni sangat unik sebab dipenuhi dengan kedai2 dari serata dunia. Masjid pun ada kat sini. Tujuan kami ke sini ialah untuk makan korean food yang halal kat Murree Restaurant dan bersolat di Masjid Itaewon.  Senang je nak cari restaurant ni. Caranya dari Itaewon Station keluar Exit 3, jalan kaki terus pastu belok simpang kanan yang pertama (ada signboard penunjuk arah ke masjid). Yang jadi susahnya ialah keadaan jalannya yang berbukit tu. Aduh da la lapar kan. Murree letaknya kat jalan yang sama dengan masjid tapi arah bertentangan. Maksudnya dia sebelah kanan jalan, masjid tu pulak belah kiri. So kalau ikut je penunjuk arah ke masjid mesti boleh jumpa restaurant ni.










Ini dia Murree yang kami cari. Nampak tak menara masjid yang warna putih tu.


Ruang dalam restaurant.

Kami makan bibimbab, harganya 8000 won.

Lepas makan, kami pun pi lah masjid Itaewon. Masjid ni nampaknya dibuka untuk semua orang tak kira siapa pun mereka. Kat sini kami nampak agak ramai pelancong warga Korea sendiri datang melawat masjid ni. Ada juga bilik2 khas mungkin untuk kelas2 agama dll. Untuk wanita ada bilik khas disediakan untuk solat. Cumanya arah kiblat plak tak letak nasiblah bawa compass. Toilet juga kurang terurus nampaknya, mungkin tak cukup kakitangan, Agak sedih bila membandingkan toilet kat sini dengan mana2 toilet yang lain di Korea yang rata2nya sangat bersih dan berkilat lagi.




View dari masjid.

Lepas je solat kami pun bergegas keluar ke jalan besar.  Kali ni kami tak guna jalan tadi sebab kengkononnya nak tengok view yang berbeza. Jadinya keluar je dari masjid kami terus belok kiri dan turun bukit. Lepas turun bukit tu kami dengan confidentnya terus je belok ke kanan. Yang peliknya makin lama jalannya makin sunyi tak jumpa dah deretan kedai2 yang meriah tu. Yang kami jumpa ialah bangunan kedutaan, rumah2 orang, dan cafe2 kecil.  Sekali tu kami nampak plak signboard penunjuk arah ke salah satu bridge di Han River. Nampaknya kami dah sesat lagi. Hari sesat sedunia nampaknya ni.  Dengan berat hati kami pun patah balik. Nak patah balik ni pun mencabar gak sebab jalannya semua naik bukit. Banyak kali juga berhenti rehat kat tepi jalan. Ada sekali tu kami rehat agak lama kat satu tempat, tetiba datanglah 2 orang 1 lelaki 1 perempuan bawak coffee ais (Americano) kat kami. Rupa2nya kami duk melepak kat depan satu cafe yang kebetulan baru je buka hari tu, dan diorang bagi Americano free kat semua passerby. Wah memang rezeki kami ni tengah2 panas dapat air free, pahit pun telan je la kan. Thanks very Much la kan. Tapi tak habis pun sebab serius pahit sangat rasanya. 


Take C Cafe yang pintu hitam tu. Kalau tak tengok betul2 tak tahu pun ada cafe kat situ.

Free Americano.

Akhirnya dapat juga kami jumpa balik Itaewon Station. Lesson Learn kat sini jangan over confident ye nanti jadi macam kami. Sebab dah sesat so kami tak jadi nak jalan2 cuci mata sekitar Itaewon.  Dari Itaewon kami ke Myeongdong pula.  Tak de specific reason, cuma saja nak tengok apa yang ada di Myeongdong sebab kami belum sempat pergi lagi. Kami keluar di Exit 6 Myeongdong Station Subway Line 4.  Pemandangan berbeza dapat kami lihat di sini. Myeondong di hari minggu nampaknya dipenuhi oleh golongan muda mudi yang majoritinya jalan bercouple. Semua jalan-jalan kecil sekitar Myeongdong dipenuhi gerai2 kecil menjual pelbagai barangan dengan citarasa anak muda (yang jual pun orang2 muda je). Sangat berbeza dengan Namdaemun. Shopping complex dan kedai2 kosmetik pun banyak kat sini. 

Salah satu lorong di Myeongdong


Lee Seung Gi  di The Saem.













Jumpa Lee Seung Gi lagi. 


Street food pun ada kat sini.

Penat meredah kesesakan orang ramai sampai tak nampak barang yang terjual.  Hari pun panas. Kat sini most pegang cawan coffee macam yang kami dapat tu, sampai nyesal plak kami pi buang Americano kami tadi. Oleh sebab kami duduk di Hyehwa jadinya kami tak rasa teringin pun nak masuk mana2 kedai kat Myeongdong ni. Most kedai yang ada kat sini, kat Hyehwa pun ada kecuali shoping complex atau kedai yang super besar macam Uniqlo. 

Dari Myeongdong kami berjalan kaki ke Namdaemun untuk beli T-Shirt.  Sengaja kami tak naik subway sebab rasa tak berbaloi nak turun naik tangga subway untuk ke satu station je. Namdaemun Market sebenarnya tutup pada hari Ahad tapi jangan risau masih ada peniaga yang buka khemah dan jual barang ala2 pasar malam. 

Jauh betul kami berjalan hari ni. Akhirnya kami naik taxi je balik ke GH dari Namdaemun. Harga taxi kali ni ialah 6100 won. Yang kelakornya, malam tu sempat lagi kami gi Dongdaemun untuk beli sourvinors. Kali ni kami keluar dah lepas pukul 9 so masa nak balik tu berlari kami ke subway station takut tertinggal train yang terakhir. 

Jumpa lagi dalam next entry: Seoul Day 5.



3 comments: