26 Disember 2012, Rabu. Hari ni kami akan ke Sigiriya yang terletak kira-kira 71km dari Kandy. Kami bertolak agak lewat iaitu kira2 pukul 9 pagi kerana terlalu asyik bersarapan dan menguruskan perut he he (perutnya terkejut sebab tetiba je dapat makanan yg proper di pagi hari). Hujan gerimis dan kadangkala lebat menemani perjalanan kami. Agak risau juga memandangkan destinasi hari ni memerlukan kami hiking dan kalau hujan berterusan takut2 tak dapat naik pulak. Hari ni kami bawa bekal air mineral, air kotak milo dan nescafe, serta roti dan coklat kerana tiada kedai makanan halal terdapat di sekitar Sigiriya. Sepanjang jalan kami melalui banyak kawasan kampung dan juga sawah padi. Antara bandar kecil yang kami lewati ialah Matale dan Dambulla. Di Dambulla, terdapat 2 buah kuil yang terkenal iaitu Golden Temple dan Cave Temple serta banyak Herbal Farm. Kedua2 temple ni terletak di tepi jalan je. Tapi kami tak singgah pun tengok dari dalam kereta je. Yang kelakarnya setiap kali jumpa Herbal Farm, asyiklah driver kami nak ajak singgah.
Peta Sigiriya
Apa yang ada di Sigiriya ni? Sigiriya bermaksud "The Lion Rock" dan merupakan salah satu daripada 3 ancient cities yang terdapat di Sri Lanka selain Anuradhapura dan Polonnaruwa. Sigiriya juga tersenarai dalam Unesco World Heritage Site. Mengikut sejarahnya, keseluruhan kompleks Sigiriya ini dibina oleh King Kashyapa (477-AD495) thanks to wiki. Kompleks besar yang dikatakan mengandungi istana, kawasan pentadbiran, pertahanan dan taman ini memang mengkagumkan kerana dibina dengan perancangan yang teliti dan terkehadapan pada zamannya. Paling menarik tentunya bagaimana mereka pada zaman itu mampu membentuk jalan bagi membolehkan binaan dilakukan di atas puncak bukit batu berbentuk kotak ini. Ya batu (rock) yang berwarna oren kekuningan. Lukisan-lukisan yang ada di dinding bahagian dalam batuan ini membuktikan wujudnya habitat manusia yang pernah mendiami kawasan ini satu ketika dulu. Terdapat juga ukiran-ukiran batu pelbagai bentuk yang boleh ditemui.
Jalan menuju ticket booth dan museum
Kami tiba di Sigiriya kira2 pukul 11.30 pagi. Hujan masih turun dan agak lebat. Walaupun hujan tapi pelancong yang datang masih sangat ramai. Kami tak de payung so redah je la. Sampai disini kami agak kebingungan kerana tiada penunjuk arah untuk ke ticket booth. Pemandu pelancong warga Sri Lanka memang ramai berkeliaran dan mereka2 ni memang sibuklah approach kami untuk membantu katanya. Diorang ni nampaknya tahu pelbagai bahasa gak selain inggeris sebab ada yang cakap jepun dengan pelancong jepun dan macm2 lagi. Mujur sangat kami dah pun buat research dan tipsnya jangan sesekali percaya para pemandu pelancong ni seba kita akan dikenakan charge yang tinggi nanti. Kami dapati most pelancong memang gunakan khidmat pemandu pelancong ni. Yang peliknya lagi, driver kami kena dapatkan cop khas dari ticket kami dan perlu tunggu di kawasan parking khas yang lain bila kami turun nanti. Kiranya kami masuk tempat lain dan keluar tempat lain. Mulanya tu kami tak kisah sangat sebab biasanya mestilah akan dapat map dan pamplete kan, rupa2nya langsung tak de. Malah satu penunjuk arah pun tak de kat dalam kompleks tu. Patutla ramai sangat pemandu pelancong. Seriously memang sengaja nak biar pemandu pelancong tu buat duit kan.
Kat mana nak beli ticket? Ok bila kita sampai je kat Sigiriya ni akan nampak satu entrance booth kat bahagian kanan. Tapi tiket tak dijual disitu ye. Nak beli ticket kena pergi ke bahagian kiri, jalan je terus jalan tanah merah tu sampai hujung (jauh jugak ni lebih 50m). Ticketnya berharga USD30 seorang termasuk untuk ke museum sekali. Museum ni ada di kawasan ticket booth ni. Kalau rasa2 nak pi toilet ada baiknya pergi dulu sebab satu2nya toilet yang di Sigiriya hanya ada di sini. Masalah terbesar kami disini ialah macam mana nak deal dengan pemandu pelancong yang ramai, peniaga barangan kraft dan penjual payung yang mengekor ke sana kemari, serta anjing2 yang banyak berkeliaran. Anjing2 ni memangla scary dan selalu je membantutkan perjalanan kami. Masa nak beli ticket ni pun dua tiga kali kami ulang beratur sebab anjing2 ni kan macam suka kat kami asyik2 nak datang dekat padahal kat org lain dia buat tak tahu je. Untuk pengetahuan sepanjang kami disana tak de jumpa orang muslim or malaysian langsung.
Kami mulakan perjalanan kami di sigiriya tepat pukul 12 tghr. Dianggarkan tempoh minimum yang diperlukan untuk seseorang itu naik ke puncak sigiriya dan turun semula ke parking ialah 2 jam. Hujan yang turun agak membataskan pergerakan kerana permukaan tanah dan batu yang licin serta terdapat banyak laluan serta lopak air yang muncul akibat hujan. Walaubagaimanapun kami agak bersyukur kerana cuaca redup dan tak panas jadinya tak la rasa penat sangat. Walaupun hujan kami tetap juga berusaha untuk snap gambar banyak2. Pada mulanya laluan yang ada landai sahaja dan kita akan dapat lihat kompleks garden yang besar dengan binaan2 batu dan kolam dikiri kanan jalan. Selepas tu barulah ada laluan mendaki tanga2 yang tak terkira banyaknya sehinggalah kepuncak Sigiriya. Kat bawah ni cik Z akan tunjukkan macammana rupa laluan yang kami lalu sehingga ke puncak.
Sekitar garden
Binaan2 batu yang masih kukuh
Lion rock mula kelihatan. Kiri dan kanan tu ialah kolam/tasik buatan. Sangat dekat dengan jalan dan agak merbahaya untuk kanak2.
The best spot untuk ambil gambar. Ramai beratur ni nak ambil gambar kat sini.
Bermulanya laluan mendaki.
Semakin tinggi. Agak scary sebab tangga2 tu licin.
Lepas je naik tangga2 tadi kita akan lalu laluan besi ni yang dipasang betul2 didinding lion rock. Dari sini memang dah agak tinggi so kalau yang gayat tu janganlah suka2 nak tengok bawah ya.
Di atas laluan besi bersebelahan dinding lion rock. Lepas je laluan ni kita perlu naik spiral stairs ke atas.
Gambar kiri tu ialah dari dalam spiral stairs (tinggi ya adalah dalam 10 kali pusing). Lepastu kita akan jumpa satu terowong kecil yang dipenuhi lukisan (kena tunjukkan ticket kat sini) dan kena turun semula juga menggunakan spiral stairs. Agak scary lalu spiral stairs ni sebab dah uzur siap bunyi2 lagi dah la sempit, tinggi dan satu lagi dindingnya pun dah tertanggal-tanggal. Lepas je turun spiral stairs tu barulah akan jumpa laluan yang ada dalam gambar sebelah kanan ni. Kat kawasan ni memang ramai yang berhenti rehat2 sambil enjoy scenary yang cantik dari atas (tapi ni baru separuh perjalanan ya)
Kami berhenti sebentar untuk minum dan makan roti sambil menikmati pemandangan sekitar Sigiriya.
Kelihatan dalam gambar ni ialah laluan masuk dan garden.
Keluar je dari laluan tadi barulah kita jumpa pintu masuk ke puncak Sigiriya the lion rock ni. Nampak tak 2 kaki singa tu? Untuk sampai ke puncak kita perlulah naik lagi tangga2 yang tak terkira banyaknya tu. Semput okay. Kat sini laluannya lebih curam dan licin.
Hampir sampai ke puncak. Lepas je naik tangga2 besi tu kita akan jumpa pula sebuah kawasan seperti kota kecil yang dibinba dengan batu2 yang disusun. Kolam pun ada.
A group from Galle.
Akhirnya berjaya sampai di puncak Sigiriya. Seriously amazing.
View dari puncak.
Kami sampai di puncak ni dah pun pukul 1.30 petang. Hujan masih turun rintik2. Tudung dan baju basah dengan hujan, air yang menitis2 dari celah2 batu dan peluh. Pemandangan dari atas sangat amazing. Terasa hilang penat melihat pemandangan sekitar 360 darjah dari atas puncak. Beria2 juga kami ambil gambar sampai ada sekali tu tak perasan ada ular keluar dari celah batu wah nasib baik sempat lari.
Lagi view dari puncak.
Masa kat atas ni kami jumpa dengan satu family yang ada seorang anak lelaki mungkin umur dalam 5-6 tahun kot yang sangat gayat dan takut tinggi. Sebenarnya agak lama gak kami terfollow diorang ni dari pertengahan jalan lagi kat area spiral stairs tu. Budak lelaki ni sangat cute tapi asyiklah nangis dan jerit2 bila lalu je laluan yang tinggi dan curam. Tapi masa nak turun tu boleh pulak dia bagi semangat kat orang lain untuk naik. Masa kat atas ni ayah kepada budak lelaki ni tegur kami dan tanya kami dari mana. So kami pun jawablah dari Malaysia dan kami pun dengan ramahnya tanya la dia balik semula they all sefamily dari mana. Pastu dia cakap lah dari India, so kami peliklah sebab diorang ni orang puteh rambut perang bagai tak kanlah dari India kan. Sebab pelik kami pun tanya lagi asal dari mana? Sekali dia jawab," we are from Israel". Ya Allah masa tu macam nak gugur jantung. For the first time jumpa orang israel Kami terus terkedu dan berpandangan sesama sendiri. Lepas beberapa saat baru macam sedar semula dan senyum kat dia. Padanlah dia macam tak nak bagi tahu dia asal mana. Mungkin saja nak jaga sensitivity sebab kami kan muslim kebetulan pula masa kami kat Sri Lanka ni memang tengah hebat perang kat Gaza sana.
Nak turun dah. Yang kat belakang tulah family dari Israel. Budak baju merah tu yang gayat.
Nak turun ada laluan lain selepas lalu kawasan yang ada kaki singa tadi.
Ada baru yang diukir bentuk ular tedung serta gua kat sini.
Salah satu gua.
Akhirnya jumpa kawasan yang agak landai semula. Kat belakang tu ada pemain ular yang bila dia tiup seruling je ada ular keluar. Nak tengok kena bayar ya. Tapi kami tertengok free sebab ada pelancong yang request kat diorang ni.
Dah sampai bawah. Kat sinilah bermulanya peristiwa sesat kami.
Dalam pukul 3 kami pun sampailah ke bawah dan dah jumpa semula kawasan landai yang ada garden2 tadi. Masa ni kami dah confuse sebab tak jumpa satu pun penunjuk arah yang menunjukkan tempat parking untuk pelancong. Akhirnya kami decide untuk pergi balik ke kawasan entrance booth dan cari pondok telepon. Malangnya pondok telepon yang disediakan tak berfungsi. So kami pun pergilah ke entrance booth dan tanya pada pegawai yang bertugas. Pegawai ni agak baik dan cuba explain kat kami dimana letaknya parking area tu. Rupa2nya bila kita turun je (kat area gambar atas tu) jangan jalan terus tapi belok kiri. Nak pusing balik memang dah penat dah so kami pun mintak lah tolong kata dia untuk teleponkan driver. Dalam masa yang sama datanglah sorang pakcik ni yang bermati-matian tak kasi pegawai ni teleponkan. So kami pun dah malas nak layan gi lah patah balik macam yg pegawai tadi tu cakap. Rupa2nya pakcik tadi tu sibuklah ikut kami dan suruh kami follow dia nak tolong katanya. Masa ni kami dah was2 dah takut dia mintak tips pulak. Sampai je kat parking memang betul dia terus je mintak tips. Malas nak bertekak kami trylah bagi sikit tips dalam LKR50 sekali tu dia tak nak dan kata sikit sangat. Pastu kami katalah yang kami ni tak mintak pun dia tunjukkan. Nasib baiklah masa driver kami datang dan tolong cakap kat pakcik tu. So kami tak kena bayar apa2 pun.
Akhirnya pukul 3.30 barulah kami keluar dari kawasan ni. Masa ni memang dah bau semacam dan penat tak terkira. Sampai perut pun tak terasa lapar langsung. Akhirnya kami terus je balik hotel dan makan maggi kat hotel. Walaupun penat namun pengalaman mendaki countless tangga-tangga menuju ke puncak Sigiriya memang tak kan dapat dilupakan. Seronok juga sebab dapat jumpa dengan ramai pelancong dari seluruh dunia tak kira tua atau muda. Semua orang memang peramah dan rajin bebenor menegur kami yang lain dari yang lain ni he he. Sedikit tips untuk kawan2 semua, jika ingin ke Sigiriya pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai serta membawa beg sandang belakang serta membawa bekal air dan makanan secukupnya. Jika anda fit 2 jam sudah mencukupi tapi jika anda beginner yang tak berapa fit seperti kami (sebenarnya cik Z je sebab siti ok je) faham2 je lah ye. Kami spend 3 jam 1/2 kat sini. Tambah2 pulak kami banyak kali stop untuk ambil gambar selain rehat2.
Okaylah jumpa lagi di lain entry. Wassalam.
No comments:
Post a Comment