Sunday, 6 January 2013

Katara

As I said before, the next attraction is Katara. Katara adalah sebuah Cultural Village yang dibina khas bagi meraikan Qatar National Vision 2030. Juga terletak di tepi laut mengadap Gulf Sea (tapi bukan area Corniche ye) ianya dibina dengan harapan pengunjung dapat merasai kepelbagaian culture dari seluruh dunia. Pelbagai concert dan art exhibition juga sering diadakan disini. Masa kami datang pun ada gak event kat tepi pantai dan ada juga pentas yang tengah disiapkan untuk concert kot pada waktu malam.  Macammana rupa concertnya Wallahuaklam. Tempat ni sebenarnya belum siap sepenuhnya dan masih ramai pelancong yang tak tahu pun kewujudannya, macam kamilah. Katara adalah tempat pertama yang kami singgah dalam conference tour dan ianya terletak hanya 10 minit naik bas dari Qatar University.  

Tak de entrance fees yang dikenakan, malah boleh naik kenderaan macam open car yang boleh muat 4 orang  kemana-mana sahaja dalam kawasan Katara secara percuma tapi drivernya semua warga asing ha ha. Dah nama pun Cultural Village so kiranya kita macam melawat satu muzeum terbuka yang besar. Kemudahan pun banyak gak kat sini seperti tandas yang besar, masjid, restaurant dan kerusi-kerusi yang banyak cumanya kalau ada pamplet mungkin lebih baik kot. Agak lama juga kami kat sini 2 jam ada kot sampai tak tahu nak buat apa. Jadinya setiap ceruk yang ada kami manfaatkan dengan mengambil gambar sesama peserta conference yang sebelum tour ni tak sempat pun nak beramah mesra sangat sebab semua duk focus kat conference.   Apapun enjoylah sebahagian gambar-gambar sekitar Katara kat bawah ni ye. Honestly gambar kat bawah ni cuma 1/4 daripada jumlah gambar yang kami ambil di Katara, giler kan. Ala-ala photoshoot majalah pun ada he he. Lagipun semua orang berpakaian formal kan, so kira macam tema working attire for muslim and muslimah gitu.

 

























Okay jumpa lagi dalam next entry. Kenangan berada di Qatar selama 5 hari sememangnya berharga dan menarik.  Paling suka lihat warna langit dan lautnya yang berwarna biru terang dan seolah-olah bersatu gitu.  Satu pemandangan yang selama ni hanya dilihat dalam lukisan atau gambar je.  Juga bentuk matahari yang begitu besar, terang dan bulat ketika sunset, memang rare experience la. Dah la hari-hari dapat tengok. Sure teringat-ingat bila dah balik Malaysia. And the last think yang tak boleh lupa dah semestinya grape juice dan BBQ chicken grilled he he.  Lepas ni kita terbang ke Sri Lanka pula ya.  Banyak pengalaman lucu yang cik Z nak kongsikan nanti. Bye Wassalam.


No comments:

Post a Comment