25 Disember 2012, Selasa. Seawal jam 8 pagi kami dah pun bersiap dan turun ke lobi untuk check out. Sarapan pagi cik Z macam biasa out nestum 3 in 1 tapi kali ni buat 2 packet terus untuk kenyangkan sikit perut hi hi teori baru ni. Hari ni kami akan bertolak ke Kandy yang terletak kira-kira 115km dari Colombo. Plan kami hari ni ialah bertolak seawal yang mungkin untuk dapatkan masa yang lebih untuk jalan2 di Kandy. 15 minit berlalu, driver kami tak nampak2 lagi bayangnya. Masa ni kami dah cuak yela takut driver lari. Nasib baik kami ada simpan no. phone driver dan mintak tlg staf Shalimar hotel untuk call kan driver. La rupanya kereta ada masalah pulak dan oleh kerana hari ni cuti umum so driver kami terpaksa panggil mechanic tolong betulkan kat rumah dia. Ha macam2 kan. Akhirnya pukul 9 pagi barulah driver kami sampai.
Perjalanan kami pun bermula. Pemandangan dikiri dan kanan jalan menuju ke Kandy agak berbeza berbanding Colombo-Galle. Disini kami dapat lihat pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan oleh orang Sri Lanka. Sepanjang jalan terdapat banyak sawah padi yang menghijau dengan latar belakang bukit bukau (sebijik sama macam dalam lukisan zaman sekolah2 dulu he he), juga ladang-ladang kelapa yang besar dan berpagar. Salah satu keunikan yang ada di Sri Lanka ialah deretan kedai yang menjual barang yang sama boleh dilihat di mana2 saja (contohnya macam kedai beg kat Colombo). Pemandangan yang sama turut dapat dilihat disini di kiri kanan jalan. Pada mulanya kami dapat lihat deretan kedai menjual nanas (kat sini namanya nanasi), lepas tu cashew nut (yg ni memang pelik sbb kami tak sangka yg kacang ni ada ditanam disini tapi kami tak beli sebab mahal), pastu akan jumpa kawasan menjual barangan kraft dari rotan, seterusnya kawasan Herbal Garden dan diikuti dengan deretan kedai menjual jagung. Harap maaf gambar tak terambil sebab jalan menuju Kandy ni agak bersimpang siur jadi susah nak ambil.
Sedikit tips untuk rakan2 semua, biasanya driver akan sedaya upaya nak kita singgah di Herbal garden so please say a Big NO ye kat diorang sebab based on pembacaan kami mereka ni akan mintak tips bagi setiap penerangan yg akan diberikan. Macam driver kami pun lebih 5 kali dia tanya tak nak singgah ke tapi kami buat tak tahu je. Kandy ni sebenarnya terletak di kawasan yang agak tinggi dan dikelilingi oleh bukit bukau, jadinya makin jauh perjalanan kita makin mencabarlah keadaan jalannya. Selain bersimpang siur mengikut keadaan muka bumi, jalannya juga semakin mendaki dan agak kecil. Kalau tetiba ada lori atau bas kat depan memang bersabar je la. Ada satu part tu driver kami dah tak sabar so dia potong je la, sekali tu kat depan sana ada pak polisi tunggu ha ha kena samanla apa lagi.
Akhirnya pukul 1 ptg sampailah kami di Kandy dan terus je gi ke Majestic Hotel untuk check in. Majestic Hotel ni merupakan budget hostel yang terletak agak jauh dari bandar Kandy. Harga bilik disini sangat murah iaitu hanya LKR2800 semalam termasuk breakfast untuk 2 orang. Untuk pengetahuan kat hotel ni pun tiada lift disediakan dan jumlah tingkatnya ada 6 tingkat ya. Kami bernasib baik sebab dapat bilik di tingkat 2 dan bilik bertiga sebenarnya. Jadi bilik ni agak luas la juga serta ada ampaian yang besar.
View dari perkarangan hotel nampak bukit2 je.
Tada.. Ini dia Majestic Hotel.
View dari balconi tingkat 2.
Sebenarnya perut kami dah berbunyi2 minta makanan tapi sebab kecian kat driver so kami pun decide untuk rest dulu dan keluar semula pukul 2.30 ptg. Kami memang punctual, tepat 2.30 ptg kami dah pun tunggu kat bawah hotel. Tungggu punya tunggu tak sampai2 dah la kami tak boleh call dia, wahh memang mendidih rasanya. Nak pinjam telepon pula tak de nampak orang lalu lalang. Dah pukul 3.15 gitu barulah nampak salah sorang staf hotel so kami pun minta la tlg dia call kan driver. Rupa2nya dia silap dengar dia ingatkan kami nak keluar pukul 3.30, aduh macam2 kan. Yang sedihnya bila kami masuk je kat kereta hujan pun turun memula gerimis je lama2 terus lebat. Bila hujan nampaknya semua plan kami hari ni tergendala lah. So kami pun pi la cari makanan dulu. Oleh sebab tak nak lagi jumpa pengalaman nasi kuah dal macam semalam so kami pun makanlah kat KFC. Halalan Toyyiban ya.
Ini dia hidangan KFC yang kami beli. Nasi goreng ayam dan ayam goreng spicy harganya LKR1040 untuk 2 orang. Kat sini tak de sos cili yang ada cuma sos tomato, dan rasa ayam gorengnya berbeza dengan yg dijual di Malaysia, of coursela yg kat Malaysia lagi sedap.
Lepas makan, hujan masih tak berhenti so semua outdoor activity tak boleh dibuat. Plan asal kami ialah nak jalan2 sekitar Kandy Lake dan shoping for sourviner di bandar Kandy. Then driver kami suggestkan untuk pergi ke Gem Museum and Jewelry sebab dia kata kat Sri lanka sangat popular dengan gem. Ya we know about that sebab pernah terbaca pasal ni sebelum pergi ke Sri Lanka tapi tak letak pun dalam itenary sebab kami kan kengkononnya budget traveler he he.
Oleh kerana dah tak tahu nak buat apa so kami pun follow je la ke salah satu dari puluhan Gem Museum yang terdapat di Kandy. Sebelum masuk tu kami make sure dulu tentang fees yang dikenakan. Katanya free of charge. Bila masuk je kami dah terkejut sebab disambut bagaikan vip wah masa ni dah pikir macam2 ye la takut plak kena bayar entrance fees yang mahal or kena paksa beli, mana ada bawa banyak duit kan... Mula2 kami di bawa ke bahagian kilang. Kat sini kami masuk ke satu bilik khas dan menonton satu dokumentari pendek berkenaan gem mining di Sri Lanka. Wah ini betul2 macam lawatan sambil belajar kan. Di sini mereka masih menggunakan peralatan dan kaedah tradisional untuk mencari gem yang letaknya jauh ke bawah dasar tanah. Macammana mereka tahu kat mana tempat yg ada gem? Yang ni secara dasarnya telah pun dikaji oleh ahli geosains dan telah dipetakan secara rasmi cumanya masa diorang gali tu try and error je lah. Kandy antara pengeluar gem utama di Sri Lanka dan dikatakan juga yang gem yang ditemui di sri Lanka adalah antara yang terbaik didunia. (sorry la ye dah jadi blog pendidikan geosains ni)
Ada lebih dari 20 jenis gem yang boleh ditemui di sini ada yang rare ada juga yang biasa2 je (means kat tempat lain pun boleh jumpa). Macam2 nama pun ada antaranya cat eye dan star. Lepas tengok video kami pun melawat kilang tersebut.
Ini ialah raw gem yang baru saja digali. Nampak macam batu tepi jalan je. hanya expert yang tahu ini ialah gem.
Raw gem tadi dipotong-potong dan diasingkan mengikut jenisnya.
Siap di asingkan bersedia untuk digilap dan di jadikan jewelry.
Pekerja sedang menggilap gem dan membentuknya mengikut jenis jewelry.
Selesai digilap, sangat cantik dan menarik. Terpukau okay.
Contoh jewelry, yang ni di padankan dengan emas.
Selain kilang terdapat juga pameran jenis-jenis gem dari zaman dahulu kala sehinggalah sekarang. Gem didini dipadankan dengan emas ataupun perak. Ada 1 bilik khas untuk penjualan gem yang dipadankan dengan emas dan satu bilik lagi untuk yang dipadankan dengan perak. Lepas je tengok video, kilang dan pameran kami pun terpikir why not beli satu untuk kenang-kenangan. So kami pun pi la ke bilik silver sebab confirm lagi murah kan. Ada macam2 jenis jewelry seperti cincin, anting-anting, gelang tangan dan rantai. Harga paling murah ialah USD40-50 mengikut jenis dan saiz. Akhirnya kami terbelilah something untuk diri sendiri, kelakar kan ye ye je masa memula tu kata nak tengok je. Ha ha biasalah orang perempuan kan. Tapi kami beli yang murah je.
Lama juga kami spend time kat museum ni sebab bila keluar je hari dah gelap. On the way balik ke hotel kami sempat jalan2 dibandar Kandy. Banyak juga kedai yang ada cuma pada kami tak de apa yang menarik pun. Sourviner seperti Fridge Magnet dan Key chain langsung tak jumpa. Kedai jual T-shirt pun jumpa 1 je kat area market ynag ownernya muslim. Yang agak banyak dijual ialah T-shirt branded untuk orang lelaki yang lebih murah dari Malaysia. Satu tip untuk rakan2 yang bnak berjalan di bandar Kandy, hati-hati dengan mana2 passerby yang nak tunjukkan kedai sebab menurut penjual t-shirt muslim yang kami jumpa tu dia kata passerby ni akan ambil extra tips dari harga yang kita bayar. wah scary kan, thanks to that muslim guy. Memang ramai pun yang sibuk2 nak tolong kami. Tapi kami buat2 tak dengar je.
Malam di kandy agak sejuk berbanding Galle dan Colombo. Kami tak pasang kipas pun. Kami stay 2 malam di sini. Esoknya kami akan ke Sigiriya (yang ni akan diceritakan dalam entry seterusnya). Sebelum berakhir entry ni kami nak sharekan satu kisah lucu bersarapan di Majestic hotel.
Ini dia breakfast set di Majestic Hotel, 4 keping roti bakar, telur goreng, kopi/teh panas, dan fruit juice.
Selepas lebih satu minggu berkelana, inilah proper breakfast kami yang pertama. Sangat terharu ye, walaupun hotel ni murah tapi ada breakfast yang sedap. Paling suka dengan strawbery jam nya dan juga kole warna putih tu. Very classic and cool. Okay citernya macam ni, breakfast ni ada telur goreng tapi tak de sos, so kami pun requestla sos. Tapi macam biasa kat sini tak de sos cili so yang dapat sos tomato. Nak dijadikan cerita, warna sos tomato ni sama sebijik dengan warna strawbery jam. Memula cik Z makan roti dengan jam lepastu nak try la pulak dengan telur. Dengan confidentnya cik Z pun sapulah sos kat atas roti dan telur . Masa makan cik Z dengan innocentnya pun cakapla kat siti, "eh peliknya rasa sos tomato dia sebab manis" sekali tu siti pun tanya lah "eh akak ambil yg mana?" La rupa2nya masa cik Z makan roti yang pertama tadi siti dah pun teralihkan bekas isi tomato sebab dia nak makan. Yang cik Z pula tak perasan sebab bekasnya dua2 sama dengan color pun sama juga. Jadilah sarapan roti bakar deangan telur goreng bersalut jem strawbery.
Secara keseluruhannya tak de apa2 yang begitu menarik dapat dilihat di kandy melainkan pengalaman duduk di kawasan kampung dicelah-celah bukit. Oh ya view gambar kat atas sekali tu kami ambil dari roof top hotel tempat restaurant hotel. Cantik kan. Penganut Budha ramai datang ke Kandy kerana terdapatnya beberapa kuil besar dan tempat2 suci penganut Budha di sini. Patung besar pun ada di puncak salah satu bukit yang boleh dilihat dari bandar Kandy. Kami Check out dari Majestic Hotel pada 27 Disember dan sempat singgah di Kandy Lake untuk ambil gambar.
Kandy Lake
Ini saja buat kali ni. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment