Perjalanan hari pertama kami di Sri Lanka bermula seawal jam 7 pagi. Destinasi yang kami tuju ialah Galle yang teletak kira-kira 146km ke selatan Sri Lanka. Bunyinya macam tak berapa jauh kan, tapi bila tanya driver dia kata paling awal boleh sampai pukul 11 pagi. Perut kami memang dah berbunyi2 mintak makanan la tu so kami pun request kat driver untuk stop by kat mana2 kedai makanan halal. Area Katunayake ni tak banyak pilihan yang ada ialah food shop yang jual breakfast ala2 western so kami pun okay je lah.
Ini dia kedainya.
Untuk jimat masa, kami beli fish burger dan hot cappuccino as take away. Total harganya LKR1360. Mahal okay tapi dah lapar sabarkan je la. Kedai ni bersih dan selesa tapi servisnya lambat. Kami tunggu 30 minit tau untuk cappuccino tu. Punyalah lama tunggu rupanya kecik je cupnya. Lagi nak marah dapat burger tapi tak de sos. Masa ni kami tak tahu tapi rupa-rupanya kat Sri Lanka ni memang tak de sos.
Lepas beli breakfast ingatkan boleh gi terus ke Galle, rupa2nya driver kami ni kena singgah rumah dia pulak nak ambik baju nasiblah rumahnya dekat je. Pastu dia singgah balai polis plak renew lisence. Yang kelakornya masa duk tunggu en.driver ni berurusan kat balai polis kami pulak dah tak tahan sakit perut. Nasiblah dapat tahan sampai driver datang balik. Masalah pulak kat Sri Lanka ni rupanya sangat payah nak cari public toilet. Puas gak la pusing2 cari baru jumpa kat satu restaurant ni. Sudahnya lepas je peristiwa ni memang kami sanggup tak minum dalam kereta sebab takut nak kena cari toilet. Kesian kan.
Untuk ke Galle, kita akan melalui bandar Colombo dan dari Colombo kita akan lalu jalan tepi laut sehinggalah sampai ke Galle. Untuk entry kali ni cik Z kongsikan pemandangan sepanjang perjalanan dari Katunayake ke Galle. Ada banyak pekan-pekan kecil terdapat di sepanjang perjalanan. Paling banyak yang kami nampak ialah kedai jual pisang dan kelapa muda warna oren. Laluan tepi laut Colombo-Galle pernah menjadi saksi peristiwa tsunami 26 Disember 2004. Kesan-kesan tsunami hampir telah tiada kelihatan. Serpihan rumah2 yang telah musnah adala nampak sikit2. Yang pasti ada satu memorial didirikan disatu kawasan, agak jauh dari pantai tapi driver kami kata air laut sampai ke situ masa tsunami dulu. Masih ingat kisah keretapi "Queen of Sea" yang dihanyutkan oleh ombak tsunami dan membunuh ribuan penumpang didalamnya? Kalau anda lihat gambar2 dibawah ni anda akan tahu kenapa ianya terjadi.
Hampir semua kedai-kedai kat Sri Lanka bentuknya macam ni je.
Jalan keretapi kat sebelah jalan je.
Pepohon kelapa yang tumbuh melata kat mana boleh nampak.
Industri pembuatan perabot secara kecil-kecilan banyak kelihatan di sepanjang jalan.
Laluan keretapi ni betul-betul sebelah laut. Tak sampai 1 meter pun.
Banyak kuil-kuil kat sini.
Yang ni kuil jugak.
Tengok ni kuil lagi.
Pekan kecil.
Pekan kecil lagi. Nampak tak kedai DSI tu. Brand DSI ni memang bersepah kat mana2 ada.
Lagi Pekan kecil.
Kat sini pun ada pasar gak. Nampak tak ada kedai DSI lagi. Kedai ni jual kasut ya.
Pekan kecil juga,
Orang kat sini suka naik basikal.
Kelapa muda kat tepi jalan. Nampak tak ombak yang memutih kat sana tu. Ombak2 kat sini sangat tinggi dan besar. Memang scary.
Ada juga beberapa tarikan lain sepanjang laluan ini iaitu turtle sanctuary dan pantai-pantai peranginan yang dipenuhi dengan chalet2 mengadap laut di sepanjang jalan. Lebih kurang jam 12.30pm barulah kami sampai di Galle Town yang tak besar mana.
Galle railway station
Guest House kami terletak di Galle Fort kira-kira 5 minit drive dari Galle Town. Sebelum ke GH kami cari lunch dulu. One of passerby muslim suggestkan kami untuk beli makanan halal di Indian Hut.
Chicken Briyani LKR300 dan Mango Juice LKR130
Lepas beli kami terus je ke Manggo House untuk check in. Kami disambut oleh ownernya yang peramah. Tiada lif disini tapi jangan risau pihak GH akan tolong angkatkan beg ok. GH 2 tingkat ni sangat cantik dan bersih. Wifi pun ada. Tak de ketle tapi boleh request hot water.
Sekitar Mango House.
Sekitar Mango House.
Bilik air kami.
Bilik kami yang berharga RM110 sahaja.
Gambar kenangan bersama owner Mango House.
Ini saja yang sempat dikongsikan kali ni. Akan datang kita ke Galle Port pula ye. Ok jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment