9 pagi 24 Disember 2012, kami tinggalkan Galle menuju ke Colombo. Sehari sebelum sambutan Christmas 2012, perjalanan hari ini nampaknya lebih perlahan berbanding semalam dan seringkali terganggu dengan bunyi hon dan break. Jalan raya sesak dengan kenderaan bertali arus. Pekan-pekan kecil yang berada disepanjang laluan Galle-Colombo juga penuh sesak dengan warga Seri Lanka yang sibuk membeli-belah disaat-saat akhir menjelang Christmas. Menurut driver kami ramai penganut Kristian tinggal di sepanjang laluan ini. Malah buat pertama kalinya kami lihat pokok krismas yang sebenar dijual ditepi2 jalan. Dalam hati tertanya2 juga kat mana diorang dapat pokok ni ya. Tapi persoalan ni terjawab bila kami pergi ke Nuwara Eliya sebab pokok ni memang bersepah di sepanjang jalan naik ke Nuwara Eliya. Salah satu habit orang Sri Lanka ialah melintas jalan sesuka hati tak kira masa pastu buat muka tak bersalah. Sebab tu lah kereta kami asyiklah kena break je. Memanglah kena banyak2 bersabar.
Semakin dekat ke Colombo semakin sesak. Dalam perjalanan tu kami sempat singgah di satu kedai makan berdekatan masjid di area Wellawata. Kami beli nasi bungkus berlauk ikan goreng (katanyalah) berharga LKR180. Lebih kurang 1.30 petang kami pun sampai di Shalimar Hotel, Maradana Colombo. Plan asal kami ialah check in hotel, makan, solat dan keluar semula dalam pukul 3 ptg. Tapi tetiba plak driver kata dia tak boleh nak datang balik ke hotel sebab dia tak de tempat nak stay. Eh boleh plak macam tu yer. Masa tu kami memang rasa nak marah, dah lah perut dah lapar almaklumlah sarapan pun sebungkus nestum je. At last kami tukar plan pergi jalan2 dulu sebelum check in. Actually, sebelum sampai ke hotel kami dah pun lalu beberapa tempat yang kami plan nak pergi hari ni tapi sebab kami rasa nak rest dulu so pi la hotel, so macam buang masa la sikit.
Bangunan di sekitar Colombo.
Bangunan di sekitar Colombo.
Antara bangunan pentadbiran di Colombo.
Colombo Fort, yang ni dilarang masuk.
Dengan perut lapar dan kehausan (sebab tak nak pi toilet) kami pun bertolak semula ke bandar Colombo. Destinasi pertama yang kami pergi ialah Colombo Fort Area. Di sini kami singgah ke Colombo Old Market dan Pettah area. Kat kawasan ni Ya Allah tersangatlah ramai orang. Without purpose kami jalan je lah dicelah-celah kesesakan orang ramai tu. Tengah jalan-jalan tu alih2 ternampaklah stesen keretapi utama di Colombo iaitu Colombo Fort Railway Station. Berdekatan area ni juga mungkin ada bas station sebab nampak banyak bas lalu lalang.
Colombo Fort Railway Station.
Muka penat giler.
Deretan kedai menjual beg. Sangat banyak okay rasanya ada lebih 50 kedai jual beg.. err ada orang beli ke? Cik Z terpaksa beli satu beg harga LKR600 sebab beg tarik tak muat nak sumbat dah (sebab dah isi carpet dari Qatar he he).
Tengah jalan2 tu nampaklah makcik jual air kelapa ni, gembira tak terkata kami terus je beli sebab dari semalam asyiklah nampak kelapa oren ni kat mana2. Harganya LKR30 sebiji. Oleh sebab kami haus so belilah sorang satu, pastu menyesal sebab tak boleh habis. Buahnya nampak kecil tapi airnya banyak ya sebab rupa2nya kulit kelapa ni tipis je. Makcik tu belah kelapa ni sekali hayun je. Giler expert.
Puas jalan-jalan tanpa tujuan kami pun pi lah semula ke kereta. Driver plak missing in action, tengah2 panas tu la kami duk mencangkung kat tepi keter wah saje nak tambah hot kan. Dalam 15 minit barulah dia datang. Dah tak tahu nak pi mana so kami decide terus je lah ke Galle Face Green. Sebenarnya plan asal kami ialah nak ke sini waktu sundown sebab katanya sangat cantik masa waktu ni.
Sampai di Galle Face Green. Ini ialah satu kawasan rekreasi yang menghadap laut.
Untuk mengubat kepanasan hati kami, so kami pun ambillah banyak2 gambar kat sini. Kawasan ni sangat cool dan sesuailah untuk rehat2 di waktu petang.
Dalam sibuk2 ambik gambar tetiba ada sorang pakcik ni tegur kami dalam bahasa melayu, eh rupa2nya pakcik ni orang melayu yang asal dari Malaysia. Ikut ceritanya ayah pakcik ni tentera masa perang dunia ke 2 dan terpaksa berhijrah ke Sri Lanka masa zaman tu.
Puas berposing di Galle Face Green, kami pun pergi semula ke Shalimar Hotel untuk check in. Hotel ni nampak sangat klasik dari luar, so masa mula2 tu rasa seram gak dah la tak de lift. Nasib baik kami dapat bilik tingkat 2 je. Harga bilik kami RM130 semalam. Alhamdulillah bilik yang kami dapat sangat okay, bersih, cantik dan selesa. Malah lebih okay jika dibandingkan dengan Fuda Hotel di Qatar. Terubat rasa marah kami sepanjang hari ni.
View dari balconi Shalimar Hotel. Dalam bilik tak sempat ambil sebab dah jadi disaster sebaik je kami masuk he he.
Perjalanan tanpa henti sepanjang hari sangat memenatkan. Sampai je hotel kami terus mandi, solat dan tidur. Bangun2 dah malam barulah ingat perut yang lapar sepanjang hari. Risau juga dengan nasi bungkus kami ye lah takut basi kan, Alhamdulillah masih okay cumanya banyak sangat kuah dal sampai tak boleh telan. Akhirnya kami makan maggi je.
Bergambar bersama pekerja Shalimar Hotel di lobi selepas check out.
Berakhir sudah hari kedua kami di Sri Lanka. Selepas ni cik Z akan ceritakan pula kisah suka duka kami di Kandy pula. Jumpa lagi.
This was great to rread
ReplyDelete