Thursday, 24 January 2013

Nuwara Eliya


27 Disember 2012, Khamis. Hari terakhir di Sri Lanka. Destinasi terakhir kami hari ini ialah Nuwara Eliya yang terletak kira-kira 76km dari Kandy. Seterusnya kami perlu menempuh perjalanan sejauh 161km ke Bandaranaike Airport Katunayake untuk pulang ke Malaysia.  Nuwara Eliya merupakan sebuah bandar yang terletak di kawasan pergunungan yang dipenuhi dengan ladang-ladang teh.  Teh merupakan hasil komoditi utama di Sri Lanka. Perjalanan hari ini bermula seawal 8.30 pagi kerana kami perlu turun semula dari Nuwara Eliya selewat2nya pukul 1 ptg untuk sampai ke airport pukul 7 malam (sbb sewa kereta limit timenya pukul 7mlm). Alhamdulillah cuaca pagi ni agak elok. Sedikit mendung tetapi masih lagi cerah.

Keadaan jalan raya menuju ke Nuwara Eliya.


Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan ladang2 teh yang tak terkira banyaknya. Boleh dikatakan hampir 90% bentuk muka bumi disini sepanjang 76 km kiri dan kanan jalan ditanam dengan pokok-pokok teh. Sekali-sekala kita akan menemui air terjun yang mengalir dari celah2 batuan pergunungan. Sangat banyak ada kecil ada besar ada yang boleh dilihat dari jauh ada juga yang ada ditepian jalan.  Ramai pemandu kereta yang mengambil kesempatan membasuh kereta dengan air terjun ini almaklumlah free kan. Setiap kali nampak air terjun tu memang la rasa teruja. Oleh sebab air terjun ni memang dekat je dengan jalan jadinya pengunjung boleh berhenti kat mana2 je untuk melihat dan menikmatinya.  Kami juga tak melepaskan peluang dan berhenti di dua air terjun satu kecil satu besar.

Air terjun di tepi jalan, yang ni kecil je. cuba tengok kat belakang air terjun tu ialah pokok2 teh.

Lagi air terjun di tepi jalan, yang ni besar. Rasa macam nak je masuk kat dalam tu.

Tengah sibuk2 ambil gambar datanglah satu group remaja2 ni yg datang dengan van. Diorang nak ambil gambar sekali so layan je lah.

Berhenti sat untuk beli jagung rebus harganya LKR30.

Untuk jimat masa kami hanya berhenti di dua air terjun sahaja. Pemandangan gunung ganang disepanjang perjalanan juga menggamit perasaan. Tapi sebab cuaca sedikit mendung jadinya kawasan pergunungan dipenuhi kabus yang agak tebal dan membataskan penglihatan. Selepas tu kami singgah di sebuah kilang pemperosesan teh iaitu Blue Field Tea Gardens. Seorang staf membawa kami melawat kilang dan memberikan peneranagan ringkas tentang cara2 pemprosesan teh di sini. Rupa-rupanya semua jenis teh datangnya dari pokok yang sama bezanya cuma dari bahagian mana teh itu diperolehi. Contohnya Green Tea yang cair tu datangnya dari pucuk daun teh yang muda. Teh yang pekat tu pulak dari bahagian tangkainya. Di kilang ni ada 7 jenis teh yang dihasilkan.  

Daun2 teh yang baru dipetik ni akan di  keringkan selama 1 hari.

Sekitar kilang teh.

Deretan bungkusan teh sedia untuk dijual.

Selepas melawat kilang kami pun dibawa kedalam kedai. Wow banyak sungguh jenis teh yang dijual. Lepas pilih2 dan beli kami pun teruskan perjalanan lagi ke bandar Nuwara Eliya. Oh ya pekerja kilang ni ramai yang muslim. Ada kemungkinan owner kilang ni pun muslim sebab kat sini pun ada restaurant halal. Masa perjalanan turun kami singgah semula di restaurant ni untuk makan tengahari secara buffet berharga LKR1200 seorang.  

Semakin hampir ke atas/puncak (bandar Nuwara Eliya) semakin banyak penjaja sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan membuka gerai ditepi2 jalan. Nampak segar dan menarik. Ramai je orang ramai berhenti dan beli. Pokok2 teh yang ada pun nampaknya makin cantik warnanya dan lebat.

Sebelum sampai ke bandar Nuwara Eliya kami sempat berhenti sekali lagi sebab nak pegang pokok teh.

 
Akhirnya kami sampai di Nuwara Eliya. 

Dalam pukul 12 tghr kami sampai di bandar Nuwara Eliya. Di sini kami singgah di Gregory Lake. Tasik ni berkali-kali lebih cantik berbanding Kandy Lake. Kawasan persekitaran juga sangat damai dan menenangkan. Kami juga sempat membeli fresh strawberry dan strawberry jam yang dijual di tepi jalan.  

Gregory Lake


Bersama driver kami (baju putih no 5 dari kanan) dan kawan-kawannya yang kebetulan jumpa kat Gregory Lake. Cuba tengok orang2 Sri Lanka ni rupa2nya rendah2 je walaupun lelaki.

Sebelum 1 tghr kami dah pun bertolak turun dan singgah semula di restaurant tadi untuk makan tghr. Lepas je makan terus je bertolak balik ke airport. Tak lama lepas tu hujan pun turun denagn lebatnya. Sepanjang jalan hinggalah ke airport hujan masih lagi turun. Kami sampai di airport dalam pukul 7 malam. Flight kami pukul 12.40 pagi dan kami sempat lepak dalam surau di airport yang boleh la dikatakan luas dan bersih. 

Berakhir sudah percutian last minute kami di Sri Lanka. Seronok dan menginsafkan. Hopefuly Sri Lanka akan lebih maju pada masa2 akan datang terutama dari segi transportation. Oh ya kat sini kami nampak banyak kereta2 produa berkeliaran diatas jalan terutamanya viva.  Okay habis sudah cerita suka duka di Sri Lanka. Jumpa lagi di entry yang lain pula. Jauh berjalan luas pandangan InsyaAllah.




1 comment:

  1. Such a awesome place to enjoy vacations. This is just gorgeous !*love* it all as the messages, the pictures and the quality of the writing. Thanks !

    Planning an italy vacation

    ReplyDelete