Monday 8 April 2013

Siem Reap DAY 1: Artisan D'Angkor Silk Farm, War Museum & Tonle Sap



Sabtu 2 Mac 2013. Seawal 12.15 pagi kami dah pun terpacak di KL Sentral. Flight kami akan berlepas dari LCCT jam 6.50 pagi. Jadinya nak tak nak kami perlu sampai ke LCCT sebelum 5 pagi.  The best option yang kami ada ialah naik bas dari KL Sentral ke LCCT pada sebelah malam.  Sehari sebelum pergi (Jumaat 1 Mac) sebenarnya kami masih lagi berada di UM sibuk menyiapkan kerja2 pHd yang bertimbun sehinggalah jam 4 ptg. Seriously macam lipas kudung kami bersiap lepas tu. Mujurlah itenary kami dah pun siap sebulan sebelumnya dan dalam kelam kelibut tu kami terlupa nak check jadual waktu bas ke LCCT. Biasanya bas pasti ada setengah jam atau sejam sekali so kami dengan konfidennya ingat pasti ada bas jam 1 pagi. Rupa2nya waktu terakhir bas bertolak ke LCCT ialah pada pukul 10.30 malam dan start balik pukul 3.30 pagi. Sudahnya terpaksalah kami bermalam di KL Sentral, padahal rumah kami kat KL je tu.

Pengalaman bermalam di KL Sentral rasanya sangat bermakna dan membuka mata kami. Awal pagi di KL Sentral dipenuhi oleh pekerja2 pembersihan dan penyelenggaraan. Menginsafkan. Di saat orang lain tidur nyenyak, mereka ini membanting tulang memerah kudrat mencari rezeki. Entah berapa sangatlah gaji yang mereka dapat. Agak ramai juga orang awam dan pelancong asing yang terkandas macam kami. Malangnya semua kerusi yang disediakan jenis yang tak de tempat bersandar. Kipas pun off jugak. Mata memang mengantuk, panas lagi kan tapi tak ada tempat nak tidur. Nasib baiklah ada laptop dan wireless internet dari handphone Siti dapatlah juga isi2 masa dengan melayari internet. 

Jam 3.30 pagi, kami dapat naik bas dan sampai di LCCT jam 4.30 pagi. Suasana di LCCT tak rasa macam awal pagi dek kerana ramainya umat manusia. Ramai juga yang selamba je bentang tikar tidur2 kat atas lantai.  Masa terasa begitu cepat berlalu, tak sempat pun kami nak duduk2 rehat/tidur alih2 dah pun kena naik flight sebab semua tempat pun kena beratur panjang. 


Sunrise di langit Malaysia.

Siem Reap International Airport

Flight kami sedikit delay dan kami sampai kat Siem Reap lewat 30 minit dari waktu yang sepatutnya. Urusan di kaunter imegresen pulak agak kelam kabut sebab semua penumpang blur dengan arahan pegawai imegresen yang bertugas yang bercakap dalam bahasa Cambodia. Mana nak faham kan. Rupanya diorang suruh isi satu form dulu baru boleh gi ke kaunter imegresen. Pelik betul kami semua padahal kat atas flight tadi kami dah isi dah.  Lepas je ambil beg  kami pi tukar sedikit duit USD ke Riel dalam 10 USD je.  

Keluar je airport driver tuk tuk kami dah pun tunggu dengan kertas nama kami. he he kesian dia dekat 1 jam kami lewat dah ni. Oh ye driver tuk tuk  ni pihak Guest House (GH) kami yang sediakan percuma pick up from airport. Lebih kurang 20 minit perjalanan barulah kami sampai di GH kami, Siem Reap Holiday Garden. Masa tu jam baru pukul 9 pagi jadinya kami memang tak boleh check in lagi. Staf GH ni nampaknya sangat friendly. Bosnya pun baik gak. Diorang kagum dengan kami sebab dah sediakan satu itenary yang lengkap. Tu pun sebenarnya kredit gak kat GH ni sebab diorang ada emailkan awal senarai tempat menarik sekitar Siem Reap so kami pilih dari situ je pun. 

Oleh sebab tak boleh check in lagi so kami pun tanya2lah kat staf GH tu macam mana kami nak pi semua tempat yang kami dah senaraikan dan tanya suggestion dia nak pi yang mana dulu. Rupa2nya diorang memang dah bookkan driver tuk tuk siap2 untuk kami iaitu driver yang ambik kami kat airport tadi. So senang la kan tak payah cari dah. Nak lagi best, diorang ni dah ada senarai harga tuk tuk beserta destinasi. Wah senanglah kerja kami. Pastu diorang pun boleh tolong belikan tiket bas ke Phnom Penh untuk kami. 

Plan asal kami pagi ni ialah nak pi ke Cultural Village. Tapi staf GH kata better pergi sebelah petang sebab most persembahan diorang buat belah petang. So kami pun tukar plan. Pagi ni kami akan ke Artisan Silk Farm dan War Museum dulu pastu petangnya ikut plan asal ke Tonle Sap. Pukul 10 pagi kami pun bergerak ke Artisan Silk Farm dari GH. Perjalanan terasa agak jauh lebih 30 minit baru sampai sebab tempat ni lebih jauh dari airport dan agak hulu.  

Suasana di Siem Reap sebenarnya lebih kurang sama dengan kampung2 di Malaysia. Sepanjang jalan kita dapat lihat kawasan sawah2 padi yang telah dituai, ada sungai2 dan parit kecil, pokok2 bunga yang sama macam kat Malaysia. Budak2 kat sini selamba je tak pakai baju dan berkaki ayam. Kalau lalu tempat yang ada sungai/parit mesti akan nampak budak2 ni berkubang kat dalam air.  Siap ada kerbau lagi tu berkubang sama. Ada banyak juga kedai2 kecil kat depan2 rumah yang jual minyak petrol dalam botol dan makanan2 ringan serta air minuman. Jalanraya utama kat sini pun agak luas dan tak berlubang. Siap ada lorong khas untuk tuk tuk, basikal dan motor. Cumanya masa kami datang sini dry season dah bermula so jalan memang berdebu. Paling kesian kalau tengok lembu2 yang diorang bela. Kurus kering macam tak cukup makan.
  
Keadaan jalan raya di Siem Reap

Jalan masuk ke Artisan D'Angkor Silk Farm. 


Tiada entrance fees di kenakan di Artisan D'Angkor Silk Farm. Cumanya kita kena bagi tips seorang USD1 kepada staf yang beri taklimat selaku tourist guide.  Kalau tak nak diorang ikut dan bagi taklimat pun boleh cumanya macam tak faham la kan apa yang kita tengok nanti. Apa yang ada kat sini sebenarnya? Kat sini kita dapat lihat proses penghasilan kain sutera Cambodia dari A ke Z.  Kawasan ni agak luas sebab memang ada kilang penetasan ulat sutera dan pemprosesan kain sutera sampailah jadi kain untuk dijual. 


Daun murberi, makanan ulat sutera.


Kawasan  rumah pengeraman ulat sutera. Kat bawah tangga dan kaki tiang ni memang sengaja diletakkan air untuk mengelakkan semut naik atas rumah ni.

Telur ulat sutera.


Anak ulat...eee geli tengok kan


Ulat sutera diletakkan dalam dulang, diberi makan daun murberi dan ditutup tudung saji sehingga matang.

Ulat Sutera yang dah matang. 


Dah matang nanti dia letak kat jaring2 ni untuk ulat tu menggumpal jadi benang.


Dah jadi benang sutera. Sedia untuk diproses.


Guna air panas untuk dapatkan benang sutera. Proses ni dua kali sebab ada 2 lapisan luar dan dalam. Kain yang dihasilkan guna lapisan yang luar lebih murah dari lapisan yang dalam.


Yang ni mesin untuk gulung benang.


Yang ni proses nak warnakan benang. Diorang ikat benang kat bahagian2 tertentu guna tali untuk dapatkan warna yang berbeza.


Proses tenun kain sutera.


Pelbagai warna benang sutera yang siap diwarnakan. Semuanya pakai pewarna asli dari daun atau bunga.


Staf yang beri taklimat kat kami.


Rupa2nya sangat susah nak dapatkan benang sutera apatah lagi nak hasilkan kainnya. Kami perhatikan pekerja2 kat sini terpaksa kerja dalam keaadaan berpanas satu kipas pun tak bukak. Pelik betul. Bila kami tanya rupanya memang tak boleh buka kipas sebab bekalan elektrik tak cukup pastu mahal. Kesian kan. Kami tengok2 gak harga kain yang jual kat sini, mahal sangat la pulak tak mampu kami nak belinya. Oh ya lanskap kat kawasan ni pun cantik gak sudahnya kami posing sana sini kat dalam tempat ni.


Bersama driver tuk tuk kami, Mr Hing.

Dari Artisan D'Angkor Silk Farm, kami pergi pula ke War Museum. Kat pertengahan jalan kami sempat singgah kat satu kedai tepi jalan beli mask sebab tak tahan jalan berdebu. Harganya 1000Riel satu. Entrance fees yang dikenakan di War Museum ialah USD5 dan kami juga bayar extra tip USD 1 seorang untuk tourist guide yang tolong beri taklimat kat kami. Kawasan War Museum ini agak luas juga dan dijaga oleh bekas2 veteran perang Cambodia sendiri yang kebanyakannya cacat anggota badan akibat peperangan.  Tourist guide kami juga memakai kaki palsu.

Mendengar kisah2 peperangan di Cambodia.

Sejujurnya, kami memang buta sejarah asia tenggara. Hampir 80% cerita yang kami dengar disini adalah cerita yang baru pertama kali kami dengar dan secara tak langsung kami rasa malu plak. Nama je belajar tinggi2. Selama ini hanya tahu tentang Pol Pot je rupanya cerita perang disini lebih dari itu. Peperangan sebenarnya tak menguntungkan sesiapa. Yang tinggal adalah rakyat yang menderita dan negara yang terabai dari arus kemajuan. Cambodian People sebenarnya masih lagi terdedah dengan kancah perang saudara yang tak berkesudahan. Kemajuan yang kami lihat sepanjang hari ini di Siem Reap sebenarnya dimonopoli oleh immigrant dari China, barat dll sedangkan penduduk asal mereka masih lagi hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan. Mangsa2 perang juga tidak terbela serta tiada pekerjaan. Sektor pelancongan disini juga sebenarnya dimonopoli sepenuhnya oleh warga asing sebagai pemilik hotel, kedai makan dll. 






Kawasan Museum ini pernah menjadi saksi peperangan. Semua jenis peralatan peperangan ada disini termasuk kereta kebal, helikopter, senapang, peluru, jerangkap samar dll. Kami tinggalkan museum ini dengan penuh keinsafan. Betapa bersyukurnya kami dilahirkan di Malaysia yang aman damai dan bukan pada zaman perang. 

Dalam perjalanan balik ke GH, kami singgah lunch di DWau Cafe, sebuah kedai makanan halal milk orang Malaysia katanya. Driver kami yang bawa kesini sebab kata dia tempat ni bersih. Masuk je dalam kedai memang lagu rock kapak yang kedengaran dan menu2 yang ada pun dalam bahasa Malaysia. Untuk rasa lain kami pilih nasi goreng lok lak. Rupa2nya nasi goreng daging merah je pun. Satu je masalah kat sini ialah ada staf nya yang tak faham bahasa inggeris/melayu. So agak payah gak lah. Mungkin juga pekerja baru kot. Pertama kali rasa nasi goreng kat Cambodia rasa agak pelik sebab tak de cili, tapi diorang sediakan pepper.

Nasi goreng lok lak DWau Cafe dan air (USD4.5 per person) .

Sampai je kat GH masa tu dah pun pukul 1.30 ptg. Driver kami akan datang ambil kami semula jam 3.30 ptg nanti (driver yg cadangkan masa ni sebab kami kata nak tengok sunset) so kami ada masa 2 jam untuk berehat dan melelapkan mata. Alhamdulillah kami dapat bilik kat tingkat bawah dan keadaan bilik juga agak besar serta selesa. Malangnya belum sempat pun kami duduk tetiba blackout. Terkejut kami. Pertama kali seumur hidup pi bercuti tak de elektrik. Selang beberapa minit lepas tu tetiba staf GH ketuk pintu tanya nak air ke tak, tapi masa tu kami dah tak larat nak buka mata so kata tak pe la dan terus tidur.  Sekali tu bila kami bangun nak bersiap2 alih2 tengok kat toilet air tak keluar. Rupa2nya kat Siem Reap ni kalau tak de elektrik automatically air pun tak de. Pelik kan. Patutlah ada orang tanya pasal air tadi. Sudahnya niat nak mandi pun terpaksa cancle yang boleh dibuat cuma basuh muka dan salin baju je dengan sebaldi air yang diberi. Kesian kan.

Tepat jam 3.30 driver kami dah menunggu. Cuaca hari ni tersangatlah panasnya. Petang ni kami akan ke Chong Khneas Floating Village di Tonle Sap dengan harapan dapat melihat sunset.  Di Tonle Sap ada beberapa Floating Village tapi jika anda pergi waktu dry season macam kami ni, Chong Khneas Floating Village adalah salah satu pilihan yang betul. Perjalanan hampir satu jam menaiki tuk tuk agak mencabar dengan keadaan jalan raya yang berdebu teruk, cuaca panas melekit, ditambah dengan bauan kurang menyenangkan dari sungai2  yang ditemui sepanjang jalan. BIla ada kenderaan besar lalu habis debu2 tu berterbangan ke arah kami. Paling kesian kat driver kamilah. Driver kami juga dengan baik hatinya berhenti 2 kali dipertengahan jalan untuk bagi peluang kat kami mengambil gambar view yang cantik.

First stop, kawasan tasik yang dipenuhi denagn pokok bunga teratai. 2 orang budak tu sibuk nak jual bunga teratai kat kami. Personally sangat suka dengan gambar ni.


2nd stop ialah kat kawasan sawah padi yang belum dituai. Mungkin sebab kawasan ni dekat dengan sumber air jadinya masih ada sawah padi yang ditanam walaupun masa dry season. Antara keunikan lain yang kami dapat lihat sepanjang jalan ialah rekabentuk rumah dikawasan ini yang dibina tinggi diatas tiang2 kayu. Sekali tengok macam tak stabil je rumah tu. Kenapa bentuknya macam tu? akan cik Z ceritakan kat bawah nanti sebabnya lepas pi Tonle Sap baru kami tahu sebabnya. Tunggu ok. Oh ya masjid pun ada kat sini. Mungkin ada komuniti islam. Tapi kawasan ni memang nampak macam miskin sikit sebab kami perasan diorang masih pakai kayu api untuk memasak.

Kanak2 sekolah berkaki ayam je?

Rumah2 kayu bertiang tinggi yang kami temui sepanjang jalan.

Lagi rumah2 yang kami temui.

Jerami padi. Puas kami menilik apalah benda ni kat mana2 je kami jumpa. Apa kegunaannya? Mungkin sebagai bahan bakar kot? Asalnya kami ingatkan rumah he he.


Akhirnya kami pun tiba di jeti. Cuaca yang panas tak menghalang ramainya pelancong datang berbondong-bondong ke sini. Serious sangat ramai sebab kami duk kira ada lebih 20 buah bas kat parking sites. Tu belum masuk yang pergi dengan van pelancong ataupun tuk tuk macam kami.  Tonle Sap merupakan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Keunikan sistem aliran airnya yang mana air tasik ini akan mengering dan mengalir ke Sungai Mekong pada musim kering (dry season dari November ke May) dan kembali memenuhkan tasik pada musim hujan (bermula Jun) menyebabkan tasik ini tersenarai dalam UNESCO biosphere.  Sumber pendapatan utama penduduk disini tak lain tak bukan ialah perikanan. 

Kami membayar USD18 seorang untuk menaiki bot menyusuri Tonle Sap ke Floating Village. Agak mahal kan? Tu belum masuk tips untuk tourist guide. Memang buat duit dengan tourism diorang ni dah la pakai USD. Yang bagusnya, anda tak perlu pun menunggu lama untuk naik atas bot sebabnya walau dengan berapa ramai pun anda datang pasti ada bot dengan saiz yang sesuai untuk anda semua walaupun seorang. Tak percaya? Percayalah. Sebab tu lah mahal. Contohnya macam kami ni kan ke berdua je tapi bot yang kami naik tu kapasitinye untuk 8 orang. Pastu siap ada tourist guide yang dah siap sedia dalam tu tanpa diminta. Kalau boleh memang malas la nak dengar orang berceloteh tapi dah dia pun dah kat dalam bot ni tak boleh la nak kata tak nak dengar kan. 

Dalam bot menyusuri Tonle Sap.


Dry season menyebabkan air sungai/tasik ni surut teruk sehinggakan air yang tinggal berwarna kopi susu.  Baunya pun hanyir sangat. Kalau ada je bot lain lalu sebelah mesti airnya terpercik ke bot kami juga. Menurut guide kami kalau musim hujan air tasik ni boleh mencecah paras pokok sebab tu la rumah2 kat sini semuanya bertiang tinggi. Setiap tahun pasti akan ada musim banjir besar yang menyebabkan kematian. Tapi masa dry season kehidupan diorang tersepit sebab ikan pun tak banyak. 

Pencari ikan.

Menjala ikan. Cuba tengok betapa rendahnya paras air sungai ni bawah lutut je tingginya.


30 minit perjalanan akhirnya kami sampai di kawasan Floating Village. Seperti kebanyakan kampung2 lain diatas darat, kat sini pun ada rumah2, kedai dan sekolah. Kami dibawa mengelilingi Floating Village dan melihat secara dekat bentuk2 rumah dan melihat sisi2 kehidupan masyarakat disini. Persoalan terbesar yang ada dibenak kami ialah macam mana diorang memasak dan mandi? Kebetulan juga yang guide kami ni masih muda (20 tahun je umurnya) dan memang dilahirkan dan dibesarkan di Floating Village ni. Nak termuntah kami bila guide tu kata yang most masyarakat kat sini masih makan, minum, mandi, buang air besar kecik guna air tasik ni je. Wahhh kembang tekak. Patutlah bau air kat sini semacam je dan ikan2 kat sini pun katanya besar2 belaka. 



Panas terik Matahari kat atas kepala. Kelihatan dalam gambar ni kanak2 baru pulang dari sekolah.


Kat sini juga ada rumah anak yatim yang mana anak2 ni dah tak de ayah atau mak sebab dah hilang akibat taufan dll. Yang tak bestnya guide kami ni macam paksa kami untuk singgah kat rumah anak yatim tu dan beri sumbangan makanan kat diorang. Dah la dia kata mesti bagi sumbangan beras dan bahan makanan asas. Manalah kami mampu nak sumbang semua tu, bawa duit pun cukup2 je ni. Kami buat2 tak dengar je. Sebelum patah balik ke jeti, bot kami berhenti kat satu rumah kedai. Bangunan ada 2 tingkat. Kat sini ada kedai cenderamata, kedai makan, sangkar ikan dan buaya, serta observation deck di tingkat 2. Dari bahagian observation deck ni kita boleh lihat seluruh kawasan Floating Village. 

Sangkar buaya.

Pemandangan Floating Village dari atas.


Lepas tengok2 dan ambil gambar, kami pun bertolak pulang ke Jeti. Dalam perjalanan balik tu kami terpikir gak yang kami ni mungkin pergi terawal sebab nampak macam belum ada tanda2 matahari nak terbenam.  Masa tu jam baru pukul 5 ptg. Tapi telahan kami meleset sebabnya sikit demi sikit kami dapat lihat matahari kian terbenam dan cahaya yang memancar semakin berwarna oren kemerahan. Maha Suci Allah. Tak disangka kami dapat melihat salah satu kebesaran Allah dan keajaiban alam di depan mata. Perjalanan menaiki bot yang perlahan dek kerana rendahnya paras air nampaknya satu kelebihan buat kami sebabnya masa ni memang rasa sangat kagum dan terharu dapat menyaksikan proses matahari terbenam didepan mata. Sampai je kat jeti dan turun dari bot, kami tak henti2 ambil gambar dan antara hasilnya kat bawah ni.







Kanak-kanak sibuk meminta sedekah dari pelancong yang datang.


Sesungguhnya kami memang bernasib baik sebab sebaik je kami naik tuk tuk meninggalkan kawasan jeti kami dapati tak de lagi matahari yang bulat tu. Yang tinggal hanya cahaya kemerahan diufuk langit menandakan waktu Maghrib hampir tiba. Perjalanan pulang terasa cepat pula mungkin sebab hari dah tak panas. 

Kami tiba semula di bandar Siem Reap sekitar jam 6.30 ptg. Driver kami nak turunkan kami kat area Night Market tapi kami fikir lebih baik kami balik terus ke GH sebab perut kami pun dah kelaparan. Malangnya sampai di GH, elektrik masih belum ada. Hairan jugak kami sebab kat area Night Market tadi ada je elektriknya. Rupa2nya bekalan elektrik tak cukup sejak semalam lagi dan hanya kawasan tarikan utama pelancong je yang ada elektrik sepanjang masa. Kawasan GH kami ni jauh sikit je pun (padahal masih walking distance dari Night Market) pun tak de elektrik. Tak tahu nak buat apa kami pun duduk2 je lah kat ruang tamu tunggu lampu hidup berbekalkan lilin yang siap terpasang. 

Dalam pukul 7 mlm Alhamdulillah elektrik on balik. Benda pertama yang kami buat ialah masak air dan buat maggi serta air panas. Tetiba lepas je siap makan... pop.. black out balik. Terkejut kami. Masa tu jam baru je pukul 7.30 mlm. Malam masih muda kan. Tapi oleh sebab tak de sumber cahaya (seious gelap gelita) dan air tak ada apa yang kami boleh buat kecuali baring atas katil.  Nasiblah katilnya saiz double besar dan selesa sangat. Tunggu punya tunggu lampu tak hidup2 jugak last2 tertidur gitu je sampai esok pagi hu hu...  Siap termimpi2 lagi sebab tak mandi. Kesian kami dah lebih 24 jam tak mandi tu. Dah macam bercuti dalam hutan ni. Cerita seterusnya lepas bangun tidur ni akan cik Z sambung dalam entry yang akan datang. 

Oh ya untuk keseluruhan perjalanan hari ini kami bayar USD12 kepada driver tuk tuk. Berakhirlah hari pertama yang panjang di Siem Reap. Jumpa lagi dalam next entry InsyaAllah. Wassalam.




5 comments:

  1. sangkar buaya tu memang ade satu tempat je ke atau ramai orang yang bela buaya.. wonder pulak kalau2 sungai Tonle Sap/ floating village tu sebenarnye sarang buaya... huhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya bela kat situ, tapi kan secara logiknya habitat asal buata2 ni tonle sap la kot

      Delete
  2. cik z, berapa bajet perjalanan ye? ambik package ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budget seluruh trip ke untuk satu hari ni ajer ye? Actually kami datang sendiri2 jer ke Cambodia ni tapi bila sampai ke hotel kami pilih senarai package yg hotel dah sediakan termasuklah driver tuktuk nya.
      Untuk detail budget boleh refer entri http://hairanazitis.blogspot.com/2013/03/8-days-7-nights-backpacker-trip-kl-siem.html

      Delete
    2. driver tuktuk yg jemput kat airport tu mmg pihak hotel sediakan bila kita book hotel. kiranya macam free service gitu. best jugalah walaupun hotel kami sebenarnya biasa2 jer rumah ajer pun.

      Delete