Saturday 21 June 2014

Jom buat Tart Gulung yg rangup dan berbau harum

 

Salam semua. Sempena Ramadhan dan Syawal cik Z ingin kongsikan resepi Tart Gulung kegemaran cik Z ini. Resepinya simple ajer tak perlu timbang menimbang. Hanya gunakan secawan mug untuk menentukan kuantiti bahan2 yg diperlukan. 

Bahan-Bahan:

1 cawan marjerin planta
1/2 cawan gula halus/castor
1 biji kuning telur gred A
Sedikit perisa Vanilla
1 cawan tepung kastard
2/3 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya (ayak dulu)
jem nanas
1 biji kuning telur gred A + pewarna kuning telur untuk sapuan akhir

Cara membuatnya:
1. Satukan marjerin+gula+telur dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan sedikit perisa Vanilla
3. Masukkan tepung kastard + tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum secukupnya. Uli sehingga menjadi doh.
5. Gulunglah tart mengikut keselesaan anda.
6. Sapu kuning telur diatasnya.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit/sehingga masak.

Anggaran: 
130-140 biji tart gulung 

Selamat mencuba.

P/s: Untuk langkah demi langkah boleh lihat disini


Wednesday 18 June 2014

Cerita aku, Kopi dan Teh O

Assalamualaikum. Cik Z nak bernostalgia lagi. Memang betulla kata org2 tua dulu kala, semakin kita meniti usia semakin banyak kenangan yg ingin di ulang cerita dan di recall semula. Nampaknya kalau ada yg tertunggu kisah travel dari blog cik Z, terpaksalah banyak2 bersabar ya dengan harapan adalah tetiba cik Z pi travel memana dalam masa terdekat ni okay (tapi macam tak nampak bebayang pun ni he he).

Ini kisah cik Z, kopi dan teh O. Amacam catchy tak tajuk kali ni ha ha. Perasan betul kan. Sikit jer pun kisahnya tapi tak kiralah nak cerita juga. Alkisahnya, musim-musim panas melekit ni antara topik yg sentiasa menjadi perbualan debat makan tghr kami di Uni ialah "air apa yg paling sedap diminum". Makanya macam-macam jenis air lah yg disebut. Dan tetiba topik air kami bertukar menjadi "air apa yg paling suka diminum".  Hasilnya, kopi dan teh O mendapat tempat teratas dalam carta favorite kami.  

Persoalan seterusnya, "kenapa suka minum kopi dan teh O?". Eh dah macam buat research plak kan. Dari 1 soalan keluar soalan lain, he he. Macam gini la kalau calon2 pHd duduk satu meja. Adui pening agaknya kalau org terdengar kami borak. Dah macam research meeting jadinya. 

Secara umumnya, cik Z suka minum kopi dan teh O sebab kedua2 jenis air ni akan buat cik Z rasa bersemangat dan bertenaga bila lepas minum. Secara purata, cik Z memang akan minum secawan kopi/teh O setiap hari. Biasanya cik Z akan minum nescafe 3 in 1, tapi bila keluar jalan2 pi mana2 memang sangat suka minum ice coffee blended ataupun latte. Kopi O panas pun suka juga. Untuk teh pula memang cik Z lebih suka minum teh O panas berbanding teh susu. 

Soalan lain pula, "sejak bila cik Z suka minum kopi dan teh O? Personally, cik Z ni memang dibesarkan dalam keluarga yg sangat suka minum teh O panas. Tradisi keluarga kami ialah, mesti kena buat seteko air teh O panas setiap pagi dan petang. Jadi secara automatiknya semualah ahli keluarga cik Z jadi suka minum teh O. Jadi tradisi ini terbawa2lah pula sampai kemana2. Sampailah sekarang ni, walaupun duduk seorang cik Z tetap juga buat seteko air teh O bila rasa nak minum. Dan secara automatiknya bila minum teh O ajer mesti cik Z akan teringatkan keluarga di kampung. Very nostalgic gitu.

Kisah cik Z dan kopi pula agak unik. Kalau nak tahu, boleh dikatakan hampir semua adik beradik perempuan cik Z tak suka minum kopi. Tapi pelik kan, kenapa cik Z sangat suka pula? Kisahnya bermula lama dulu, tak ingat bila mulanya tapi masa tu cik Z masih dibangku sekolah rendah lagi. Alkisahnya, arwah mak cik Z memang sangat suka munum kopi O. Oleh sebab tak der sesiapa yg suka minum kopi, jadinya arwah mak akan buat secawan ajer biasanya kalau tetiba nak minum. Masa zaman sekolah rendah dulu cik Z memang selalu suka mintak minum air kopi yg arwah mak buat.

Bila naik ke sekolah menengah hinggalah ke zaman universiti, cik Z ada satu habit iaitu suka buat latihan sehingga waktu lewat malam bila balik ke kampung. Sebab biasanya waktu siang tu cik Z sibuk tolong apa2 yg patut kan. Dan arwah mak cik Z ni biasanya tersangatlah prihatin iaitu dia akan tunggu cik Z buat kerja walaupun sebenarnya dia dah ngantuk pun. Jadinya untuk hilangkan rasa ngantuk dia tu, arwah mak masih kekal dengan kegemarannya iaitu secawan kopi O panas. Lama2 cik Z pun makin suka dengan kopi O. Dan akhirnya cik Z dapat secawan juga he he, tak perlu la mintak2 lagi kan.

Tapi kan disebalik kisah secawan kopi panas yg arwah mak cik Z suka tu, ada satu rahsia yg lebih nostalgic dan memberi kesan ke atas cik Z sehingga hari ini. Rahsianya ialah (well sebenarnya bukan la rahsia dikalangan keluarga dan jiran2 kami), arwah mak cik Z sebenarnya tidak pernah bersekolah dan buta huruf. Bermakna walaupun selalu temankan cik Z buat latihan tapi arwah mak tak faham apa2 pun, tapi tetap cuba membantu dengan doa dan secawan kopi.  Kadang2 sampai tersengguk-sengguk dia tunggu sebelah cik Z. Hebat kan. Cik Z tak pasti ada tak ibu2 diluar sana yg sanggup buat seperti apa yg dibuat oleh arwah mak cik Z.

Jadi secara peribadinya cik Z rasa sangat terharu dan setiap kali buat latihan dan minum air kopi buatan arwah mak tu seolah-olah ada satu semangat luar biasa yg meresap dalam hati. Dan setiap kali itulah cik Z selalu berjanji dengan diri sendiri untuk sentiasa ingat pengorbanan mak sampai bila2. Tetiba mode sedih plak ni. Berkat doa arwah mak, Alhamdulillah cik Z menjadi seperti cik Z hari ini. 

Untuk pengetahuan pembaca blog ini, arwah mak cik Z meninggal dunia pada hari Ahad 6 Februari 2005. Hanya 3 bulan selepas cik Z menamatkan master degree dan belum pun dapat kerja lagi masa tu. Sehingga hari ini, jauh disudut hati masih ada rasa sedih dan terkilan. Tak sempat langsung cik Z nak membalas setiap pengorbanan arwah mak berjaga malam demi cik Z dulu2. Setiap kali minum kopi setiap kali itulah ingatan cik Z akan terbang kembali ke 10, 20 tahun yg dahulu. Saat gembira bersama arwah mak. Secara tak langsung, minum kopi akan buat cik Z rasa bersemangat semula.

Itulah dia secebis kisah nostalgia cik Z, kopi dan teh O. Anda pula bagaimana? Suka kopi ke teh O? Wassalam.


Friday 13 June 2014

Thesis writing: Bila nak mula tulis thesis?

Salam Jumaat. Ada yang bertanya cik Z, apa rahsia nak cepat habis tulis thesis. Ada juga yg bertanya bila masanya cik Z menulis sebab nampak macam selalu jer travel sana sini. Sebenar-benarnya tak der rahsia besar pun. Dan percayalah yg cik Z bukanlah buat kerja sampai tak tidur malam atau terpaksa balik lambat setiap hari. Biasanya rutin harian cik Z bermula jam 9 pagi iaitu bersiap2 untuk ke universiti. Dan kebiasaannya cik Z akan berada di universiti dari jam 10 pagi hingga 4 ptg sahaja. 

Kat rumah pulak, cik Z memang terlalu jarang stay up utk study (selalunya tak buat apa2 pun kat rumah kecuali tonton Kdrama/Kvariaty/surf internet/update blog/masak/kemas). Cuma adalah sesekali buat programming atau baca teori2 berkaitan research (kalau urgent), tapi tak der la sampai stay up terlebih. Biasanya jam 9-12 malam jer pun mata boleh tahan buat benda2 berkaitan research ni. 

Cumanya cik Z:

1. Faham dan jelas apa dia objektif kajian yg ingin dicapai seawal bulan pertama sambung belajar. Sebelum mulakan satu2 topik akan cik Z akan pastikan dulu yg objektif yg ingin dicapai boleh diukur atau sekurang2nya tahu apa yg perlu dibuat untuk mencapainya.

2. Ada thesis outline yg boleh dijadikan panduan setiap masa. Sentiasa update jika ada perubahan.

3. Telah mula tulis thesis seawal bulan kedua tempoh pembelajaran.

4. Tulis sedikit demi sedikit. Adakalanya cuma 1 ayat sehari.

5. Memastikan bagi setiap objektif yg dicapai, semua teori, analisis, dan cerita yg berkaitan dapat ditulis dalam bentuk thesis selewat2nya sebulan selepas objektifnya tercapai. Ini untuk elakkan penyakit lupa dan juga sebenarnya sangat membantu cik Z mengenalpasti ruang2 kosong yg belum selesai atau tidak dijangka sebelum ini.

6. Tulis/catat apa sahaja dapatan/analisis yg terfikir dikepala semasa research sedang dijalankan. Be confident dan jangan takut salah.

7. Multitasking. Sementara tunggu simulation study habis dijalankan, tulis dulu semua teori berkaitan dalam bentuk thesis.

8. Ongoing literature review. Sentiasa update jika ada perubahan atau penambahan teori/fakta baru.

9. Optimumkan masa di universiti. Kurangkan kebergantungan kepada media sosial. Personally, cik Z tidak aktif berfacebook dan tidak punya smart phone.

10. Agak kerap jumpa sv terutamanya pada tahun pertama dan kedua tempoh pembelajaran.

11. Gunakan word management (document map). InsyaAlllah cik Z akan tulis satu entry khas berkaitan ini nanti.

Amacam tak der yg aneh kan? Kunci utamanya ialah istiqamah sahaja. Jadinya cik Z percaya kawan2 yg lain pun Insyaallah boleh buat juga. Pendek kata sebenarnya cik Z telah menulis selama 2 tahun 7 bulan barulah first draft thesis dapat disiapkan.  Percayalah memang tak mungkin kot kita dapat siap tulis thesis dalam masa kurang 6 bulan. Kalau genius mungkin boleh la kot. Tapi kalau org biasa macam cik Z ni memang kena mula lebih awal. Almaklumlah bukan mudah nak menulis ayat2 saintifik ni lebih2 lagi dalam bahasa inggeris yg dah sah2 bukan bahasa percakapan kita. Nak-nak belajar dari kecil sampai lah ni kat dalam negara ajer.

Apapun tak semestinya apa2 yg cik Z kongsikan disini bagus dan sesuai untuk semua org. Akhir kata selamat menulis kepada yg sedang menulis thesis dan selamat berjaya kepada semua yg tengah pulun menyiapkan research. Untuk yg belum mula menulis, mulalah sekarang. Anda belum terlewat. Best of luck semuanya. Wassalam.


Wednesday 11 June 2014

Nostalgia 1998

Cik Z baru saja kembali ke KL dari kampung di Johor. Sempena cuti sekolah, kami sekeluarga sepakat mengadakan kenduri tahlil untuk arwah emak. Alfatihah untuk arwah mak. Hampir 10 tahun sudah arwah mak kembali ke rahmatullah. Bila dan bagaimana? Insyaallah akan cik Z kongsikan satu hari nanti. 

Untuk entri ini cik Z ingin kongsikan satu kisah menarik yg berlaku di kampung. Antara rutin wajib yg biasa cik Z lakukan bila balik kampung ialah menjenguk/memantau anak-anak buah buat kerja sekolah terutamanya untuk subjek matematik. Kalau nak tahu cik Z ni ada ramai anak-anak buah. 25 orang kesemuanya. Dari sekecil 6 bulan hinggalah ke 18 tahun umurnya. Ramaikan. Sampai nama pun tersasul2 nak panggil. Nama penuh dan tarikh lahir mintak maaflah memang langsung tak boleh nak ingat.

Alkisahnya, salah seorang anak buah cik Z baru saja naik ke tingkatan 4 tahun ini dan ambil subjek add math. Reaksi biasa setiap org yg belajar add math dah tentunya akan kata yg subjek ini sukar sekali. Cik Z juga tak terkecuali. Jangan tak tahu masa mula2 ambik add math dulu pun cik Z siap fail masa ujian penggal pertama. Dapat 19/100 markah jer masa tu. Punyalah macam tak percaya. Biar betul kan? Kata suka math. Masa tu kan rasa stress sungguh dan macam nak give up jer. Dah ler masa tu baru jer pindah ke sekolah baru dan cikgu pun tak kenal kita lagi.

Tapi Alhamdulillah sebab cik Z ni ada satu sifat tak mudah putus asa gitu2 ajer. Bagus juga kan gagal awal jadinya cik Z rasa macam dapat satu wake up call. Tak boleh jadi ni. Kena beri perhatian lebih dan banyakkan buat latihan. Bila tak faham, jer terus angkat tangan tanya. Dan hasilnya sungguh mengejutkan. Untuk ujian penggal seterusnya, cik Z berjaya mencatatkan sejarah peribadi tersendiri. Dapat A okay kali ni dengan markah hampir 90% dan yg paling best dah semestinya pemegang markah tertinggi seluruh tingkatan 4 (masa tu ada 3 kelas yg ambil add math). Bukan cik Z ajer yg terkejut, kira semua org terkejut la terutamanya cikgu add math cik Z.

Sejak itu cik Z tak menoleh ke belakang lagi. Alhamdulillah, setiap kali ada ujian setiap kali itulah cik Z berjaya mendapat markah yg tertinggi dalam subjek add math. Tahun 1998 menjelang SPM, cikgu add math kesayangan cik Z iaitu Ustazah Salwa Ramli membuat satu cabaran untuk cik Z. Kata Ustazah Salwa, "Dalam sejarah sekolah kita ni belum pernah lagi ada pelajar yg dapat A1 dalam add math, malah kalau kita tengok rekod perbandingan semua sekolah2 SMKA seluruh negeri Johor pun belum ada lagi yg dapat A1. Jadinya saya berharap sangat tahun ini akan ada sekurang2nya seorang pelajar kita yg dapat pecahkan rekod ini". Mungkin ada pembaca yg pelik kan. Tapi inilah realiti bagi sekolah asrama biasa macam kami. Kami tiada soalan ramalan atau cikgu penggubal soalan. Yang ada hanya impian dan semangat ingin mendapat yg terbaik.

SPM pun berlalu. Tahun 1999, masa nak ambil result. Cik Z masih ingat lagi masa tu kami kena ambil result kat pejabat sekolah. Paling tak boleh lupa, masa masuk jer kat ruang pejabat tu terus jer Ustazah Salwa pergi ke arah cik Z dan ucapkan tahniah sambil peluk cik Z. Oh macam mimpi okay. Rupa2nya mimpi kami jadi kenyataan. Alhamdulilah akhirnya ada yg dapat A1 dalam add math dan orangnya ialah cik Z he he. Lagi mengejutkan hanya cik Z yg berjaya dapat A1. 

Tapikan sebenarnya cik Z ni tak der la pandai mana pun sebabnya dalam 10 subjek yg diambil hanya math dan add math jer dapat A1. Kelakar jugala kalau tengok balik result SPM tu. Walaubagaimanapun, cik Z sangat bersyukur sebab atas nasihat Ustazah Salwa cik Z telah memilih kursus yg betul untuk masuk ke Universiti. Alhamdulillah tahun 1999 cik Z dapat masuk ke UTM skudai dan ambil Ijazah Matematik Industri. 

Masa mula-mula masuk UTM tu memang rasa sangat kerdil sebab hampir kesemua yg ada dalam kursus tu dapat SPM dengan aggregate bawah 10. Dan kalau tak silap cik Z lah yg dapat A1 paling sikit sekali. Tapi Alhamduliillah cik Z berjaya survive dan siapa sangka dapat jadi lecturer math pula sekarang ni.  

Oh ya balik semula kisah anak buah cik Z di kampung. Masa tolong tunjukkan jalan kerja add math kat anak buah tu, tetiba cik Z teringatkan 2 buah file add math cik Z yg masih tersimpan kemas dalam rak buku di kampung. Satu2nya file yg terlalu sayang untuk dibuang. Nostalgia beb. Ada banyak kenangan pahit manis disitu. 

16 tahun dah fail ni umurnya

Cantik lagi kan. Macam tak percaya ajer

  

16 tahun berlalu, sungguh tak sangka file kesayangan cik Z ini masih kelihatan baru. Yang jadi kelakarnya bila anak buah cik Z tengok tahun yg tertulis kat file tu. Bila dia tengok ajer tahun 1998, terlopong dia. Mana taknya masa tu dia pun belum lahir lagi. Siap tanya cik Z berulang kali betulker file ni dah 16 tahun usianya. Aisshh tak percaya ker dah sah-sah makcik dia ni dah tua he he mentang2lah macam awet muda  ha ha.

Apapun, nostalgia 1998 masih segar diingatan. Dan file2 itulah antara saksi langkah pertama cik Z untuk berjaya pada hari ini. Syukur juga masa tu belajar sepenuhnya dalam bahasa melayu jadinya memang mudah nak faham dan Alhamdulillah ilmu yg diperolehi masih ingat lagi sampai ke hari ini. Antara pelajaran penting yg cik Z dapat kutip ialah:

1. Jangan mudah putus asa.
2. Selalulah berfikiran positif. 
3. Tak pandai tak apa, yg penting rajin.
4. Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Kejayaan yg sekali bukan bererti berjaya untuk selama-lamanya.
5. Pilihlah kursus yg betul untuk ke universiti.
6. Jangan suka membandingkan kelemahan kita berbanding orang lain.
7. Beranilah melangkah ke hadapan dan membuat perubahan.

Moga kisah yg tak seberapa ini boleh menjadi inspirasi kepada sesiapa saja diluar sana. Wassalam.