Sunday 25 January 2015

Jom picnic di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing Kuantan


Air sungai yang jernih. Penuh batuan kecil. Langit yang membiru. Kat mana nak jumpa semua ciri-ciri ni kat Kuantan? Jom ramai-ramai kita ke kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing Kuantan. Tengok gambar pengenalan kat atas tu, wahh rasa teruja tak? Cik z percaya ramai orang Kuantan sendiri yang tak tahu pun kewujudan kawasan perkelahan ni sebenarnya. Kot-kot orang yang duduk kat Sungai Lembing tu pun mungkin ada yang tak tahu juga. Hi hi hi..

 

Kali pertama cik z datang kesini ialah pada tahun 2010.  December 2014 yang lalu, kali ketiga cik z jejakkan kaki lagi kesini. Alhamdulillah keadaannya masih sama. Airnya masih jernih cuma agak cetek mungkin juga sebab masa tu musim panas terik. Cuma yang kelakarnya 3 kali pergi pun 3 kali juga sesat barat. Bukan apa, sebenar-benarnya kalau dari jalan besar memang tak ada pun penanda arah nak pergi ke kawasan perkelahan ni. 

Secara dasarnya, tempat ni terletak kat tepi jalan sungai lembing di kawasan Sungai Kenau. Jika kita datang dari arah Kuantan, kawasan ni terletak di bahagian kanan. Tapi setakat ni cik z tak pernah lagi berjaya jumpa jalan masuk ke tempat ni dari arah Kuantan, ha ha bukannya apa, sebab tak de penanda arah tu yang terlepas ajer. Alih-alih drive dah sampai pun ke pintu gerbang pekan Sungai Lembing. Nak lagi haru dulu-dulu jalan masuk nak ke tempat ni ialah jambatan kayu, tapi baru-baru ni dah tak de jambatan kayu tu sebab dah upgrade jambatan batu. Bravo.

 
Jom mandi manda

Maaf sangat sebab untuk entri ni cik z tak dapat tunjukkan gambar jalan masuk kesini. Almaklumlah kita jadi driver so kena fokus gitu. InshaAllah lain kali kalau pergi lagi pasti cik z akan berikan gambaran yang lagi tepat nanti. Apapun untuk yg terasa-rasa nak datang kesini cara paling mudah ialah seperti berikut:

Dari arah Sungai Lembing : Cari jambatan gantung pertama selepas pintu gerbang. Area Sungai Kenau. Akan nampak satu jambatan batu menyeberangi sungai yang kecil. Lalu je jambatan tu dan terus masuk ke kawasan perkampungan dihadapan tu. Jalannya memang kecil dan muat satu kereta je sekali lalu. Jalan terus sampai nampak kawasan perkuburan. Kat depan kubur tu kita akan nampak satu papan tanda bertulis "Kawasan Perkelahan Pasir Kubur". Ok jalan ke depan sikit. Sampai sudah.

Kiranya, nama tempat ni sebenarnya datang dari nama kubur yang terletak bebetul kat tepi sungai ni. Dan juga seluruh kawasan perkelahan ni dipenuhi batuan kerikil kecil. Cumanya, tak de tandas kat sini untuk salin pakaian atau melepaskan hajat. Kalau bebudak tak pela kan boleh salin dalam kereta. Kalau yang tua-tua macam kita ni, duduk je la kat situ sampai baju kering hi hi hi. 

 
Perhatikan tahap kejernihan air sungai ni. Perghhh 

 
Dah puas main air, kita makan-makan plak ye.

Cik z perhatikan ramai yang datang sini memang untuk berkelah/picnic. Ada yang siap pasang kemah buat api dan ber barbecue. Ada juga yang memancing dan masak-masak kat sini. Perghh memang syok la kalau pergi dengan family atau rakan-rakan.

  

So apa lagi kawan-kawan? Kalau masih terpikir-pikir kat mana nak lepak dihujung minggu, apa kata cari tempat ni ya. Pergi sekali pasti nak pergi lagi. 

Panas panas... jom balik...hi hi.

Wassalam.

Tuesday 20 January 2015

Tempoh bertenang

Hai hai hai apa khabar semua? Nampaknya cik z dah dijangkiti penyakit malas. Lately balik rumah nak tidur je kerjanya. Kecianlah rumah maya ni terabai dia... Diam tak diam dah sebulan dah pun cik z kembali bekerja. Errr cepatnya la kan. Sejujurnya buat masa ini cik z masih lagi teraba-raba mencari arah atau mood terbaik. Masih lagi di gear 1 atau 2 jer kot.  Tempoh 39 bulan study leave rupa-rupanya sangatla lama, adakalanya menyebabkan cik z rasa lost/ hilang arah.

Setiap hari disini, terasa sangat berlainan. Jika 3 tahun dulu cik z tinggalkan uni dengan title senior tapi kini cik z rasa macam junior sangat. Suasana baru, wajah-wajah baru, cara kerja serba baru. Teknologi mengubah segalanya. Apapun cik z masih berusaha menyesuaikan diri. To survive in this lonely world, kononnya. Hi hi hi...


Oh ya, satu perkara yg menghantui pemikiran cik z buat masa ini ialah "how to survive as a lecturer with phd degree". Walaupun cik z masih belum berjaya lagi nak dapatkannya, tapi secara naturalnya kita semua tahu bukanlah mudah nak mencapai target sasaran kerja tahunan phd staff. The responsibility is double. Setiap hari bagaikan berada dihujung tanduk. Oh risaunya.

Sebulan lagi semester baru akan bermula. Perasaannya bercampur2 juga. Moga-moga teaching skills masih ok tak berkarat. Kalau dulu teaching is priority. Research langsung tak de. Tapi sekarang kena la pandai-pandai cari masa untuk research juga. Rela dalam paksa gitu. 

p/s: Waiting for everyone to comeback. Miss u all.

 
Ni antara kawan cik z di rumah hi hi.



Thursday 1 January 2015

Catatan pertama 2015


Pejam celik pejam celik.. dah pun menjelma mentari 2015. 2014 sememangnya tahun paling mencabar buat semua rakyat Malaysia. Cik z pun tak terkecuali juga. Jadi cik z percaya semua orang pun mengharapkan kehidupan yang lebih baik untuk tahun 2015 ni.

Sepanjang 2014 yg lalu, cik z langsung tak pergi travel kemana-mana destinasi luar negara. Nampaknya title travel blogger cik z memang dah tak boleh pakai dah. Passport pun elok je tersimpan rapi tak bersentuh. Harapnya untuk 2015 ni cik z akan berkesempatan travel kembali. Oh memang rindu sangat nak travel jalan-jalan lihat dunia. Err tapi bila dah kembali bekerja ni dah semestinya banyak faktor-faktor lain yg perlu diambil kira pulak. Moga-moga adalah peluangnya nanti.

Pencapaian peribadi terbaik cik z untuk 2014 ialah berjaya menyiapkan thesis. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya azam 2014 dah pun tercapai. 

Sebenarnya cik z juga banyak berdepan dengan situasi yg tak terjangkakan sepanjang tahun lalu. Walaubagaimanapun banyak juga miracle/keajaiban yg cik z alami. Syukur, dalam kepayahan ada juga sesuatu yg menggembirakan walau tak sebesar mana. Hoping for more happiness in 2015. Selamat tahun baru semua.