Wednesday 12 November 2014

Selangkah ke dunia PHD: Antara realiti dan fantasi

Melangkah ke hari-hari terakhir sebelum berakhirnya tempoh cuti belajar, cik z rasa ada baiknya cik z buat entri-entri khas berkaitan dunia Phd untuk rakan-rakan yang bakal dan sedang melanjutkan Phd. Sharing is caring, ye tak? Untuk kali ini, cik z ingin senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum kita melangkah ke dunia Phd dan sebaik saja kita memulakan Phd. Apa yang cik z kongsikan ini adalah hasil pemerhatian cik z semata-mata. Lain orang mungkin lain pula pendapatnyanya kan. 

Kenapa cik z gunakan istilah dunia Phd? Sebabnya, sebaik saja kita mendaftar masuk sebagai pelajar Phd, kita sebenarnya dah pun masuk ke dunia atau dimensi yang lain. Dunia yang penuh cabaran. Mental dan fizikal. Cik z percaya, semua orang yang pernah berada dalam dunia ini pasti akan pernah menangis sekurang-kurangnya sekali. Dan.. sebaik saja melangkah keluar dari dunia yang aneh ini, seseorang itu pasti akan berubah menjadi seseorang yang baru dan berbeza. Tak percaya? Jom cuba sendiri he he...


Antara Master by Coursework & Research dan Master by Research

Sengaja cik z mulakan diskusi ini dgn topik yg ini. Percaya atau tidak, cara/mode pengajian master kita sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara kita bekerja dalam dunia PHD. Contohnya, cik z dulu ambil master by coursework and research. Kelebihannya, cik z dapat banyak ilmu baru yang pelbagai. Jadi bila nak buat research tu ada banyak juga pilihan topik, he he tapi ada masanya sampai tak tahu pula nak pilih yang mana. Cumanya masa untuk buat research tu singkat sangat jadinya research yang kita buat tu tak terlalu in depth. Kesannya bila kita nak pilih tajuk untuk buat phd, err mulalah blur. 

Dari pemerhatian cik z, rakan-rakan yang ambil master by research pula mereka ni lebih fokus masa memula nak buat phd. Biasanya diorang akan buat topik yang sama untuk Master dan Phd. Ramai juga yang terus je sambung phd dengan sv yang sama. Mungkin sebab diorang ni dah ada aim topik apa yang nak difokuskan. Maksudnya dari awal master lagi diorang dah tahu hala tuju perjalanan research diorang. Dari segi pengalaman, dah semestinyalah mereka2 ni lebih berpengalaman dalam selok belok research. Kiranya bila buat phd tu macam "kacang" kot. 

Tapikan, kalau ada peluang balik semula kedunia master pun, InsyaAllah cik z tetap pilih master by coursework and research sebab cik z memang suka belajar sesuatu yang baru. Dan semuanya tu memang sangat berguna dan membantu pada masa-masa tertentu.


Dari Master, shortcut terus ke PHD?

Jika anda perasanlah, akhir-akhir ni ramai sangat pemegang Phd yang muda-muda belia. Bawah 30 an kebanyakannya. Ada yang belum pun 25 tahun dah pun dapat Phd. Tahukah anda, yang sebenarnya kita boleh convert Master to Phd? Ini memang short cut yang betul-betul shortcut tau. Caranya ialah, selepas setahun buat Master kita boleh mohon untuk convertkan Master kita tu ke Phd tanpa perlu habiskan Master. Macam biasa adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Tapi rasanya tak berapa susah nak dapatkannya sebab cik z dah saksikan ramai adik-adik junior yang berjaya buat permohonan ni. 

Tapi secara peribadi, cik z tidak begitu menyokong kaedah shortcut sebegini. Kenapa? Sebabnya cik z dapati ada adik-adik ni macam tak berapa nak "berdiri sendiri". Nampak masih terkial-kial gitu. Jadi pada pandangan cik z la ada baiknya kita dapatkan Master dulu barulah sambung ke Phd. Sebab sepatutnya bila kita di dunia Phd ni kita jadi independent dan dah tahu apa yang patut kita buat. Bayangkanlah kalau nak cari journal paper atau references pun masih nak tanya orang, tak ke tak bagus tu. Dunia Master tu sebenarnya sangat penting. Seolah-olahnya sebagai jambatan untuk kita mematangkan diri. Masa ni la kita belajar macam mana nak buat research dan menulis thesis. Start from zero. Jadinya pengalaman tu lah yg kita akan bawa pula semasa buat Phd nanti.


Kerja dulu VS terus sambung PHD

Topik ni memang banyak pro and cons nya. Dulu-dulu ramai yang akan kerja dulu beberapa tahun lepastu barulah sambung Phd. Tapi zaman sekarang ni memang ramai (hampir kesemuanya kot) akan terus sambung Phd sesudah tamatnya Master. Ye lah sekarang ni banyak pilihan sumber kewangan (contoh mybrain 15). Masa cik z mula-mula buat Phd dulu, agak terkejut juga bila ramai yg panggil kita kakak. Eh muda belianya lah kan semua orang.

Dalam kes cik z yang bekerja dulu baru nak sambung Phd, cabaran utamanya ialah masa nak cari topik dan mencari sv. Bayangkanlah dah bertahun-tahun kita tinggalkan dunia research, maka dah tentulah kita akan rasa sangat sukar. Teaching dan Research adalah dua bidang yang berbeza. Bukan mudah nak tukarkan momentum mengajar kepada dunia Research pula. 

Tapi jangan tak tahu yg sebenarnya ada banyak juga kebaikan bila kita dah kerja dulu ni. Kelebihannya ialah kita akan rasa lebih fresh dan bersemangat. Sebab kita tahu kita sedang memulakan kehidupan yang baru. Lagi satu kalau kita dah terbiasa dengan rutin bekerja, secara tak langsung bila mula buat Phd pun kita masih juga akan terbawa-bawa habit dan rutin yang sama. Contoh macam cik z sendiri, masih juga datang ke uni setiap hari dan sentiasa ada jadual kerja (research plan). 

Hasil pemerhatian dan soal selidik cik z ke atas rakan-rakan yang terus sambung Phd pula agak berbeza. Secara asasnya, diorang ni memang bermula dengan banyak kelebihan. Macam cik z nyatakan kat atas tadi, biasanya diorang ni akan sambung Phd dengan topik Research yang sama. Tapi percaya atau tidak yang ramai antara mereka-mereka ni tak berjaya nak habiskan Phd on time. Antara sebab yg diorang nyatakan ialah, hilangnya semangat nak buat research secara tetiba. Mungkin sebab tak ada rest kot. Eh buat research ni penat giler tau. Memerah otak hari-hari. Jadinya sesaper yang berjaya habiskannya secara on time tu memang hebat giler kot.


Memilih topik, Supervisor dan Universiti

Aduh.. ni memang step yang paling sukar kot. Serius boleh buat otak stress dan jammed. Kalau kita dah bekerja dengan mana-mana uni, lagilah stress. Sebabnya kita perlu juga ikut permintaan uni kita tu. Macam uni cik z, topik utama research pun tak boleh sama dengan orang lain kat dalam satu fakulti. Pastu kalau boleh mesti kena pilih uni luar negara pula. Dah pilih topik, sv, uni semua tu siap kena interview pula tu kat peringkat uni. Cik z ni kira miracle kot berjaya meloloskan diri buat kat UM ajer. Dalam hal ni, rakan-rakan yang tak de terikat dengan mana-mana uni mungkin lebih beruntung la kot.


Ada yang kata buat Phd ni lebih kepada "luck". How lucky we are. Dalam kes cik z, mungkin cik z ni berada dalam kategori "lucky" dari segi topik dan sv. Sebabnya walaupun cik z langsung tak kenal kedua-dua sv sebelum ni tapi bertuahnya cik z dapat sv macam diorang ni yang sangat membantu dari pelbagai sudut. Dari segi topiknya pula, walaupun cik z bermula zero knowledge, tapi Alhamdulillah berjaya juga menyelesaikannya. Masih terkenang-kenang lagi macam mana susah payahnya cik z nak menulis research proposal 4 tahun dulu. Dari segi uni pula, he he kalau boleh habis on time bila buat kat UM ni, memang miracle kot. Jadi pasrah ajerla yer.

 

Sepanjang berada dalam dunia Phd ni, cik z dah melihat dan mendengar bermacam-macam kisah jerih payahnya ramai orang. Ada yang tak bernasib baik dengan research yang diusahakan. Ada juga yang tak bernasib baik dengan sv. Jadinya cik z harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya cik z hanya diuji dengan kesukaran nak menghantar thesis.


Basic Knowledge in Research Area

Jangan takut cuba sesuatu yang baru. Believe me. Yang penting tanya hati apa niat kita yg sebenarnya. Kalau kita ikhlas nak mencari ilmu, InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalannya nanti. Tapi bila kita dah tahu apa yg nak buat tu, jangan la pula dah daftar masuk baru nak mula sepenuhnya. Ataupun saja bermalas-malasan dulu sebulan dua baru nak mula buat kerja ya kawan-kawan. Memang betul, kalau kita dah ada basic knowledge in the research area, dah tentulah perjalanan Phd kita akan lebih mudah. Tapi, tanpa usaha tak ke mana juga.

Sedikit tips untuk yang bermula dari zero, sebelum bermulanya semester pertama, cubalah cari sebanyak-banyaknya journal paper yang berkaitan dengan research area kita tu. Cari ajer dulu. Tak baca tak apa. Sekurang-kurangnya kita dah jimatkan sedikit masa mencari reference bila dah masuk nanti. Dan paling penting step ni akan bagi kita sedikit idea/gambaran tentang apa yang kita nak buat nanti.

 

Tips lain, bila masuk jer, cari pula semua buku-buku berkaitan di library atau rakan-rakan Phd lain. Boleh tanya juga kat sv. Please..., jangan sesekali minta sesuatu references tanpa kita usahakan untuk carinya terlebih dulu. Lepas tu, janganlah terus jump nak buat research atau terus je nak buat programming tanpa cuba memahami semua ilmu-ilmu asas berkaitan research area kita tu. Peruntukkan sekurang-kurangnya 2-4 minggu untuk baca dulu dan ambil tahu semua ilmu-ilmu asas ni dulu. Kalau rajin cuba senaraikan dan buat summary dulu.

Mencari References

Kemahiran mencari references ni memang penting juga. Cara paling asas dah tentulah google. Cara paling efektif pula ialah dengan menggunakan library database. Tapi macam biasalah kekadang tak semua paper yang kita nak cari tu ada kat database yang disediakan oleh library. Ada juga yang kena bayar pula. Bila dah cari-cari tak dapat barulah kita cuba tanya kat orang lain atau boleh juga minta tolong rakan-rakan dari uni lain tolong carikan pula. 

Lagi satu, kekadang kita hilang punca tak tahu nak cari apa dah. Makanya, cuba lihat senarai references yang orang-orang lain guna. Dan apa lagi.. carilah semua paper yang disenaraikan tu. Dah tu apa nak buat dengan references yang banyak-banyak ni? InsyaAllah next entry cik z akan kongsikan satu cara membuat summary literature reviews.


Programming Knowledge + Computer Knowledge

Setiap bidang research, sudah tentunya akan ada added knowledge yang perlu kita mahirkan. Sebagai contoh, programming knowledge. Sebelum mulanya semester pertama, pastikan dulu programming language or software apa yang kita nak pakai nanti. Tahap kemahiran kita menulis programming sangat mempengaruhi cepat atau lambatnya kita nak capai sesuatu objektif research. Sebaik-baiknya peruntukkanlah dulu sedikit masa 2-4 minggu pertama semester untuk bermain-main dengan programming language yang kita nak pakai tu.

Untuk computer knowledge ni pula, macam biasa kemahiran microsoft office word, excel, dan power point tu memang penting sangat. Dan lagi satu dari awal semester pertama lagi, teruslah decide nak writing thesis menggunakan medium apa iaitu samada nak guna word atau latex. Mulalah menulis seawal yang mungkin.


Spoon Feed VS Independent

Seboleh-bolehnya jadilah seorang yang independent. Cuba buat, fahami, dan selesaikan dulu setiap masalah tu sebelum pi tanya kat orang lain. Latihlah diri untuk berdiri sendiri dalam setiap topik. Sambil-sambil tu catit dan senaraikan apa yang kita tak tahu. Janganlah sesekali pi jumpa sv atau senior atau kawan kita tanpa persediaan. 


Comfy Workplace + Istiqamah

Ruang kerja yang selesa tersangatlah penting. Bayangkan, sekurang-kurang 3 tahun kita nak buat kerja kat situ. Kalau boleh biarlah tempatnya kekal, ada meja, kerusi, pc, fail2 dan buku bagai. Buat macam rumah sendiri pun tak per. Letaklah bunga ke, bantal ke. Janji selesa dan sejahtera. Bila dah ada tempat nak buat kerja (workstation), kenalah rajinkan atau wajibkan diri untuk datang dan buat kerja secara Istiqamah. Cari waktu terbaik untuk buat kerja secara berkala dan berterusan. Adatlah kalau tetiba rasa malas kan. Tapi kalau kita ada tempat kerja yang selesa, InsyaAllah rasa best jer nak datang dan buat kerja walaupun sedikit.


Persediaan mental: Be positive

Buat Phd ni kekadang kita akan rasa dalam "a lonely battle of war". Jadinya mental yang kuat dan positive juga sangat penting. Bila rasa stress carilah kawan untuk mendengar dan jangan tinggalkan research kita tu terlalu lama. Sebab kalau kita tinggalkan dia, ambil masa lama pula nanti kita nak cari mood balik dan nak recall semua perkara yang kita dah buat tu. Be positive. Kalau tak berjaya nak selesaikan sesuatu, cuba dan cuba lagi. 


Hobi + Masa rehat

Don't overwork. Relax-relax ajer. Cari hobi. Dan yang paling penting cari masa untuk rehat-rehatkan minda. Kalau waktu siang rasa macam dah banyak buat kerja, malam tu rehat-rehatkan diri ajerlah yer. Jangan paksa diri sangat. Nanti otak crammed.



Amacam pembaca semua. Boleh bayangkan tak macammana gayanya hidup dalam dunia Phd ni ya? Oh ya, keguguran rambut juga antara masalah yang biasa di hadapi oleh pelajar Phd. Cik z pun apa kurangnya. He he he. Side effect kot. Apapun, untuk yang sedang berfikir-fikir atau mencari-cari peluang menyambung pelajaran ke peringkat Phd, good luck cik z ucapkan. Bermulalah dengan semangat dan azam yang positive. InsyaAllah hasilnya positive juga nanti.



Monday 10 November 2014

Sepagi di Bukit Tinggi


Dah lama sebenarnya cik z teringin nak ke Bukit Tinggi. Kebetulannya hujung minggu yg baru lepas ni memang cik z free tak de apa nak buat, makanya keinginan cik z nak naik ke atas tu memang menggunung jugalah. Errr tapi nak cari kawan peneman pulak masalahnya... Tetiba plak semua ada ajer plan lain. Nasib jugalah ada Miss Bong yg sudi anjakkan plan dia ke hari Ahad.. (Thanks so much). Maka pagi Sabtu lepas, akhirnya berjaya juga cik z jejakkan kaki di atas sana he he. 

Pagi Sabtu tu sebenarnya kami dah agak cuak sebab tetiba plak hujan turun lagi. Walaupun tak lebat tapi macam tak ada tanda-tanda nak berhenti. Tapi sebab dah plan dan bersiap, maka kami teruskanlah juga drive ke Bukit Tinggi. Sebelum tu kami singgah sarapan dulu. Alhamdulillah, masuk jer highway cuaca cerah. Lega. Tak de jauh mana pun Bukit Tinggi ni dari rumah cik z. 1 jam ++ sikit jer. Mungkin sebab masih pagi jadinya tak banyaklah kereta yg nak naik ke atas ni.

Lepas bayar RM12 seorang, kami drive ke Botanical Garden dulu. Tak semena-mena hujan gerimis pula turun. Terpaksalah bawa payung mendaki anak-anak tangga ke atas bukit dari parking area. Nasiblah hujannya sekejap ajer. Dari parking area nak ke Botanical Garden ni sebenarnya agak jauh juga. Tambah-tambah pula kena mendaki kan. 10-15 minit juga nak sampai ke situ. Tarikan utama di sini ialah Japanese Village. Jom tengok apa yg ada kat sini.

Jom menapak ke Botanical Garden (Japanese Village)

Sampai ke hujung akan nampak papan tanda ni, ke kiri akan jumpa Japanese Garden, ke kanan akan jumpa Botanical Garden.

Kena turun anak-anak tangga ni untuk ke Botanical Garden

Botanical Garden
   
Botanical Garden

Botanical Garden

 
Seterusnya kami ke Japanese Garden. Yang ni kena naik anak-anak tangga plak.

Japanese Garden
   
Ada rumah teh kat sini

 
Nak pakai kimono pun boleh. Tapi kami jeling-jeling ajer hi hi.

Ini ajer ikan koi yg kami jumpa kat sini

  

Secara peribadi, cik z agak kecewa sebab Japanese Village ni macam tengah nak buat proses penyelenggaraan kot. Jadinya banyak laluan air yang kering kontang. Ikan-ikan koi pun tak banyak. Boleh dikira dengan jari je jumlahnya. Sebahagian kawasan juga ditutup.

Colmar Tropicale Village

Seterusnya kami drive pula ke Colmar Tropicale. Sebelum sampai ke sini, Miss Bong dah pesan siap-siap supaya tak terkejut dengan kecilnya kawasan tu nanti. Kata dia jangan haraplah nak rasa sama macam kat France he he. Okay-okay kita set in mind ya. Lega sangat bila cuaca cerah, redup jer. Colmar Tropicale ialah sebuah perkampungan ala Perancis. Memang betul, kecil jer pun perkampungan ni. Dari hujung ke hujung tu kurang 10 minit dah pun sampai. Dah datang sini, aktiviti wajib ialah ambil gambarla ye tak. Dah kami pergi berdua, makanya tak de la gambar berdua he he. Kami ambik gambar pakai phone ajer pun hari ni.

Dalam bangunan ni ada parking area

 
  

 
 
   
Oh ya cik z perhatikan ramai juga family yang datang dengan anak-anak gitu. Dengan bayaran sebanyak RM12 ni, cik z yang seorang pun rasa macam agak mahal dan tak berapa berbaloi. Kenapalah diorang tak buat charge by car kan? Tapi untuk yang teringin nak rasa macam dah sampai ke France dan Japan, bolehlah untuk suka-suka. Oh ya ada sesuatu yg kelakar. Masa kami sampai di Colmar Village, diorang kat sini buka lagu KPop la pulak...Err.. camner tu? Patutnya bukak lagu France la kan. Nasiblah lepas-lepas tu ada persembahan tarian tanggo dll. Tapi tak sanggup nak ambik gambar ha ha sexy sangat.

    

Selain hotel, ada banyak juga restaurant kat sini. Tapi harga makanannya ...err paham-paham ajer lah kan. Jam 12.30 tghr, perut pun dah mula berkeroncong. So apa lagi..jom baliklah. Sebelum tu sempat juga lah kami drive tengok-tengok kawasan animal farm dan golf course. Saja-saja cuci mata. dalam perjalanan balik tu, kami singgah makan kat Janda baik ajer. Dan sempat juga singgah ke Genting Sempah beli chestnut. Yum yum. Keluar jer dari Genting Sempah, hujan turun lagi. Oh syukur sangat sebab kami dah on the way balik. Tapi disebabkan hujan agak lambat jugalah kami sampai semula ke Kota Damansara. Alhamdulillah selamat pergi dan balik. 


Bye. Jumpa lagi.


Monday 3 November 2014

Counting Days

Kurang lebih sebulan ajer lagi sebelum cik z kembali semula bekerja. Menjelang bulan-bulan terakhir ni, ada-ada saja perkara yang tak terjangkau akal berlaku. Honestly, I never have an easy life. Kekadang tu terfikir "apa agaknya yang akan berlaku hari ni?" Tapi kalau tak berlaku apa-apa bosan juga kan? Ada sekali tu, seseorang cakap macam ni kat cik z, "Why so many things always happen to you?" Serius kekadang rasa macam hidup dalam drama plak. Ada plak yang kata macam ni kat cik z, "You watch too many Kdrama, so now you think everything is like a drama". Errrr... Pulak dah kan.

Mungkin ada yang perasan, akhir-akhir cik z jarang bercerita tentang perkembangan Phd. Bukan tak nak citer, cuma tak ada apa yg menarik nak dikongsikan. Status terkini (walaupun dah tinggal sebulan je lagi ni nak kena balik), thesis masih belum boleh dihantar lagi. Hu hu... Macam mana nak hantar, final research finding seminar pun belum buat lagi. Bila nak present. Ha yang ni pun masih ???? Entahla bilanyer. Big question here and there.

Alang-alang bercerita tentang dramatik life, jom cuba perhati dan nilai sendiri salah satu kisah yang berlaku pada cik z sepanjang beberapa bulan ni. Ada banyak juga kisah-kisah lain, tapi yang ni memang among the top list kot. Alkisahnya, cik z dah pun hantar 3 month notice untuk thesis submission pada 2 July 2014. Biasanya bila kita dah buat submission notice ni, sv akan hantarkan 1 cadangan nama internal examiner dan 3 cadangan nama external examiner kepada unit postgraduate. Dalam kes cik z, antara 3 nama external examiner ni, 2 ialah dari luar negara. 

Lepas sv hantar nama, kena tunggu masuk meeting pula. Meetingnya pula ada beberapa fasa dan hanya sekali setiap bulan. Yang stressnya ialah sebab tarikh cik z hantar tu bulan puasa kan, jadi lambat sangat tau nak tunggu next meeting. Akhir Ogos baru dapat masuk meeting rasanya. Dipendekkan cerita, selepas meeting ni kami dapat tahu yang salah seorang external examiner yg tempatan tu dah ditolak oleh ahli meeting sebab tak cukup syarat ISI paper. Maka secara automatiknya nama yang kedua telah diluluskan. Tapi kan... tetiba plak tak lama lepas meeting tu kami dapat tahu yang salah seorang external examiner ni meninggal dunia....Maka tak boleh nak buat apa, sv kena cari calon yg baru pula untuk masuk next meeting.

Calon baru berjaya dikenal pasti. Tapi...tetiba orang ni kena tarik diri plak sebab tanpa disangka-sangka dia disahkan menghidap kanser, dan kena pula buat rawatan chemotheraphy semua tu. Tak pasti la pula yang nama ni sempat masuk meeting ke tidak. Sebenarnya memang sukar bagi sv nak carikan external examiner untuk kita. Selain kena match dengan topik research yang kita buat tu, kena juga dapatkan seseorang yang dah ada banyak ISI paper dan bertaraf Prof. Dan kebetulan juga dalam masa yg sama ni ada 3 orang dalam group kami yang akan hantar thesis. Bayangkan mana nak cari tu?

Untuk semester-semester sebelum ni, ada beberapa calon yg kami kenal telah gunakan external examiner tempatan saja. Jadi untuk calon seterusnya, sv pun bagilah nama seorang prof tempatan. Sekali tu...rejected pulak. Dah la minute meeting lambat diedarkan. Tertanya-tanya gak la kami ni. Kali ni nak tahu apa reasonnya? Sebab yg ini ialah prof tempatan. Pulak dah. Habis tu orang-orang lain sebelum ni lepas ajer kan? Rupa-rupanya dalam meeting sebelum ni telah tertulis secara rasmi, hanya prof dari luar negara ajer tau yang akan diterima. Aduh kecian pulak rasanya Prof tempatan kita.

Calon seterusnya, sv dapat seorang associate Prof yang bersesuaian. Tapi mujurlah kali ni sebelum submit nama, dia pi tanya dulu kat p.i.c. Tak boleh juga rupanya. Nak Prof juga tu. Terkini (moga-moga memang betul yg terakhir), kami dah hantar satu nama baru dan sedang menunggu tarikh meeting yg dijangkakan minggu ini. Selepas meeting ni barulah pihak berkenaan akan cari pula tarikh untuk presentation. Nak dapatkan tarikh ni pun bukan senang sebab nak kena matchkan dengan masa kosong panel-panel yg terlibat nanti. Dah lepas present, barulah boleh submit.

Huhhh, amacam dramatik ke tak kisah cik z ni? Harapnya semua dapat diselesaikan sebelum Disember nanti. Kawan-kawan kat luar sana tolong doakan juga ya. Moga-moga selepas ini dilembutkan lah hati kesemua examiner dan untuk viva nanti cik z dapat laluinya dengan lebih mudah. Letihlah kan asyik nak berdrama ajer ni. Jumpa lagi...


Counting days.
Waiting for spring to come. 
There's  a war inside me. 
There's  an ice in my heart. 
Waiting for rainbows to appear. 
To burn away my sad memories. 
Help me help me. 
I can't breath smoothly. 
I feel like I'm trapped in a small box. 
Too dark too narrow. 
I wanted to run. 
I wanted to escape. 
There's a crossroad in front of me. 
Endless obstacles are waiting, perhaps. 
Feeling lonely and hopeless. 
Someone safe me. 
Here I'm crying and dying. 
Again, for a countless time. 
Waiting, waiting and waiting... 
While praying and hoping. 
While dreaming and wishing. 
For a better tomorrow.
I guess i need a miracle, right now.
1 November 2014, 12.47 am.


Saturday 1 November 2014

Pertama kali buat kek

Dua tiga hari ni, tekak terasa-rasa nak makan kek. Nak singgah beli kat Secret Recipe, kemalasan berganda-ganda plak. Lebih-lebih lagi sekarang ni bila petang ajer hujan, aishhh memang payah la nak menyinggah ke mana-mana. Kebetulan semalam petang masa pi cari barang-barang dapur kat kedai runcit dekat dgn rumah ni, ternampaklah pulak kotak tepung naik sendiri. Maka apa lagi terus je cik z ambik masuk bakul he he. Padahal resepi pun tak de lagi ni. 

Dalam kepala duk terbayang-bayang rasanya bahan yang lain-lain tu semua dah ada kot kat rumah. Sebab rasanya nak buat kek marble ajer ni. Macam konfiden ajer kan. Padahalnya, jangan tak tahu yg cik z ni memang seumur hidup tak pernah lagi buat kek sendiri. Selalunya cik z jadi tukang tengok dan tukang makan ajer. Pelik tak? Walaupun cik z ni suka masak, tapi satu-satunya masakan yang paling cik z tak berminat nak cuba ialah buat kek. Sebab utamanya, cik z rasa macam leceh giler kot nak baking ni. Nak timbang menimbanglah, pastu nak kena pukul2 telur semua tu. 

Oh ya dah kata tak pernah buat kek, dah semestinyalah cik z tak ade mixer kan. Kelakor tau. Dah balik rumah, barula teringat yang kat rumah ni tak de mixer dan penimbang. Oh ho macam mana ni yer? Maka bermulalah pencarian resepi diruang maya. Macam-macam jenis resepi ada kat internet ni. Pilihan cik z dah semestinya yang gunakan cawan ajer. Cari punya cari, jumpalah beberapa resepi yang bersesuaian, tapi ada ajer bahan-bahan yang tak ada kat rumah ni. Contohnya macam susu pekat dan ovellete. Eh mana ada benda2 tu. Ada juga jumpa satu resepi ni dia pakai susu cair tapi tak pakai majerin plak. 

Akhirnya petang ni, cik z dengan bersemangatnya dah pun membuat sedikit pengubahsuaian pada resepi-resepi yang ada dan hasilnya adalah seperti berikut. Cik z gelarkan resepi kek ni "resepi kek marble asal boleh ajer". He he ...

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin
4 biji telur
1 cawan gula halus/kastor
1/2 cawan susu cair
Esen Vanilla
2 cawan tepung naik sendiri (diayak dahulu)
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:

Masukkan marjerin, telur dan gula ke dalam blender dan blender kesemuanya sampai kembang. Masukkan pula susu dan esen vanilla. Blend lagi biar sebati. Tuang adunan dalam bekas. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati kesemuanya. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian. Campurkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan dan kacau sehingga sebati. Sapu marjerin ke sekeliling loyang 4 segi. Lapiskan adunan sedikit demi sedikit sehingga habis. Bakar adunan selama 50 minit dengan suhu 170C.




Dan hasilnya....



Yang menariknya, kek yang cik z buat ni hasilnya agak lembab dan lembut. Mungkin sebab guna susu cair kot. Dan...kek yang terhasil ni tak melekat langsung kat loyang. Seronok plak bila pertama kali buat kek, menjadi pulak tu. Naik sekata dan cantik ajer jadinya. Cuma bab coraknya tu maybe kena practice lagi la kot. Ngada-ngada kan, padahal orang lain tu siap cheese cake bagai pun tak hairan. he he...


Apapun, selamat mencuba. Khas untuk sesiape yang tak de mixer dan penimbang kat rumah ya.