Friday 19 April 2013

Mencari makanan halal di Cambodia

Kali ni cik Z nak bercerita tentang restaurant makanan halal yang terdapat di Cambodia. Jika anda bercadang nak ke Cambodia, jangan risau tentang makanan kerana terdapat beberapa restaurant/cafe halal yang boleh anda kunjungi sepanjang percutian. Walaupun harganya agak mahal berbanding di Malaysia (mungkin sebab kesukaran mendapatkan bahan mentah sprt ayam dan daging) tapi masih berpatutan dan anda mungkin tidak perlu membawa maggi atau instant food yang memberatkan beg. 

Di Siem Reap, kami menemui sekurang-kurangnya 4 buah restaurant makanan halal dan sempat makan di 3 restaurant berbeza iaitu D'Wau Restaurant, Cambodian Muslim Restaurant, dan Restaurant Haji Musa. Harga makanan disini seminimum USD4 seorang. 

D'Wau Restaurant terletak di Angkor Shopping Arcade, E09 National Road No 6, Banteay Chas Village iaitu berdekatan dengan Cultural Village. Cambodian Muslim Restaurant dan Restaurant Haji Musa pula terletak di Stoung Thmey Village iaitu berdekatan (satu jalan) dengan Guest House kami Siem Reap Holiday Garden dan juga Masjid Siem Reap. 

Kedudukan Cambodian Muslim Restaurant (B) dan Restaurant Haji Musa (C) dari Guest House kami, Siem Reap Holiday Garden.


Siem Reap Holiday Villa.

Hidangan Daging Lembu Naik Bukit yang mesti dicuba di Restaurant Haji Musa. Harganya USD9 sahaja utk 2 orang. Ada juga air teh O ais satu jug, sambal belacan yang pedas tapi terangkat sedapnya dan nasi puteh yang boleh ditambah. 

Nasi Goreng Lok Lak di D'Wau Restaurant. Harga USD4.

Nasi Goreng dan Sup ayam di Cambodian Muslim Restaurant. Harga USD11 untuk 2 orang. Sup ayam di Cambodia berbeza rasanya dengan Malaysia sebab diorang letak daun pudina bukan daun sup.

Seterusnya di Phnom Penh ada 2 restaurant halal yang sempat kami singgah iaitu Malaysia Restaurant dan Restaurant D'Nyonya Penang. Rasa makanan dan menu di Malaysia Restaurant sebenarnya lebih ke arah Cambodian style sebab tukang masaknya orang Cambodia walaupun owner restaurant ni ialah orang Malaysia. Makanan kat Restaurant D'Nyonya Penang pula sama rasanya seperti kita makan kat Malaysia, sedap dan banyak pilihan cuma harganya lebih mahal berbanding di Malaysia Restaurant. Malaysia Restaurant terletak di no 57, St 13 Phsar Chas District, Khan Doun Penh, iaitu berdekatan dengan Velkommen Guest House dan River Side Area. Restaurant D'Nyonya Penang pula terletak di lokasi strategik di No. 91Eo, St 126 Central Market.

Kedudukan Malaysia Restaurant (A) dan Restaurant D'Nyonya Penang (B).

Nasi Goreng Lok lak, Nasi Goreng USA dan Tom Yam Ayam di Malaysia Restaurant beserta air kopi susu. Air teh O diberi percuma. Harganya USD9.


4 comments:

  1. menyeget kepala skali mkn kena smpai 9usd

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9usd for 2 person. makanan halal kalau pi mana2 tempat kat oversea memang mahal sebab susah diorg nak cari supplier.

      Delete
  2. daging lembu naik bukit mmg superb! =D kan best kalau ade kat malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kan memang sedap sangat, sampai skrg duk teringat2 lagi

      Delete