Showing posts with label Rome. Show all posts
Showing posts with label Rome. Show all posts

Friday, 18 April 2014

Summer Trip Europe DAY 10: Rome-Athens

 

Summer Trip Europe DAY 10. Sabtu, 15 Jun 2013. Hari ini kami akan memulakan perjalanan ke Athens Greece, destinasi terakhir yg bakal kami singgah di bumi Eropah. Sekali lagi kami memilih EasyJet untuk terbangkan kami. Waktu penerbangan kami ialah jam 3.55 ptg dan dijangka tiba 2 jam kemudian di Athens (6.55 ptg waktu Athens). 

Ikut perancangan asal, konon-kononnya macam nak jalan-jalan kejap sekitar Rome sebelum ke Roma Fiumicino Airport. Tapi bila bangun pagi nampaknya mood malas telah berganda, jadi no more jalan-jalan. Going straight to airport saja kesudahannya. Jam 11 pagi kami dah pun check out dan jalan kaki ke Termini Station. No more sesat barat. Senang ajer rupanya nak ambik shutle bas ke airport. Tempat shutle2 bas ni letaknya kat bahagian tepi kanan bangunan Termini Station. Ada banyak pilihan shuttle bus. Naik jer la mana2 yg dah nak bergerak. Kali ni kami dapat bas yg harganya Euro4 ajer. Jimat Euro1.

 

Kat Roma Fiumicino Airport ni, ada satu terminal khas untuk Easy Jet sahaja. Lama jugak kami melepak kat sini sementara nak tunggu check in open. Bila dah masuk departure hall plak, no. gate untuk flight kami lambat sangat nak dikeluarkan. Memang lambat sangat, dah tinggal 20 minit sebelum masa berlepas barulah keluar kat skrin, pastu dia letak plak kat gate paling hujung. Maka panjanglah kami berbaris bila dah sampai kat depan gate. Siap delay lagi plak tu. Paling kesian ada sorang pakcik ni siap jatuh terjelupuk dan terkencing mungkin kaki dia kebas sangat berdiri lama. Kecoh satu airport. Oh kecian sungguh pakcik tu. Teringat lagi muka dia sampai sekarang.

Shuttle bus no X95 dari Athens airport ke Syntagma Square. Basnya panjang, rasanya macam 2 bas panjang yg disambungkan bersama.

Sampai kat Athens, dah jam 7 malam. Hari masih cerah, tapi matahari sebenarnya dah pun mula jatuh.  Atenas Eleftherios Venizelos Airport tak sibuk langsung. Kami mencari shuttle bus no X95 dari menuju ke Syntagma Square. Tiketnya perlu dibeli di satu kaunter khas kat luar airport, betul2 bersebelahan dengan tempat shuttle2 bus ni semua parking dan ambik penumpang. Harga tiket ialah Euro5. 

 
 

Bahasa dan tulisan utama di Greece ialah Greek. Pertama kali nampak tulisan Greek macam jakun jugaklah. Sepanjang perjalanan nak ke Syntagma Square, pantang nampak papan tanda leka kami cuba membaca apa yg tertulis. Bentuk muka bumi Athens sangat unik dan berbeza. Ada banyak sangat bukit bukau yg hampir kesemuanya togel macam tak de pokok. Wah tak sabar nak memulakan pengembaraan di Athens pula.


45 minit perjalanan, bas yg kami naik akhirnya berhenti kat satu jalan berbukit. Kiri kanan nampaknya ada banyak bangunan2 kedai. Pemandu bas bangun dan menyebut Syntagma Square. Oh dah sampai rupanya. Ingatkan Syntagma Square ni bus station, rupanya tepi jalan je pun. Turun dari bas, kami terus nampak ada deretan taxi kuning menunggu penumpang kat seberang jalan. Hari dah mula nak gelap. Cepat2 kami gi kat satu taxi dan minta hantarkan kami ke SOHO hotel di no. 25 Menandrou. Tak sampai 10 minit dalam taxi, kami pun sampai kat depan hotel yg dicari. Harga taxi Euro5.

Lobi SOHO hotel.

Urusan check in  mudah saja. Staf bertugas super friendly dan fasih berbahasa inggeris. Lobi hotel SOHO ni multiple function sebenarnya. Ada mini pantry. Air panas, kopi, tea, gula semua ada kat sini. Ada banyak meja2 dan kerusi disediakan untuk memudahkan penghuni makan minum kat sini ataupun untuk melayari internet. 

 
Suasana bilik kami. Sangat luas dan selesa. Harga bilik ni Euro25 satu malam.

Bilik kami terletak kat tingkat 8 kalau tak silap. Selain bilik yg luas dan super selesa, kami sangat sukakan view dari tingkap bilik kami ni. Dari kedudukan yg agak tinggi ni kami dapat lihat pemandangan Athens yg serius sangat unik. Bagunan-bangunan kat Athens ni bentuknya lebih kurang sama jer. Warnanya pun lebih kurang juga, yg mana hampir kesemuanya berwarna putih cream. Pokok-pokok pula hampir tak der yg besar. Jadi bila matahari memancar, pantulannya kat bangunan2 tu buatkannya nampak seperti lighting effect semulajadi. Paling menarik juga dah semestinya pemandangan matahari terbenam dicelah-celah gunung yg dapat kami saksikan sendiri selama 3 hari disini. 

Cik Z akhiri entri kali ini dengan deretan gambar matahari terbenam paling cantik yg pernah kami saksikan. 





Malam pertama di Athens kami makan maggi jer sebab tak larat nak mencari makanan diluar. Nasib juga pagi2 tadi kami dah bersarapan lengkap sebelum check out. Misi kami esok hari ialah mencari Acropolis. Jumpa lagi dalam entri seterusnya, Summer Trip Europe DAY 11: Athens.  Banyak sangat gambar-gambar menarik yg kami ambil di Athens.  Sampai tak tahu yg mana satu nak dipilih untuk dikongsikan kat dalam blog ni.  


Wassalam.

Saturday, 5 April 2014

Summer Trip Europe DAY 9: Rome




Amacam menarik tak gambar kat atas ni? Itulah dia monumen kebanggaan Rome, Colosseum yg tersergam megah beribu tahun lamanya. Ini kisah hari ke-9 penjelajahan kami di bumi Eropah. Hari ini, Jumaat, 14 Jun 2013, kami berada di Rome Italy. Genap sudah 2 minggu kami tinggalkan Malaysia untuk siri jelajah ini (termasuk Istanbul). 

Imbas kembali catatan terakhir dalam entri sebelum ini. Setelah bersusah payah, akhirnya kami tiba di Freedom Traveler Hostel sekitar jam 1.30 pagi, dan hanya dapat pejamkan mata sesudah subuh sekitar 3.30 pagi. Semasa check in, kami diberitahu yg free breakfast ada disediakan di restaurant yg terletak betul2 dihadapan hostel. Masa yg diperuntukkan ialah dari 8-10.30 pagi. Tapi yg kelakornya gara-gara kepenatan, kami dah tidur mati. Terus lupa yg sebenarnya kami tak makan apa2 pun malam sebelumnya. Sekali tersedar jer tengok2 jam dah 9.45 pagi. Oh tidak..., perut dah berkeroncong. Makanya macam lipas kudung kami basuh muka, gosok gigi, capai tudung, bersiap lebih kurang terus turun ambil kupon. 

Oh ya lupa nak citer tentang lift yg menakutkan ni. Ini ialah satu-satunya lift yg ada di Freedom Traveler. Cara nak gunakannya ialah dengan membuka dulu pintu lift itu dengan kunci khas yg perlu diambil di kaunter. Lift ini hanya digunakan semasa check in atau check out sahaja. Masa2 lain sila turun naik tangga ya. Mujur bilik kami tingkat 2 ajer. Yg seramnya lift ini open view dan materialnya hanyalah besi2 berjaring tu ajer. Bila dia bergerak, keluarlah bunyi2 macam nak putus...Eii seram plak bila ingat2kan semula. 

Pertama kali dalam sejarah hidup, pi tidur hotel, turun sarapan tak mandi he he. Tak pelah kan janji perut diisi. Kami suka sarapan yg disediakan di restaurant kecil ni. (Maaf gambar memang langsung lupa nak ambil). Hampir semua pelanggan dalam restaurant ini ialah penghuni Freedom Traveler. Yg pasti semuanya juga budget traveler. 

Sarapan ala orang puteh seperti biasa roti dan jem. Cumanya kat Italy ni roti yg dihidangkan serius sangat sedap dan agak besar. Ada banyak jenis roti, tapi setiap org boleh pilih 2 jenis roti yg berkenan dihati. Dah macam kedai roti la pulak. Semua roti2 ni dibuat fresh disini juga. Selain tu kita diberi juga 2 keping roti kosong yg agak keras dan boleh pilih air panas atau juice. 

Okay perut dah kenyang, masa untuk menjelajah Rome pula. Yg bagusnya hostel ni, diorang bagi siap2 map kota Rome kat setiap penghuni. Map yg disediakan ni memang pihak hostel sendiri yg buat dan semua maklumat penting ada kat situ. Contohnya kedudukan hostel, senarai attraction siap dengan lukisan bentuk sebenarnya serta sejarah ringkasnya, dan yg paling penting kedudukan attraction dengan subway paling dekat serta senarai laluan subway. Best kan. Senang kerja kami. 

Map of Rome yg dibekalkan oleh Freedom Traveler. Dengan masa yg agak limited (pukul 12 tghr baru kami mula jalan), hanya 3 attraction utama Rome menjadi pilihan kami hari ini iaitu Colosseum, Vatican City, dan Piazza di Spagna (Spanish Step), 

 
Ini keadaan platform salah satu subway Metro station di Rome (kalau tak silap yg ini ialah Termini Station).  Dari Termini Station, kami pilih blue line dan turun di Colosseo Station. Hanya 2 station dari Termini. Untuk tiket kami ambil 1 day pass berharga Euro6.


Keluar jer dari Colosseo Station, tak perlu susah payah jalan jauh2 dah. Terus jer nampak  Colosseum kat depan mata. Hanya perlu melintas jalan ajer. Lega.. lagipun tapak kaki cik Z memang tengah sakit ni. Masih terasa sakitnya walaupun sebelum pergi tadi dah tampal hansaplast.  


Antara souvenirs shop yg ada di sekitar Colosseum. 


Kami tak punya banyak masa untuk masuk ke dalam Colosseum. Jadinya apa yg kami buat ialah pusing keliling Colosseum tu ajer. Cuaca di Rome juga panas terik seperti MIlan dan Venice.


 
Antara sudut yg menarik.



Penat berjalan, kami lepak-lepak kat bawah pokok tepi2 tu. Nampak tak kat bawah pokok tu ada pasangan pengantin tengah buat wedding photo shoot.

Untuk view yg lebih variety dan jelas, boleh naik atas bukit tu ya. Sebab kaki cik Z sakit so hanya Fizz yg naik atas tu.

Sebelum balik kami sempat ambil gambar di sudut yg ini. Dari sini nampak jelas bentuk bulatan Colosseum. Keseluruhannya, walaupun hnaya berada di kawasan luar Colosseum, dalam 1 jam juga kami duk kat sini. 

Destinasi seterusnya ialah Vatican City. Dari Colosseo Station, kami naik subway ke Termini Station dan bertukar dari blue line ke red line, kali ni kami perlu turun di Ottaviano-S.Pietro Station. Perjalanan kali ini agak panjang. Gambar di atas ni ialah antara view pertama yg kami nampak selepas keluar subway station. Pokok-pokok kat lorong ni semuanya warna merah daunnya.

 
Dari Ottaviano-S.Pietro Station nak ke Vatican City ni bukan dekat rupanya. Jalan punya jalan tak sampai-sampai. Tapi yg bestnya sepanjang jalan tu banyak sangat kedai/butik baju/kasut/beg/jam/aksesori. Semuanya made in Italy.

Vatican City mula kelihatan. Tapi jangan tertipu ya. Jauh lagi sebenarnya.


Pintu masuk ke Vatican City. Dari kedudukan dalam gambar kat atas tu kena jalan 10-15 minit baru sampai kat depan ni.


Tiang-tiang besar yg mengelilingi St Peter's Square, Vatican City.


Vatican City ialah negara terkecil didunia.  Ini ialah St Peter's Square yg terletak di tengah-tengah Vatican City.


St Peter's Square. 
Kami pusing-pusing kawasan St Peter's Square ajer. 


Masa cari-cari jalan keluar dari Vatican City tu kami nampak beberapa org penghuni Vatican yg sebenar.


Ini bahagian luar Vatican City.


Tak pasti air apakah ini? Air minuman kot. Tapi memang kami ada jumpa beberapa tempat yg macam ni.


Okay destinasi seterusnya ialah Piazza di Spagna. Nak ke sini kena turun di Spagna Station (juga di blue line). 



Piazza di Spagna ni mujur sangatlah tak berapa jauh dari Spagna Station. Ini dia view yg kita akan nampak beberapa ketika selepas melangkah keluar dari Spagna Station.



Jalan ke depan sikit, disebelah kiri kita akan nampak deretan tangga-tangga tu. Inilah dia Spanish Steps.


Spanish Steps. Masa ni panas terik sangat, jadinya tak berapa nak ramai sangat org nak duduk atas tangga-tangga tu.




Jom kita cuba naik ke atas tu pula.

Ini view dari tengah-tengah Spanish Steps. Kat bawah tu ialah Water Fountain. Sekitar Piazza di Spagna ni ada banyak butik branded item. Contohnya macam kat lorong yg tengah-tengah dalam gambar kat atas tu. Kat kiri dan kana jalan tu ada Prada dan Gucci.

Ini view dari anak tangga paling atas Spanish Steps.


Ramai orang duduk mengelilingi water fountain ini. Siap ada yg main2 air lagi. Ada gak yg baling duit syiling ke dalam tu.


Seterusnya masa untuk jalan2 disekeliling Piazza di Spagna. Ramai org kan?


Kami menyelusuri lorong yg kat tengah2 tadi. 


Masa untuk cari makanan pula. Ada banyak pilihan restaurant kat lorong-lorong belakang sekitar Piazza di Spagna.


Tak tahu nak makan kat mana akhirnya kami pilih restaurant kat atas ni dan makan pasta. 


Lepas makan kami berjalan semula menuju ke Spanish Steps. Nampaknya dah makin ramai orang duduk-duduk kat tangga-tangga tu.

Pertama kali merasa musim Summer di Eropah, jenuh nak tunggu hari gelap. Balik semula ke Freedom Traveler dah jam 8 malam pun sebenarnya. Rasa macam dah lama kami berjalan tapi masih terang lagi. Berakhir sudah kisah hari ke-9 kami di Rome. Kemana kami selepas ini? Jumpa lagi kisah seterusnya nanti. Wassalam.