Monday 31 December 2012

Bila statistician buat joke di ICCS-12

Bertemu kembali. Kali ni cik Z nak kongsikan pengalaman pertama kali menghadiri international conference dan present paper di luar negara. Nama conference yang berlangsung di Qatar University Doha dari 19-22 December 2012 yang lalu ini ialah The 12th Islamic Countries Conference on Statistical Sciences 2012 (ICCS-12). 
 
Sekitar Qatar University
 
 
 
Lebih 80% peserta conference ini adalah mereka yang telah lama berpengalaman dalam bidang statistics dari serata dunia dan bolehla dikatakan yang kami ni antara peserta termuda dalam conference ini. Kenapa? sebab ada pesertanya telah pun berumur 70 malah 80 tahun. Memang terasa begitu kerdil berada disamping orang-orang hebat ni. Walaupun mereka-mereka ni hebat dan besar (prof2 belaka) tapi sangatla peramah dan tak lokek ilmu. Yang seronoknya statistician semua ni kalau berborak mestilah nak buat joke statistics, macam-macam word statistics keluar, kena plak tu dengan topik perbualan. Mula-mula tu blurla juga tapi lama-lama kami pun join sama ha ha. 

Kami semua dari malaysia. Barisan belakang: Dr Asma, Prof Habshah, wife Prof Shahjahan (Australia) , Prof Nor Akma. Barisan depan: Bong, cik Z, Siti. Masa ni tengah tunggu opening ceremony.

Perjalanan conference di luar negara sememangnya berbeza dengan Malaysia. Dari segi pengurusan dan perjalanan majlis, conference committee di Malaysia mungkin lebih bagus dan bersedia dengan kelengkapan dan bilik conference. Di sini hampir tiada pengumuman dibuat dari masa ke semasa membuatkan ramai peserta terpinga-pinga. Jika ada sebarang perubahan, hanya notis ditampal di pintu dewan utama. Bilik untuk paralel session pun tidak begitu tersusun dan peserta wanita terpaksa solat di bilik paralel session ini juga. Walaubagaimanapun, setiap peserta sangat bersemangat dan setiap sessi tak kiralah parallel session mahupun keynote session (ada 8) pasti ada soalan yang ditanya malah kekadang tu terpaksa dihentikan kerana tak cukup masa. Pendek kata sangat meriahlah. Tapi ni la yang buatkan cik Z makin kecut dan takut nak present. Nasib baiklah second day.
 
Coffee break di Doha. Biscuits dan cake yang sama dihidangkan pagi dan petang selama 4 hari. Serious rindu dengan mee goreng, nasi lemak dan kuih muih kat Malaysia.
 
 
Akhirnya hari kedua conference pun sampai. Serious berdebar nak tunggu masa present. Kebetulan masa sessi cik Z, ada 6 orang (asalnya 7) yang perlu present dalam masa 1 jam 30 minit. Secara purata seorang hanya ada masa 15 minit termasuk Q&A. Cik Z orang ke 3 dan sebab dah terlepas 15 minit present jadinya pengerusi tak benarkan sebarang soalan. Hanya seorang je peserta dalam sessi ni yang boleh ditanya soalan. Rasa ralat jugalah sebab kalau ada soalan sebenarnya lebih baik kan.
 

Bergambar bersama peserta dari Pakistan. Masa ni kami semua dah lepas present jadinya muka semua happy jer.
 
 
 
Gambar hari ketiga. Bergambar bersama Prof Ali (pengerusi ISSOS) dan Prof Sharawi. Dua orang Prof ni la orang pertama yang tegur kami di ICCS12. Sangat berterima kasih dengan mereka berdua sebab layan kami macam anak sendiri dan selalu sangat tanya kabar kami okay atau tak. Harap dapat jumpa lagi di lain masa. Prof Ali sangat suka bercerita tentang teori geografinya (boleh ke dia kata KL is in Jakarta, so cik Z kata Korea in Japan) dan sentiasa happy kerna katanya Happy is your choice. Prof Sharawi pula dah pun 70 tahun tapi selalu kata masih muda dan suka sangat buat joke tentang statistik. 
 
 
 
Parking lot di Qatar University semuanya ada khemah.
 
Posing depan masjid di Qatar University
 
Yang ni kat depan library. Uniknya bangunan kat Qatar ni semuanya warna cream kecoklatan dan berbentuk kotak.
 
Lebih 70%  peserta adalah lelaki, cuba tengok kat gambar tu.
 
Malam dinner di sebuah restoren di Doha.
 
Kesimpulannya memang menyeronokkan dapat berkenalan dengan ramai statistician yang hebat dan bersemangat. Harapnya satu hari nanti cik Z pun akan berjaya macam mereka juga Insyaallah. Lain-lain cerita tentang Qatar akan cik Z sambung di ruangan yang lain pula. Jumpa lagi.
 
 
 

Sorotan 2012 Harapan 2013

Salam semua, cik Z telah pun kembali ke Malaysia 28/12 yang lalu. Seriously rindu dengan makanan dan lifestyle di Malaysia. Terbayang-bayang sedapnya asam pedas, nasi lemak waima ikan kembung goreng, dan tak sabar nak baring di katil sendiri ha ha. Itulah kata orang tempat jatuh lagikan dikenang kan. Mungkin sebab perubahan cuaca dan kepenatan, 2 hari jugala cik Z demam, batuk, selsema, dan sakit satu badan. Alhamdulillah hari ni 31/12 dah pun sihat semula.  Kerja-kerja yang ditinggalkan sebelum ni pun nampaknya dah melambai-lambai. Tapi moodnya tak sampai-sampai lagi ha ha. Harapnya esok dapat mula semula dengan azam dan semangat baru sempena tahun baru 2013.
 
Cerita tentang tahun baru tak kan lengkap dengan azam baru. Tiada azam baru yang cik Z terfikir setakat ni. Cumanya berharap dapat buat lebih baik tahun ni dalam pengajian pHd yang dah pun masuk 15 bulan. Juga berharap sekurang-kurangnya 1 paper dapat masuk ke mana-mana ISI journal dan menghadiri 1 lagi international conference di luar negara (Europe hope so).
 
Sepanjang 2012, banyak juga pengalaman baru yang cik Z timba. Paling menarik cik Z dapat pergi ke Korea, Qatar dan Sri Lanka. Walau berbeza tujuan, namun semuanya menuntut kesabaran dan memberikan pengalaman yang tak ternilai harganya. Tahun ini juga cik Z telahpun melalui pengalaman Proposal Defend yang mendebarkan serta menghadiri 2 International Conference di Johor dan Doha. Ini juga dua pengalaman berbeza yang berharga.
 
Menjadi pelajar semula selepas 6 tahun bekerja juga banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi bila duk sorang-sorang je kat KL ni. Paling mencabar apabila terpaksa berurusan dengan berbagai pihak yang adakalanya menguji kesabaran dan menaikkan darah. Mujur tak kena darah tinggi. Ditambah pula dengan masalah-masalah sampingan lain seperti rumah, kereta, internet, telepon dan lain-lain yang tak sudah-sudah datangnya. Bayangkan bila telefon bimbit je 2 kali rosak dalam tahun ni, tmnet tak sudah-sudah bermasalah,  pindah rumah lagi, kereta plak asyik bocor sampai kena letak besen dalam kereta, dan macam-macam lagilah. Sampai satu tahap dah tak rasa apa-apa bila masalah timbul. Namun begitu, tetap bersyukur sekurang-kurangnya cik Z sering kali juga dipermudahkan dalam urusan pHd. Ye la bukan semuanya mudah kan.
 
2013 mungkin juga akan jadi tahun jalan-jalan lagi untuk cik Z. Jalan jalan juga tapi kerja tetap kena jalan ye. Jadi mulai esok kena kerja lebih keras okay. Untuk kawan-kawan yang sedang berjuang, selamat berjaya dan semoga kita dapat bertemu lagi dengan senyuman dan kejayaan. Untuk anak-anak saudara yang akan memulakan sessi persekolahan semula esok, belajarlah rajin-rajin ye. Tiada kejayaan tanpa usaha yang berterusan.
 
Wassalam.
 
 
 
  

2012 Year End Special: Favorite song of the year

Tak banyak lagu baru yang mesra di telinga cik Z sepanjang tahun 2012. Lagu-lagu kat bawah ni merupakan lagu yang paling kerap cik Z dengar dan masih belum jemu kot. Macam biasa most more to balad song.
  
     1.      Looking Back- Lee Seung  Gi
 
 
2.      Cold – Boohwal
 
 
3.      Dejavu – Shila Amzah
 
 
4.      Monster – Big Bang
 
 
5.      A Thousand Years – Cristina Peri
 
 
6.    Ajari Aku - Anuar Zain
 
 

2012 Year End Special: Favorite drama of the year

Rasanya ramai tahu yang cik Z ni memanglah peminat tegar K-drama. Sepanjang tahun 2012 ni cik Z hanya menonton K-drama secara online memandangkan kurang masa nak tengok tv. Yang bagusnya bila tengok online, kita boleh tentukan sendiri bila masanya nak tengok dan dapat plak tengok lebih awal berbanding di tv. Dalam banyak-banyak citer yang cik Z tengok tahun ni, list kat bawah ni lah yang paling menarik minat cik Z

1. Brain
 
SINOPSIS: Lee Kang-hoon (Shin Ha-kyun) is a neurosurgeon in his early 30s. He graduated from Korea’s most prestigious medical school with the best grades and completed his residency. Ashamed of his poor, uneducated parents, he has sworn since he was young that he will change his own fate. He chose neurosurgery, the least popular department, because there he can easily gain privileges by making connections with senior doctors. Seo Joon-suk (Jo Dong-hyuk), who was born with everything, is the person Kang-hoon despises the most and views him as his rival. Kim Sang-chul (Jeong Jin-yeong) is a caring, empathetic neurosurgeon professor in his mid-50s who acts as a mentor to Yoon Ji-hye (Choi Jung-won). Joon-suk likes Ji-hye, but she has feelings for Kang-hoon. The series takes a shocking turn when Kang-hoon learns that Sang-chul caused his father's death.  (20 episode)

My Comment: All time favorite. Dah tengok citer ni 3 kali tapi masih tak jemu melihat kesungguhan Dr Lee mengubah nasib hidupnya. Mula-mula memang tak suka dengan Dr Lee sebab arrogant dan perasan bagus, tapi memang dia bagus pun. Banyak adegan dalam citer ni boleh dijadikan panduan ataupun refleksi bagi semua kawan-kawan yang berada dalam bidang akademik terutama yang bekerja di university.    


2. Rooftop Prince

SINOPSIS: When Crown Prince Lee Gak is transported 300 years into the future to present day Seoul along with his three retainers, they believe that it is their duty to solve the murder case of the Crown Princess in order to return to Joseon. They land in the rooftop apartment of Park Ha, a cheerful woman in her mid-20s, who eventually believes the odd quartet's predicament and becomes their guardian. As Park Ha educates the four on life in the 21st century, Lee Gak comes across Hong Se Na, who seems to be the reincarnation of his wife. Taking on the identity of Yong Tae Yong, Lee Gak slowly begins to unravel the murder of Yong Tae Yong and in turn moves closer to solving the murder case of the Crown Princess. As he finds himself in love with Park Ha, he figures that maybe the Crown Princess was not so perfect after all...  (20 episode)

My Comment: Walaupun tak logic, citer ni sangatla kelakar dan menghiburkan terutama pada 10 episode terawal bilamana 4 orang pemuda dari Joseon dinasti datang ke tahun 2012. Memang haru jadinya.


3. Answer me 1997

SINOPSIS: This drama will focus on the extreme fan culture that emerged in the 1990s when idol groups took center stage and K-pop was blossoming. It tells the story of 6 former high school friends from a school in Busan who meet again in 2012 and brings back memories to 1997 when they were still high school students. Moving back and forth between the ’90s and today, the story centers on the life of Sung Shi Won (Jung Eun Ji), who idolizes boyband H.O.T., and her 5 high school friends. (16 episode)

My Comment: Simple story line tapi kelakar sangat. Boleh hilang tension tengok citer ni. Oleh kerana cik Z lahir tahun yang sama dengan watak utama dalam citer ni jadinya most latar belakang dalam citer ni cik Z memang tahu atau pernah tahu. Kiranya macam naik travel machine ke tahun 1997 gitu. Bringing back a lot of memories.
 

4. Ghost


SINOPSIS: A drama based on a cyber investigation squad. Kim Woo-Hyun (So Ji sob) is the only son of a high ranking police officer. Woo-Hyun entered the police academy ranked first and graduated from the academy ranked first. As a detective, he then joins the cyber investigation department. Woo-Hyun then works to reveal the secrets of those that hide within the cyber world. (20 episode)

My Comment:
Serious drama tapi addicted sebab nak tahu apa kesudahannya. Banyak sangat informasi menarik tentang cyber crime yang boleh dipelajari melalui citer ni.


5. Nice Guy


SINOPSIS: A classic melodrama involving betrayal, revenge, and romance. The story is about Kang Ma Roo (Song Joong Ki), who gave up everything for the woman (Park Si Yeon) he loves only to be betrayed by her. To get revenge on his ex-girlfriend, he uses her step-daughter and successor to Taesang Group, Seo Eun Gi (Moon Chae Won). Unfortunately, she suffers brain damage and loss of memory after a car accident, and now Kang Ma Roo works to fix everything that went awry because of his blind sighted revenge and ends up fally in love with Seo Eun Gi. (20 episode)

My Comment: Dah lama tak tengok melodrama sebab bosan la asyik nangis je kan. Tapi ianya tidak berlaku dalam citer ni. Brilliant story line by script writer dan the execution pun really great. Tak de watak yang asyik nak menangis dan setiap watak walaupun jahat tapi kita boleh kesian plak tengok diorang. Ha ha macam mana tu?


6. May Queen
SINOPSIS: A story about young people who were born during a time of development for the shipbuilding industry. In their journey, there are ambition and love, betrayal and vengeance, failure and success. Chun Hae Joo (Han Ji Hye) is a woman who pulls herself up from a harsh life and makes a name for herself in the shipbuilding industry. Park Chang Hee (Jae Hee) and Kang San (Kim Jae Won) are the two men who war for her love. (34 episode)
 
My Comment: Suka sangat latar belakang citer ni sebab pasal shipbuilding. Barulah tahu rupanya Ulsan di Korea merupakan salah satu kawasan shipbuilding terbesar di dunia. Honestly cik Z lebih suka lakonan pelakon kanak-kanak dalam citer ni dalam 8 episode terawal berbanding pelakon utamanya.


Tuesday 18 December 2012

KLIA-COLOMBO-DOHA

Salam semua. Cik Z bersiaran lansung dari Fuda Hotel, Doha Qatar. Alhamdulillah dah selamat tiba di International Airport Doha jam 9.15 pm (waktu Doha) ataupun jam 2.15 am (waktu M'sia). Sepanjang perjalanan hampir 24 jam ni banyak sangatlah dugaan yang terpaksa kami lalui. Sangat menguji kesabaran. Penat jangan cakap lah kan. Mujur juga ada wireless connection free dlam hotel ni jadi bolehlah cik Z buat beberapa urusan dan melayari internet. Sebenarnya tengah memikirkan kandungan slide presentation, tapi tetiba tepu so why not update blog dulu sebab masih lagi teringat-ringat pengalaman malam tadi yang tak berapa sedap dan menarik.
 
Pesawat Sri Lankan Air yang kami naik dari KLIA, view dari ruang menunggu.
 
 
Penerbangan dari KLIA berjalan lancar. Flight kami berlepas tepat jam 2.55pm seperti yang dijanjikan. Untuk penerbangan selam 3 jam 25 minit ni, flight kami kecil saja 6 penumpang 1 baris. Memang tak disangka flight kami penuh dengan penumpang. Ramai juga orang nak ke Colombo ye. Ruang dalaman Sri Lankan Air ini amat selesa dengan kemudahan tv/video/game, blanket, dan bantal.
 
 
 Lebih kurang 15 minit selepas penerbangan, lunch terus dihidangkan. Rezeki kami sebab preorder muslim meals so dapat lebih awal berbanding penumpang lain. Air masak, jus oren, dan tea or coffee pun ada juga.
 
Muslim Meals: Nasi goreng, kari ikan, salad, dan cheese cake.
 

Actually, ni hidangan nasi kedua kami hari ni sebab pagi sebelum bertolak dah makan nasi juga. Tapi habis juga, hu hu. Rasanya bolehlah diterima akal dan sedaplah juga. Lepas makan ingat nak tidur tapi tak boleh nak tidur. Cik Z memanng ada masalah sikit bab2 tidur ni sebab memang susah nak tidur. Sebab tak boleh tidur layanlah dengar lagu dan main game. Tv video depan kerusi cik Z ni plak ada masalah suaranya tak berapa jelas.
 
Akhirnya jam 3.30 selamatlah sampai di Colombo. Nasib baiklah 3 jam je transit kat sini, seriously bosan gila. Badan pun dah terasa penatnya. Tak ada apa yang menarik pun disini. Penat kami cari kedai jual air mineral tapi tak jumpa. So kehausan lah kami kat sana. Ada nampak free water tapi tak berani sebab tak confidence tahap kebersihannya. Walaupun kehausan kami sempat keluar masuk toilet 2 ke 3 kali sebab perut rasa tak selesa. Nasib baiklah toiletnya bolehlah dianggap bersih.  Jam 5.40 kami pun beratur ke boarding gate. Wow terkejut kami, sangatlah ramai umat manusia yang nak ke Doha nanti. Rasa-rasanya adalah dalam 350 orang ++ ramainya. Confirm flight kami yang kedua ni full juga. Flight yang ni saiznya memang besar 1 baris ada 8 orang (2-4-2) bagi economy class. Kemudahan yang ada sama seperti tadi.  Flight berlepas tepat jam 6.50 pm. Hujan lebat mengiringi penerbangan kami.
 
Macam flight yang pertama, kali ni pun kami dapat dinner awal. Still muslim meals dengan nasi putih, sayur dalcha, kari ayam, pasta dan orange span cream cake. Lepas dinner time lampu pun ditutup. Masalah nya puaslah cik Z cuba lelapkan mata tapi tak boleh tidur juga. Serious jealous tengok orang kiri kanan tidur nyenyak. 5 jam berlalu, flight tiba di Doha jam 9.15 pm.
 
Pengalaman nightmare kami bermula sebaik saja tiba di Doha Airport. Kat kaunter imegresen hanya cik Z yang lepas tanpa masalah, Bong kena scan muka lebih sekali sebab muka tak sama denagn passport, Siti pula kena scan lagi banyak kali sebab baru tukar passport baru. Lepas imegresen kami ke luggage claim. Nak tahu berapa lama kami tunggu bag? 2 jam. Diulangi 2 jam. Gila lama kan. Seriously rasa nak mengamuk. Dah la ramai sangat orang kat dalam airport tu. Lepas dapat bag, kami ke kaunter tukaran wang asing tukar USD ke QAR, dan terus ke luar airport untuk cari limosine taxi. Yang tak bestnya tak de official counter untuk limosine taxi yang macam kat KLIA yang bekupon tu. Yang ada cuma barisan panjang taxi berwarna hijau dengan drivernya berpakaian kemeja hijau. OK fine, daripada takut tertipu dengan ulat taxi kami naik je lah limosin ni seperti yang dicadangkan oleh seorang pekerka airport (org ni boleh cakap melayu).
 
Masalahnya driver ni tak tahu pula kat mana letaknya Fuda Hotel, terpusing-pusing dia cari padahal based on research sebelum pergi kami tahu ynag hotel ni memang dekat snagt dengan airport. Lepas lebih kurang 15-20 minit dalam taxi, akhirnya jumpalah juga Fuda Hotel. Memang dekat pun siap boleh dengar bunyi kapal terbang naik/turun. Yang buat kami rasa nak marah, bila driver tu tak ikut pun harga kat meter taxi. Harga yang kami kena bayar ialah QAR49 (sila kali 0.86 ke RM ye). Gila mahal kan.
 
Habis masalah taxi, kami pun pergilah ke lobi hotel. Kali ni macam nak gugur jantung kami bila pihak hotel kata kami tak de booking pun. Ya Allah biar betul dah la masa tu dah pukul 12 malam. Untuk rekod kami book 1 single room untuk first night dan 1 double room untuk next 4 night through agoda.com. Yang peliknya untuk double room tu recordnya ada. Lama jugalah kami berurusan dekat kaunter tu hampir 1 jam, akhirnya dapatlah juga 1 bilik. Tu pun puaslah bernegotiate sebab hotel macam tak nak bagi kami duduk 3 orang 1 bilik. At last mungkin sebab dah kesian dekat kami lebih-lebih lagi bila tahu kami dari Malaysia, dapat jugalah masuk bilik tu dan dapat juga extra towel and pillow. Alhamdulillah.
 
Pukul 1 pagi baru masuk bilik. Terus cuci muka dan tidur. Kalau kat malaysia orang dah nak bangun tidur kat sini kami baru nak tidur. Condition bilik hotel ni tak berapa ok sebenarnya sebab agak sempit  dan tak de kettle. Mujur internet connection okay. Kejap lagi kami nak keluar lunch, kena check out bilik ni dan check in bilik baru, and then kena hantar Bong ke Gloria Hotel dan pulun buat slide. Sebenarnya dah kelaparan ni sebab bangun pukul 6.30 am tadi kalau waktu Malaysia dah pukul 11.30 waktu lunch kan. Nasib jugalah bawa roti gardenia 1 buku. Habis terus dah ni. Kiranya keluar lunch nanti macam dinner dah.
 
Okay ini saja bebelan hari ni live dari Doha. Semoga urusan selepas ni lebih dipermudahkan Ameen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday 16 December 2012

Final Preparation to Qatar and Sri Lanka

Salam semua. Agak lama juga cik Z tak update blog ni dengan entry baru. Last week balik kampung 4 hari dan puaslah makan segala macam buah-buahan yang ada. Rezeki balik kampung kali ni, cik Z dapat makan durian, pulasan, rambutan, nangka dan pisang free of charge. Tapinya, balik je KL cik Z terus demam, batuk dan selsema 2 hari. Siapa suruh makan banyak sangat kan? Disebabkan demam banyak jugalah kerja-kerja yang tergendala.
 
Kebah je demam, terus masuk gear 5 tak de nak panas-panaskan enjin get ready to Qatar and Sri Lanka. Lepas finalise budget, cik Z pun pergilah ke Mid Valey untuk tukar duit, tapi nampaknya Qatar Riyal hanya ada 500QAR yang paling kecil, manakala LKR tidak ada langsung. So terpaksalah tukar duit ke USD sahaja. Nasib baiklah kadar tukaran RM-USD agak murah buat masa ni iaitu RM3.07 untuk 1USD pada hari rabu yang lepas. 
 
Cerita pasal conference, setakat hari ni slide presentation masih belum siap sepenuhnya lagi. Paling tension asyik kena betulkan slide especially yang ada equation bila tukar pc ke laptop. Laptop ke laptop pun boleh berubah juga sebab saiz screen tak sama. Macam ni bila nak siap kan? Lastly cik Z decide buat je lah terus kat laptop kecil lenovo tu cumanya memang agak payah dan leceh sebab segala-galanya kecil kan. Tapi bersabar je lah. Biar lambat asal selamat gitu.
 
Hari ni memang full jadual cik Z. Oleh kerana semalam gi kenduri kahwin Norly kat Jeram so hari ni lah baru ada masa nak kemas rumah dan basuh baju lagi. Banyak gak basuhnya padahal hari Jumaat pagi dah basuh gak. Paling malas nak buat ialah kemas beg. Nasib baiklah semua barang kecil-kecil yang nak dibawa cik Z dah ketepikan siap2 sepanjang minggu ni. So hari ni tinggal susun dalam beg. Tapi seriously memang banyak sangat kena bawa sampai tak muat 1 beg. Tu pun dah bawa baju cukup-cukup je untuk 11 hari. Siap ada yang recycle lagi. Dengan kasut leisure sport, jacket, neck pillow, makanan kering dll.
 
Bags are ready, but the presentation slide...coming soon
 
Esok, flight cik Z akan berlepas ke Sri Lanka jam 2.55pm dari KLIA. Penerbangan selama 3 jam 25 minit dan akan transit di Colombo untuk 3 jam dan sambung lagi flight lain selama 5 jam untuk sampai ke Doha. Semoga selamat sampai dan bersedia untuk conference. Okaylah ini saja untuk kali ni. Jumpa lagi.
 
 
 

Wednesday 5 December 2012

Seongsan Ilchubong Peak, Jeju Folk Village, dan Jongbang Waterfalls

Bertemu lagi di siri Korea Trip cik Z. Kali ni cik Z nak bawa kawan-kawan semua ke Seongsan Ilchubong Peak, Jeju Folk Village, dan Jongbang Waterfall.  Untuk pengetahuan, ini adalah entry terakhir cik Z berkaitan di Jeju Island.  Destinasi pertama selepas makan tengahari ialah Seongsan Ilchubong Peak yang terletak di bahagian paling timur Jeju Island.  Menurut ceritanya, selepas berlakunya letusan gunung berapi  lebih 5000 tahun yang dahulu, Seongsan Ilchubong Peak telah timbul ke permukaan bumi daripada dasar lautan. Di atas puncak setinggi 182m ini terdapat sebuah kawah gunung berapi seluas 600m dalam diameter yang dikelilingi oleh 99 batuan tajam . Dari jauh puncak ini kelihatan seperti sebuah  mahkota yang besar. Waktu paling menarik untuk melawat destinasi ini adalah sewaktu matahari naik (sunrise).  Entrance Fees yang dikenakan ialah sebanyak 2000w sahaja. Destinasi ini turut tersenarai dalam UNESCO World Heritage Sites.
Inilah dia Seongsan Ilchubong Peak. View ni diambil dari entrance booth. Laluan pejalan kaki disediakan sehinggalah ke puncak. Sebelah kiri luar gambar ni ialah lautan dan padang yang sebelah kanan tu tempat berkuda. Lupa pulak nak snap gambar kuda-kuda tu. 
Kami sampai disini lebih kurang pukul 1.30. Dari kawasan parking pengunjung perlu berjalan kira-kira 50 m untuk sampai ke entrance booth.  Masa ni panas sangat, almaklumlah summer kan matahari memang atas kepala lah. So terpaksalah cik Z beli satu lagi topi sebab topi yang beli semalam tertinggal kat hotel.  Cik Z beli topi yang paling murah harganya 12000w. Walaupun panas pelancong sangat ramai disini. Most pelancong yang cik Z jumpa adalah dari Jepun dan China. Warga Korea sendiri pun sangat ramai. Ada yang datang dengan family, kawan-kawan dan couple. Yang couple ni memang pelik la sebab yang perempuannya bolehla pula pakai hills nak panjat tangga-tangga ke puncak Songsan Ilchubong ni. Kagum betul. Cik Z yang pakai sport shoe pun semput. Nasihat cik Z untuk sesiapa yang berminat untuk mendaki hingga ke puncak pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai serta membawa bekalan air secukupnya. Ada 1 kedai jual air kat tengah-tengah laluan sebelum sampai kepuncak tapi mahal sikit lah. Walaupun nampak macam tak tinggi tapi kita perlukan sekurang-kurangnya 1/2 jam untuk sampai ke puncaknya. Kalau beginner macam cik Z ni memang sure lebih lah. Lebih 10 kali berhenti he heh.
Monumen ni terletak di hadapan entrance booth. Tercatat disitu masa melihat sunrise setiap hari sepanjang tahun. Jadinya sesiapa nak tengok sunrise kena  makesure datang waktu yang sesuai ye.
Lepas je bayar entrance fees, kami disambut oleh nyanyian tradisional yang mendayu-dayu dari sebelah kiri Seongsan Ilchubong Peak. Jalan sikit kira-kira 50 m ke arah lautan dan lihat kebawah rupa-rupanya kat sini ada haenyeo (“sea women”) ataupun female divers yang sedang bersiap sedia untuk menyelam tanpa memakai sebarang alat bantuan pernafasan. Lebih kurang 10 minit juga kami terpegun tengok keberanian diorang ni. Pelancong juga boleh turun kebawah sana melihat dengan lebih dekat dan membeli hasil lautan yang dikutip dengan tangan oleh penyelam-penyelam ni. Kami tengok dari atas je. 
 Bersiap sedia untuk hiking. View ini diambil disekitar padang. Kelihatan dibawah sana tempat letak kereta yang besar tu. Di belakang tu boleh nampak pantai dan langit yang membiru serta gunung ganang. Sangat cantik kan.
Berhenti rehat dicelah-celah rimbunan pepohonan hijau.
Berhenti lagi
Tengok ni cik Z kepenatan tapi belum sampai lagi ye.
Dah hampir sampai di atas puncak
Alhamdulillah sampai pun kat atas puncak. Inilah dia view dari atas Seongsan Ilchubong Peak. Sangat menakjubkan.
Ini ialah kawah gunung berapi. Tangga-tangga kayu disediakan untuk melihat sunrise. 
Lagi view dari atas puncak
Bukti selamat sampai pada ketinggian 180m.

Pengalaman mendaki hingga ke puncak Seongsan Ilchubong sememangnya sukar dilupakan. Sepanjang laluan kami seringkali menjadi perhatian pelancong lain kerana kami satu-satunya pelancong dari Malaysia yang ada disitu pada hari itu. Pelancong warga korea kebanyakan ramah mengucapkan "selamat datang" dan "apa khabar" kepada kami. Rasa sangat dialu-alukan. Bila turun kebawah tak sampai 20 minit dah sampai, masa naik tu punyalah lama kan. Jika berpeluang sampai disini lagi cik Z rasa nak melihat sunrise pula. InsyaAllah.

Pokok bunga ni ada merata-rata sekitar Jeju. Pelbagai warna putih, pink, purple, merah, kuning pun ada.

Next destination, Jeju Folk Village yang terletak kira-kira 30 minit dari Seongsan Ilchubong Peak. Jeju Folk Vilage Museum mengumpulkan 117 buah rumah dan facility tradisional korea. Setiap rumah dikategorikan kepada beberapa perkampungan antaranya Mountain Village, Hill-Country Village, Fishing Village and Shamanism Village. Kawasan seluas lebih 40 ekar ini juga sangat popular dikalangan pelancong yang ingin mengenali cara kehidupan masyarakat korea pada masa dahulu. Entrance fees yang dikenakan ialah 8000w. Jika anda peminat drama saeguk (historical kdrama) seperti “Jewel in the Palace” dan ”The Moon that Embrace the Sun” jangan lupa datang kesini ye sebab perkampungan ini memang antara lokasi penggambaran saeguk drama yang terkenal.

Pintu masuk ke Jeju Folk Village. 


Antara rumah tradisional yang terdapat disini. Budak baju merah tu tengah bermain satu permainan tradisional korea.

Lagi traditional house.

Patung dalam traditional house.

Pokok sayur-sayuran dan buah-buahan seperti cili, sawi, salad dan jagung ditanam disini untuk menghidupkan suasana kampung yang sebenar. Ayam, itik, lembu dan kambing pun ada juga.

Salah satu hobi orang korea ialah menyusun atau membentuk apa saja menjadi simbol love.

Bekas tembikar tempat menyimpan kimchi, chili paste dll.

Baju-baju tradisional yang boleh dilihat dalam drama saeguk.

Salah satu upacara tradisi yang dilakukan semasa majlis perkahwinan.

Zaman dahulu, puteri raja ataupun wanita dari keluarga kenamaan akan menaiki kenderaan ini yang diangkat oleh empat orang lelaki untuk pergi kemana-mana.

Poster drama "The Moon that Embrace the Sun" diletakkan di beberapa kawasan yang dikatakan tempat penggambaran drama tersebut. Sebenarnya banyak lagi poster drama-drama lain tapi cik Z tak tahu sangat yang lain tu.

Boleh minum air ni sejuk sangat.

Ini dia poster paling besar yang ada disini. Jewel in the Palace. Lama sangat dah kan cerita ni tapi cik Z masih ingat sebab ini adalah drama saeguk pertama yang cik Z tonton. Paling best sebab cerita ni menceritakan tentang kisah benar bagaimana heroinnya menjadi seorang tukang masak dan tabib istana. 


Kami spend lebih sejam disini sebab kawasannya yang luas. Penat jugalah jalan. Satu pengalaman menarik disini ialah bila mana cik Z ditegur oleh seorang datuk dalam bahasa korea yang mudah dan cik Z berjaya berkomunikasi semula dengan datuk tersebut juga dalam bahasa korea sampai terkejut datuk tu.

Destinasi terakhir cik Z di Jeju ialah Jeongbang Waterfalls yang terletak di Seogwipo. Lebih kurang 3km dari Feliz Telcon Hotel dan ½ jam dari Jeju Folk Village. Jeongbang Waterfalls adalah satu-satunya air terjun di Asia yang menghadap terus ke lautan. Pertama kali cik Z tahu berkenaan Jeongbang Falls adalah ketika menonton variety show 2D1N di KBSW.  Masa tu terus berazam nak ke Jeju Island.  Entrance fees yang dikenakan ialah sebanyak 2000w.  Selepas entrance gate pengunjung perlu jalan menuruni tangga  dan melalui timbunan batu-batu lebih kurang 5 minit.


Inilah dia Jeongbang Waterfalls.

View dari dekat. Beratur nak ambil gambar ni sebab ramai sangat orang.

Air yang jatuh dari Jeongbang Waterfalls terus mengalir ke lautan sana. Nak mandi pun boleh kat sini, airnya memang jernih.

Lagi view dari dekat.

View ni diambil dari tangga menghala keluar dari kawasan Jeongbang Waterfalls.

Kami tak dapat berlama disini sebab masa taxi tour dah pun terlebih 1 jam. Masa kami tinggalkan tempat ni jam dah pun pukul 5.30 petang. Berakhirlah trip 2 hari cik Z di Jeju Island. Untuk siri Korea Trip selepas ini cik Z akan kongsikan pula pengalaman di sekitar Seoul. Tunggu ye.

Iklan jap. Signature GD dan TOP dari BigBang. BigBang ialah duta Jeju Air, jadinya penuhlah gambar-gambar dan tandangan BigBang ada kat dalam Jeju Air. Pesawat belakang kami pun ada gambar anggota Bigbang yang dicat diatas badan pesawat, gila cool kan. So sesiapa peminat BigBang bolehlah cuba naik Jeju Air ya.


Jumpa lagi. Anyeong.