Thursday 30 May 2013

15 bulan menunggu

Salam semua. Cik Z nak kongsikan cerita gembira ni.  Nak tahu tak malam semalam cik Z rasa happy dan excited sangat sampai tak boleh tidur hu hu.

Kisahnya sebelum tidur semalam terbukaklah email. Sekali tu cik Z perasan ada email dari Chiangmai Journal of Science. Kalau nak tahu cik Z memang dah lama tunggu email dari diorang ni. Sebabnya 15 bulan yang lepas atau tepatnya pada 21 February 2012 cik Z ada hantar journal paper ke situ dan pada 23 February 2012 tu diorang respons cakap dah hantar untuk reviewer. Tunggu punya tunggu 6 bulan berlalu masih tak de respon. Lepastu banyak kali gak la cik Z re-email dan dalam banyak2 email tu cuma 2 kali je dia respon balik cakap masih under review.

Lama-lama rasa fed up juga dah la kali pertama tulis journal paper kan. Lagi-lagi bila memikirkan dah nak masuk 2 tahun dan syarat kena ada 2 paper ISI masih belum tercapai. Research yang tengah berjalan pulak dah terdrag berminggu-minggu sebab masalah simulation study yang terlalu lama nak keluar resultnya dan computer memory yang tak cukup. Wahh pening kan. 

Akhirnya email yang ditunggu-tunggu pun tiba malam tadi. Dub dab dub dap masa nak bukak. Sekali bukak je, tertulislah ayat seperti berikut:

I am pleased to inform you that your paper entitled: "A New Efficient Approximation for Concentration Parameter of Circular Data" has now passed through our refereeing procedure and has been accepted
for publication as a full-length paper without further revision.

Eh biar betul ni? Rasa macam mimpi plak. Serious tak percaya. Ada lah lebih 10 kali baca balik ayat ni samaada betul ke tidak. Alhamdulillah syukur tak terhingga. Sebab tak sangka penantian selama lebih 15 bulan akhirnya tak lah sia-sia. Paling lega, sekurang-kurangnya satu syarat lulus pengajian dah pun lepas dan boleh la tarik nafas lega dan tersenyum sikit. Terasa macam ada bateri yang dicharge semula dalam badan. 

Sejujurnya lepas setahun berlalu cik Z tak de letakkan harapan pun yang paper ni akan lepas. Tapi kuasa Allah kan. So kiranya travel trip minggu depan ni memang betul2 menjadi hadiah peribadi yang bersebab kukuh he he... Tak de la malu sangat dengan SV nanti. Mana taknye asyik jalan je kan. Walau diorang kata tak pe tapi sendiri mahu ingat la kan.

Apapun, lepas balik cuti ni kena gandakan usaha sebab masih jauh lagi perjalanan PhD yang perlu ditempuh.  Tak tahu pula apa lagi masalah dan cabaran yang bakal menjelma. Lesson learn dari peristiwa ni, tak rugi kalau kita bersabar dan menunggu sebab insyaallah pertolongan Allah itu akan datang bila tiba masanya.  Jangan berhenti berharap dan bermimpi. Sesuatu perkara yang diperolehi dengan penuh kesukaran itu lebih terasa nikmatnya dan lebih manis untuk dikenang.

Good Luck juga buat rakan-rakan yang lain. Cik Z doakan yang terbaik buat semua. Jumpa lagi. Wassalam.   

Rahmat Ujian-Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu




Wednesday 29 May 2013

Europe... kami datang

Sabtu ni (1 Jun 2013), insyaallah cik Z, Fizz, Adia and my SV akan terbang ke Istanbul, Turkey. Wahh jalan lagi ke? He he sebenarnya jalan-jalan tu sampingan je sebab tujuan utamanya ialah untuk present paper di ICAMM2013. Alhamdulillah ini conference ketiga yang bakal cik Z sertai sepanjang pengajian PhD yang dah nak pun masuk bulan yang ke-20. Sungguh pantas masa berlalu sedar-sedar dah hampir 2 tahun cik Z bercuti belajar. 

Untuk conference kali ni cik Z dapat giliran present hari yang terakhir (hari ke-4). Hu hu saje je kan nak tambah nervous. Tapi apa-apapun hari ni cik Z dah pun berjaya siapkan slide presentationnya. Yes happy sangat sebab nanti tak payah la cik Z bersengkang mata kat sana dan harapnya dapatlah present dengan baik dan dipermudahkan segalanya.  

Sebagai reward extra untuk diri sendiri selepas berpenat lelah memerah otak untuk research dan conference ni... cik Z hadiahkan diri sendiri travel trip to Europe selama 13 hari he he.. jangan jealous ye.  Rasanya inilah hadiah percutian termahal dan terlama yang pernah cik Z hadiahkan untuk diri sendiri sebab kalau nak tahu kosnya mencecah 13K-14K jugak. Pejam mata je la ni. At least dapat jugala merelaxkan otak yang dah nak jem dan tersumbat ni.

Untuk trip kali ni cik Z akan mengembara bersama Fizz yang pernah ke Korea bersama cik Z Jun tahun lalu.  Macam biasa semua itenary sepanjang 18 hari (termasuk 5 hari di Istanbul) kami rancang sendiri. Route kami ialah Istanbul-London-Paris-Milan-Venice-Rome-Athens-Istanbul-KL.  Macam nak pengsan gak lah buat semua pembelian tiket2 flight, penempahan bilik penginapan, dan cari semua attraction yang menarik. Semuanya terpaksa dibuat tergesa2 dan last minutes sebab permohonan kami untuk ke conference ni baru je lulus 3 minggu yang lepas. Lepas lulus tu barulah kami boleh buat gerak kerja tugas-tugas khas ni he he. Mujurlah ini bukan pengalaman kali pertama kami merancang trip.  Tapi lepas siap buat semua tu siap demam. Macam2 kan belum pergi dah demam.

Route kami ialah Istanbul-London-Paris-Milan-Venice-Rome-Athens-Istanbul-KL


Roughly, itenary kami macam kat bawah ni. Yang detailednya Insyaallah cik Z kongsikan lepas balik nanti ya.

1 Jun 2013: KL-Doha-Istanbul (Qatar Airways) 
6 Jun 2013: Istanbul-London (British Airways)
8 Jun 2013: London-Paris (EuroStar)
10 Jun 2013: Paris-MIlan (EasyJet)
12 Jun 2013: MIlan-Venice (ItaliaRail)
13 Jun 2013: Venice Rome (EasyJet)
15 Jun 2013: Rome-Athens (EasyJet)
18 Jun 2013: Athens-Istanbul (Turkish Airlines), Istanbul-KL (Qatar Airways) 

Route yang kami pilih ni pun sebenarnya bukanlah route asal yang kami plan. Rasanya ada lebih 10 kali juga kami revised kami punya route atas banyak sebab yang tak dapat dielakkan. Asalnya juga kami nak gi 3 orang dengan Siti sekali, tapi tetiba plak Siti tak boleh gi. Kecian dia tetiba ada banyak masalah bertimpa.  


Antara rujukan utama kami selain blog dan forum ialah buku Lonely Planet Europe on a Shoestring yang dah macam belacan kami kerjakan he he.  Buku ni pun kelakar gak ceritanya. 2 bulan lepas cik Z dan Fizz belilah secara online dekat bookdepository (UK based) sebab regenya lebih murah iaitu kurang RM40 berbanding beli kat MPH. Lepas 2 minggu, buku Fizz dah sampai kat Kuantan, yang cik Z punya tunggu sampai sebulan pun tak sampai lagi padahal kat KL ni. Nasib baiklah boleh dapat balik refund. Akhirnya terpaksa juga cik Z beli yang MPH jual. 

Sepanjang minggu ni memang tak senang duduk. Oleh sebab kami pergi ke Conference dan sambung plak dengan bercuti so banyaklah kerja-kerja yang nak di settlekan. Nak kemas barang pun macam kelam kelibut gak sebab pening nak pikir nak bawak baju apa yang sesuai untuk conference dan jalan-jalan. 

Okaylah, sampai bertemu lagi untuk entry seterusnya. Doakan perjalanan pergi dan balik cik Z selamat dan dipermudahkan ya. Wassalam. 


Sunday 19 May 2013

Sukakan cabaran? Mari rancang sendiri trip percutian ke luar negara

Ramai yang suka melancong. Lagi2 sejak adanya Air Asia, now everyone can fly.. he he. Nak ke luar negara pun tak de la rasa mahal sangat.  Ada yang kata melancong ni hobi yang mahal. Mungkin ya mungkin tidak. Jawapannya terpulang kepada bagaimana anda merancang percutian tersebut serta berapa budget yang anda mampu sediakan.

Sebenarnya ada banyak pilihan percutian yang kita boleh pilih mengikut budget. Jika kita langsung tak de masalah budget boleh je pilih mana2 iklan tour yang tersedia. Sesetengah orang memang lebih suka melancong menggunakan perkhidmatan tour guide yang mana semua itenary termasuk penginapan dan tempat makan telah ditentukan. Tinggal pilih mana berkenan, bayar dan ikut saja. Pilihan tour pun ada banyak mengikut budget. Biasanya kalau ikut tour guide macam ni mestilah by group. Lagi ramai lagi murah. Yang bagusnya kita tak perlu penat2 pikir mana nak duduk dan nak buat apa, cuma biasanya kalau tourguide macam ni tentulah kita perlu ikut sepenuhnya arahan yang diberikan oleh tour guide. 

Ada juga yang suka ikut rombongan cik Kiah pergi dalam kumpulan yang ramai dengan seorang dipilih sebagai ketua. Biasanya kalau buat macam ni kita dapat kurangkan budget penginapan sebab bilik untuk 3 orang atau lebih adalah lebih murah berbanding single atau double room. Cumanya lagi ramai lagi pening dibuatnya almaklumlah banyak kepala kan. Ramai juga yang sukakan percutian ala backpackers yang biasanya memang lebih murah dan sesuai untuk mereka yang tak de kekangan masa atau tak kisah dengan perjalanan yang panjang dan mencabar.

Sebenarnya jika anda sukakan cabaran, inginkan pengalaman unik serta kepuasan yang lebih seperti cik Z, anda boleh merancang sendiri percutian ke luar negara dengan budget yang mampu diadakan Insyaallah. Macammana caranya? Bolehlah cuba TIPS berikut ya. Selamat mencuba.


1. Tentukan mode percutian

Perkara pertama bila nak bercuti tentulah memilih destinasi. Ada banyak jenis percutian yang kita boleh pilih seperti backpackers, sightseeing, shopping, tracking, island/beach, hystorical sites, alam semulajadi, dll.   Salah satu cara nak jimatkan budget ialah dengan memilih destinasi percutian yang menawarkan banyak attraction percuma tanpa entrance fees.  

Lagi satu cara nak jimatkan budget ialah dengan menggabungkan beberapa negara yang dekat dalam satu perjalanan. Jadinya sebelum beli tiket penerbangan, luangkan sedikit masa melihat peta atau googlemap


2. Beli tiket kapal terbang


Lepas dah tentukan destinasi, kita kena beli tiket kapal terbang plak kan. Kalau anda rajin memantau promosi syarikat penerbangan seperti Air Asia dah tentu anda boleh dapat tiket murah. Most syarikat penerbangan memang ada buat promosi setiap tahun, so rezekilah kalau dapat terbeli tiket masa promosi.

Tapi macammana pulak kalau kita dah ada tarikh dan destinasi yang sesuai nak pi bercuti tiba-tiba tak de plak promosi? Wah pening kan. Jangan risau anda boleh saje mencari tiket termurah dengan melayari www.kayak.com. Caranya mudah saja, masukkan destinasi dan tarikh, selepas beberapa saat sistem carian website ini akan menyenaraikan semua penerbangan yang ada pada tarikh tersebut mengikut harga. Kalau nak susun ikut syarikat penerbangan ataupun jumlah transit pun boleh juga.  Lepas dah puas hati dengan apa yang dicari kita boleh terus click kat link yang diberikan untuk beli tiket. Biasanya ada beberapa link yang diberikan. Cara paling selamat ialah beli terus dari  link syarikat penerbangan yang dipilih bukan dari second party.

Salah satu kelebihan www.kayak.com ialah kita boleh pilih multiple destination. Jadinya kalau kita bercadang nak pergi dan balik dari negara berbeza, kita ada banyak pilihan bergantung budget peribadi yang ada.  Sebenarnya ada beberapa lagi website yang menawarkan perkhidmatan yang lebih kurang sama macam www.kayak.com tapi cik Z dapati website inilah yang paling user friendly dan memaparkan maklumat yang paling lengkap.

Sedikit lagi tip untuk jimatkan budget ialah dengan tidak memilih untuk terbang pada hari Jumaat kerana tiket pada hari Jumaat adalah lebih mahal berbanding hari-hari yang lain. Harga tiket juga berbeza mengikut hari atau musim. Kalau boleh semak dulu harga tiket pada  tarikh2 lain yang berdekatan mana tahu kita boleh dapat tiket yang lagi murah.  


3. Buat tempahan hotel

Seterusnya, macammana nak pilih accomodation/penginapan yang sesuai mengikut budget. Senarai berikut merupakan website yang boleh anda layari untuk membuat tempahan hotel/hostel/guesthouse. 


Kesemua website ni ada sediakan maklumat bergambar serta review mengikut percentage. Nak pilih hotel yang mana memang la makan masa dan leceh sebab kita kena baca dulu semua review serta pastikan lokasi hotel yang dipilih selamat dan kalau boleh dekat dengan tarikan pelancongan (Ini salah satu cara nak jimatkan kos pengangkutan). 

Untuk jimatkan budget, hostelworld dan hostel.com adalah pilihan terbaik. Website ini menyenaraikan hostel, guesthouse dan hotel yang berharga murah. Untuk 2 website ni kita perlu bayar 10% harga bilik yang dipilih. Bakinya perlu dibayar semasa check in.  Jika kita gagal check in, harga bilik untuk 1 hari akan ditolak terus dari credit card kita. Harga bilik juga dikira secara perseorangan. Maksudnya kalau kita pergi berdua jangan lupa letak jumlah 2 orang. Antara 2 website ini, hostelworld rasanya lebih best sebab kita boleh buat perbandingan hostel best out of 5 dalam masa yang sama. 

Tapi tak semua negara ada hostel atau guest house. Contohnya masa cik Z pi ke Doha dulu cik Z terpaksa guna  agoda. Agoda ni pun banyak gak promosinya. Cumanya kalau guna agoda ni kita kena bayar terus harga bilik yang dipilih sebab dia style kupon promosi.  Yang bagusnya kita boleh cancle out tempahan yang dibuat sekurang2nya sehari sebelum pergi, dan bayaran penuh tu akan dipulangkan semula.   

Cara lain yang ada ialah dengan menggunakan booking.com.  Kalau guna website ni, kita tak perlu bayar apa2 tapinya jika kita gagal check in, harga bilik untuk 1 hari akan ditolak terus dari credit card kita. Pilihan lain yang ada ialah airbnb. Yang ni sesuai untuk mereka yang nak rasa pengalaman homestay diluar negara. Kalau pergi dengan family bolehlah cuba cari mana yang berkenan kat website ni. 


4. Merancang itenary dan anggaran budget

Merancang Itenary dan membuat anggaran budget boleh dijalankan serentak. Caranya seperti berikut

i) Senaraikan attraction yang ingin dilawati. Catat entrance fees yang dikenakan (jika ada) bagi setiap attraction
ii) Susun itenary mengikut lokasi. Letak attraction yang dekat2 pada waktu/hari yang sama.
iiI) Cari cara macammana nak pergi ke hotel dan setiap attraction. Letakkan semua option yang ada. Catatkan harga bagi setiap option. Pilih option yang sesuai mengikut budget atau yang mana yang lebih mudah.
iv) Jangan lupa letakkan emergency cost.
v) Masukkan juga budget untuk souvenir dll.


5. Background Check

Sebelum pergi jangan lupa baca latar belakang negara yang kita nak gi. Lain negara lain peraturannya. Kalau rajin cari sekali waktu solat supaya mudah kita sesuaikan dengan itenary yang kita dah buat.  Cari juga anggaran suhu dan cuaca supaya kita lebih bersedia dengan baju yang sesuai.  Kalau terlebih rajin boleh juga cari kat mana nak solat, arah kiblat dan senarai kedai makanan halal. Kalau gi negara yang susah nak cari makanan halal, ada kemungkinan kita kena bawa bekalan makanan kering dari Malaysia.  Jadinya kalau kita dah cari lebih awal, senanglah kita nanti.


6. Buat checklist barang yang perlu dibawa

Akhir sekali sebelum pergi jangan lupa buat checklist barang yang perlu dibawa. Sesetengah barang mungkin nampak remeh tapi kalau tak dibawa masalah plak nanti. Contohnya panadol, minyak panas, kompass, lampu picit dan sos.  


Semua maklumat yang cik Z kongsikan disini adalah hasil pengalaman sendiri yang tak seberapa. Nak ikut boleh, tak nak ikut pun tak apa. Mungkin pembaca lain ada idea yang lain pula. Boleh juga kongsikan sekali kalau tak kisah. Apapun, jika punya masa, wang, dan peluang cubalah melancong. Bukan untuk bermegah-megah tapi untuk berjalan, bermusafir, melihat kebesaran Tuhan, dan membuka minda. Wassalam.


Mirwana- Hikmah Kembara

Disini kau berdiri
berpijak dibumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan 
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yang setia



Wednesday 1 May 2013

Pnom Penh - Ho Chi Minh - KL

Khamis, 7 Mac 2013. Hari ini kami akan meninggalkan Phnom Penh menuju ke Ho Chi Minh, Vietnam. Tepat jam 8 pagi, kami dijemput dengan van ke terminal bas bagi menaiki bas VIP express Sorya 168. Tiket bas ni pun kami beli dari GH dengan harga USD12. Sarapan pagi kami hari ini sekadar air kosong dan biskut kering serta coklat memandangkan tiada cerek disediakan dibilik kami. Alhamdulillah kondisi bas kali ini nampaknya lebih baik daripada bas yang kami naik dari Siem Reap kelmarin. Bas yang kami naik kali ini adalah bas 2 tingkat dengan kerusi VIP dan ruang antara kerusi yang lebih luas. Semua beg kena letak kat tingkat bawah. Toilet pun ada kat situ. Agak bermasalah bagi kami yang bawa beg besar dan berat untuk angkut beg naik atas bas. Kami adalah orang yang terakhir sekali naik dan bila kami naik tu ada pulak satu keluarga dah duduk kat kerusi kami dan boleh plak dia suruh kami duduk kerusi asing2. Nasiblah bila kami berkeras nak duduk kat kerusi kami diorang tak banyak soal. Mungkin sebab memang salah diorang.

Bas bergerak tepat jam 8.45 pagi. Tak lama lepas tu, seorang staf datang mengutip passport semua penumpang. Seterusnya, perjalanan berjalan lancar dan bas kami juga ada menaiki sebuah feri menyeberangi sungai kira-kira 10 minit. Tak pasti kat mana sebab tak de siape pun yang beritahu. 

Bas menyeberangi sungai.

Malang tak berbau. Lepas 2 jam perjalanan tiba2 je ada air meleleh dari atas tempat duduk cik Z. Rupa2nya air aircon yang keluar. Banyak pulak tu sampai basah baju cik Z.  Nasib baiklah staf yang bertugas rajin lalu lalang dalam bas. So cik Z terpaksalah tukar ke kerusi lain kat bahagian depan. Terpisahlah kami berdua, serius bosan giler sebab duk sorang2. Teringat plak trip ke Korea. Masa tu pun cik Z pernah terkena air aircon meleleh dalam flight Air Asia. 

Pukul 12 thgr, bas kami berhenti di sebuah kedai makan untuk rehat selama 30 minit. Kat sini kami beli buah mangga dan jagung untuk mengalas perut. Secara kebetulan ada satu bas lain pun stop juga kat kedai makan ni dan kami terjumpa semula 2 orang Malaysia dari Penang yang kami terjumpa di Central Market hari sebelumnya. Sungguh tak sangka. Rupanya mereka punya itenary memang sama serupa dengan kami iaitu Siem Reap-Phnom Penh-Ho Chi Minh.

Naik je bas semula, pihak bas terus announce yang dalam 10 minit kami semua akan sampai di Vietnam Border dan kami semua diminta bersedia untuk immigration check. Kat border ni ada 2 check point. Check point pertama adalah milik Cambodia yang mana kat sini kami semua kena beratur mengikut giliran passport yang di panggil oleh pihak bas. Sebelum  kami turun tu, pihak bas dah tolong cop kan dan bila kat check point tu adalah beberapa step keselamatan yang kena ikut seperti kena scan semua jari jemari untuk cek cap jari.  Bila semua penumpang dah selesai, kami naik bas semula dalam 5 minit lepas tu berhenti lagi kali ni kat check point kedua iaitu milik Vietnam. Kat sini prosesnya lama sikit. Mula-mula kami semua kena angkut semua beg dan barang yang kami ada ke dalam bangunan immigration. Pastu kena beratur sampailah nama kami dipanggil sorang2 untuk scan beg. Masa ni rasa tension sangat sebab tangan bahu semua penuh beg pulak tu satu kerusi pun tak de. 

Vietnam Border.

Alhamdulillah tak de masalah dengan immigration walaupun sebenarnya risau sebab barang kami yang obviously lebih banyak berbanding orang lain. Nasib baiklah 2 orang Malaysia tadi kat depan kami dah, kalau tak malula jugak sebab diorang berdua tu bawak bag pack kecik je, giler sempoi. Akhirnya perjalanan diteruskan 3 jam lagi sehinggalah ke Ho Chi Minh.  Kami semua diturunkan ditepi jalan yang sibuk di District 1 Ho Chi Minh. Jam masa tu dah pun pukul 4 petang. Mujurlah kat jalan ni senang nak dapatkan teksi bermeter, dan rupa2nya tempat kami turun ni tak de la jauh sangat dari An Tam Hotel yang kami dah book. 

An Tam Hotel hotel terletak dilokasi strategik di sebatang jalan yang cik Z anggap seperti litle Malaysia di Ho Chi Minh. Ben Thant Market yang super popular tu letaknya kat hujung jalan ni dan boleh dilihat dari hotel ini. Ada banyak lagi hotel, kedai makanan halal, dan juga butik baju kurung kat atas jalan ni. Toleh kiri ke kanan ke konfom akan nampak orang Malaysia kat sini. Sampai je kat hotel dan check in kami teur je pi beli nasi bungkus kat kedai Basiroh barulah naik ke bilik. Seriously sangat penat sampaikan kami rasa lepas ni kalau pi jalan merentas negara tak mau dah naik bas lagi. Tapi apapun, pengalaman yang kami rasa ni sangat berharga gak. 

Sampai ke malam penat kami pun tak hilang lagi, tapi kami gagahkan juga diri turun ke bawah untuk mencari tour package ke Cu Chi Tunnel esok hari.  Memula tu kami gi tanya kat hotel kami harganya USD12 seorang. Pastu kami cuba cari lain2 package yang ditawarkan oleh agen yang lain. Puas gak lah kami jalan pusing2 sana sini nampaknya yang paling murah ialah yang ditawarkan oleh hotel kami. So kami pun book je lah dari hotel kami. Kami juga sempat berwindow shopping di sekitar Ben Thant Night Market sambil2 memikir apa yang nak dibeli nanti.

Jumaat, 8 Mac 2013. Kami diminta untuk tunggu di lobi hotel jam 7.45 pagi. Seperti yang dijanjikan, tourist agent datang menjemput kami untuk naik bas yang sedia menunggu di jalan besar. Bas membawa kami ke satu tempat yang lain untuk menukar bas yang akan membawa kami ke Cu Chi Tunnel. Bas yang kami naiki berkapasiti 30 orang namun agak uzur. Secara kebetulan kami menemui sepasang warga emas dari Ulu Kelang Malaysia yang sama2 ingin ke Cu Chi Tunnel. Seronok berborak dengan diorang ni.

Ho Chin Minh ialah bandar motosikal. Jalan yang kami lalui dipenuhi dengan motorsikal yang tak terkira banyaknya. Bandar ini juga kaya dengan traffic light menyebabkan jalan sentiasa jammed dan penuh. Maka bersabar je lah kami duduk kat dalam bas yang berbunyi-bunyi tu. Oh ya setiap bas dilengkapi dengan seorang tourist agent yang fasih berbahasa inggeris. Tourist agent kami sangat berpengalaman dengan Cu Chi Tunnel kerana telah dilahirkan dan dibesarkan didalam turnel ini. 

Sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel, kami semua dibawa melawat ke satu kilang membuat souvenirs yang rata2  pekerjanya cacat kerana menjadi mangsa peperangan Vietnam-Amerika serta agent orange. Yang kelakarnya, kat sini kami hampir2 ditinggalkan oleh bas sebab kami tersilap tunggu kat bas yang salah.  Kesannya tempat duduk kami diambil orang dan kami terpaksa duduk terpisah jauh2. Rupa2nya banyak kerusi bas yang tak okay jadinya diorang ni cepat2 naik bas untuk cari kerusi yang lebih okay. Tak sangka juga yang pelancong2 kulit putih ni kurang mannersnya.

Kilang buat souvenirs.


Kami tiba di Cu Chi Tunnel pukul 10.30 pagi. Sebelum tiba disini kami melalui kampung2 dan kebun2 getah. Kat sini semua pelancong berjalan berkumpulan diketuai oleh seorang tourist agent. Tourist agent berulang kali mengingatkan kami agar tidak terpisah kerana dikuatiri sesat. Ya sebenarnnya kami kini telah memasuki satu kawasan hutan yang pernah menjadi medan peperangan ketika perang Vietnam-Amerika tahun 1962-1971. Cuma bezanya dengan hutan2 yang lain ialah pokok2 kat sini semuanya masih rendah dan kecil saiz batang/dahannya kerana umurnya yang masih muda. Kami diberitahu masa perang dulu semua pokok kat sini tak boleh hidup sebab asyik kena bom.

Laluan masuk ke kawasan Chu Chi Tunnels.

Mendengar taklimat dan menonton video bagi memhami sejarah kewujudan Chu Chi Tunnels. Kawasan yang warna merah tu ialah kawasan yang ada Chu Chi Tunnels.

Sedikit triva berkenaan Chu Chi Tunnels. Chu Chi Tunnels adalah terowong bawah tanah yang telah dibina secara sistematik di Chu Ci, Saigon (Ho Chi Minh) oleh orang kampung dan Viet Cong tentera gerila vietnam semasa perang Vietnam menentang Amerika. Terowong ini dilengkapi dengan sistem pengudaraan, keselamatan, serta bilik2 yang menempatkan senjata, makanan, dan ubat-ubatan. Pada masa tu semua orang tinggal kat dalam terowong yang kecil dan sempit ini. Dikatakan, terowong yang panjang dan berselirat ini turut bersambung dengan terowong2 lain yang wujud di seluruh Vietnam. Namun, terowong ini terkenal kerana menjadi penyumbang utama kejayaan Perang Vietnam serta masih wujud dan dipulihara sehingga hari ini. Sepanjang 121km terowong terletak didalam kawasan War Memorial ini.  

Kesan bom membentuk lubang yang besar pada permukaan tanah.

Lubang untuk masuk ke dalam terowong. Sangat kecil saiznya kerana orang Vietnam secara dasarnya bersaiz kecil.

Perangkap yang ada besi tajam kat dalamya. Kalau termasuk dalam ni.... Viet Cong sangat kreatif. Ada macam2 jenis perangkap yang diorang cipta berinspirasikan alam semulajadi. Ada yang namanya durian trap sebab bentuknya macam durian yang berduri.

Lubang udara dan juga asap masakan. Oh ya masa zaman ni diorang akan masak hanya pada awal pagi untuk pastikan yang asap masakan tu dilihat seperti kabus/embun dipagi hari.

Lagi jalan masuk ke terowong. Kami boleh cuba masuk ke terowong guna beberapa laluan yang macam ni.

Berjaya keluar dari terowong setelah merangkak selama 5 minit didalamnya. Satu pengalaman yang tak terbeli. Tak dapat bayangkan macammanalah diorang ni boleh hidup kat sini bertahun2 lamanya tanpa cahaya. Katanya ramai juga yang mati sebab sesak nafas bukan sebab kena bunuh, kat dalam ni.

Bersama pakcik dan makcik dari Ulu Kelang. Kagum dengan diorang ni sebab masih bertenaga dan bersemangat.

Kami habiskan masa hampir 3 jam di sini. 3 jam tu jugak kami sentiasa berjalan mengelilingi kawasan Cu Chi Tunnels. Masa kat sini kami juga diberi makan ubi rebus bercecah kacang tumbuk bagi merasai sendiri makanan yang dimakan oleh orang Vietnam semasa perang. Perut lapar dapat ubi rebus panas.. wah memang ngam lah.. tapi tak de la dapat makan banyak pun. Rasalah sorang sikit. Pengunjung juga boleh cuba menembak jika mahu tapi kena beli sendiri pelurunya. 

Habis je tour, kami terus balik ke Ho Chi Minh. Kecian sangat kami kelaparan. Tak bawak apa2 plak tu sebab tak sangka tak de tempat beli makanan. Pakcik makcik yang kecian kat kami pun siap bagi pisang dgn telur rebus kat kami. hehe . terima kasih banyaklah. Pukul 3 ptg baru sampai kat hotel, apa lagi beli nasi bungkus lagi lah kami. Kesimpulannya tour yang kami pergi hari ni agak memenatkan sebab kena banyak berjalan tapi memberi banyak ilmu baru serta kesedaran buat kami. 

Sebelah malam, kami gagahkan diri ke Night Market untuk shopping. Satu je yang cik Z tak suka kat sini ialah sikap peniaga yang suka memaksa pembeli malah ada yang siap kejar lagi kalau tak jadi beli. Hilang mood nak membeli, dah la penat kan. Mujurlah ada Siti yang dah pernah datang sini so dah tahu kedai mana nak beli.


Sabtu, 9 Mac 2013. Hari terakhir di Ho Chi Minh. Flight kami sepatutnya berlepas pulang ke KL pukul 4.10 petang, so kami pikir nak jalan2 sekitar bandar Ho Chi Minh dulu untuk ambik2 gambar tapi sebab ramai sangat orang nak chek in hotel hari ni, terpaksalah kami check out sebelum 12 tghr. Tak tahu nak melepak kat mana dengan beg yang banyak terpaksalah kami terus je ke airport. Nak lagi haru, flight pulak delay dekat pukul 5 baru gerak so sampai KL pun dah lewat. Yang kelakarnya cik Z siap terjatuh eskalator dekat KL Sentral dan lutut lebam sampai 2 minggu baru okay.

Berakhir sudah travelogue kami di Cambodia dan Vietnam. Pelajaran terbesar yang kami perolehi ialah nikmat keamanan dan juga lepas ni kalau nak pi travel mana2 kami kena ambil kira travelling time. Kalau boleh lepas ni kami kena elakkan perjalanan yang panjang samada naik bas atau train sebab ianya sangat memenatkan dan akan rosakkan mood kita untuk jalan2.  

Jun ini Insyallah cik Z akan ke Istanbul untuk conference, so travelouge cik Z akan kembali lagi nanti. Jumpa lagi dalam entry yang lain pula. Wassalam.