Showing posts with label corat coret. Show all posts
Showing posts with label corat coret. Show all posts

Wednesday, 1 July 2015

Alhamdulillah.. Miracle do exist

8 Jun 2015, 10.50 pagi : Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Syukur ya Allah. Tak ada ungkapan yang lebih baik yang dapat cik Z katakan dalam hati sebaik saja Dean IPS selaku pengerusi slot viva-voice phd mengucapkan.

" Congratulations u graduate on time within 4 years, now we can call u Dr. S.. Z.. S..."

Perasaannya bercampur baur. Gembira dah tentu sekali. Hilang segala rasa penat lelah keringat yang dicurahkan selama 45 bulan. Hilang semua. Seolah-olah tak pernah langsung cik z lalui saat-saat sukar, saat-saat hilang arah, saat-saat ingin menjerit dan segalanya. 

Namun saat cik z menulis posting ini, ekor mata mula berkaca, ada rasa sebak dalam hati, mengingat kembali detik 45 bulan yang panjang (sebenarnya lebih dari itu jika dikira dari hari pertama cik Z mencari Sv). Satu tempoh mematangkan diri yang mengajar cik z banyak erti kehidupan. Walau mungkin tak sesukar orang lain tapi cukup mencabar. Ada yang kata cik z nampak macam tak de masalah langsung masa buat phd. Selalu jalan-jalan plak tu. Itu maksudnya cik z pandai simpan rahsia ha ha. Nangis sendiri-sendiri ok hu hu.

Waiting for VIVA day

6 bulan lamanya. (Hantar thesis 5 Dec 2014, Viva day 8 Jun 2015). Jenuh menjawap soalan ramai orang yang jawapannya langsung cik z tak ada. 

"Bila nak viva?"
"Eh lamanya tunggu, tak viva-viva lagi?"
"Bila nak viva ni? banyak kerja menanti"
"Kenapa tak viva lagi?"

Namun cik Z percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. 6 bulan menunggu tak terasa sangat pun sebenarnya. Gara-gara kesibukan kerja yang menggunung. Kerja-kerja datang silih berganti. Tugasan baru, lantikan baru, bengkel sana sini, meeting meeting dan meeting, study untuk kelas, slide preparation, learn new system dll. Honestly almost no time to rest and even think about thesis and viva. In 6 month ni juga hanya 2 kali cik Z sempat balik ke kampung. Pendek kata, thesis cik z terletak elok je kat rak tak bersentuh selama 6 bulan.

Once in a while, bila terpandang ajer thesis tu, pasti terdetik dalam hati,

"Ya Allah andaikata tetiba aku dapat panggilan viva dari UM ni, macam manala agaknya?"

Dan siapa sangka, telahan cik Z ternyata betul. Dan tarikh yang diberikan juga sebenarnya sangat mencabar kerana itu ialah hari pertama Final Exam semester ini. Memula dapat tarikh tu (less than 3 week before 8 June), serius macam speechless. Sebabnya:

1. Perlu upload markah kerja kursus pelajar sebelum 8 Jun.

2. Ada 1 assignment pelajar belum hantar. Akan hantar pada 28 May.

3. 8 Jun ialah Isnin, dah semestinya cik Z perlu berada di KL selewat-lewatnya hari Khamis 4 Jun untuk jumpa sv.

4. Bermakna cik z kena siapkan marking assignment before Rabu 3 Jun. Jumlah pelajar ialah 122 orang. Maka akan ada sekurang-kurangnya 30 skrip group assignment untuk ditanda dalam tempoh 5 hari. 

5. Pelajar cik Z akan menghadapi Final Exam pada 10 Jun, terpaksa tinggalkan pelajar semasa study week dan Final Exam. Keciannya mereka.

6. Ada bengkel team building peringkat uni di Rompin yang diwajibkan hadir pada 29-31 May.

7. Kuliah masih berjalan sehingga 28 May.

8. And the worst part is... kena baca semula thesis from A to Z dan prepare slide presentation.

Maka bermulalah tempoh nightmare dalam hidup cik Z.

1. Tersangat sibuk dengan kuliah dan persiapan kuliah sehinggalah ke tarikh 28 May. Langsung tak de masa nak tengok thesis. Kebetulan plak pelajar nak hantar assignment dan nak final exam, jadi kadar taburan pelajar yang datang jumpa hari2 naik mendadak.

2. Setelah puas telefon dan memo sana sini, dapat la juga excuse dari pergi team building workshop. Tapi... sebenarnya pada tarikh yg sama ada bengkel KPI fakulti. Jadi bila dean dapat tahu cik Z tak jadi pi teambuilding tu, terus je dia wajibkan cik Z pi bengkel fakulti. Ahakss.. camner tu? Bengkelnya 29-30 May. Just imagine malam 28 May baru cik Z dapat tahu. Baru berangan nak marking assignment kan.

3. Now cuma ada 3 hari nak siapkan marking assignment.

4. Dalam masa yang sama, UM plak tak bagi any guideline untuk VIVA. And the worst part is... Both sv tak de di Malaysia hu hu.. First sv tetiba kena pi UK dan hanya akan balik dari UK pada malam 6 Jun. Second sv plak pi conference di Turkey dan hanya akan balik pada 14 Jun. Double nangis.

5. Akhirnya siaplah juga marking dan upload markah pelajar pada Rabu 3 Jun. Esoknya 4 Jun baru cik Z start cuti duk rumah. Tapi yang kelakarnya bukan pi baca thesis tapi sibuk basuh baju, kemas rumah, packing beg sebab nak cuti agak lama. p/s: kena apply annual leave ya, sebab hanya hari viva je (plus a day before n after) boleh guna workorder.

Get ready for VIVA

Honestly sangat sukar nak tukar momentum kerja ke phd semula.  Lebih-lebih lagi dengan badan dan mental yang penat. Jumaat 5 Jun cik Z bertolak ke KL. Terima kasih tak terhingga buat sv, Prof Ghapor sebab walaupun beliau tak de di Msia tapi cuba membantu dari jauh dengan menumpangkan cik Z selama 11 hari di KL kat bilik anaknya sendiri di UM (thanks aimi).

Dah sampai KL barulah cik Z mula siapkan slide dan baca thesis. Siang malam pagi petang tu...nak termuntah rasanya tapi digagah-gagahkan juga. Siap update slide petang Sabtu 6 Jun terus email ke Dr Yong. Walaupun tak pasti lagi bila beliau nak baca sbb masih dalam perjalanan balik ke Msia dari UK. Masuk hari Ahad, 7 Jun, cik Z mula risau dah. Thesis tak habis2 baca lagi. Slide belum finalised lagi juga.

Bayangkanlah pukul 8 malam 7 Jun tu masih ada 2 Chapter belum habis dibaca. Jam 10 malam, dapat msg dari Dr Yong. Alhamdulillah. Actually kecian juga ke sv cik Z ni, tak hilang penat lagi dah terpaksa tgkkan slide cik Z. End up sampai ke jam 11++ malam kami masih lagi berkomunikasi dgn msg dan call. Errkkk macam banyak plak input dan correction nak kena upgrade ke slide. Banyak juga tips last minute yang Dr Yong kongsikan.

Sudahnya malam tu almost 2 pagi barulah cik Z masuk tidur. No time to practice ok. Just polishing slide presentation. Dr Yong plak nak jumpa seawal jam 7.30 pagi esoknya. Memang tidur pun macam tak tidur kot malam tu.

VIVA Day

Bangun-bangun pagi dah sakit perut. Keep on repeating pi toilet. Oh no. Simptom nervous la tu. Skip breakfast. Just minum sekotak air soya.

7.30 pagi: Jumpa Dr Yong for last check up and tips. Sempatla praktis present sekali lalu sesambil predict apa soalan yang bakal ditanya. Ada juga a few correction lagi untuk slide.

8.30 pagi: Lepak bilik geng2 postgrade sesambil view slide.

9.30 pagi: Jalan kaki ke bilik Viva IPS. 5 minit sampai. Errrk macam terawal plak kan. O ya ramai gak kawan2 yang wish good luck pagi ni. Thanks so much semua.

9.50 pagi: Save slide presentation ke LCD skrin besar yang disediakan. Nervous punya pasal sampai tersilap save file. Nasib baik tersedar silap save just before panel2 sampai.

10.05 pagi: Semua panel (5 + 1sv) masuk bermesyuarat. Then dapat tahu yang 2 orang panel (wakil senat dan deputy dean IPS) tak dapat hadir tetiba tapi diorang hantar wakil orang lain. Dub dab dub dab dalam hati. Ada rasa sikit lega sebab dua orang ni memang menakutkan based on history la. Tapi risau juga sebab tak tau/kenal yang wakilkan diorang tu.

10.15 pagi: Kena panggil masuk untuk sessi presentation. Suasananya sangat santai. Siap present sambil duduk lagi. Macam ala-ala meeting dengan kekawan plak rasanya. Alhamdulillah. Selesai present terus ke Q&A session. Dan yang miracle nya, Internal Examiner hanya tanya 2 soalan yang perlu cik Z respon. And both question kami dah pun spot akan ditanya. Lain2 panel pula hanya komen berkaitan peletakkan research methodology dan sentence dalam thesis. The best moment ialah bila panel2 puji thesis cik Z yang seolah-olah ditulis sebagai module/buku. Alhamdulillah.

10.40 pagi: Tiada lagi soalan. Sebenarnya agak confuse, ya la kan macam tak percaya pun ada. Cik Z diminta tunggu diluar. Sebelum tu sv diminta berikan conclusing remarks.Panel-panel sambung bermesyuarat.

10.50 pagi: Kena panggil masuk semula ke bilik viva. Dan Alhamdulillah.. lulus dengan minor correction. Ada sedikit teknikal problem berkaitan address for journal paper, tapi overall tak de la besar mana pun masalahnya. Lepas settle ada plak sessi minum2 pagi.

Keseluruhannya memang sangat-sangat bersyukur di permudahkan semudah-mudahnya untuk viva. Dan syukur juga sebab senarai correction yang perlu dibuat juga tidaklah teruk sangat. Most are about rephrasing the sentence. Dan cik Z dapat siapkan semua correction dan hantar thesis within a week sahaja. Alhamdulillah dapat hantar thesis pada 15 Jun 2015. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Untuk rakan-rakan diluar sana yang tak henti-henti berdoa dan menyokong dari jauh. Terima kasih. Really, Miracle do exist. I have experienced it. Jangan berhenti berdoa dan berharap ya semua. Keep on positive. Keep on helping others. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalnnya nanti.


p/s: Agak lambat update kisah ni sebab seriously no time. Balik-balik ke Kuantan terus je marking final exam. Sekarang ni plak sibuk kena apply grant dan update module. KPI bertambah sudah hu hu.. Nak buat camner kan, dah ini jalan yang dipilih. Redah ajerlah.

Wassalam semua dan selamat berpuasa.




Thursday, 23 April 2015

Miss, why u hate me???

Assalam semua. Wahhh ini memang betul2 bersawang blog cik z. Too busy lately. Plus.. no idea to write anything. Macam-macam reason la. Alang-alang mengantuk ni teringat la pulak satu insiden yang menimpa cik z baru-baru ni.

Oh ya, kisah ni kena bagi latar belakang sikit. Alkisahnya, semester ni memang banyak cabaran yg cik z hadapi terutama berkaitan pengajaran. Selepas 3 tahun setengah tidak mengajar, cik z dapati banyak sangat perubahan dalam uni. Paling ketara, kini terdapat ramai international students kat uni cik z ni yang ambil degree level. Serius ramai sangat, sampai kekadang tu confuse... eh aku ni kat Malaysia ke kat mana? Sebabnya.. nak tak nak terpaksalah bercakap hampir 100% english dalam kelas. Contoh dalam kelas cik z, hampir 10% adalah international students. Most from Middle East Countries.

Ok, ini ialah kisah cik z dengan salah seorang pelajar dari Middle East. Cik z ni orangnya memang cukuplah pantang kalau ada pelajar yang malas bawa buku catatan ataupun langsung tak nak cuba buat soalan yang diberikan dalam kelas. Nama pun statistik kan.. mestilah kena kira-kira dengan jalan kerja berderet-deret tu.

Seorang pelajar ni memang sangat menguji kesabaran cik z sejak hari pertama kelas lagi. Habit dia ialah tengok je cik z mengajar pastu bila suruh buat latihan dia akan mula discuss/bercakap dengan kawan sebelah dia (juga dari middle east). Masalahnya diorang kalau bercakap sangatlah kuat (guna bahasa dia). Habis terganggu semua orang. Kadang-kadang tu tengah-tengah kita ngajar dia da start discuss dgn kawan dia, pastu bila kita dah move ke next topic die tanya balik apa yg kita da ajar tadi semasa topic lain diajar.

Sebenarnya cik z faham, masalah utama diorang ni ialah bahasa. Jadi memang ambil masa untuk diorang hadam apa yg sedang diajar. Tapi yang buat cik z makin hangin ialah bila di refuse untuk cuba buat latihan yang cik z suruh dengan alasan belum faham apa yg diajar. Ok fine. But, can you at least try it first? No effort at all. Tak cuba macam mana nak tahu faham ke tak kan?

Makin lama makin menjadi-jadi plak perangainya. Dalam seminggu mesti ada sekali tak datang kelas. Jadi bila tak datang dah tentu-tentulah dah tertinggal ilmu yang sebelumnya. Oh ya satu lagi perangai diorang ni ialah suka tanya soalan yang bukan-bukan masa kita bagi quiz or test. Sometime sampai ke tahap mempertikaikan soalan kita. Which is funny actually, becoz they are the one who cannot understand the question.

Kemuncak kesabaran cik z ialah selepas test 1 berlalu. Sehari selepas test 1, pelajar ni mula complain dalam kelas yang masa menjawab yg diperuntukkan tak cukup langsung. Sedangkan dalam masa yang sama, hampir 70% pelajar tempatan keluar awal. Dan kebetulannya, satu hari ni.. dia buat hal lagi dalam kelas semasa cik z bagi latihan. Jadinya sebab cik z dah mula menanda test diorang so cik z tahu la yang diorang ni tak boleh buat/perform.  Maka masa di tak nak buat latihan tu cik z pun cakaplah, " becoz of this attitude, u can't perform in test, can u plz change or at least try?"

Cik z ingatkan ianya habis disitu saja. Tapi tidak ya. After class, (kelas cik z adalah kelas terakhir habis pkl 6) tetiba dia ni pi datang jumpa cik z kat depan. Maka berlakulah perbualan berikut:

Student (S): Miss, why u hate me???

Cik Z (Z): What? When did i hate u?

S: Yes u are. You never scold local student. But u scold us, international student. Too much.

Z: I think u have misunderstood me. I treat everyone equally. U dont know i scold them becoz im not speak in english when i did that. (Biasanya cik z tak tegur depan kelas, tapi cik z akan tegur individually bila round class tengok diorang buat latihan)

S: Miss, for ur information, i am very clever. I got A for all math subjects. Then how come u said i cant performed in test 1? I know i can do all questions. I'm sure i can get A in this subject too.

Z: Let me ask u. Did u try tutorial questions?

S: I didnt try everything but i know i can do it.

Z: For ur info, statistics is very different from other math subjects. U cant predict the questions. Becoz the nature is so so different. Its not just equation or formula. When u got a question, u need to extract the info first. U cant do this without exercise. Also u cant treat it like history subject. Just read it and memories.  Its very wrong way.

S: But u give us too short time to study and test time. Not enough time to do evrything.

Z: We have announced the test date since the first day of class. Then when u start study?

S: ... But miss, u really treat us too differently from others. I will show u that what u thinking about us is so so wrong.

Z: Let me tell u this, If i dont care about u, i will never scold u. I will just let u do anything u want. But i know u come here from so far away. So i wish u do well.

S: Ok miss, I will show u, what can i do. Im going to change ur mind about us.

Z: Ok show me u will change.

S: Ok thanks miss.


Gitulah, lebih kurangnya apa yg terjadi. Sebenarnya macam panjang lagi tapi dah a few weeks kan jadi dah agak lupa. Hasil dari risikan ke beberapa pensyarah math yang lain, memang benar pelajar ni dapat A dalam 2 subjects math sebelum ni. Dan memang agak berlagak sikit budaknya sebab memang pandai kan kononnya. Dan juga memang rajin ponteng. Jadi mungkin dia fikir sebelum ni ponteng pun boleh dapat A so kali ni pun mesti ok punya.

Dipendekkan cerita, minggu seterusnya tu, Alhamdulillah ada lah sedikit perubahan. Dia dah mula mencatat nota dan cuba buat latihan. Syukur. Semoga berterusanlah sehingga ke akhir semester. Cuma agak kecian sebab memang agak mustahil dia nak dapat a dalam subjek ni sebab tak berapa perform dalam test 1. Apapun, cik z harap insiden ni beri dia sedikit pengajaran untuk masa akan datang.

Yang lawaknya, ada satu hari tu kawan dia yang lain cuba argue dengan cik z tentang jawapan quiz. Sekali tu dia kata gini, "she is right, u dont need to argue". Ha ha .. whatever la kan.

Ada banyak lagi insiden atau kisah menarik sepanjang mengajar semester ni. InsyaAllah kalau ada masa cik z kongsikan nanti-nanti ya. Wassalam.



Tuesday, 20 January 2015

Tempoh bertenang

Hai hai hai apa khabar semua? Nampaknya cik z dah dijangkiti penyakit malas. Lately balik rumah nak tidur je kerjanya. Kecianlah rumah maya ni terabai dia... Diam tak diam dah sebulan dah pun cik z kembali bekerja. Errr cepatnya la kan. Sejujurnya buat masa ini cik z masih lagi teraba-raba mencari arah atau mood terbaik. Masih lagi di gear 1 atau 2 jer kot.  Tempoh 39 bulan study leave rupa-rupanya sangatla lama, adakalanya menyebabkan cik z rasa lost/ hilang arah.

Setiap hari disini, terasa sangat berlainan. Jika 3 tahun dulu cik z tinggalkan uni dengan title senior tapi kini cik z rasa macam junior sangat. Suasana baru, wajah-wajah baru, cara kerja serba baru. Teknologi mengubah segalanya. Apapun cik z masih berusaha menyesuaikan diri. To survive in this lonely world, kononnya. Hi hi hi...


Oh ya, satu perkara yg menghantui pemikiran cik z buat masa ini ialah "how to survive as a lecturer with phd degree". Walaupun cik z masih belum berjaya lagi nak dapatkannya, tapi secara naturalnya kita semua tahu bukanlah mudah nak mencapai target sasaran kerja tahunan phd staff. The responsibility is double. Setiap hari bagaikan berada dihujung tanduk. Oh risaunya.

Sebulan lagi semester baru akan bermula. Perasaannya bercampur2 juga. Moga-moga teaching skills masih ok tak berkarat. Kalau dulu teaching is priority. Research langsung tak de. Tapi sekarang kena la pandai-pandai cari masa untuk research juga. Rela dalam paksa gitu. 

p/s: Waiting for everyone to comeback. Miss u all.

 
Ni antara kawan cik z di rumah hi hi.



Thursday, 1 January 2015

Catatan pertama 2015


Pejam celik pejam celik.. dah pun menjelma mentari 2015. 2014 sememangnya tahun paling mencabar buat semua rakyat Malaysia. Cik z pun tak terkecuali juga. Jadi cik z percaya semua orang pun mengharapkan kehidupan yang lebih baik untuk tahun 2015 ni.

Sepanjang 2014 yg lalu, cik z langsung tak pergi travel kemana-mana destinasi luar negara. Nampaknya title travel blogger cik z memang dah tak boleh pakai dah. Passport pun elok je tersimpan rapi tak bersentuh. Harapnya untuk 2015 ni cik z akan berkesempatan travel kembali. Oh memang rindu sangat nak travel jalan-jalan lihat dunia. Err tapi bila dah kembali bekerja ni dah semestinya banyak faktor-faktor lain yg perlu diambil kira pulak. Moga-moga adalah peluangnya nanti.

Pencapaian peribadi terbaik cik z untuk 2014 ialah berjaya menyiapkan thesis. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya azam 2014 dah pun tercapai. 

Sebenarnya cik z juga banyak berdepan dengan situasi yg tak terjangkakan sepanjang tahun lalu. Walaubagaimanapun banyak juga miracle/keajaiban yg cik z alami. Syukur, dalam kepayahan ada juga sesuatu yg menggembirakan walau tak sebesar mana. Hoping for more happiness in 2015. Selamat tahun baru semua.


Thursday, 25 December 2014

Kisah pindah randah

Kali ini cik z nak berkisah tentang keserabutan menguruskan pindah randah dari KL ke Kuantan hari tu. Walaupun cik z ada banyak pengalaman pack dan unpack barang untuk berpindah, tapi inilah pengalaman paling sukar dan menyesakkan kepala yg pernah cik z alami. Antara sebab utamanya ialah kerana cik z ada kekangan masa untuk menghantar thesis dan juga menguruskan semua urusan berpindah sebelum tempoh cuti belajar berakhir. Jadi boleh bayangkan tak macam mana kelam kelibutnya hidup cik z masa tu. Kalau bolehlah nak ajer ada 10 tangan dan kaki supaya boleh diagih-agihkan kesana kesini. Nak tambah serabut, ada sebahagian barang cik z berada di Johor, Jadinya cik z perlu juga memikirkan bila nak pi ambik barang-barang tu juga. 

Dengan kekangan masa yang agak terhad, cik z hanya mula mengemas barang-barang pada 2 minggu terakhir sebelum berpindah. Tak sangka banyak betul barang-barangnya sampai tak cukup kotak-kotak yang ada. 1/3 buku ajer rasanya. Terpaksa juga beli beberapa storage box. Dalam tempoh 2 minggu ni gak tiap-tiap hari cik z akan angkut balik barang-barang dari office ke rumah. Perghh memang menguji kesabaran sebab rumah cik z ni aras 3 tak de lift. 

Sebahagian barang-barang yang dah siap untuk diangkut.

10 hari sebelum berpindah cik z mula telepon lori. Tapi malangnya nombor yang cik z ada ni dah full book pula. Dua tiga hari juga cari contact number yang baru. Dan akhirnya cik z beranikan diri cuba call satu nombor yang diiklankan di mudah.com. Alhamdulillah cik z dapat servis yang tip top dari syarikat ni. Kalau ada kawan-kawan yang nak cari lori bolehlah contact diorang ni ya. Cik z ambil lori 5 tan dan oleh sebab rumah cik z ni tak de lif so harga total yg cik z kena bayar ialah RM1200. Semua barang-barang cik z ni diorang yg tolong angkatkan.



Selain berkemas dan lori, antara perkara lain yang cik z kena uruskan ialah:

1. Astro - Boleh call ajer ke Hotline number. Tapi memang lamalah nak tunggu dan buat permohonan pindah ni. Apapun oklah juga daripada nak kena ke servis centre plak kan. Sedikit info, kalau nak pindah ni pihak Astro akan datang bukakan piring kita dulu barulah kita boleh pindah ke alamat yang baru. Bayaran RM150 (rasanya), sorry tak ingat sebab kali ni cik z tak cabut piring sebab masa pindah ke rumah ni dah ada piring. Jadi untuk di Kuantan pihak Astro hanya datang pasang piring yg kita dah buka tu dan tak perlu bayar apa-apa lagi. Yang bestnya pihak Astro datang pasang pada hari cik z sampai di Kuantan. Bagus bagus tak de la kebosanan sangat kan.

2. Streamyx - Yang ni tiada pilihan kena juga pergi ke TM. Sebabnya kita perlu pilih nombor yang baru untuk tempat baru kita. Yang bestnya internet line cik z masih boleh dipakai sehinggalah saat nak berpindah. Servis yang diberikan juga agak bagus. Sehari selepas berpindah pihak TM dah pun datang untuk buat penyambungan talian. Cik z kena bayar RM80.

3. Coway - Yang ni cik z hanya perlu call staf Coway yang selalu datang servis kat rumah. Yang bestnya kita hanya perlu call diorang sehari sebelum berpindah. Jadinya pagi-pagi nak pindah tu diorang datang dan cabutkan semua paip-paip yang digunakan dan tolong kemaskan masuk kotak. Pastu diorang akan buatkan report berpindah untuk kita. Tak perlu buat bayaran apa-apa untuk kali pertama berpindah. Cuma yang tak bestnya bila dah sampai Kuantan, cik z terpaksa tunggu 5 hari untuk penyambungan semula sebab kebetulannya super busy plak staf-staf Coway kat sini melayan permintaan pelanggan.

4. Servis kereta - Kebetulannya milage kereta cik z dah pun terlebih KM. Sajer je kan nak menambah tahap kebusyan.

5. Balik Johor - Oleh sebab cik z tak cukup kaki tangan, makanya 3 orang anak buah cik z dah menawarkan diri nak jadi bibik untuk tolong cik z. Kebetulan memang nak kena balik kg untuk ambil barang-barang yang ada di kg, so ambillah diorang ni sekali. Jadual cik z memang padat mengalahkan pak menteri. 

4 Dec : Hantar thesis, servis kereta
5 Dec : Uruskan Astro dan Streamyx. Kemas semua barang di office dan bawa balik ke rumah. Sambung kemas barang kat rumah. Special thanks untuk kak uda yg kebetulan singgah sebelum pulang ke Kedah. Kekonon nak tumpang solat je sudahnya tolong cik z mengemas he he.
6 Dec : Balik Johor, kemas barang-barang nak bawa balik kuantan
8 Dec : Balik KL semula, call Coway, sambung mengemas
9 Dec : Pindah ke Kuantan
12 Dec : Lapor diri kerja
14 Dec : Angkat semua buku-buku ke office baru
16 Dec : Balik Johor semula hantar anak-anak buah (Kebetulan dapat 7 days unrecorded leave)

3 orang bibik cik z he he, di Kawasan Perkelahan Pasir Kubor Sungai Lembing 

10 dan 11 Dec tu kebetulan seorang kakak cik z datang dari Johor. Walaupun rumah tak siap kemas lagi kami sempatlah berjalan dan berkelah di Kawasan Perkelahan Pasir Kubor Sungai Lembing dan juga ke Teluk Cempedak. 

 
Teluk Cempedak

Ini dia sebahagian deko rumah cik z kini.

 
Sebelum anak-anak kakak cik z balik, sempatlah diorang meninggalkan sedikit kenangan art work kat dinding rumah cik z ni hi hi. Entah bilalah dia dapat cari pensil tu.

 
Belanja bibik-bibik ni makan kat Seoul Garden. Suka giler diorang sampai macam tak nak balik dah.

Alhamdulillah selamat sudah kerja-kerja pindah memindah ni. Perghh memang penatnya tak terkata. Itupun mujurlah ada anak-anak buah yang ringan tulang nak membantu dan kakak-kakak yang tetiba muncul. Terima kasih semua. May Allah bless you all.

Wassalam.



Saturday, 20 December 2014

Berakhir sudah 3 tahun 3 bulan

Assalamualaikum. Ketika ini cik z telah pun berada di Kuantan. Selamat tinggal KL, UM, Kota Damansara,... dan segala kenangan yang terpahat selama 3 tahun 3 bulan. Tempoh cuti belajar 12 September 2011-11 Disember 2014 berakhir sudah. Anehnya masa kat KL cik Z rindukan Kuantan, tapi bila dah sampai disini, cik z rindukan KL pula. 3 tahun 3 bulan bukanlah tempoh waktu yang singkat dan tersangat banyak memori yang tercipta. Seolah-olahnya ada sesuatu yang tertinggal disana. 

 
Cik z rindu u all.. (Last Day in UM 5 Dec 2014)

Sepanjang minggu ini hujan turun tak berhenti di bumi Kuantan, seakannya memahami apa yang ada dalam hati cik z. Ha ha. Tapi kan yang bestnya, setelah sekian lama tak nampak pelangi, senja hari ni tetiba pelangi muncul kat depan rumah cik z. Seolah-olahnya memberi isyarat untuk cik z mulakan hari baru esok dengan lebih bersemangat dan positif. Ya la tak dinafikan memang ada sedikit rasa risau nak mulakan semula momentum kerja yang dah berkarat ni. 

Pelangi senja 20/12/14, Kuantan Pahang.

Untuk entry ni, cik z nak kongsikan ceritera macam mana susah payahnya cik z nak menghantar thesis dengan tempoh cuti belajar yang semakin hampir ke penghujungnya haritu. Macam biasala, cik z ni kalau tak de drama memang tak sah kan he he.. Masih ingat lagi tak dalam entri sebelum2 ni cik z ada ceritakan tentang drama pencarian external examiner? Alhamdulillah, pada awal Nov, 2 orang external examiner telah pun diluluskan. The next step, cik z kena buat pembentangan pula di peringkat universiti. Namanya ialah Research Finding Seminar. 

Alkisahnya, tunggu punya tunggu dah pun sampai ke minggu terakhir Nov, tapi tak pun dapat lagi tarikh nak present. Oh masa ni cik z dah tak senang duduk. Sebabnya, kat UM ni nak hantar thesis untuk examiner pun kita kena buat "soft binding" yang mana cara membuatnya sama ajer dengan hard cover. Tambah-tambah pula nak kena print out 5 copies of thesis. Nak tambah lagi worst, kalau buat dekat dalam UM ataupun mana-mana kedai sekitar UM kena ambil masa 3 hari untuk dapatkannya semula...Oh pening-pening. Lagi-lagi pula selagi tak present dan dapat green light boleh bind thesis, selagi tu tak boleh nak buat apa-apa.

But, Alhamdulillah. Miracle do exist. Hasil bantuan sv, kami dapat tahu ada cara rupanya untuk dapatkan exemption daripada final presentation tu. As soon as kami dapat info ni, terus ajer cik z buat surat permohonan ke dekan dengan menyertakan senarai bukti journal paper dan persidangan yang pernah dihadiri selama tempoh pengajian. Dan akhirnya pada petang Jumaat 28 Nov 2014, kami dapat good news. Permohonan diluluskan. Coincidently, its my birthday hu hu.

Bermulalah minggu paling sibuk dalam tempoh 3 tahun 3 bulan. Selama 2 hari (Isnin dan Selasa) cik z gunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja printing. O ho sesaper yang ada pengalaman ni mestilah tahu betapa menguji kesabarannyalah nak buat kerja-kerja remeh ni. Tambah-tambah pulak total page cik z 200++. Perghh.

Memandangkan cik z kena selesaikan semua perkara berkaitan thesis minggu itu juga, jadinya memang kena juga cari tempat lain untuk bind thesis. Hasil pi tanya sana-sini, semua orang nasihatkan pi bind kat area UPM Serdang.  Boleh dapat dalam hari yg sama katanya. Hari Rabu 3 Dec 2014, cik z pun pergilah ke Serdang dengan Adia. Yang kelakarnya, Adia ni pulak tetiba tak ingat kat mana area kedai-kedai bind yang banyak kat Serdang ni ha. Makanya terpusing-pusing la kami kat situ cari cari dan cari. Nak tambah lagi worst, Adia ni plak dia boleh plak tertinggalkan handphonenya kat UM. Cik z pula dah sah-sah x tau langsung mana nak tuju. 

Miracle do exist, lagi. Pusing punya pusing tetiba cik z ternampak satu kilang coklat. Eh tetiba teringat... cik z ada kawan lama yang baru-baru ni recontact dan dia mention kerja kilang coklat kat Serdang. Maka dengan desperatenya, cik z pun try la call dia. Ya Allah syukur sangat, memang betul pun dia kerja kat situ. Dan dipendekkan cerita, kawan cik z iaitu Bar yang serius lama sangat tak jumpa (5 tahun kot), tetiba muncul membantu di saat-saat terakhir. Tak sangka kan, macam ni rupanya cara kami nak reunion. Tahun ini 2014 genap 20 tahun kami kenal. 

Thanks to Bar, dapat pun jumpa kedai-kedai bind thesis yang berlambak kat area UPM Serdang ni. 

Alhamdulillah, ini hasilnya. Semoga Allah lembutkan hati semua examiner yang terlibat.

Akhirnya, setelah melalui macam-macam cerita dan drama, dapat juga cik z hantarkan thesis ni untuk penilaian examiner pula. Bolehla tarik nafas lega sikit buat masa ini. Sementara nak menanti viva voice.. erghh seram juga sebenarnya. Apapun sebelah kaki dah pun terlepas. Hoping for a good day to come. InshaAllah.


Tuesday, 23 September 2014

Perjumpaan Sulung Keluarga Haji Satari : 19 September 2014



Dah lama sebenarnya kami berhasrat nak adakan perjumpaan keluarga Haji Satari. Kami ada 7 orang adik beradik. Hanya cik z yang belum berkahwin. Dan keseluruhannya ada 26 cucu Haji Satari. Bermakna jumlah terkini ahli keluarga kami ialah 40 orang. Wahhhh ramaikan. Alkisahnya, tersangatlah susah untuk kami bersua muka serentak begini. Almaklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.

Secara kebetulan, hari lahir abah yang ke-72 tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 19 September. Macam semua orang tahu, tahun ni Johor bercuti pada hari Jumaat dan kebetulan juga tarikh tersebut masih dalam cuti sekolah. Makanya kami adik beradik telah membuat satu misi rahsia, iaitu satu surprised event khas untuk sambutan hari lahir abah. Elemen surprisednya ialah, kami semua akan balik serentak pada malam kejadian. Wahh wahh wahhh dengar jer perkataan surprised semua jadi excited he he he.

The D-Day. Hari kejadian. Dalam wasap group, semua dah start meroyan ha ha.... almaklumlah tak pernah buat kan. Untuk mengelakkan rancangan kami dihidu oleh abah, makanya setiap keluarga diwajibkan membawa makanan sendiri dan juga hadiah. Kiranya ala-ala potluck la ni. Jadual harian abah sama ajer tiap-tiap hari. Biasanya abah akan ke masjid dari maghrib ke Isya. 

Petang tu lepas Asar, cik z, kak Long dan kak Uda dah mula buat hidangan kami, he he. Macam mana kami punya alasan? Senang ajer, kami cakap lauk dah habis so nak kena masak lagi ni ha ha ha ha. Cik z plak kebetulan buat kek batik. Alasannya, senang ajer. Teringin nak makan, hehe. Bila abah pergi jer ke masjid, maka apa lagi bermulalah persiapan sambutan surprised event kami ni. Agak kelam kelibut juga nak setup meja, keluarkan pinggan mangkuk cawan sudu buat air potong buah bagai. Ambil kek lagi. Tu belum masuk persiapan peribadi pi salin baju cantik he he he. Memang super busy la kami semua. Nasib juga kak Sitam sampai sudah menjelang Maghrib.

Sebahagian hidangan malam tu: Kek, kek batik, buah, lontong, laksam, mee goreng, macaroni goreng, bubur putih bubur merah, dan tose. Pergggh macam kedai dah... Terima kasih semua yang telah bertungkus lumus masak.

Menjelang Isya, cik z dah start risau sebab 3 orang lagi belum sampai. Sementara nak menunggu tu sempatlah cik z ajar anak-anak buah yang dah ada ni untuk nyanyi lagu selamat hari lahir untuk atuk. Dan seperti yang dijangkakan, surprised event tak berapa nak menjadi surprisednya. Bebudak tu pulak tetiba malu ya amat nak menyanyi bila atuk balik. Dan 3 orang lagi adik beradik cik z plak belum sampai masa tu.

Abah cik z baru balik masjid ni. Ohh terkejut gak la kot tetiba ada mjlis makan-makan kat rumah kan.

  
Sementara nak menunggu semuanya sampai, cik z ambik kesempatan ambik-ambik gambar dulu. Eh bukan senang nak dapat peluang ni tau. Sebab biasanya kalau ada kenduri atau hari raya cik z sibuk di dapur. Hari ni cik z macam jadi tuan rumah pulak, mengalu-alukan setiap orang yang sampai merangkap pengelola majlis, mc dan jurugambar majlis. 
  
Akhirnya sekitar jam 9, semua pun sampai. Alhamdulillah. Kami mulakan perjumpaan kami ni dengan bacaan tahlil untuk arwah mak dan doa selamat untuk abah dan semuanya. Yang kelakarnya, habis je baca doa tetiba jer cik z kena buat ucapan plak bagi pihak tuan rumah dan urusetia. Aduh terkejut cik z, habis tergagap-gagap. 

Dah habis berucap, cik z berkejar plak ambik kek ni untuk dipotong oleh abah. Aduh semput...busy busy. Sambil-sambil tu tangan tak lupa juga kena ambik gambar okay. Kali ni semua anak menantu cucu-cucu bersemangat menyanyi "Allah selamatkan kamu" dan "Selamat hari lahir". Tengok bebudak tu dah tak sabar nak ngap kek tu. Tamat je nnyanyi, cik z terus kena ambik alih potong kek tu untuk bebudak yang dah menunggu kat tepi tu semua. Kelakar juga bila ingat2kan suasana masa ni macam anak burung semuanya hulur pinggan he heh...

Makan time. Macam-macam ada.


Tugas cik z belum selesai lagi. Sementara semua orang makan, cik z kena bersiap sedia untuk acara bergambar beramai-ramai pula. Sebelum tu cik z cuma sempat jamah sikit laksam. Wah sedap sangat. Terbaik dari air tangan Sitam. Oleh kerana ini kali pertama kami nak ambik gambar keluarga, jadi memang agak kelam kelibut. Khas untuk majlis ni, cik z bawa balik tripod. Bayangkan betapa sukarnya nak atur 38 orang pelbagai umur untuk gambar ni. Oh ya lupa nak citer, 2 orang ahli keluarga tak dapat hadir kali ni iaitu menantu ketida dan cucu pertama.

Akhirnya selepas puas cik z terjerit-jerit dapatlah snap beberapa gambar.  Yang ni kengkononnya untuk candid picture.

Ini ialah gambar adik beradik cik z. Dari belakang: Mak usu (31), Sitam (37), Uteh (41), Uda (43), Long (47), cik z (33). Depan: Ngah (45), Abah (72).

Girls in our family. 

Seterusnya, photo time. Layan ajerla yer, Sesekali berjumpa ramai-ramai ni memang excited semuanya nak bergambar.


Kesimpulannya, perjumpaan sulung keluarga kami ni telah berjaya diadakan dengan selamatnya. InsyaAllah kami akan adakannya secara berkala selepas ini. Semoga semua ahli keluarga kami sihat selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Amin. 

 

Monday, 15 September 2014

Sheila on 7 vs Nell

Salam semua. Moga sihat-sihat selalu. Pembaca setia blog ni mesti dah perasan yang cik z ni peminat Kmusic terutamanya ost song dan balad song. Lagu-lagu bingit memnag tak boleh masuk di telinga he he he.  Alkisahnya, sekitar April lalu, secara tak sengaja cik z telah menemui satu rock band korean yang mengingatkan cik z ke zaman universiti dulu sekitar 1999-2000. 

Sekitar 1999-2000, masa tu cik z masih junior di uni, dan masa tu lah mulanya kemasukan band-band rock dari Indonesia. Favorite cik z ialah Sheila on 7 a.k.a so7. Ada sesaper yang tak kenal? Sesaper yang membesar sezaman dgn cik z mesti kenal punya la kan. Ada banyak lagu2 so7 yang cik z masih ingat sehingga ke hari ini. Antaranya, sahabat sejati, kisah klasik untuk masa depan, berhenti berharap, dan, sephia, mudah saja, melompat lebih tinggi,....banyak lagi lah. Zaman tu kaset dan walkman ialah teman sejati. Berulang2 kali dengar satu album sampai habis bateri. He he he, sweet memory.


Antara sebab kenapa cik z suka sangat dengan so7 ni ialah lagunya yang simple dan lirik yang puitis. Sarat dengan mesej. Bila dengar terasa begitu dekat di hati. Dalam banyak2 tu cik paling suka dengan lagu kisah klasik untuk masa depan dan berhenti berharap. Jom dengar kejap kat bawah ni.



Balik semula ke tahun 2014. Wah serius dah berzaman kan. 14 tahun dah berlalu. Dan rock band dari korea iaitu Nell mengingatkan semula cik z kepada so7. Rupa-rupanya Nell ni dah lama bertapak di Korea iaitu sejak 1999 lagi. Kiranya sezaman la dengan so7 kan. Dan yang menariknya aliran music kedua-dua band ni agak serupa. Cik z pernah kongsikan salah satu lagu Nell di sini.  


Seperti so7, Nell juga popular dengan lagu-lagu berlirik puitis dan penuh mesej. Selain Time Walking Through Memory, salah satu lagu favorite cik z ialah Holding Into Gravity. Jom dengar kejap kat bawah ni.


Entri ni sememangnya entri syok sendiri ha ha ha, jadinya yang dah terbaca harap tak menyampahla ye ... Jika so7 membuatkan cik z tersenyum pada tahun 2000, Nell pula mengisi ruang dalam hati cik z pada tahun 2014. Nak buat camner kan dah memang habit cik z buat kerja mesti kena dengar music. 

Wassalam.

Thursday, 11 September 2014

3 tahun = 36 bulan = 1096 hari

Salam buat semua. Hari ini genap sudah 3 tahun cik Z memulakan pengajian pHd. 3 tahun bunyinya macam lama kan? Secara relatifnya, jika anda berkahwin 3 tahun lalu, anda mungkin dah punya sekurang-kurangnya seorang anak berusia 2 tahun sekarang ni. Tapi realitinya bagi cik Z, serius macam tak terasa langsung ianya berlalu. Seolah-olah jam masa cik Z terhenti begitu saja. Macam tak percaya yang cik Z dah pun lalui 3 tahun penuh cabaran ini dengan penuh warna warni.


Kisah perjalanan pHd cik Z sebenarnya dah pun bermula 4 tahun dahulu iaitu sejak kali pertama cik Z mulakan langkah mencari supervisor. Tapi untuk entri ini cik Z hanya ingin fokus dan berkongsi apa yang dah berlaku selepas 3 tahun sejak kali pertama cik Z jejakkan kaki di UM, tanggal 12 September 2011. Hari ini bila cik Z selongkar buku catatan, file-file research, dan gambar-gambar sepanjang 3 tahun yang lalu...barulah terasa, wahhhhhh memang lama sebenarnya 3 tahun ni. 

 

Bermula dengan hanya satu file pada 2011, kini cik Z dah pun ada hampir 20 file. Rekod catatan bulanan research work yang mulanya hanya 1 helai, kini dah pun 36 helai. Bila tengok gambar-gambar peribadi 2011-2014, jelas sekali banyak perubahan yang dah berlaku. Terbukti masa tak terhenti langsung. People change, and I probably did change too. Biasalakan, kita ni selalu nampak apa yang berlaku pada orang lain, tapi jarang sekali perasan perubahan diri sendiri.

  

Sempena genapnya 3 tahun ni, cik Z pun nak bermuhasabah diri. Apa agaknya yang dah cik Z dapat, timba dan pelajari sepanjang 3 tahun ini ya? Atau dengan kata lain, apa maknanya 3 tahun itu bagi cik Z. Dalaman atau luaran?

1. Dari segi luaran, memang ketara sangat cik Z dah berubah. Dulu-dulu pakai glasses, sekarang dah tak pakai. Tapi yang tak bestnya dulu-dulu kurus tapi sekarang macam bam bam sikit. Oh ada juga yang kata cik Z makin cun.. he he kalau betul terima kasihla yer.. ha ha masuk bakul la pulak kan.

2. Hari demi hari cik Z semakin berfikiran positif. Yang ni salah satu perkara yang paling cik Z perasan. Bila-bila pun, dalam apa keadaan pun, nampaknya cik z sentiasa berfikiran positif. Sampaikan ada yang tegur betapa simple mindednya cik z sekarang ni. Tanpa cik z sedari, cik z selalu ucapkan pada diri sendiri ayat ni. "Its okay, everything will be fine, everything happen has reason, and you can do it." Dan sekarang ni tanpa cik z sedari, cik z selalu juga sebutkan ayat yang sama dengan ramai orang. 

Tapi rasanya ini bukanlah sesuatu yang boleh berlaku secara tiba-tiba. Bila difikir-fikirkan semula, ini mungkin salah satu cara cik z motivasikan diri sendiri (self motivate) selepas melalui macam-macam masalah dan dugaan dalam macam-macam perkara terutamanya sebelum mula belajar dulu.  Kesan positifnya, bila cik z selalu jer berfikiran simple dan positif secara tak langsung kuranglah tahap stress. Dan akhirnya semua kerja yang dirancang lancar ajer. Dan life pun rasa makin seronok, fun and easy. Harap-harapnya bertahanlah sifat ini dalam diri cik z selepas ini.


3. Selain sibuk dengan pHd research, salah satu pencapaian terbaik cik Z sepanjang 3 tahun ini ialah berjaya menjejakkan kaki ke beberapa negara di dunia. Secara tetiba cik Z dah pun bergelar travel blogger dan mempunyai banyak pengalaman travel yang tak ternilai harganya. Sepanjang tahun 2012-2013, cik Z dah pun jejakkan kaki ke Jeju Island & Seoul South Korea, Doha Qatar, Sri Lanka, Siem Reap & Phnom Penh Cambodia, Ho Chi Minh Vietnam, Istanbul Turkey, London, Paris, Milan, Venice, Rome, Athens, Hong Kong, dan Macau. Opps kalau nak tahu antara hobi cik Z melihat peta dunia. Jadinya bolehlah dikatakan macam dreams do come true jugalah bila dapat pergi kesemua tempat-tempat ni.

Ada banyak kesan positif yang cik Z dapat dari hobi travel ni. Selain dapat melihat dunia dari sisi berbeza, salah satunya ialah kemahiran penting yang dapat cik Z timba ialah kemahiran membuat keputusan dalam masa kritikal dan juga good time planner. Dan nampaknya cik Z juga semakin konfiden dan berani menyuarakan pendapat. Kemahiran berkomunikasi dengan strangers pun dapat ditingkatkan. Semuanya ini sangat-sangat membantu cik Z dalam menyiapkan pHd. Malah jangan tak tahu, pergi jalan-jalan melancong ni juga selalu buatkan cik Z rasa lebih fresh dan bersemangat bila balik ke Malaysia, dan kesannya research progress pun semakin baik dan lancar.


4. Berhijrah itu sememangnya sesuatu yang sangat bagus. Sepanjang 3 tahun ini, cik Z dapat kenal ramai kenalan baru dan belajar menghargai diri sendiri. Kenalan-kenalan baru ini termasuklah pakar-pakar statistik/mathematic/lain2 dari dalam dan luar negara yang dah pun banyak pengalaman. Terasa sangat kerdil bila berada disamping mereka. Namun satu nilai yang paling cik Z kagumi ialah sifat rendah diri dan baik hati mereka yang rata2 tidak lokek ilmu dan friendly.

Di sini juga cik Z bertemu ramai rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengerah keringat dan memerah otak nak siapkan master dan pHd. Setiap orang ada cerita tersendiri. Bukan semuanya bernasib baik. Ada ketikanya, cik Z selalu rasa sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya cik Z lebih bernasib baik berbanding sesetengah orang.  Disini, kami juga saling bantu membantu dalam banyak perkara. Pengalaman yang tak kan pernah dilupakan. Sekadar mendengar juga satu bentuk bantuan yang tak ternilai harganya. Terima kasih semua.

5. Pencapaian peribadi terbaik cik Z dalam tempoh 3 tahun ini ialah berjaya menghabiskan research dan menyiapkan first draf thesis dalam tempoh 2 tahun 8 bulan. Syukur Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah juga. Walaupun tidak berjaya bergraduasi on time, namun cik Z tak sedikit pun rasa terkilan kerana cik Z dah buat sebaik mungkin. Keputusan untuk membuat perlanjutan tempoh cuti belajar juga sangat tepat kerana sehingga hari ini ada banyak lagi perkara/kerja yang belum diselesaikan. Thesis pun belum boleh hantar lagi. 

Akhir-akhir ini, cik Z juga kerap diminta membantu rakan-rakan lain dalam research group kami. Sejujurnya cik Z rasa sangat gembira setiap kali dapat menolong. Walaupun pertolongan yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun melihat orang lain gembira cukup untuk buat hari cik Z ceria sepanjang hari. Serius tak tipu. Somehow i found happiness in other's smile. 


Sebenarnya mungkin banyak lagi perubahan/lesson learn yang tak dapat cik Z tuliskan disini. Macam biasalah bila nak ditulis semuanya lupa. Walau apapun, cik Z sangat-sangat bersyukur atas setiap apa yang Allah takdirkan untuk cik Z selama ini. Ya lah mungkin cik Z tidak dikurniakan rezeki jodoh yang cepat tapi sekurang-kurangnya Allah bantu cik Z dari sisi yang lain pula. Untuk rakan-rakan pembaca diluar sana, terutama yang sedang menuntut ilmu, good luck dan all the best. Gunakanlah tempoh minimum 3 tahun cuti belajar yang dihadiahkan itu dengan sebaik mungkin. Ingatlah setiap sen yang kita dapat tu bukan hak milik kita seorang. InsyaAllah adalah keberkatannya dimana-mana nanti jika kita gunakan setiap saat dengan bermanfaat.

 
2011, 2012, 2013, 2014,...hope my dream come true,...upcoming photo should be in Convocation Day October 2015. InsyaAllah.

"The more I read
The more I learn
The more things I dont know
The more curious I am
The more I wanted to search
What I have lost
A mystery that only Allah knows
A path that I chose
To explore and thankful
For the rest of my life"
31 July 2012, KL.


p/s: Moga-moga konvo tahun depan tak la keseorangan lagi. Bunyi macam sedih ajer kan. Mohon sudilah kiranya doa-doakan cik Z ya. Thanks in advance. 

Wassalam.



Monday, 1 September 2014

Research Group Lunch: 3 in 1 celebration


Salam semua. Ini kisah yg dah agak basi sebenarnya. Tapi tak kiralah nak cerita juga kat sini. Minggu lalu hari Selasa 26 Ogos 2014, semua ahli research group kami termasuk dua orang sv pergi makan tengahari sama-sama di Restaurant Anis Puteri, Pantai Dalam. Dah agak lama kami semua tak keluar makan besar sesama macam ni. 

Kali ini kami meraikan Dr Mamun yang dah pun selamat mendapatkan gelaran Dr Falsafah Statistics dan juga Iqbal yang baru saja menamatkan master degree. Juga tak lupa ahli baru kami, Khairanny yang bakal memulakan master degreenya. Kira macam 3 in 1 la ni. Macam biasa kalau ada makan2 macam ni dah semestinya kami makan free he he he, sebab sv dah bayarkan.

Untuk makan-makan kali ni kami sengaja memilih menu Malaysian Food memandangkan kawan kami Dr Mamun ni akan balik for good ke Bangladesh pada malam tersebut. Kiranya macam last presents la kot untuk dia. Melihat betapa gembiranya dia tak sabar nak balik ke kampung halaman, buat kami pun rasa semangat dan teruja nak habiskan PhD juga. Kalau nak tahu kawan kami ni dah 4 tahun tak balik kampung. Siap dia kira dah 9 kali tak dapat sambut raya bersama famili. Jadi Aidiladha ni memang meriah sungguh la kot.

Apapun all the best untuk semua ahli research group ini. Nampaknya dua orang lelaki dah tak ada. Oh ya lupa nak citer yg Iqbal tu pulak nak terbang ke UK tak lama lagi. Maka tinggallah bunga-bunga ajer dalam group ni. Dan yang kelakarnya 4 orang bunga ni kesemuanya ada pipi yang chubby. Ha ha ha macam mana tu?


Cik z rasalah, pasti cik z akan rindukan research group ni nanti bila dah kembali ke Kuantan. Apapun friendship forever. Wassalam.