Thursday 25 December 2014

Kisah pindah randah

Kali ini cik z nak berkisah tentang keserabutan menguruskan pindah randah dari KL ke Kuantan hari tu. Walaupun cik z ada banyak pengalaman pack dan unpack barang untuk berpindah, tapi inilah pengalaman paling sukar dan menyesakkan kepala yg pernah cik z alami. Antara sebab utamanya ialah kerana cik z ada kekangan masa untuk menghantar thesis dan juga menguruskan semua urusan berpindah sebelum tempoh cuti belajar berakhir. Jadi boleh bayangkan tak macam mana kelam kelibutnya hidup cik z masa tu. Kalau bolehlah nak ajer ada 10 tangan dan kaki supaya boleh diagih-agihkan kesana kesini. Nak tambah serabut, ada sebahagian barang cik z berada di Johor, Jadinya cik z perlu juga memikirkan bila nak pi ambik barang-barang tu juga. 

Dengan kekangan masa yang agak terhad, cik z hanya mula mengemas barang-barang pada 2 minggu terakhir sebelum berpindah. Tak sangka banyak betul barang-barangnya sampai tak cukup kotak-kotak yang ada. 1/3 buku ajer rasanya. Terpaksa juga beli beberapa storage box. Dalam tempoh 2 minggu ni gak tiap-tiap hari cik z akan angkut balik barang-barang dari office ke rumah. Perghh memang menguji kesabaran sebab rumah cik z ni aras 3 tak de lift. 

Sebahagian barang-barang yang dah siap untuk diangkut.

10 hari sebelum berpindah cik z mula telepon lori. Tapi malangnya nombor yang cik z ada ni dah full book pula. Dua tiga hari juga cari contact number yang baru. Dan akhirnya cik z beranikan diri cuba call satu nombor yang diiklankan di mudah.com. Alhamdulillah cik z dapat servis yang tip top dari syarikat ni. Kalau ada kawan-kawan yang nak cari lori bolehlah contact diorang ni ya. Cik z ambil lori 5 tan dan oleh sebab rumah cik z ni tak de lif so harga total yg cik z kena bayar ialah RM1200. Semua barang-barang cik z ni diorang yg tolong angkatkan.



Selain berkemas dan lori, antara perkara lain yang cik z kena uruskan ialah:

1. Astro - Boleh call ajer ke Hotline number. Tapi memang lamalah nak tunggu dan buat permohonan pindah ni. Apapun oklah juga daripada nak kena ke servis centre plak kan. Sedikit info, kalau nak pindah ni pihak Astro akan datang bukakan piring kita dulu barulah kita boleh pindah ke alamat yang baru. Bayaran RM150 (rasanya), sorry tak ingat sebab kali ni cik z tak cabut piring sebab masa pindah ke rumah ni dah ada piring. Jadi untuk di Kuantan pihak Astro hanya datang pasang piring yg kita dah buka tu dan tak perlu bayar apa-apa lagi. Yang bestnya pihak Astro datang pasang pada hari cik z sampai di Kuantan. Bagus bagus tak de la kebosanan sangat kan.

2. Streamyx - Yang ni tiada pilihan kena juga pergi ke TM. Sebabnya kita perlu pilih nombor yang baru untuk tempat baru kita. Yang bestnya internet line cik z masih boleh dipakai sehinggalah saat nak berpindah. Servis yang diberikan juga agak bagus. Sehari selepas berpindah pihak TM dah pun datang untuk buat penyambungan talian. Cik z kena bayar RM80.

3. Coway - Yang ni cik z hanya perlu call staf Coway yang selalu datang servis kat rumah. Yang bestnya kita hanya perlu call diorang sehari sebelum berpindah. Jadinya pagi-pagi nak pindah tu diorang datang dan cabutkan semua paip-paip yang digunakan dan tolong kemaskan masuk kotak. Pastu diorang akan buatkan report berpindah untuk kita. Tak perlu buat bayaran apa-apa untuk kali pertama berpindah. Cuma yang tak bestnya bila dah sampai Kuantan, cik z terpaksa tunggu 5 hari untuk penyambungan semula sebab kebetulannya super busy plak staf-staf Coway kat sini melayan permintaan pelanggan.

4. Servis kereta - Kebetulannya milage kereta cik z dah pun terlebih KM. Sajer je kan nak menambah tahap kebusyan.

5. Balik Johor - Oleh sebab cik z tak cukup kaki tangan, makanya 3 orang anak buah cik z dah menawarkan diri nak jadi bibik untuk tolong cik z. Kebetulan memang nak kena balik kg untuk ambil barang-barang yang ada di kg, so ambillah diorang ni sekali. Jadual cik z memang padat mengalahkan pak menteri. 

4 Dec : Hantar thesis, servis kereta
5 Dec : Uruskan Astro dan Streamyx. Kemas semua barang di office dan bawa balik ke rumah. Sambung kemas barang kat rumah. Special thanks untuk kak uda yg kebetulan singgah sebelum pulang ke Kedah. Kekonon nak tumpang solat je sudahnya tolong cik z mengemas he he.
6 Dec : Balik Johor, kemas barang-barang nak bawa balik kuantan
8 Dec : Balik KL semula, call Coway, sambung mengemas
9 Dec : Pindah ke Kuantan
12 Dec : Lapor diri kerja
14 Dec : Angkat semua buku-buku ke office baru
16 Dec : Balik Johor semula hantar anak-anak buah (Kebetulan dapat 7 days unrecorded leave)

3 orang bibik cik z he he, di Kawasan Perkelahan Pasir Kubor Sungai Lembing 

10 dan 11 Dec tu kebetulan seorang kakak cik z datang dari Johor. Walaupun rumah tak siap kemas lagi kami sempatlah berjalan dan berkelah di Kawasan Perkelahan Pasir Kubor Sungai Lembing dan juga ke Teluk Cempedak. 

 
Teluk Cempedak

Ini dia sebahagian deko rumah cik z kini.

 
Sebelum anak-anak kakak cik z balik, sempatlah diorang meninggalkan sedikit kenangan art work kat dinding rumah cik z ni hi hi. Entah bilalah dia dapat cari pensil tu.

 
Belanja bibik-bibik ni makan kat Seoul Garden. Suka giler diorang sampai macam tak nak balik dah.

Alhamdulillah selamat sudah kerja-kerja pindah memindah ni. Perghh memang penatnya tak terkata. Itupun mujurlah ada anak-anak buah yang ringan tulang nak membantu dan kakak-kakak yang tetiba muncul. Terima kasih semua. May Allah bless you all.

Wassalam.



Saturday 20 December 2014

Berakhir sudah 3 tahun 3 bulan

Assalamualaikum. Ketika ini cik z telah pun berada di Kuantan. Selamat tinggal KL, UM, Kota Damansara,... dan segala kenangan yang terpahat selama 3 tahun 3 bulan. Tempoh cuti belajar 12 September 2011-11 Disember 2014 berakhir sudah. Anehnya masa kat KL cik Z rindukan Kuantan, tapi bila dah sampai disini, cik z rindukan KL pula. 3 tahun 3 bulan bukanlah tempoh waktu yang singkat dan tersangat banyak memori yang tercipta. Seolah-olahnya ada sesuatu yang tertinggal disana. 

 
Cik z rindu u all.. (Last Day in UM 5 Dec 2014)

Sepanjang minggu ini hujan turun tak berhenti di bumi Kuantan, seakannya memahami apa yang ada dalam hati cik z. Ha ha. Tapi kan yang bestnya, setelah sekian lama tak nampak pelangi, senja hari ni tetiba pelangi muncul kat depan rumah cik z. Seolah-olahnya memberi isyarat untuk cik z mulakan hari baru esok dengan lebih bersemangat dan positif. Ya la tak dinafikan memang ada sedikit rasa risau nak mulakan semula momentum kerja yang dah berkarat ni. 

Pelangi senja 20/12/14, Kuantan Pahang.

Untuk entry ni, cik z nak kongsikan ceritera macam mana susah payahnya cik z nak menghantar thesis dengan tempoh cuti belajar yang semakin hampir ke penghujungnya haritu. Macam biasala, cik z ni kalau tak de drama memang tak sah kan he he.. Masih ingat lagi tak dalam entri sebelum2 ni cik z ada ceritakan tentang drama pencarian external examiner? Alhamdulillah, pada awal Nov, 2 orang external examiner telah pun diluluskan. The next step, cik z kena buat pembentangan pula di peringkat universiti. Namanya ialah Research Finding Seminar. 

Alkisahnya, tunggu punya tunggu dah pun sampai ke minggu terakhir Nov, tapi tak pun dapat lagi tarikh nak present. Oh masa ni cik z dah tak senang duduk. Sebabnya, kat UM ni nak hantar thesis untuk examiner pun kita kena buat "soft binding" yang mana cara membuatnya sama ajer dengan hard cover. Tambah-tambah pula nak kena print out 5 copies of thesis. Nak tambah lagi worst, kalau buat dekat dalam UM ataupun mana-mana kedai sekitar UM kena ambil masa 3 hari untuk dapatkannya semula...Oh pening-pening. Lagi-lagi pula selagi tak present dan dapat green light boleh bind thesis, selagi tu tak boleh nak buat apa-apa.

But, Alhamdulillah. Miracle do exist. Hasil bantuan sv, kami dapat tahu ada cara rupanya untuk dapatkan exemption daripada final presentation tu. As soon as kami dapat info ni, terus ajer cik z buat surat permohonan ke dekan dengan menyertakan senarai bukti journal paper dan persidangan yang pernah dihadiri selama tempoh pengajian. Dan akhirnya pada petang Jumaat 28 Nov 2014, kami dapat good news. Permohonan diluluskan. Coincidently, its my birthday hu hu.

Bermulalah minggu paling sibuk dalam tempoh 3 tahun 3 bulan. Selama 2 hari (Isnin dan Selasa) cik z gunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja printing. O ho sesaper yang ada pengalaman ni mestilah tahu betapa menguji kesabarannyalah nak buat kerja-kerja remeh ni. Tambah-tambah pulak total page cik z 200++. Perghh.

Memandangkan cik z kena selesaikan semua perkara berkaitan thesis minggu itu juga, jadinya memang kena juga cari tempat lain untuk bind thesis. Hasil pi tanya sana-sini, semua orang nasihatkan pi bind kat area UPM Serdang.  Boleh dapat dalam hari yg sama katanya. Hari Rabu 3 Dec 2014, cik z pun pergilah ke Serdang dengan Adia. Yang kelakarnya, Adia ni pulak tetiba tak ingat kat mana area kedai-kedai bind yang banyak kat Serdang ni ha. Makanya terpusing-pusing la kami kat situ cari cari dan cari. Nak tambah lagi worst, Adia ni plak dia boleh plak tertinggalkan handphonenya kat UM. Cik z pula dah sah-sah x tau langsung mana nak tuju. 

Miracle do exist, lagi. Pusing punya pusing tetiba cik z ternampak satu kilang coklat. Eh tetiba teringat... cik z ada kawan lama yang baru-baru ni recontact dan dia mention kerja kilang coklat kat Serdang. Maka dengan desperatenya, cik z pun try la call dia. Ya Allah syukur sangat, memang betul pun dia kerja kat situ. Dan dipendekkan cerita, kawan cik z iaitu Bar yang serius lama sangat tak jumpa (5 tahun kot), tetiba muncul membantu di saat-saat terakhir. Tak sangka kan, macam ni rupanya cara kami nak reunion. Tahun ini 2014 genap 20 tahun kami kenal. 

Thanks to Bar, dapat pun jumpa kedai-kedai bind thesis yang berlambak kat area UPM Serdang ni. 

Alhamdulillah, ini hasilnya. Semoga Allah lembutkan hati semua examiner yang terlibat.

Akhirnya, setelah melalui macam-macam cerita dan drama, dapat juga cik z hantarkan thesis ni untuk penilaian examiner pula. Bolehla tarik nafas lega sikit buat masa ini. Sementara nak menanti viva voice.. erghh seram juga sebenarnya. Apapun sebelah kaki dah pun terlepas. Hoping for a good day to come. InshaAllah.


Tuesday 2 December 2014

Mengidam nak makan korean food kat Dubu Dubu @ Mid Valey

Assalam semua. Tajuk Entry tak menahan kan? He he he... Alkisahnya, menjelang hari-hari terakhir di KL ni, cik z ada satu misi iaitu nak pergi makan kat beberapa tempat favorite sepanjang 3 tahun 3 bulan kat sini. Ini namanya memang misi mengada-ngada sebab kengkononnya tak de makanan yg sama macam tu kat Kuantan nanti he hehe. Selain tempat2 yg dah biasa pergi, ada satu tempat yg belum pernah pergi lagi iaitu Dubu Dubu kat Mid Valey. Walaupun agak kerap ke Mid Valey tapi memang tak pernah lagi menyinggah ke Dubu Dubu hi hi setakat jeling-jeling ajer sebelum ni. Sebab utamanya ialah tak de geng nak makan hu hu.. sedihkan. Geng-geng yg terdekat ni tak makan korean food la pulak.


Minggu lepas, keinginan tekak cik z untuk makan korean food tak dapat ditahan-tahan lagi gara-gara blogwalking kat blog ramai blogger yg terjah ke Korea sempena Autumn. Terbayang-bayang kenangan makan kat sana masa Summer 2012 dulu. Aishh tak boleh jadi ni. Maka dengan berkobar-kobarnya cik z dah pun buat survey secara intensif iaitu pi tanya semua kawan-kawan yg ada kat sini (ehe he padahal 5 org je pun yg ditanya) ada tak sesaper yg sudi nak temankan cik z pi Dubu Dubu. Giler desperate kan.

Dan hasilnya...tada bukan sekali cik z pergi tapi dua kali dalam masa seminggu ha ha ha... Thanks a lot Kak Maizan and Fizz. Jasamu ku kenang gitu. Okay jom tengok apa yg kami makan. Dua kali pergi dah semestinya tak makan makanan yg sama. 


 
 Ini rupa menu yang disediakan.. Tengok senarai makanan dan gambar, err mmg macam nak rasa semuanya. Sesaper yg hardcore kdrama dan kvariety macam cik z dah tentu-tentu memang tahu apa jenis makanan dan namanya. 


Ini bil masa pergi kali pertama. Tengok tu macam-macam kami order. Tamak betul. Last2nya tak habis makan dan kami tapau bawa balik. 

Pajeon (korean pancake) RM11.50. Sedap sangat. Lebih-lebih lagi sos pencicah dia tu.

Cheese Toppoki RM15.90. Sedap juga. Cuma Rice cake nya agak liat. 

Set Dol Sot Bibimbab Beef RM19.90. Yang ni my favorite. 

Banchan (side dish) of the day. Yang ni sekali satu set dengan bibimbap. Sup tofu+seewed dia sedap sangat. Tapi kimchi tu not my taste la pulak. Rasa macam terlebih sangat rasa halianya.

Set Honey Bulgogy Beef RM 13.90. Dapat satu set dengan nasi dan banchan juga. Yang ni tak sentuh langsung so kami tapau. Tapi yg set2 lain tu memang licin kami kerjakan.

Dubu Bingsu (Korean Ice shave) RM 8.90. Sangat sedap. Macam makan aiskrim kacang merah.

Set Bulgogi yang ditapau tadi tu selamat menjadi nasi goreng Bulgogi. He he.

Ini pula bil masa pergi kali kedua. Lesson learn masa pergi yg kali pertama dulu tak habis makan kan, so kali ni tak tamak lagi dah.

Set SoonDubu Beef RM 17.90. Side dish yg diberikan memang berbeza dengan yg hari tu. Dalam kuah merah tu ada tofu, daging dan telur. Rasa dia agak pedas. Nak kata sedap sangat tu tak juga, tapi masih boleh ditelan dan diratah sehingga licin. he he.

Barley Tea Col RM 3.50. Tak de rasa manis. Tapi still sedap ditekak cik z yg memang tak berapa suka air manis. Lawan plak dengan soondubu yg pedas tu. Memang licinla gelasnya.

Set Cheese Roboki RM11.90. Ada rice cake, fish cake, ramen, dan telur rebus. Pedas + manis rasanya. Sedap cuma tak mengeyangkan sangat.

Amacam? Menarik tak? Entah bila lagi cik z akan ada kesempatan untuk makan kat sini lagi. Apapun mission accomplish.