Tuesday 26 February 2013

Abah & umrah

Baru-baru ni hari Khamis, 21 Februari 2013, abah cik Z telahpun berangkat mengerjakan umrah dari KLIA menggunakan penerbangan MAS Chartered MH8002 KUL-JED jam 11.15 pagi.  Abah dijangka pulang dari Madinah pada 4 Mac 2013 (MH8001 1550-0540) Ini kali kedua abah ke Makkah selepas menunaikan haji 10 tahun yang lalu. Kali ni abah pergi beramai-ramai dengan 15 orang peneroka Felda kami beserta Pengurus Felda sekeluarga menggunakan Felda Travel sebagai agen. Dari pemerhatian cik Z, agen yang bertanggungjawab sangatlah efisien, peramah dan penyabar orangnya membantu dan  melayan karenah jemaah2 yang kebanyakannya warga tua. Banyak pahala diorang ni.  4 daripada 7 adik beradik cik Z berkesempatan menghantar abah ke KLIA dan menunggu sehingga penerbangan berlepas.  










Seronok sangat tengok bakal2 tetamu Allah ni, rasa macam nak joint sama tapi itulah kita hanya merancang Allah yang menentukan. Rasanya lagi seronok kalau dapat pergi ramai2 sekeluarga.  Cik Z juga ada merancang untuk mengerjakan umrah April ini tapi terpaksa dibatalkan kerana syarat baru bermula pertengahan Januari 2013 Arab Saudi yang tidak lagi membenarkan wanita bawah 45 tahun mengerjakan umrah tanpa mahram (means tak de lagi istilah mahram tumpang). Sedih juga tapi kenalah redhakan pasti ada hikmahnya nanti.  

Oh ya untuk rakan2 pembaca yang belum lagi mendaftar dengan tabung haji untuk menunaikan haji, baiklah cepat2 mendaftar sebabnya masa menunggu untuk menunaikan hai makin lama makin panjang. Syarat minimum kena ada RM1300 dalam akaun Tabung Haji.  Kalau yang ada anak2 tu daftarkan ajelah jika berpeluang.  Bayangkan cik Z punya giliran ialah pada tahun 2058. Ya Allah entah ada lagi ke tak pada masa tu. Harap2nya cik Z berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, jika tidak haji, umrah pun jadilah.  InsyaAllah.  

Anak saudara yang ke 24, Muhammad Syazwan.


Monday 18 February 2013

Seoul DAY 3: Everland & Dongdaemun


Sabtu, 23 Jun 2012.  Hari ketiga di Seoul, destinasi kami ialah Everland Theme Park yang terletak di Yongin, Gyeonggi-do.  Seumur hidup, inilah kali pertama cik Z menjejakkan kaki ke Taman Tema. Pernah berkunjung ke Genting tapi langsung tak pernah cuba main apa2 permainan di sana.  Almaklumlah pergi pun dengan rakan2 sekerja kerana kursus dan workshop.  Fizz sangat bersemangat, cik Z pun ikut excited.  Dari Hyehwa, kami bertolak seawal 7.15 pagi menaiki subway terus ke Sadang Station tanpa perlu menukar line. Di Sadang Station kami keluar di Exit 3 dan mencari Jwaseok Bus no 1500-2.  Kami bernasib baik kerana bas dah pun sedia menunggu penumpang.  Kalau lambat 5 minit je memang dah kena tinggal.  Masa naik bas ni ada sikit miscomunication dengan pakcik driver yang meyebabkan cik Z tersilap sentuh 2 kali T-Money pada machine bayaran. Sudahnya rugi terbayar utk 2 orang. Dah lah Fizz pun dah tersentuh T-Money dia. Memang jadi Lesson Learn nampak sangat amatur kan. 

Perjalanan ke Everland memakan masa kira2 1 jam.  Masa sampai kat sana ingatkan boleh terus masuk entrance gate rupanya kena naik shuttle bus dulu selama 5 minit barulah sampai kat entrance gate dia.  Lama gak kami beratur nak naik shuttle bus walaupun bas yang disediakan panjang dan banyak sebabnya ramai sangat pengunjung yang datang serentak. Masa tu baru pukul 9 pagi. Kami ingat dah datang awal dah. Lepas  10 minit beratur akhirnya tibalah giliran kami naik bas. Sampai je kat entrance gate, wah terkejut kami ramainya orang. Ada lebih 20 entrance gate tapi semuanya penuh orang beratur panjang.  Majoriti datang bersama keluarga dan rombongan sekolah atau kawan2 segerombolan. Pelancong dari luar negara pun ramai juga terutama dari Jepun dan China.   Rupa2nya hari kami pergi ni ialah hari pertama secara rasminya pesta Summer bermula di Everland.  Patutlah ramai semacam kan. Dah lah panas.  Most memang pakai topi sepanjang kat sini.

Wah panjang plak intronya kan. Harga tiket masuk ke Everland untuk pelancong asing ialah 32000 won  (RM100) sahaja jauh lebih murah daripada apa yang kami bayangkan.  Setiap pengunjung dibekalkan map.   Secara ringkasnya Everland dibahagikan kepada 5 sections bertema iaitu American Adventure, Magic Land,  European Adventure, Zoo Topia, dan Roller Coaster. Dalam Zootopia tu ada beberapa section berbeza termasuk Safari World. Juga terdapat Global Fair section yang menempatkan bazar yang diadaptasi daripda binaan istana dari beberapa negara luar. Tarikan lain ialah Four Season Garden yang menempatkan bunga-bunga pelbagai saiz, jenis dan warna mengikut musim. Kami pergi masa Summer so yang ada cuma bunga2 ros je. Tak dapat nak tengok tulip, lilies dan chrysanthemum. 

A bazaar at Global Fair section.

Global Fair section.

KizCovery khas untuk kanak2 juga dalam kawasan Global Fair section.

Rumah Pororo dalam kawasan Global Fair section.

Pengembaraan kami di Everland bermula di Global Fair, American Adventure, Magic Land, Four Seasons Garden, European Adventure, dan berakhir di Zoo Topia.  Ada banyak sangat game/ride yang boleh dicuba dalam American Adventure, Magic Land, dan European Adventure.  Setiap game ada staff yang jaga.  Seronok tengok staff2 ni bekerja, cakap tak berhenti2 dengan suara yang comel macam dalam citer kartun dan peramah.  Senyum je sepanjang masa.  Mana2 game/ride yang kami masuk mesti diorang sambut dengan ucapan selamat datang dalam bahasa Malaysia. Kebanyakan game/ride yang kami cuba adalah dalam kawasan Magic Land sebab game/ride kat sini kurang mnenakutkan berbangding kat tempat2 lain. 







Four Season Garden.

Water Fountain di Four Season Garden.



Antara tarikan lain yang menyebabkan ramai sangat pengunjung datang masa Summer ialah adanya pertunjukan air dan Parade dengan kereta berhiasnya.  Pertunjukan Parade ni bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi.  Pertama kali tengok pertunjukan ni memang jakun la jugak. Sepanjang jalan parade2 ni akan sembur air kat pengunjung.




Kat European Adventure, ada banyak restaurant dengan European Style. Kami sempat menaiki train mengelilingi Flower Garden. Tarikan utama disini ialah T Express iaitu sebuah rolller coaster yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya, dan juga rumah hantu Mystery Mansion. Yang menariknya kat Mystery Mansion ada tersedia sebuah prayer room untuk pengunjung muslim.  Ada juga cable car yang menghubungkan European Adventure dan American Adventure. Dua kali kami naik cable car turun bukit dan naik bukit sebab malas nak jalan ha ha.

Flower Garden
T Express. Jeritan orang2 yang naik roller coaster ni boleh didengar satu Everland. 

Four Seasons Garden.

View dari train mengelilingi Flower Garden.

Water Fountain.

Kemuncak pertunjukan Parade. Habis basah satu tempat tu. Pengunjung yang tengok dari dekat semua dibekalkan rain coat.  

Main air selepas pertunjukan Parade berakhir.

Seram tengok ride ni.

Cable Car.

Pintu masuk Mystery Mansion, tapi kami tak berani nak masuk he he...

Prayer room kat sebelah pintu masuk Mystery Mansion.

Lepas solat kami pun bergerak ke Zoo Topia. Oh ya kami bawa bekal roti ke sini untuk lunch.  Zoo Topia ni memang best dan besar sangat. Berkali2 lebih best dari mana2 zoo di Malaysia. Macam cik Z kata tadi ada banyak section kat dalam ni mengikut jenis haiwan. Kami masuk semua section kecuali Safari World sebab tak sanggup nak tunggu beratur yang panjang sesangat lagipun dah pukul 3 ptg masa sampai kat area tu.  Antara kenangan paling tak boleh lupa ialah pengalaman menyaksikan Animal Wonder Stage selama 30 minit .  Wow kagum sangat tengok haiwan2 yang dilatih khas seperti burung, monyet, tikus, tupai dll buat persembahan teater siap ada yang main peralatan music. Walla rindu plak rasa macam nak tengok lagi.  

Boleh beri makan dan pegang burung2 kat sini.

Landak.
Kawasan ni untuk haiwan ternakan seperti ayam, itik dan lembu.

Amazon express, yang ni pun tak dapat masuk.

Mari menonton Animal Wonder Stage.

Animal Wonder Stage.

Penguin

Harbor Seal.

Dalam pukul 3 kami pun bergerak keluar dari Zoo Topia. Kalau duduk sini sampai malam boleh tengok pertunjukan bunga api.  Rasa macam nak patah kaki jalan satu Everland tengah panas terik.  Rasanya kalau nak try semua game/ride satu hari pun tak habis. Walaupun tak berkesempatan cuba semua game/ride tapi kami tetap berpuas hati dan rasa berbaloi setiap won yang dibayar. Bak kata Fizz lebih murah dari USS tapi lebih besar dan lebih banyak game/ride.  Kalau bawak family ke sini memang syok giler lah.

Masa balik baru berpeluang untuk bergambar kat Entrance Gate ni.

Sepanjang perjalanan balik ke Sadang Station kami tidur tak ingat dunia ha ha cover balik sebab dah bangun super awal pagi tadi.  Dari Sadang Station kami terus je balik ke GH di Hyehwa sebabnya perut dah lapar nasi. Kami sampai semula kat GH hampir pukul 5.30 ptg.  Sebelah malamnya, kami ke Dongdaemun untuk shoping time.  Dongdaemun ni letaknya cuba 1 station dari Hyehwa. Kami keluar agak lewat jadi masa shoping pun terbatas, tapi sempat lagi duduk2 kejap kat Cheonggyecheon Stream (bhgn sebelah Dongdaemun Station) main2 air sambil makan jagung rebus.   

Doota

Migliore

Sedikit tips, kedai jual Sourviner di Migliore lebih murah harganya berbanding di Namdaemun, tapi kalau nak cari T-shirt kat Namdaemun lebih murah. Sangat syok shoping bags kat Migliore, rambang mata.  Okaylah ini saja untuk kali ni. Jumpa lagi dalam next entry. Anyeong Wassalam.



Sunday 17 February 2013

Seoul DAY 2: Nami Island - Namdaemun - Namsan Tower


Jumaat 22 Jun 2012, hari kedua di Seoul. Hari ni kami akan ke Namiseom (Nami Island), Namdaemun dan Namsan Tower.  Perjalanan kami bermula seawal 7.30 pagi memandangkan Namiseom terletak di Gapyeong iaitu kira-kira 63km dari Seoul. Untuk ke Gapyeong, kami menaiki subway line 4 dari Hyehwa, turun di Dongdaemun Station, tukar ke subway line 1 dan turun semula di Cheongnyangni Station. Dari Cheongnyangni Station, kami menaiki ITX express train terus ke Gapyeong Station. Kos bagi semua perjalanan menggunakan subway tak ingat nak kira sebab kami guna T-money je. Dari Gapyeong Station, kami naik taxi ke Namiseom Entrance dengan bayaran 2800won.  Kami tiba disini kira-kira jam 8.40 pagi. 

Namiseom Map.  Namiseom ialah sebuah pulau kecil berbentuk half moon yang terletak di Sungai Bukhangang, Gapyeong berkeluasan hanya 462809 m persegi

Sedikit sejarah berkenaan Namiseom.  Nama pulau ini di ambil dari nama General Nami, seorang general zaman Joseon Dinasti yang dikatakan mati di pulau ini ketika berumur 28 tahun kerana disalah anggap sebagai pengkianat negara oleh King Sejo (1455-1468). Pada tahun 1965, Mr. Minn Byeong-do membeli pulau ini dan mula mengubahsuai keseluruhan pulau kecil ini dengan pohon2 yang ditanam secara terancang.  Drama Winter Sonata yang meletup ke seluruh dunia pada tahun 2002 telah mempopularkan pulau ini sebagai destinasi pelancongan utama di Korea.  Semua info ini ada dalam pamplete yang diberikan kepada setiap pelancong.

Ada 2 cara yang disediakan untuk pelancong menyeberang sungai ke Namiseom samada menggunakan feri dengan bayaran 8000won ataupun menggunakan zip-wire dengan bayaran 38000won.  Kami naik feri je. 

Zip wire station

Jeti, tempat tunggu feri untuk ke Namiseom. 

Atas feri. 

Selepas 5 minit perjalanan, feri pun mendarat di Namiseom. Hari masih awal dan pelancong pun masih belum ramai. Feri yang kami naik adalah feri kedua yang beroperasi hari ni. Kami disambut dengan ucapan selamat datang dalam Bahasa Malaysia oleh kakitangan yang bertugas. 


Berbekalkan map yang diberikan kami memulakan penjelajahan dari sebelah kanan pulau (bahagian lurus).  Kami jalan kaki je menikmati pemandangan menarik pohon2 yang tersusun rapi pelbagai saiz dan jenis.  Pulau ini sangat bersih dan nyaman sekali. Kalau tak nak jalan kaki pun boleh, pelancong boleh naik train pusing2 ke seluruh bahagian pulau ataupun naik basikal yang boleh disewa. Kemudahan chalet dan hotel juga ada disini.


Seronok tengok tupai ni melompat2 dari pohon ke pohon.







Puas berjalan akhirnya kami tiba di bahagian tengah pulau yang menempatkan deretan restaurant, kedai2 dan beberapa binaan khas memperingati drama Winter Sonata.  

Patung ni di buat betul2 mengikut ketinggian sebenar pelakon utama Winter Sonata. Tinggi betul diorang ni, cik Z kat paras bahu tu je.




2 jam berjalan, perut pun dah lapar. Jadinya kami pun cari lah kedai makanan halal Drama Cafe.  Hari ni kami jadi pelanggan pertama cafe ni.
  
Dapur masak dan kaunter tempahan serta bayaran.  

Senarai menu. Kami order menu pertama (nasi, kimchi & telur goreng) harga 5000won dan kimchi pancake harga 7000won.  Air kosong free.

Kat dalam pinggan tu Kimchi Pancake (ala2 lempeng bezanya letak kimchi yg dipotong2), rasanya pun sedap dan crunchy. Yang dalam tuppaware tu nasi+kimchi+telur goreng. Cara nak makan, pakai sarung tangan tu dan goncang dulu. 

Lepas goncang baru boleh makan. Menu ni sangat simple tapi sedap dan mengeyangkan.  

Lepas makan nasi kami tergoda dengan ice shaving (aka ABC) so terbelilah menu ni harganya 6000won.

Sementara nak tunggu zuhor, kami pun jalanlah lagi sekitar Namiseom.  Hampir tengah hari barulah nampak pelancong semakin ramai. Kali ni barulah kami nampak beberapa warga Malaysia. 












Yang bagusnya kat Namiseom ni, surau disediakan untuk pengunjung muslim bersolat. Letaknya di tingkat dua Chinese Galery. Keadaan suraunya selesa dengan sejadah dan telekung siap tersedia, cuma tiada penghadang untuk lelaki dan perempuan.  Tapi tak isah la kan janji ada tempat solat.

Musolla di Namiseom.

Jumpa ni masa nak jalan balik.

Lepas solat kami pun berjalan balik ke jeti pulau dan sempat naik feri pukul 1 tghr.  Sampai je kat jeti, terkejut kami tengok orang punyalah ramai beratur panjang nak naik feri ke Namiseom.  Bersyukur tak terhingga sebab dah pergi awal.  Untuk ke Gapyeong Station semula, kami naik taxi kali ni harganya 2400 won.   

Gapyeong Station

Kat Gapyeong Station, kami dah terbuat kesilapan tanpa sedar iaitu silap naik train. Sepatutnya kami kena naik train express tanpa henti ITX terus ke Yongsan tapi kami dah tersilap naik train biasa Gyeongchun Line.  Kesannya kami terpaksa spend lebih 1 jam 30 minit untuk sampai ke Namdaemun. Dari Gapyeong kami turun Sangbong Station, tukar ke line 1 naik train lagi dan turun pulak kat Dongdaemun, lepas tu tukar line lagi ke line 4 dan turun kat Hoehyeon Station. Untuk ke Namdaemun Market kami keluar di Exit 5. 

Gambar2 sekitar Namdaemun Market ada kat bawah ni.  Macam2 ada disini dari makanan, pakaian, peralatan dapur, kasut, sourviner dll.  Setiap ceruk jalan penuh dengan kedai.  Kebanyakan peniaga disini ialah ajjumma (makcik2).  Kalau kita tak jadi beli barang cepat2 lah lari sebab ajjumma2 ni bising gak mulutnya. Kawasan ni memang tempat tumpuan  pelancong dan warga tempatan. Alang2 dah kesini kami pun belilah set sudu, chopstics dan mangkuk korea. 













Puas pusing2 Namdaemun Market, kami pun pergi semula ke subway station naik train ke Myeongdong Station yang letaknya cuma 1 station dari Hoehyeon Station.  Kali ni kami keluar di Exit 3 dan berjalan kaki terus ke Namsan Tower Cable Car Station.  Keadaaan jalan menuju ke Cable Car Station sangat mencabar kaki dan minda. Makin lama makin curam mendaki bukit.  Malu gak la dengan orang2 korea yang selamba je jalan kaki siap pakai high hills.  Yang kami ni kejap2 berhenti he he. Sampai kat stationnya, walla ramai pulak orang beratur almaklumlah kejap lagi dah nak sunset so ramailah yang nak tengok sunset kat atas Namsan Tower. Harga tiketnya 8000won. 

Namsan Tower Cable Car Station

Akhirnya kami berjaya naik cable car ke Namsan Tower. Ini view dari cable car. Masa perjalanan lebih kurang 5 minit.

Ini dia Namsan Tower. Macam Menara KL kan? 

Keluar dari Cable Car kena mendaki lagi kira2 5-10 minit barulah sampai ke Namsan Tower.

Sebahagian Seoul Fortress.

Sampai di puncak Namsan kami tak lepaskan peluang melihat pemandangan bandar Seoul yang pesat membangun dan dikelilingi dengan bukit2 yang seolah2 menjadi pagar mengelilingi Seoul zaman berzaman.  Sebahagian Seoul Fortress juga masih wujud disini. 

View dari puncak Namsan.

Antara tarikan utama di Namsan ialah pokok2 mangga ni.  Ada banyak lagi kat bahagian lain.

Pintu masuk Ke Namsan Tower.

Lagi view dari puncak Namsan.

Tengok tu banyak betul mangga2 cinta kat sini.

Puisi Cinta.

Perjalanan turun dari Cable Car.

Hari semakin gelap. Kami turun dari Namsan sebelum sunset. Dari Cable Car Station kami berjalan kaki semula ke Myeondong Station. Kali ni tak de masalah sebab turun bukit. Dari Myeondong kami terus naik train balik ke Hyehwa. Berakhirlah perjalanan hari kedua kami di Seoul.  Sepanjang di Seoul kami makan malam nasi segera yang berharga 1100won per cup berlaukkan serunding, sambal tempe, ikan masin, telur masin dan sambal kicap yang dibawa dari Malaysia.

Ini saja untuk kali ni.  JUmpa lagi dalam next entry. Anyeong Wassalam.