Friday 28 March 2014

Summer Trip Europe DAY 8 Part 2: Venice-Rome:


Percutian di Venice mungkin kurang lengkapnya jika tidak mencuba sendiri pengalaman menaiki gondola. Harganya memang agak mahal iaitu Euro80 bagi satu gondola untuk laluan/perjalanan singkat, ataupun Euro120 untuk laluan yg lebih lama dan jauh. Untuk satu gondola ni maksimum 6 org penumpang boleh naik dalam satu-satu masa. Kat mana nak naik? Jawapannya, ada kat mana-mana ajer. Di sekeliling Venice ni ada banyak sangat hentian gondola, almaklumlah City of Water kan. Cara nak kenal pendayungnya ialah lelaki/wanita yg berpakaian t-shirt belang-belang. 


Khamis, 13 Jun 2013, 12.30 tghr. Dari Piazza San Marco, kami menyelinap dicelah-celah bangunan dan lorong-lorong kecil mencari hentian gondola. Sinar mentari nampaknya semakin panas dan terik. Tertanya-tanya juga, tengah-tengahari buta ni ada ker yg nak ambik kami naik gondola. Jangan risau ok, jawapannya sudah tentulah ada. Siap dengan extra service, sekaki payung besar tersedia untuk anda. Oleh sebab kami berdua ajer, makanya nak tak nak terpaksalah bayar Euro40 seorang, hu hu pejam mata ajerla ni. Jom ikut kami melihat apa yg unik dan menarik disebalik gondola ride ini.

Perjalanan bermula. Laluan gondala ini letaknya kat celah-celah bangunan atau lebih tepat lagi kat lorong-lorong belakang bangunan. Laluannya agak sempit, betul-betul muat untuk 2 gondala jer lalu sebelah menyebelah. Musim summer, airnya agak cetek. KIta boleh lihat kesan air dan lumut kat dinding bangunan tu menandakan setinggi mana air boleh sampai. Walaupun airnya tak jernih langsung, namun tak der la pulak bau-bau yg kurang menyenangkan.

Deretan jambatan kecil dihadapan. Sesetengah laluan agak luas seperti ini.



Nampak macam tempat yg sama kan? Tapi sebenarnya tempat yg lain. Bangunan-bangunan kat Venice ni memang kelihatan lebih kurang sama jer semuanya.



 
Ini dia pemandu gondola kami. Sepanjang perjalanan, beliau tak henti-henti memberitahu kami apa nama bangunan yang kami lintasi. Tapinya satu nama pun tak lekat kat kepala kami.

 
Dari celah-celah bangunan tadi, akhirnya kami dibawa pula melalui laluan Grand Canal. Ini antara bangunan atau tarikan pertama yg kami dapat lihat.

Kualiti air kat laluan Grand Canal ni lebih jernih dan bersih berbanding laluan yg kecil tadi.



 
 


 
Selepas tu kami berpatah balik ke tempat asal/mula-mula kami naik gondola tadi. 

Keseluruhan perjalanan ini dalam 30 minit sahaja. Sekejap sangat dan ada lah sikit rasa macam tak berapa puas. Tapi nak buat camner kan, terpaksalah terima yg segala-galanya mahal kat Venice ni. Turun jer dari gondola, perut dah mula bunyi-bunyi. Kami sambung semula berjalan kaki dengan misi menghabiskan satu pusingan lengkap dari Santa Lucia kembali ke Santa Lucia. Sambil2 tu mata kami melilau cari tempat makan. Tapi nampaknya kat kawasan sebelah kanan Venice ni tak banyak plak restaurant yg boleh dipilih. Yg ada kebanyakannya macam tak berapa konfiden nak masuk. 


 
Akhirnya kami jumpalah satu kedai pasta ni. Bila tengok menu rasa macam selamat dan dipercayai. Ini dia pasta yang kami pilih iaitu fungi dan tomato. Harganya Euro8-10 sepinggan. 

Dah kenyang, masa untuk sambung berjalan. Perjalanan seterusnya serius mencabar. Ini antara tangga tinggi yg perlu didaki. Kat atas tu ada jambatan  juga dan kita boleh lihat pemandangan laluan Grand Canal yg dah kami lalui tadi.


Tempat yg kami lalui menggunakan gondola sebentar tadi. 


Akhirnya sekitar jam 3.30 ptg barulah kami sampai semula di Santa Lucia Train Station. Masa ni kaki cik Z dah mula rasa sakit-sakit. Bayangkan berapa lama dan jauhnya kami dah berjalan dari 8 pagi- 3.30 ptg. Kerja giler kan. Tapi berbaloi-baloi sebab dah berjaya cover seluruh Venice. 

Santa Lucia Train Station ni agak besar dan ada lebih 10 platform. Memandangkan ini station pertama/terakhir dari/ke Venice untuk ke destinasi lain seluruh Italy, jadinya memang agak mengelirukan nak cari train mana yg patut kami naik walaupun dah ada tiket kat tangan. Terpaksalah kmai pi tanya kat information kaunter. Bila dah naik agak pelik sebab sampailah kami turun di Mestre tak der pun org check tiket kami. Kalau macam nilah, sesiapun boleh naik free-free jer.

4.30 ptg, kami dah pun sampai di hotel semula. Nasib baik kat lobi hotel ni banyak kerusi/sofa. Dapatlah kami duduk sekejap merehatkan badan dan kaki. Punyalah penat siap boleh tertidur kat situ. 5.30 ptg, masa untuk bersiap sedia dan bergerak ke bus stop. Tapi tetiba ada unexpected thing happen. Ingat lagi tentnag stawberry 1/2 kg yg cik Z beli pagi tadi? Bila tengok semula ptg ni, alamak sebahagiannya mencair plak. Terkena la juga pink color semulajadi melekat kat beberapa barang termasuk sandle bata yg baru dibeli. Mungkin sebab cuaca panas sangat tadi.

 Ini ialah contoh papan tanda yg diletakkan di bus stop. Terdapat info no. bas dan laluannya. Best kan, kami suka idea ini. Maklumat lain seperti waktu perjalanan dan kekerapan bas juga tersedia. 

Semalam petang kami dah beli tiket shuttle bus ke Venice Marco Polo Airport yg berharga Euro6. Sekitar jam 6.15 ptg, kami berjaya naik bas no.15 menuju ke Venice Airport. Bas yg kami naik ni sebenarnya lebih kurang sama jer dengan bas henti-henti. Penumpang yg naik memang ramai, penuh bas ni. Tak ingat plak berapa minit tempoh perjalanannya, tapi tak de la jauh sangat. Rasanya lebih kurang 40 minit kot.

 
Venice Marco Polo Airport. 

Untuk penerbangan dari Venice ke Rome, sekali lagi kami akan menaiki Easy Jet. Masa drop beg sekali lagi kami terpaksa bercerita panjang lebar bila ditanya berkenaan passport sementara Fizz yg pelik tu. Nasib segalanya ok dan kami boleh naik flight. Agak risau juga sebenarnya. Jam 9.30 malam, kami akhirnya bertolak ke Rome. 

Selamat tinggal Venice. Kami tinggalkan Venice ketika matahari mula terbenam. Ada rezeki insyaAllah kami datang lagi.

Hanya 1 jam 5 minit di udara, sekejap ajer dah pun tiba di Roma Fiumicino Airport. Kami tiba disini sekitar jam 10.35. Rome airport boleh tahan besarnya dan ada beberapa terminal. Tak ingat dah terminal berapa kami keluar, tapinya dari terminal ni nak pi jalan ke shuttle bus, serius jauh. Semua jenis shuttle bus letaknya kat bahagian hujung sekali sebelah kanan. Masa kami sampai kat kawasan ni dah pun jam 11.15 macam tu. Pastu nak buat lagi gabra, tak der plak org tunggu kat situ, bas pun tak der. Rasanya sebab kami ada singgah sekejap kat information kaunter sebelum keluar dari airport, jadinya semua org yg satu flight dgn kami dah pun naik bas. 

Nasib baiklah lebih kurang 10 minit lepas tu ada bas datang. Kami perlu bayar Euro5 untuk naik bas ni. Tak lama lepas tu barulah ada beberapa org penumpang lain datang dan naik. 11.45 mlm bas bergerak. Serius laju giler driver dia bawa. Almaklumlah dah tgh malam jalan lengang. Tak sampai 45 minit kami dah pun sampai kat Termini Station yg terletak di tengah-tengah kota Rome.

Sampai kat Termini Station, kami super blur. Tak tahu kat celah mana kami diturunkan. Sebabnya keadaaan station tu sunyi sepi. Bas berhenti pun kat tepi jalan jer. Terpusing-pusing kami mencari kat mana bahagian depan station ni. Kalau tak silap masa ni dah 12 ++. Kebetulan ada beberapa kedai makan yg masih beroperasi dan tuan punya kedai tolong tunjukkan kami arah yg patut kami pergi untuk ke Freedom Traveler di no 23, Via Gaeta. 

Tapi, sebab malam gelap kan, terpusing-pusing kami mencari. Terjumpa satu peta besar, pun tak membantu juga. Dah pi ke jalan besar, tetiba rasa tak konfiden, try pi tanya taxi, dia suruh kami jalan kaki jer, dekat sangat katanya. Uihh stress ok. Masa ni cik Z dah mula rasa lain macam kat tapak kaki, rasa sakit sangat tapi tak tahu lagi kenapa. Makin lama jalan makin sakit plak dia. Terpaksa berhenti banyak kali. Kecian gak kat Fizz sebab terpaksa tunggu cik Z dan tanya passerby arah ke Via Gaeta. 

Akhirnya setelah terpusing-pusing beberapa kali jumpalah Via Gaeta yg kami nak cari. Tapinya bila dah jumpa no 23 Freedom Traveler pintunya tutup pula. Masa ni dah jam 1 pagi dah pun. Tiba-tiba kami teringat style bangunan kat Milan yg semuanya kena tekan loceng untuk masuk, dan Alhamdulillah rupanya kat Rome pun sama. 1.30 pagi barulah kami dapat masuk bilik. Penat giler. 

Pastu bila tengok kaki yg sakit tu rupa-rupanya tapak kaki cik Z dah meletup pulak. Patutlah sakit sangat. Bukan satu tapi dua tempat. Oh sakit giler. Inilah gara-gara tersilap tak pakai sport shoe sepanjang hari ini. Pengajaran untuk semua. Jangan buat macam cik Z ya.  Subuh di Rome masa ni adalah sekitar 3.23 pagi. Tergopoh gapah kami take turn mandi dan solat sebelum masuk waktu Subuh. Pastu terus sambung solat Subuh plak. Lepas solat, terus pengsan tak ingat dunia.

Berakhirlah kisah Summer Trip Europe DAY 8 Part 2: Venice-Rome untuk kali ini. Nantikan kisah seterusnya, Summer Trip Europe DAY 9: Rome pula. Jumpa lagi. Wassalam.


Saturday 22 March 2014

Summer Trip Europe DAY 8 Part 1: Venice


Kisah Summer Trip Europe bersambung lagi. Kali ini cik Z ingin mengajak semua pembaca menyusuri lorong-lorong kecil di city of water, Venice (Venezia). Venice ni terdiri daripada beberapa pulau kecil dan bangunan2 disini seolah2nya didirikan diatas air. Selain lorong2 kecil, Venice juga dipenuhi dengan laluan2 air serta jambatan kecil dan besar.

Biarpun setahun hampir berlalu, namun kenangan di Venice masih segar dalam ingatan. Berada di Venice seolah2nya kita berada dalam dunia khayalan ataupun lukisan. Melangkah saja di Venice, semua pengunjung perlu berjalan kaki kerana tiada jalan raya dan pengangkutan seperti kereta disini. Yang ada hanyalah water taxi dan gondola. Sangat sesuai untuk mereka yg ingin berbulan madu ataupun ingin lari dari kesibukan dunia. 

Walaubagaimanapun, Venice ni bukanlah satu kota yg murah. Budget traveller seperti kami memang tak mampu nak bermalam di Venice. Segala-galanya mahal disini, Nak masuk toilet pun kena bayar Euro1.5 tau. Sama seperti kota Milan, Venice juga dipenuhi dengan pelbagai jenis butik barangan berjenama. Selain itu hampir semua jenis kedai ada disini, dari pakaian, kasut, beg, peralatan elektronik, sayuran dan buahan. Pendek kata kalau kita datang sini dengan beg kosong pun boleh. Semuanya boleh dicari disini asalkan ada duitnya.

Untuk trip ini, kami berjaya menjelajah hampir keseluruhan kawasan Venice dengan berjalan kaki dari jam 9 pagi hingga jam 4 ptg. Satu pengalaman yg sangat berharga. Kat Venice ni hanya ada satu jer tarikan utama yg kira macam wajib singgah iaitu Piazza San Marco. Untuk sampai di Piazza San Marco, bukanlah satu perjalanan yg mudah yer. Kemungkinan untuk sesat adalah sangat tinggi walaupun kita dah pun berbekalkan sekeping peta. Tip untuk elakkan sesat ialah ikut lorong berwarna yg dicadangkan dalam peta ataupun lihat penanda arah ke Piazza San Marco yg ada diletakkan didinding2 bangunan.

Untuk entri kali ini, cik Z akan kongsikan cerita bergambar tentang pemandangan yg dapat dilihat dari Santa Lucia Train Station hingga ke Piazza San Marco sahaja. Itupun kami dah habiskan masa 3-4 jam. Jadi bayangkanlah berapa keping gambar yg berjaya kami ambil? Serius banyak sangat. Jom sertai pengembaraan kami melalui gambar-gambar terpilih ini.

Khamis, 13 Jun 2013. Seawal jam 8 pagi kami dah pun berada di lobi Hotel & Hostel Colombo untuk check out. Kat hotel ni memang tersedia sebuah bilik khas untuk simpan beg. Almaklumlah pengunjung hotel ni kebanyakannya budget traveler dan cuma singgah tidur je. Seterusnya kami berjalan kaki ke Venice Mestre Train Station. Nampaknya agak ramai umat manusia nak ke Venice/Venezia. Kami beli return tiket berharga Euro2.4. 

Ini ialah Venezia Santa Lucia Train Station. Perjalanan dari Venice Mestre kesini kurang 15 minit. Selain keretapi, pengunjung boleh juga menaiki kereta, bas, atau taxi untuk sampai di Venice. Tapi hanya turun setakat kat Parking utama je la. Lepas tu semua orang kena jalan kaki. 

First view yang boleh dilihat dari Venezia Santa Lucia Train Station. Keluar jer dari train station memang akan nampak pemandangan ini. Kalau nak naik water taxi boleh dapatkannya disini. Tak pasti pula berapa harganya kalau naik water taxi ni. Kami perhatikan ramai pelancong yg membawa beg tarik akan naik kemudahan water taxi ni. Mungkin untuk ke hotel penginapan yg berada agak jauh ataupun yg tidak boleh dihubungkan dengan berjalan kaki.

Ini juga pemandangan yang boleh dilihat dari Venezia Santa Lucia Train Station. Keluar jer dari train station, toleh ke sebelah kiri memang akan nampak pemandangan ini. Nampak tak jambatan yg tinggi tu. Ini ialah jambatan utama yg menghubungkan bahagian daratan yang ada train station ni dengan bahagian daratan yg kat tengah2 Venice. 

Laluan yg kami pilih ialah laluan disebelah kiri Santa Lucia train station. Baru jam 9 pagi tapi panas teriknya macam dah 1 petang. 

Kami berjalan melepasi jambatan yg besar dan tinggi tu. Dah mula nampak deretan kedai2 cenderamata dan restaurant kat belakang tu. Perut belum lapar jadi kami jeling2 jer. Laluan seterusnya ialah lorong kecil antara bangunan yg kat belakang tu ya. 

Pusing ke belakang, itu dia jambatan yg cik Z sebut-sebutkan tadi.

Lorong pertama yg kami jumpa. Kiri dan kanan lorong ni semuanya kedai dan rumah. Kat kawasan ni ada banyak kios2 kecil yg menjual cenderamata. Sebelum kami penat dan hilang mood ada baiknya kalau kami beli dulu cenderamata siap2.

Ini contohnya kios cenderamata. Tapi yg anehnya yg tukang penjualnya ialah orang Bangladesh. Topeng2 muka memanglah menjadi tarikan utama di venice. Harga cenderamatanya agak berpatutan juga dan boleh tawar menawar. 4 keping FM yg berkualiti boleh dapat dengan harga Euro10. Ada juga yg lebih murah.

Dah beli cenderamata, lega sangat. Jadi ini masanya untuk enjoy sepenuhnya percutian singkat kami di Venice. Lupakan seketika semua masalah dunia. Mula kelihatan kedai2 beg dan kasut kulit buatan tangan sepenuhnya made in Venice (katanyalah). Memang boleh tahan cantik. Baju2 tyg dijual pun kebanyakannya ditulis made in Venice.

Semua sudut kelihatan seperti lukisan. Cuaca yg baik menyebelahi kami. Tengok langit tu biru sepenuhnya tanpa awan. Mamat kat tepi kanan ni boleh plak dia stop kat situ tengok kami sengih depan tripod he he.

Keluar dari lorong yg panjang tadi akan jumpa satu square yg tak de la besar sangat ni. Adalah beberapa kerusi untuk duduk2 berehat kat situ. Kalau tak silap bangunan kat belakang tu ialah sebuah gereja kecil.

Jumpa lagi deretan restaurant pelbagai pilihan. Gabungan warna bangunan kuning, cream dan orange yang betul2 kontra dengan langit yg biru inilah yg membuatkan semua yg dilihat cantik ajer. 

Seterusnya, ini jambatan bertangga yg pertama kami lalui. Kalau terpaksa tarik beg kat sini memanglah a big no-no.  

Pemandangan dari jambatan. Laluan air yg ni agak besar. Tapi warna air kat sini tak berapa cantik sebenarnya. 

Nampak kat hujung sana macam ada banyak khemah2 kecil. Apa agaknya yg ada kat situ ya? Jom kita gi sana plak.

Oh ho rupa2nya ada pasar basah disini. Geramnya tengok warna sayuran2 yg berwarna warni dan nampak segar tu.

Lagi rsa geram bila nampak buah-buahan ni pulak. Wah terus rasa lapar. Cik Z beli buah strawberry yg kat atas tu 1/2 kg harganya Euro2.5. Sedap sangat buahnya. Banyak plak tu. Last-last sumbat dalam beg. Nak tau apa yg terjadi pada buah strawberry ni, tunggu sambungannya nanti dalam Part 2 Venice.

Lorong yg ni macam besar sikit. Selepas2 ni semua lorongnya lebih kecil dan sempit.

 
Dah jalan-jalan haus pulak. Padahal ada jer bawak air mineral ni tapi bila nampak kios jual fruit juice teringin la juga. Boleh pilih campuran buah-buahan yg kita suka. Harganya ialah Euro6. Giler mahal kan. Pejam mata je lah. Nasib rasanya sedap giler. 

 
Nampaknya dah nak hampir sampai ke Piazza San Marco. Kat sini kami dah mula jumpa banyak butik2 barangan berjenama. Dalam banyak2 tu boleh pulak terselit BATA. Serius ramai orang masuk dalam ni. Kami pun masuk juga. Nampaknya design kasut kat sini lebih cantik dan bergaya berbanding apa yg kita jumpa di Malaysia. 

 
Ini contoh lorong2 kecil yg kita boleh jumpa dan juga antara barangan yg boleh dibeli. 

Semakin hampir sampai ke Piazza San Marco, kita akan mula nampak gondola dengan trademark baju belang2nya tu. Ada banyak juga jambatan2 kecil seperti ini. Setiap kali ada gondola lalu memang asyik memerhatikan gondola2 ini bergerak perlahan di atas air.


Akhirnya, sampailah kami di Piazza San Marco. Tarikan utama disini ialah dataran Piazza San Marco dan Basilica San Marco yg kat belakang tu.

Sekitar Piazza San Marco. Kat sini tak boleh duduk sesuka hati. Ada pekerja sukarela yg akan tegur kita kalau nampak kita duduk nak minum atau nak makan walaupun sekeping roti.

Di tengah-tengah Piazza San Marco. Sila abaikan minah kat belakang tu ya. Banyak burung merpati kat atas dataran ni. Selamba je dia berjalan kat atas tu tak kisah orang lalu lalang. 

Tengok betapa jinaknya burung-burung ni. 

Masa untuk beredar ke tempat yg lain pula.

Catatan peristiwa Summer Trip Europe DAY 8 Part 1: Venice, berakhir di Piazza San Marco. Amacam teruja tak tengok gambar-gambar kami di Venice ni? Ikuti kisah selanjutnya dalam Part 2 pula. Cik Z  yakin pasti ramai yg makin teruja nanti, he he. Ok sampai disini saja untuk kali ini. Wassalam.

p/s: Terus berdoa untuk MH370.