Thursday 17 July 2014

Tart Gulung lagi: Langkah demi langkah lengkap dengan gambar

Salam semua. Atas permintaan ramai, kali ni cik z nak kongsikan pula cara-cara membuat tart gulung langkah demi langkah lengkap dengan gambar. 

Bahan-Bahan:

1 cawan marjerin planta
1/2 cawan gula halus/castor
1 biji kuning telur gred A
Sedikit perisa Vanilla
1 cawan tepung kastard
2/3 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya (ayak dulu)
jem nanas
1 biji kuning telur gred A + pewarna kuning telur untuk sapuan akhir

Cara membuatnya:

 
Satukan marjerin+gula+telur dan pukul sehingga kembang.

Masukkan sedikit perisa Vanilla dan ratakan.

 
Masukkan tepung kastard + tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Warna adunan akan bertukar menjadi kuning terang.

  
 Masukkan tepung gandum secukupnya. Uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras nanti tak boleh digulung pula. Sentiasa tutup doh untuk dengan penutup/dulang sebab doh ini mudah kering jika terdedah dengan udara.


Cara menggulung tart.

Barang-barang yang diperlukan: pencanai tepung, pisau kecil, pencetak tart gulung, dan...

 
sehelai plastik saiz besar yang digunting dibahagian bawah dan tepi.

 
Buka plastik yang telah dipotong tadi. Ambil segenggam doh yang telah dikepal-kepalkan dan letakkan diatas satu bahagian plastik yang terbuka tadi. Ambil satu lagi bahagian plastik dan lipat dua.

 
Canai doh tadi sehingga ketebalan kira-kira 2mm.

 
Buka lapisan atas plastik. Ambil pencetak tart gulung dan gulungkan/gerakkan nya di atas doh. Hasilnya terjadilah garisan seperti dalam gambar diatas. Ambil pisau kecil dan potong doh mengikut saiz yang disukai. Biasanya cik z potong dalam jarak 6 garisan.

 
Tutup semula lapisan atas plastik. Kemudian terbalikkan doh tersebut dan buka semula lapisan plastik. Ambil jem nanas yang telah dibentukkan secara lonjong (lihat contoh gambar diatas) dan letakkan atas doh. Ambil bahagian hujung doh dan gulungkannya.

 
Ambil pisau dan potong tart yang telah digulung. Letakkan bahagian akhir doh yang dipotong dibahagian bawah. Hasilnya boleh dilihat seperti diatas. Jika doh pecah semasa menggulung, maksudnya doh kita tadi terlalu kering atau kurang padat semasa dikepal. Tambah sedikit marjerin kalau terlalu kering, Doh tart ni memang terlalu sensitif dengan udara sebab tu kena sentiasa ditutup. Tapi kalau dah digulung tu tak de masalah kalau terdedah dengan udara.

 
Akhir sekali, susun dalam dulang pembakar / loyang dan sapu kuning telur diatasnya. Seterusnya bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit/sehingga masak.



 
Tada.. siap sudah untuk disusun didalam balang. Anggaran: 130-140 biji tart gulung 

Selamat mencuba. Wassalam.

Wednesday 2 July 2014

Kembali sibuk

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua. Agak lama juga cik z tak menulis, gara-gara angin sibuk yang tak semena-mena datang berderetan menjelang Ramadhan. Macam-macam kan. Manusia ni memang aneh. Tak de kerja bising. Ada kerja pun bising juga. Ha ha layan ajer la yer. Antara perkara yang berjaya membuatkan cik z kembali sibuk ialah:

1. Thesis Correction dan .... 

Dua belas hari sebelum Ramadhan, first draft thesis cik z telah kembali ke tangan selepas lebih satu bulan berada dalam simpanan sv. Hasilnya, atas nasihat sv cik z terpaksa membuat satu keputusan yg mengejutkan. Suspen tak? 


Alkisahnya, Alhamdulillah thesisnya okay sajer iaitu tak de major correction sangat pun. Cuma macam biasa adalah kena tambah itu ini sikit2 sana sini. Tapi,.... bila di congak campur tolak darab bahagi semualah, sv cik z nasihatkan untuk mintak extension (aka perlanjutan) cuti belajar selama 3 bulan lagi. Antara sebabnya ialah, sebenarnya tempoh cuti belajar cik z ni dah nak habis pun (September ni). 

Jadinya bila disenaraikan semua perkara yg perlu diselesaikan sebelum hantar thesis, nampaknya memang tak akan sempat nak mengejar bulan September tu. Ada banyak requirement yg disenaraikan pihak Uni. Ada lagi presentation yg wajib dibuat. Juga masih ada sekurang2nya 2 jurnal paper yg perlu ditulis. Lagipun kami disini bekerja dalam research group. Makanya menjadi tanggungjawab cik z untuk membantu/menurunkan ilmu kepada junior2 dalam group kami sebelum kembali ke Kuantan. Err kalau nak senaraikan semuanya memang banyak lagi la kot sebenarnya.

Keputusan untuk mohon extension ni, sebenarnya telah mengejutkan ramai orang. Jangan tak tahu, cik z pun terkejut juga tau. Sebab ingatkan boleh sempat siapkan semua urusan thesis sebelum September. Minggu lepas masa inform ketua jabatan, kesian sangat terkejut besar dia. Alkmaklumlah jadual mengajar dah pun dibuat. Tapi nak buat camner kan. Ini memang betul2 sesuatu yg tak dijangkakan. Terpaksalah jadi selfish sekejap.

Lepas tu cik z terus buat panggilan kecemasan ke unit cuti belajar. Aitt rupanya banyak juga dokumen yg perlu disiapkan dan perlu dihantar secepat mungkin memandangkan cik z sebenarnya dah agak terlewat membuat permohonan. (Sepatutnya 3 bulan sebelum tarikh tamat). Maka apalagi bersilatlah cik z selama 3 hari untuk siapkan semua dokumen yg diminta. Agak leceh juga sebab semuanya perlu scan, email ke fakulti, dan ada juga yg perlu upload di website kpm.


Kesimpulannya, permohonan telah selamat dihantar dan buat masa sekarang masih menunggu kelulusan pihak fakulti. Agak risau juga takut-takut tak lepas. Semoga sempena Ramadhan ini dilembutkanlah hati mereka-mereka yg terlibat dalam memberi kelulusan tersebut.


2. Persiapan pindah semula ke Kuantan

Sejak sebulan yang lepas cik z dah pun mula menyenaraikan apa yg perlu dibereskan ataupun dilakukan sebelum pindah semula ke Kuantan. Pening pening. Serius banyak sangat nak kena buat. Bukan senang nak pindah randah ni tau. Almaklumlah barang-barang yg di bawa dulu pun dah berganda dua banyaknya. Bila masa nak kemas pun tak tahu.Lagi haru semua benda kena fikir dan buat sorang2.



Ini antara langsir baru yg dah selamat dibeli sempena AEON member card day. Dapatlah 70% diskaun. 

Lagi pula cik z memang tak de masa nak sesuka pi Kuantan sana nak uruskan pasal rumah. Mujur juga penyewa rumah baik hati sangat. Dah janji nak tolong uruskan cat mengecat rumah tu nanti. Sebenarnya bila difikir-fikirkan semula memang ada baiknya juga cik z extend. Sekurang-kurangnya tak de lah cik z nak kelam kelibut berpindah randah sedangkan thesis pun belum siap lagi.


Bila dah balik sana tu pulak dah konfim2 kena buat persediaan mengajar yg pastinya semester baru dah pun bermula kalau balik bulan september tu. Eh memang pening memikirkan benda2 remeh ni.  Buat masa sekarang, nampaknya cik z bolehlah menarik nafas lega. Bolehla simpan dulu fikir-memikir berkaitan pindah memindah ni sehinggalah thesis siap dulu. 



3. Persiapan raya

Tahun ini cik z dah buat persiapan raya super awal. Kekononnya sebab dah nak kena balik mengajar kan jadinya dah siap-siap pi tempah 9 pasang baju kurung. Jangan tak tahu, 2 bulan lepas lagi dah siap semua baju2 ni. Ha ha giler awal kan. Alkisahnya, bukanlah semua 9 helai baju tu nak pakai raya nanti. Biasanya 3-4 baju ajer pun yg pakai nanti. Tapi sebenar-benarnya selama 3 tahun cuti belajar, cik z dah sangatlah jarang buat baju kurung. Hanya buat masa raya ajer.


 

Dan drpd 9 baju tu ada 3 helai yg materialnya warna plain. Jadinya mulalah ngada-ngada kan nak letak border lace la pulak. Bila nak menjahitnya pun tak tahu lah. Dah la first time ni nak try jahit border lace. 

Belajar dari kesilapan tahun2 lepas, tahun ini juga cik z dah siap-siap beli semua persiapan raya sebelum Ramadhan. Tak sanggup nak bersesak lagi di jalan tar mahupun mid valey masa puasa. 



4. Projek Tart Gulung


Tahun ini juga buat julung-julung kalinya, cik z terlebih rajin plak nak jual tart gulung. Tak de banyak mana pun order yang masuk. Ada la sikit-sikit. He he tapi okaylah kot as beginner. Lagipun suka-suka ajer pun. 






5. Album gambar travel

Masa kekonon tak de bende nak buat haritu, cik z dengan bersungguhnya dah peruntukkan masa untuk pilih gambar-gambar travel untuk dicuci. Dan hasilnya sebanyak 2347 keping gambar dah terpilih dan selamat sudah dicuci. Boleh tahan ler banyaknya, sampai terpaksa pergi mid valey berkali-kali untuk beli album gambar. Bila nak siap susun semua-semua gambar ni? Entahlah..



6.  Rutin harian bulan puasa

Macam biasa bila tiba Ramadhan, rutin harian pun secara automatiknya berubah juga. Masa sehari tu kekadang rasa singkat sekali lebih-lebih lagi bila belah malam. Kalau nak tahu, perut cik z ni perut jawa. Maksudnya dia mesti nak kena telan nasi masa buka dan sahur. Makanya sepanjang Ramadhan memang hari-harilah kena masak nasi dan memikir lauk apa yg nak dimasak. 


Kesimpulannya, sepanjang bulan Ramadhan ni banyak juga perkara yang boleh dan perlu dibuat. Okaylah kan daripada tak tahu nak buat apa. Sekurang-kurangnya tak der la bosan sangat. Jumpa lagi dalam entri yg lain pula. Selamat berpuasa semua. Wassalam.