Thursday 17 July 2014

Tart Gulung lagi: Langkah demi langkah lengkap dengan gambar

Salam semua. Atas permintaan ramai, kali ni cik z nak kongsikan pula cara-cara membuat tart gulung langkah demi langkah lengkap dengan gambar. 

Bahan-Bahan:

1 cawan marjerin planta
1/2 cawan gula halus/castor
1 biji kuning telur gred A
Sedikit perisa Vanilla
1 cawan tepung kastard
2/3 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya (ayak dulu)
jem nanas
1 biji kuning telur gred A + pewarna kuning telur untuk sapuan akhir

Cara membuatnya:

 
Satukan marjerin+gula+telur dan pukul sehingga kembang.

Masukkan sedikit perisa Vanilla dan ratakan.

 
Masukkan tepung kastard + tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Warna adunan akan bertukar menjadi kuning terang.

  
 Masukkan tepung gandum secukupnya. Uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras nanti tak boleh digulung pula. Sentiasa tutup doh untuk dengan penutup/dulang sebab doh ini mudah kering jika terdedah dengan udara.


Cara menggulung tart.

Barang-barang yang diperlukan: pencanai tepung, pisau kecil, pencetak tart gulung, dan...

 
sehelai plastik saiz besar yang digunting dibahagian bawah dan tepi.

 
Buka plastik yang telah dipotong tadi. Ambil segenggam doh yang telah dikepal-kepalkan dan letakkan diatas satu bahagian plastik yang terbuka tadi. Ambil satu lagi bahagian plastik dan lipat dua.

 
Canai doh tadi sehingga ketebalan kira-kira 2mm.

 
Buka lapisan atas plastik. Ambil pencetak tart gulung dan gulungkan/gerakkan nya di atas doh. Hasilnya terjadilah garisan seperti dalam gambar diatas. Ambil pisau kecil dan potong doh mengikut saiz yang disukai. Biasanya cik z potong dalam jarak 6 garisan.

 
Tutup semula lapisan atas plastik. Kemudian terbalikkan doh tersebut dan buka semula lapisan plastik. Ambil jem nanas yang telah dibentukkan secara lonjong (lihat contoh gambar diatas) dan letakkan atas doh. Ambil bahagian hujung doh dan gulungkannya.

 
Ambil pisau dan potong tart yang telah digulung. Letakkan bahagian akhir doh yang dipotong dibahagian bawah. Hasilnya boleh dilihat seperti diatas. Jika doh pecah semasa menggulung, maksudnya doh kita tadi terlalu kering atau kurang padat semasa dikepal. Tambah sedikit marjerin kalau terlalu kering, Doh tart ni memang terlalu sensitif dengan udara sebab tu kena sentiasa ditutup. Tapi kalau dah digulung tu tak de masalah kalau terdedah dengan udara.

 
Akhir sekali, susun dalam dulang pembakar / loyang dan sapu kuning telur diatasnya. Seterusnya bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit/sehingga masak.



 
Tada.. siap sudah untuk disusun didalam balang. Anggaran: 130-140 biji tart gulung 

Selamat mencuba. Wassalam.

12 comments:

  1. Aha...baru jelas dan clear cik Z...apa lagi thn ni ber kuih tart nenas lah kiteww...tangan yg menguli tu pun gebus je...mmg tangan jenis yg pandai dan rajin masak nih..tangan cik Z keww...ke cik Z tukang ambik gambo heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha tangan yg menguli pun nampak yer. Actually yang tolong nguli tu tangan pelakon tambahan. Yang pegang plastik dgn pisau tu baru tangan cik z he he. Tapi yg ambik gambarnya memang semua tangan cik z. Sebelah pegang pisau sebelah pegang kamera. Gigih kan.
      Apapun tahun ni selamat bertart gulung la yer.

      Delete
  2. Bestnyerrrr......
    Nanti nak cuba....kalo letak jem lain pun ok kan? Hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ajer. Nak letak kurma pun boleh juga. Selamat bertart gulung la yer tahun ni he he...

      Delete
  3. Salam,

    Cik Z, Thanks for the details step for us.....Actually, I had try ur recipe before you publish this one...my kids kata sedap sgt...I guna cetak mcm nak buat semperit tue...tapi still okey lah coraknya....Once again Thank you Cik Z...really appreciate your effort with this lovely pictures...more clearer.....hari ni nak try buat seadunan lagi....yeah!!!!

    ReplyDelete
  4. sy dok plan nak guna rolling pin nak buat tart nenas nampak mudah

    ReplyDelete
  5. Nak tanya acuan rolling tu beli mana ya?

    ReplyDelete
  6. Salma cik z... Blh ke masa giling tu plastik tu biar je kt ats doh tu lg...

    ReplyDelete
  7. SELAMA NI AQ TAK TAU PUN APA KEGUNAAN BATANG KAYU NI HAHA..TQ SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN KAMU

    ReplyDelete