Saturday, 22 June 2013

Kerana 19 Euro, kami merasa makan nasi lemak di Paris

Trip kami ke Europe baru saja berakhir. Penat belumpun hilang. Jet lag pun masih terasa. Banyak catatan pengalaman dan peristiwa menarik, suka serta duka yang berjaya kami kutip sepanjang perjalanan ini.   Selalunya cik Z akan mulakan entry pertama selepas balik bercuti dengan Full Itenary dan Budget. Tapi kali ini Cik Z akan mulakan dengan satu entry khas yang lain dulu kerana apa yang ingin cik Z ceritakan ini benar2 menduga hati kami dan mengubah perancangan kami. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang. Apa yang terjadi akan terpahat dalam lipatan kenangan kami selamanya.

Special entry ini cik Z tulis sikit demi sikit mengisi ruang2 waktu yang ada sebelum pulang ke Malaysia.  Apa yang tercatat pada entry ini adalah kisah benar yang menimpa kami sepanjang hari Isnin, 10 Jun 2013 di Paris. Catatan pengalaman sepanjang hari itu sangatlah berharga dan tak terbayar nilainya. Hari itu, semua perancangan kami bertukar 180 degree dan apa yang mampu kami buat ialah berserah saja kepada Allah dan cuba berfikiran positif sepanjang masa.  Kami yakin yang dugaan Allah tu sememangnya hanya ditimpakan ke atas hambanya  yang mampu menghadapinya. Insyaallah.

Kisahnya, seawal jam 5 pagi kami dah pun bersiap untuk check out dan berjalan kaki ke Gare Du Nord.  Dalam schedule hari ini kami mesti sampai di Charles De Gaulle (CDG) Airport sebelum 7 pagi untuk check In kerana flight kami akan berlepas ke Milan pada jam 8.50 pagi. Hari masih gelap dan jalan yang masih lengang memudahkan kami menarik beg yang boleh tahan beratnya. It almost 20kg. 15 minit berjalan, kami tiba di Gare Du Nord dan terus mencari arah ke train airport line. Boleh tahan jauhnya, rupanya kami perlu turun 3 tingkat ke bawah. Malangnya tak de escalator yang berfungsi so tak de pilihan maka terkedek2 la kami angkut beg turun tangga. Baru turun 2 tingkat baru kami perasan yang ticket booth belum buka so kami kena beli ticket guna mesin.

Suasana di Gare Du Nord, waktu tengahari 8 Jun 2013.


Tak de pilihan lain, so kami pun berhenti kat satu mesin dan cuba beli tiket. Di sinilah detik bermulanya pengalaman pertama kali di bumi asing yang tak terjangkau di fikiran. Harga tiket ke CDG airport untuk 2 orang ialah 19Euro, malangnya kalau guna mesin ni kami hanya boleh bayar guna duit syiling. Masa tu jam dah hampir 6 pagi. Seriously kami kalut giler. Risau juga kalau tertinggal kapal terbang. Lagipun kami belum Check In lagi. Kami tak de syiling, toleh kiri kanan nampaklah ada 2 orang Chinese pun tengah bermasalah nak beli tiket.  Sekali tu bila toleh je ke arah beg2 kami, alih2 satu beg tarik kecil kepunyaan Fizz dah tak ada. Hilang la tu.  Ya Allah berderau darah kami.  The worst thing is, dalam beg tu ada passport Fizz. Maksudnya kalau passport tu hilang kami tak boleh terbang ke mana2.

Mulanya kami fikir mungkin Fizz ada tercicir dimana-mana walaupun sebenarnya tak logik langsung nak tertinggal sebab beg tarik tu walaupun kecil tapi boleh tahan beratnya. Sepanjang di Paris juga kami sangat berhati-hati sebab banyak kali diingatkan oleh kawan2 yang pernah ke Paris tentang profesional pick pocket yang kerap berlaku di kota Paris. Aneh, memang aneh dengan keadaan station yang masih lengang kami langsung tak nampak bila, dimana dan siapa yang dah ambil beg tu. Bunyi derap kaki pun tak ada. Memang sekelip mata je dah tak ada. Sebab seingatnya beg tu masih ada masa kami nak beli tiket dan Fizz turunkan dari bahu sebab tak tahan berat.

Kesian sangat Fizz. Someone has to be strong. Dalam kalut2 tu kami cuba berfikiran postif dan berharap akan terjumpalah beg tu dicampak di mana-mana dalam Gare Du Nord. Sebabnya dalam beg tu tak de duit pun cuma passport, laptop, handphone dan camera charger, roti, kalkulator, sedikit baju, serta semua itenary hotel dan flight kami.  Apa yang kami buat ialah cuba cari di sekeliling Gare Du Nord. Habis satu station yang besar tu kami jelajah.  Tapi nampaknya memang tak de rezeki.

Next plan, kami try cari alamat ke kedutaan Malaysia di Paris. Sekali buka2 laptop bateri plak habis. So kami cuba plak ke kaunter information dengan  harapan dapat cari alamat tu di sini Tapi yg ni pun masih tutup juga. Sudahnya kami pun duduk la depan kaunter tu bersila. Tengah duduk termenung, tetiba ada sekeluarga orang Malaysia lalu dan diorang duk tanya kami macammana nak naik Eurostar ke London.  Apa lagi kami pun cerita la kisah kami. Nasib baiklah diorang dapat carikan alamat yg kami nak. Terima kasih tak terhinggalah.

Lepas tu kami cuba cari alamat tu kat peta yg kami ada tapi tak de plak. Lepas cari2 tak dapat, kami cuba cari polis di police station yg terdapat di Gare Du Nord. Tapi malang lagi sebab masih awal pagi so belum bukak dan bila tekan intercomnya polis yang jawab cakap French semedang .  Satu patah pun tak faham. Puaslah kami cuba cakap dgn dia, tapi tak dilayan…gila sedih kan. So kami cubalah tanya kat kaunter beli tiket train (masa ni dah buka plak) dan nampaknya kedutaan Malaysia ni bukanlah dalam kawasan Central Paris. Oleh sebab kami bawa beg tarik yg berat ditambah lagi dengan trauma nak naik train so kami pun ambiklah taxi ke Kedutaan.  Blur2 jugaklah nak tanya taxi tu almaklumlah kan diorang ni tak cakap English. Harga taxi dari Gare Du Nord ke Kedutaan Malaysia ialah 23Euro. Perjalanan lebih kurang 20 minit.

Di hadapan Malaysian Embassy di alamat 2 bis rue Bénouville, 75116 Paris. Sejuk menggigil waktu ni walaupun dah pakai baju 4 lapis.


Sampai ke kedutaan, jam baru nak masuk pukul 8 pagi. Pintu pun tak bukak lagi. Tengok2 kat pintu tu tulis pukul 9.30 baru office bukak. Nak lagi haru masa ni sejuk sangat sampai ke tulang wal hal kami dah pakai baju lapis2 dengan jaket lagi. Siap menggigil2 lagi. Dah la lapar. Tak de pilihan maka duduklah kami dengan beg berat tak lepas dari tangan betul2 kat depan pintu kedutaan. Orang lalu lalang tu tengok kami dengan muka pelik je. Memang kesian giler. Dah dekat 8.30 barulah ada sorang staf embassy datang tapi dia kata dia tak boleh bagi masuk sebab belum office hour dan dia bukan person in charge.  Selang beberapa minit lepas tu barulah sorang demi sorang staf embassy yang lain datang. Setiap kali ada staf datang setiap kali tu lah kami ulang cerita apa yang berlaku kat kami. Bila sebut Gare Du Nord je memang diorang senyum sebab rupa2nya tempat ni memang tempat panas berkumpulnya pencuri2 profesional. Akhirnya hampir pukul 9 barulah kami dipanggil masuk dalam bangunan embassy dan duduk diruangan menunggu.

Bila dah masuk tu barulah kami tahu yang kami sebenarnya kena buat report polis dulu baru ke embassy.  Pening jugak ni tak kan nak pergi ke Gare Du Nord semula. Nama person in charge untuk urusan passport emergency ialah Kak Gayah. Kak Gayah suggestkan kami naik metro pergi ke Champs-Elysées untuk buat report. Sorang lagi staf embassy iaitu En Hafiz pun siap tolong print outkan google map tempat yang kami kena pergi dan bagi route untuk kami ikut. Dia ni antara staf terawal yang jumpa kami tersadai depan embassy. Nasib juga metro station ada dekat je dengan embassy dan kawasan Champs-Elysées ni kami dah pergi semalamnya masa naik Hop On Hop Off Bus. Maka naiklah kami Metro ke Champs-Elysées setelah bersusah payah membeli tiket di mesin autometik berbahasa French dengan bertanya kepada staf di kaunter information. Macam biasa cakap macam ayam dan itik.

Sampai kat Champs-Elysées, masalah lain pulak datang sebab rupanya kami dah silap turun station yang jauh dari balai polis. Serius jauh sebab kami kena jalan dekat 20 minit baru sampai. Lebih 3 kali juga tanya orang sana sini baru jumpa balai polisnya. Akhirnya report polis pun berjaya dibuat. Polis kat balai ni ok sikit boleh cakap English mungkin sebab kawasan ni kawasan shopping street yang memang jadi tumpuan tourist.  Sebelum balik semula ke embassy, kami singgah kat mesin ambik gambar automatic yang sedia ada kat semua stesen metro. Tujuannya untuk ambik gambar passport. Masa nak buat ni pun kelakar juga sebab kami main cuba jaya je guna mesin tu sebab tak de bahasa English he he. Nasiblah berjaya gak keluar gambarnya.

Seterusnya kami berkejar semula ke embassy sebab kena buat passport emergency tu sebelum pukul 12.30 tghr. Kalau tak kena tunggu pukul 2.30 ptg plak. Sampai semula di embassy dah pukul 11, lepas tu Fizz terus kena isi beberapa form yang diperlukan.  Banyak juga maklumat ynag diperlukan termasuk kita punya itenary seterusnya. Hampir jam 12, siaplah passport emergency/ emergency certificate. Alhamdulillah. Sambil2 Fizz uruskan passport, cik Z pula sibuk memikir plan B apa yang patut kami buat selepas ni dan mencari tiket baru ke Milan. Tiket termurah yang ada adalah jam 6.50 pagi esoknya. Bermaksud kami dah pun kerugian tiket ke Milan pada hari ini dan juga bilik hotel untuk hari ini di Milan. Untuk elakkan lebih kerugian so kami kena beli tiket yang paling murah iaitu awal pagi dan decide untuk stay di airport untuk 1 malam.

Seterusnya kami pun teruslah email ke pihak hotel untuk inform yang kami tetap akan datang esok sebab risau diorang cancle booking kami. Oh ya untuk pengetahuan semua kalau kita booking hotel/hostel melalui hostel world, harga bilik untuk malam pertama tetap dipotong /dikira walaupun kita tak jadi datang jika gagal batalkan booking 3 hari sebelum.  Lepas tu kami terpaksa pula print out balik semua maklumat hotel booking dan itenary flight.

Tengah sibuk2 buat semua tu alih2 datanglah En Hafiz tadi tu tanya kami punya plan hari ni dan seterusnya.  Bila kami cakap nak tidur airport tetiba dia kata tunggu kejap dia nak buat call dan jangan pi mana2 dulu. Selang beberapa minit lepas tu dia datang balik dan suruh kitorang tidur rumah dia aje malam ni dan esok pagi2 wife dia akan hantarkan kami ke airport. Wah terkejut kami, tak sangka okay. Rupa2nya rumah dia dekat dengan airport. Mula2 tu kami tolak juga ya lah segan jugak kan dah la tak kenal. Kira totally strangers. Baru first time jumpa plak tu. Tapi bila dia bersungguh2 benar, kami pun jadi tak sampai hati nak tolak. So selesai masalah kami untuk malam ni. Cumanya dia kata kenalah tunggu habis office hour jam 5 baru boleh balik dan kami kena naik metro sama2 dengan dia.  Tak jadi masalah, ni pun dah cukup bersyukur. Tapi ada satu perkara yang buat kami keliru bila En Hafiz kata yang kami akan singgah dinner kat rumah mak mentua dia dulu. Eh biar betul kan? Mak mentua rumahnya di Paris? Tapi bila kami tanya dia kata tunggu dan lihat.

Mulanya sementara nak tunggu pukul 5 tu kami plan nak pi cari makanan dulu kat mana2 pastu datang balik ke embassy. Sekali tetiba plak En Shahrir seorang PTD yang berjawatan Kaunselor Bahagian Akademik nak jumpa kami. Kesimpulannya memang satu embassylah tahu kisah kami pagi ni. Rupanya dia nak ajak kami pi lunch. Yang tak sangkanya dia tanya kami nak makan apa? So kami katalah kalau diberi pilihan mestilah nak makan nasi kan.  Terus je dia bawak PA dia dan kami naik kereta dia ke Paris Fried Chicken. Agak jauh gak tempat ni dalam 20 minit drive. Maka merasalah kami naik kereta pusing2 Paris. Kat kedai ni ada jual nasi beriani dan nasi berlauk kari ayam selain ayam goreng. Wah sungguh tak sangka yang hari ni kami dapat makan hidangan nasi yang proper selepas 10 hari. Kami nak bayar sendiri je tapi En Shahrir dengan baik hatinya pula kata nak belanja. Terima kasih tak terhingga. Masa lunch tu barulah tahu yang En Shahrir ni pun rupa2nya ada seorang adik yang pernah belajar di UMP dan sekarang dah pun menjadi fellowsihip UMP dan menuntut di US. Kecilnya dunia kan. 

Balik semula ke embassy, kami tumpang solat dan sempat juga melelapkan mata kat ruang menunggu sambil2 tunggu pukul 5. Diorang suruh rest kat tingkat atas tapi kami segan so kami tunggu kat bawah je la. Pukul 4.45, En Hafiz turun dan terus ajak kami balik awal sebab bos dia dah bagi keizinan keluar awal memandangkan kami kena naik train pada waktu puncak orang balik kerja. Rumah En Hafiz ni letaknya dekat dengan airport so untuk jimat kos dia kena naik metro. Dan bila guna metro biasanya dia akan guna laluan shortcut iaitu tukar2 line. Kalau buat macam ni dia akan jumatkan masa perjalanan yg sepatutnya 1 jam kepada 30-40 minit. Tapi oleh kerana harini dia bawa kami so dia kena ikut laluan jauh iaitu laluan yang paling kurang tukar line.  Sebab utamanya ialah kerana kat Paris ni (sebenarnya London dan Italy pun sama, dan mungkin juga 1 Europe), hampir semua stesen metronya tak de lift.  Bayangkan macammana kami angkut beg berat tu turun naik tangga dan bersesak-sesak dengan ramai orang yang balik kerja berebut nak naik train. Kurang2 pun 3 kali gak lah kami tukar line.  Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli.

Hanya pada line yang terakhir kami dapat menarik nafas lega kerana kali ni kami telah pun menaiki train biasa menggunakan airport line yang mana arahnya keluar dari pusat Bandar Paris dan penumpang pun tak lah seramai train2 yang lain. Masa ni lah baru kami sempat borak2 dengan En Hafiz. Rupa2nya En Hafiz ni asalnya orang Pekan dan bertemu jodoh  di Paris dengan orang Melayu Cham yang dah pun berhijrah ke Paris. O okay terjawab sudah kekeliruan kami tadi. En Hafiz dah pun menetap dan berhijrah ke Paris sejak tahun 2009 dan yang mengkagumkan kami ialah kefasihannya berbahasa French. Malah boleh membaca juga. Kata dia, kena masuk kelas intensif sekurang2nya 150 jam untuk fasih dan lancar. Yang bagusnya satu family mertua dia semuanya cakap French kat rumah so memang sangat membantu lah. Lagi satu dia juga dah jadi local staff kat embassy.

Sekitar jam 6, kami pun tiba kat stesen terhampir dengan kawasan kejiranan En Hafiz. Kami perhatikan kat kawasan ni ramai gak muslim yang bertudung. Yang uniknya, kami berpeluang melihat sendiri polis berkuda menahan sebuah kereta kerana melanggar undang2 jalan raya dan menyaman mereka.

Polis berkuda


Tak lama lepas tu, wife En Hafiz pun sampai dengan kereta. Maka berkenalanlah kami dengan Faridah yang seriously sangat cute dan peramah. Diorang berdua ni memang speak French memanjang. Personally kami rasa bahasa French ni sangat unik sebab dia ada lenggok suara yang sedap didengar.  Kami dibawa menuju ke rumah mertua En Hafiz yang tak lah jauh sangat dari stesen keretapi. Macam mimpi, tak sangka kami dapat melihat sendiri suasana kehidupan kejiranan di Paris yang sangat damai dan dipenuhi dengan macam2 jenis tumbuhan menghijau.  Sistem keselamatan parking area kat sini pun berbeza sebab semuanya berpagar automatik. Tiba je, kami berkenalan dengan Mak Mertua En Hafiz yang juga peramah serta 2 orang anak lelaki mereka berusia 3 tahun dan 7 bulan yang keletah dan tak takut orang. Muka diorang ni yang peliknya tak de rupa melayu pun. Petang tu kami disajikan dengan macaroon dan makanan tradisional melayu cham. Siapa sangka kami dapat makan masakan melayu cham di Paris.

Anak bungsu keluarga En Hafiz, 7 bulan. Comel sangat.

  
Bersama Faridah, Mak Faridah dan anak sulong mereka. Aduh.. beza sangat kulit kita dengan kulit diorang.

Ini dia apa yang kami makan. Yang macam lempeng tu ala2 macam crepe dibuat menggunakan tepung beras dan santan (rasanya macam roti jala pun ada). Isi dalam lempeng tu ialah daging hancur yang dimasak bersama kerisik dan taugeh yang rangup. Yang kat dulang belakang tu ialah ulam-ulamannya. Antaranya ialah daun salad, daun pudina dan daun kesum. Tak sangka daun kesum pun ada kat sini, sangat segar dan gemuk daunnya berbanding yang kita jumpa di Malaysia.

Cara nak makan, ambil satu helai daun salad, koyakkan lempeng crepe tadi bersama isinya letak atas daun slad, lepastu letaklah seberapa banyak ulam2an lain kat atasnya sesuka hati.

Seterusnya bungkus daun salad macam kat atas ni dan cicah dengan sos cuka+cili. Rasanya, seriusly sangat sedap. Seolah2 macam kita makan daging bakar bersalut salad kat Seoul Garden Restaurant.

Lepas makan kami pun bertolak ke rumah En Hafiz yang letaknya hanyalah 5 minit dari rumah mertua dia. Diorang suami isteri berulang kali cakap jangan terkejut datang rumah diorang sebab diorang baru je pindah dan rumah masih berserabut katanya. Rumah diorang ni letaknya di tingkat 2 sebuah apartment yang kalau kita masuk tu designnya memang moden dan menarik. Yang kelakarnya, nasib malang kami berterusan sebab tetiba plak lift kat apartment diorang ni rosak. Maka terpaksalah kami usung beg 20 kg tu naik tangga.

Sampai kat sini dah pun pukul 8. Tapi hari masih terang benderang. Serius mengantuk tunggu Maghrib pukul 9. Faridah dengan baik hatinya suruh kami tidur kat bilik anak dia, siap pinjamkan tuala dan selimut untuk kami. Satu kata2 dia yang buat kami terharu ialah, " My house is your house too". Manalah tak terharu, kan ke kami ni totally strangers. Tak sangkanya kami ditemukan dengan keluarga yang sangat baik hati ni. 

Lepas je solat Maghrib dan jamak Isyak kami terus tidur. Bangun2 pagi nak bersiap, kami dah pun dengar bunyi orang kat dapur. Rupa2nya Faridah masakkan nasi lemak untuk kami. Wah seriously super terharu. Nak nangis pun ada. he he. Makan nasi lemak di Paris? Satu keajaiban buat kami. Selain nasi lemak, Faridah turut bekalkan kami roti dan coklat. Lepas tu siap hantarkan kami ke CDG Airport. 

Roti dan coklat, ole2 dari Paris.


Ya Allah kami sangat terhutang budi. Tak tahulah bagaimana nak balas budi baik diorang sekeluarga. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Doa kami agar En Hafiz sekeluarga sentiasa dipermudahkan jalan rezeki dan kehidupan. 

Sebenarnya banyak hikmah tersembunyi disebalik peristiwa ini. Beberapa hari sebelum tu, Fizz beberapa kali menyebut tentang betapa beratnya beg sandang berisi laptop tu, anehnya Allah ringankannya dengan sekelip mata. Hilang tanpa kesan. Selepas peristiwa ni, memang langkah Fizz nampak lebih laju tak perlu lagi risau nak heret 2 beg yang berat. Selain tu kami juga asyik menyebut tentang rindunya nak makan nasi. Alih2 kami dapat makan nasi, dua kali lagi, percuma plak tu. Cik Z pulak, bila sampai kat Paris sangat suka denagn keindahan Paris sampai duk kata kalau dapat spend 1 hari lagi di Paris alangkah seronoknya. Sungguh bagai di kata, kami ditakdirkan Allah tak boleh keluar dari Paris selama sehari. Lagi 1, ramai yang tahu Peugeot adalah kereta idaman cik Z. Masa kat Paris, memang selalu sangat nampak Peugeot sampaikan kereta polis dan taxi pun ada yang Peugeot. Ada juga terdetik dihati, wah kalau dapat naik kan best. Sekali tu memang betul kami dapat naik Peugeot masa nak ke rumah En Hafiz.

Oh ya, masa nak berlepas ke Milan plak flight kami terpaksa delay 2 jam disebabkan strike oleh pekerja kawalan udara. Gitulah punya susahnya kami nak keluar dari Paris. Masa kat Milan plak, tunggu punya tunggu sampai kesudah luggage cik Z tak keluar2. Sekali kami pun cubalah jenguk2 ke luar kawasan laluan beg tu. Rupa2nya beg cik Z dah tercampak keluar dari kawasan. Yang kelakarnya, boleh pulak pekerja airport tu tak percaya bila cik Z cakap kat dia sebab kata dia tak mungkin berlaku dan tak pernah berlaku. Bila dia tengok barulah dia percaya. Macam2 kan.

Okaylah sampai disini saja untuk kali ni. Banyak lagi cerita menarik yang akan Cik Z kongsikan nanti. Tunggu.... Jumpa lagi, wassalam.

Pergunungan Alps dilihat dari EasyJet laluan Paris-Milan. Subhanallah, kecantikkannya tak tergambar denagn kata-kata. Ternganga kami melihatnya.










11 comments:

  1. Zana, interesting story and I think u got many valuable experiences.

    Kalau u perasan, one thing yg xder bila kat station RER or Metro adalah toilet, kalau I tak silap lah coz, masa I pi, cari toilet mesti tak jumper which usually should be denoted as W.

    And, I setuju sgt hal ''stranger people'' tue... Melayu diperantauan sgt baik...mmg they all akan tlg walaupun first time kenal...as long as you malaysian/malay/muslim. (some local also very kind)

    But I think, you will get another chance visit Europe, this is just the beginning or the best word is your first experience at Europe...you will get second or maybe third experience which can be categorized as a sweet memory..This time come and visit us yek...North East UK..hehehe...cheers mate!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul susah gak nak cari WC tu, kalau ada pun hanya kat stesen yang besar atau yg berbayar. Cthnya kat King Cross station yg besar tu cuma ada 2, giler ramai org beratur. Kat Milan Central ada jumpa 1 tapi kena bayar 1 euro untuk masuk. Kat Venice pun berbayar harganya 1.5 Euro. Wahh mahal kan.

      Insyaallah kalau ada rezeki nak juga ke northen and east Europe. Hope u all masih ada disana masa tu. Baru meriah kan. Yang kali ni kalau ikutkan mmg nak singgah tapi macam2 hal plak.

      Experience kali ni tak kan menyebabkan I serik travel, tapi rasa sangat bersemangat dan seronok. At least ada juga sweet memory yang nak diingat. Actually I ada hilang 100Euro gak kat Paris. Tapi despite everything happen in Paris, I still rasa Paris sangat best dan menarik ha ha.

      Insyaallah I will comeback to Europe.

      Delete
  2. Bestnya baca story ni....experience yg sgt mahal...

    Pasal gare du nord, cuak nyerrr...sbb saya ambik train 6.25pagi utk ke brusels...adehhh mesti station pun lengang lg time tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. be extra carefull ok. Tapi mungkin u naik kat platform atas bukan yg underground. kalau yg bhgn atas ni sibuk sikit. 6.25 pagi dah ramai orang masatu dah terang benderang rasanya.

      Delete
  3. Salam sis! We hope to see you again insyaAllah. Take care n Happy month of Ramadan. Take care n may Allah bless you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan too.

      For the first time, I feel that Malaysian are really lucky since our fasting time is only 12-13 hours daily compared to others in Europe. Can't imagine how they manage their time during this month. Whenever we talked about our trip to Europe, we always remembered your kindness and miss your family. We'll come again InsyaAllah.

      If you have any plan to "balik kampung", please tell us ya. Send our regards to your family too. May allah bless you.

      Delete
  4. Baru 4 hari lepas balik dari Paris.. dan stay kat Gare Du Nord memang area ni byk PENYAMUN Pro....

    ReplyDelete
  5. Menarik cerita ni..pengalaman yg berhrga...

    ReplyDelete
  6. Menariknya pengalaman cik Z...sy nak ke sana dlm awal bulan 10 ni...Cik Z ada wasup x?..kalau bleh nk.ber msg ngan Cik Z mlalui hp..ni no sy 019 2209828..tq ya Cik Z...

    ReplyDelete
  7. wahh rejeki tuuu.. blessing in disguise.. :p

    ReplyDelete