Hari ni cik z nak kongsikan resepi kek batik paling sedap yang cik z pernah makan. Resepinya mudah saja, Buat sekali confirm akan ingat sampai bila-bila. Percayalah. Terima kasih buat kawan cik z iaitu Mek Ros yang sudi ajar cik z resepi ni lebih kurang 5-6 tahun dulu. Oleh sebab resepinya sangat sedap dan mudah, makanya semua ahli keluarga cik z sangat sukakannya. Kalau buat tak sampai sehari dah selamat licin. Oh ya anak-anak buah cik z pun hampir semuanya pandai buat sendiri kek ni walaupun diorang masih disekolah rendah. Okay jom kita tengok apa bahan-bahannya dan cara membuatnya langkah demi langkah.
Bahan-bahannya:
350-450g biskut marie
1 biji butter
1 tin susu pekat
1 cawan milo
1 cawan nestum
1 cawan air
serbuk koko
secubit garam
Langkah 1: Ambil satu tupperware dan sehelai plastik. Gunting plastik dan alaskan tupperware seperti diatas. Pastikan ada lebihan plastik pada bahagian tepi tupperware yang boleh menutupi keseluruhan tupperware itu nanti.
Langkah 2: Sediakan semua bahan-bahan. Semuanya perlu disediakan awal sebab proses pembuatan kek ni nanti sangat cepat. Patah-patahkan biskut mengikut saiz yang disukai. Jumlah biskut yang digunakan pula terpulang kepada anda iaitu antara 350-450g. Kalau suka manis dan rasa coklat yang lebih, gunakan 350g.
Langkah 3: Ambil satu kuali besar. Cairkan butter.
Langkah 4: Masukkan susu pekat dan tunggu mendidih.
Langkah 5: Masukkan milo, air, dan secubit garam. Kemudian masukkan serbuk koko. Kuantiti koko yang nak digunakan pula adalah terpulang kepada anda sendiri. Kalau anda suka rasa koko yang lebih, letaklah lebih.
Langkah 6: Setelah mendidih, masukkan nestum. Ratakan adunan ni.
Langkah 7: Masukkan pula biskut marie.
Langkah 8: Kacau adunan sehingga sebati. Ada sedikit kelonggaran disini. Kalau anda suka rasa biskut marie yang agak crunchy, jangan kacau lama-lama sangat. Ratakan ajer lebih kurang pastu terus matikan api.
Langkah 9: Angkat adunan dan masukkan ke dalam tupperware yang telah kita sediakan tadi.
Langkah 10: Ambil lebihan plastik, dan ratakan guna tangan. Tekan-tekankan ia supaya mampat. AWAS - aduan ni memang panas ya, kalau tak berani nak guna bare hand macam cik z ni, pakailah sarung tangan atau sudu. Langkah ni memang kena buat semasa adunan masih panas.
Langkah 11: Tadaaa.... ini dia hasilnya. Untuk sedikit hiasan, taburkanlah serbuk nestum diatas kek tadi. Bila kek dah sejuk, masukkan dalam peti ais.
Langkah 12: Selepas 1-2 jam, bolehlah keluarkan kek dari peti ais. Potong ikut suka dan...makan...hehe. Untuk gambar kat atas ni cik z gunakan hampir 500g biskut marie.
EXTRA tips: Katalah nak hidangkan sebuku kek ni atas pinggan. Jangan risau, tarik je plastik tu keluar. Plastik yang kita gunakan untuk alaskan tupperware tadi tu akan membantu kita keluarkan kek batik ni dengan mudah. Yang lagi best, tupperware tu tadi langsung tak kan ada kesan kotor. 2 in 1 kan?
Selamat mencuba semuanya. Wassalam.
yum yum!!! =)
ReplyDeletesis JM pun pernah mkn kek batik TAPI belum pernah buat hahaha..mkn hari tu mmg manis lah...mkn sepotong je..kiranya resipi cik Z manis2 buah ke
ReplyDeleteResepi ni mmg kurang manis sbb ada nestum. Kalau nak krgkan lg manis letak extra koko.
DeleteSdap ke kek batik cek z ni klau nk niaga sebiji kek brape rnggit hehe
ReplyDeletehe he cik z tak niaga he he...
Deletetapi tak tipu kek batik yg ni memang sedap rasanya lain dari yg lain.
Salam.. Akak, kalau adunan jadi macam berminyak, salah kat mne eh?
ReplyDeleteterlebih butter maybe.. atau kurang biskut. Adunan ni kena pakai mug yang sama besar dgn tin susu pekat tu. Bila dah siap biasa memang nampak berminyak sikit. Tapi bila dia da sejuk nanti da tak berminyak langsung..selamat cuba lagi..
DeleteSedapnyaa.. pingin cuba buat di rumah.. bole tak susu pekat nak ganti susu segar?
ReplyDeleteThanks
Resepi Ayana
Blh tp jd kurang manisla nanti
Delete